Memerhatian Kecekapan Spesies Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque) Melintas Jalanraya Dengan Selamat.
Lokasi: Genting Sempah menghala ke Genting Highland.
Tarikh: 31 Julai 2018.
Masa :3:00 p.m
Keadaan Cuaca: Cerah dan terang.
Tempoh Pemerhatian : 30 minit.
Sepanjang saya menggunakan jalanraya dan mengembara disegenap pelusuk Malaysia belum pernah sekalipun, saya terjumpa bangkai spesies Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque) yang menjadi mangsa " Langgar Lari ". Padahal saya kerap melihat mereka secara berkumpulan berjalan mundar mandir dan melintas diatas jalanraya. Apakah puncanya atau rahsia spesis Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque) tidak menjadi mangsa "Langgar Lari" sepertimana haiwan-haiwan lain.? Buat pertama kali saya berkesempatan membuat pemerhatian satu kumpulan yang terdiri daripada 11 individu Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque) yang sedang bersiap sedia untuk melintas jalanraya di Genting Sempah.
Jalanraya di Genting Sempah menuju ke Genting Highland itu mempunyai 2 lorong naik dan 2 lorong turun, termasuk ruang bahu jalan pada kiri kanan jalanraya. Di tengah jalanraya terdapat ruang dan pagar besi sebagai pembahagi jalan. Jarak jauh antara permulaan dibahu jalanraya disebelah kiri, hingga ke penghujung bahu jalan di sebelah kanan, dianggarkan lebih kurang 40 meter panjang. Jarak itu merupakan satu jarak yang agak jauh bagi seekor haiwan untuk menyeberang jalan. Semasa kejadian keadaan lalu lintas jalanraya agak sibuk dengan kenderaan dari pelbagai jenis kenderaan.
Mereka berkumpul dibahu jalan, dengan diketuai oleh Induk Jantan, yang berada paling hadapan sekali pada bahu jalan. Ia memerhatikan semua kenderaan melepasi dihadapan mereka satu persatu. Induk Jantan sanggup menunggu sehingga rantaian kenderaan menjadi terputus untuk ia bertindak berlari untuk menyeberang jalan. Pada ketika itu jarak antara Induk Jantan dengan sebuah kenderaan yang sedang bergerak , dianggarkan sejauh 60 meter. Semasa Induk Jantan berlari melintas jalan beberapa ekor berok lain turut juga mengekorinya secara serentak beriringan menuju kebahagian tengah pembahagi lalu berhenti disitu.
Disana mereka menunggu lagi sehingga rantaian kenderaan terputus, maka barulah mereka berlari menyeberang dengan selamat keseberang jalan. Manakala beberapa ekor Berok yang masih belum sempat melintas jalan, dilihat menggunakan kaedah yang sama, sepertimana yang dilakukan oleh Induk Jantan tadi. Ini termasuklah berok betina , berok remaja dan beberapa ekor berok juvana. Memandangkan keadaan lalu lintas agak sibuk pada ketika itu, maka sebahagian kumpulannya terpaksa memberhentikan niat mereka lalu terpisah buat sementara. Sejurus terpisah, kumpulan itu dilihat naik semula keatas tebing jalan dan menunggu sambil melakukan pelbagai aktiviti mereka ditepi hutan berhampiran.
Maklumat Pemerhatian Berok Kentoi~Macaca arctoides Stump-tailed Macaque Yang Dilakukan oleh Saudara Syamil Abdul Rahman dari Perlis Nature And Wildlife.
Bagi spesies Berok Kentoi~Macaca arctoides Stump-tailed Macaque di Wang Kelian Perlis pula, cara mereka melintas jalan lebih kurang sama dengan cara Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque). Induk jantan akan berada dibahu jalan secara bersendirian sambil memerhatikan keadaan lalu lintas kenderaan. Setelah keadaan jalan telah lenggang dari kenderaan dan percaya keadaan telah selamat maka, Induk Jantan akan memberi isyarat mata kepada kumpulannya yang berada dicelah-celah rimbunan tumbuhan ditepi jalan untuk segera melintas jalan.
Kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides Stump-tailed Macaque akan berlari secara beramai-ramai dengan serentak ke seberang jalan. Induk Jantan akan menunggu dibahu jalan sehingga semua kumpulannya selesai menyeberangi jalan. Setelah ia pasti semua ahli kumpulannya selamat menyeberang barulah Induk Jantan akan berjalan menyeberang lalu masuk ke dalam hutan berhampiran. Apa yang terpuji dan menarik di laluan Wang Kelian ini, ialah pemandu-pemandu disini, akan segera memberhentikan kenderaan mereka apabila melihat kumpulan Berok Kentoi~Macaca arctoides Stump-tailed Macaque melintas jalan. Seperti telah menjadi satu budaya kepada semua pengguna jalanraya disini untuk memberi laluan kepada spesies Berok Kentoi. Sebab itu belum ada lagi kes Berok Kentoi~Macaca arctoides Stump-tailed Macaque menjadi mangsa "Langgar Lari" di Wang Kelian. Sikap ini harus dicontohi oleh semua pengguna jalanraya di Malaysia.
Pemerhatian Lotong Chenekah ~Presbytis melalophus Sedang Melintas Jalan.
Lokasi: Taman Melawati.
Tarikh: 19 Julai 2018.
Masa :6:30 p.m
Keadaan Cuaca: Mendung.
Tempoh Pemerhatian : 15 minit.
Keadaan berbeza pula, ketika saya membuat pemerhatian Lotong Chenekah ~Presbytis melalophus yang sedang melintas jalan. Pemerhatian kejadian itu berlaku pada 19 Julai 2018 jam 6:30 petang disebatang jalanraya di Melawati, Kuala Lumpur. Ketika pemerhatian itu dilakukan seekor Lotong Chenekah ~Presbytis melalophus sedang berada diatas pokok ditengah pembahagi jalan. Dari atas pokok Lotong Chenekah ~ Presbytis melalophus itu meninjau kenderaan yang datang menghala ke hadapan ditempat ia bercadang untuk melintas jalan.
Pada ketika itu terdapat 5 buah kenderaan melintasi jalan tersebut dengan laju. Selepas sahaja 5 buah kenderaan itu melintas dihadapannya, Lotong Chenekah ~ Presbytis melalophus itu turun dari atas pokok untuk menyeberang jalan secara tergesa-gesa. Kebetulan datang lagi 2 buah kenderaan pada jarak lebih kurang 70 meter. Lalu dengan pantas Lotong Chenekah ~ Presbytis melalophus naik semula memanjat keatas pokok.
Ditinjaunya lagi keadaan lalu lintas dari atas pokok sambil matanya memandang disekelilingnya seperti dalam keadaan tertekan. Setelah diperhatikan tiada kenderaan, diberanikan dirinya turun dan dengan sertamerta ia berlari pantas menyeberang jalan dengan selamat. Sampai diseberang ia terus memanjat pokok yang tumbuh disepanjang jalan dan menghilangkan diri. Hal keadaan ini memberi kesimpulan bahawa Lotong Chenekah ~ Presbytis melalophus dilihat seperti ia lebih mudah merasa cemas dan tertekan berbanding dengan Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque). Ia juga agak kurang mahir menentukan jarak kenderaan dan kelajuan kenderaan sepertimana Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque).
Ringkas pemerhatian ini sedikit sebanyak telah memberi saya sedikit pandangan , buah fikiran dan hujah kepada kejadian Langgar Lari yang kerap terjadi kepada Hidupan Liar. Secara ringkasnya, ini telah membuktikan bahawa spesies Berok ~ Macaca nemestrina (Pig Tailed Macaque) mempunyai keupayaan mengenal tahap bahaya dan bentuk bahaya yang bakal mendatangkan ancaman kepada mereka. Dari situ mereka berupaya menjangka atau bersiap sedia bertindak untuk menyelamatkan diri.
Spesies ini berupaya mengawal keadaan cemas yang bakal datang kepada mereka. Mereka dapat mengagak kedudukan jarak selamat dengan kepantasan kenderaan yang datang menghala kearah mereka. Bermakna tahap intelektual secara semulajadi spesies ini datang hasil daripada pengamatan mereka sendiri tanpa perlu diajar oleh sesiapa. Dalam ertikata lain, mereka berupaya belajar dengan sendiri mengikut suasana dan keadaan.
Faktor bentuk tubuh , ketangkasan dan kedudukan mata penglihatan mereka juga dipercayai banyak membantu mereka melihat apa sahaja bentuk ancaman. Berbanding dengan spesis hidupan liar yang lain seperi Biawak, Kura-kura, Ular, Musang dan Kucing.
Nota Penghargaan Dan Terima Kasih.
Maklumat Pemerhatian Berok Kentoi~Macaca arctoides (Stump-tailed Macaque) adalah dilakukan oleh Saudara Syamil Abdul Rahman dari Persatuan Perlis Nature And Wildlife. Beliau adalah aktivis Hidupan Liar dan Alam sekitar di negeri Perlis. Sedang membuat kajian dan mengumpul maklumat terhadap Spesies Berok Kentoi~Macaca arctoides Stump-tailed Macaque. Maklumat pemerhatian beliau itu, telah dikongsi serta disampaikan secara lisan kepada saya ketika pertemuan pada tahun 2017 dahulu. Diucapkan terima kasih atas segala maklumat pemerhatian itu. Wasalam.
ARTIKEL YANG BAGUS. CUMA NAK MEMBETULKAN SIKIT, BERUK (MACACA NEMESTRINA) DLM BAHASA INGERRIS ADALAH "PIG-TAILED MACAQUE" DAN STUMP-TAILED MACAQUE ADALAH MACACA ARCTOIDES. KALAU ADA CERITA BERUK LAGI SILA TAG @MacacaNemestrinaProject (Facebook). Terima kasih
ReplyDeleteCik Nadine, Semua nama Primat yang diguna pakai menggunakan buku rujukan yang ditulis oleh Mohamad Momin Khan berjudul Mamalia Semenanjung Malaysia.
ReplyDeleteApa nasib kera di Cyberjaya...kesian...
ReplyDelete