Ringkasan Sejarah Buku Klasik Tentang Burung Di Semenanjung Tanah Melayu.
Judul : The Birds Of The Malay Peninsula Vol: 1 ~ Vol 4
Pengarang : Herbert C. Robinson & Frederick N.Chasen.
Terbitan Tahun : 1928
1. Seni Lukisan Ilustrasi Burung Lithograph
2. Nama-nama Asal Burung Di Semenanjung Tanah Melayu.
1. Hasil Seni Lukisan Bermutu Tinggi Ilustrasi Burung Teknik Lithograph Oleh Henrik Gronvold.
Semua Lukisan klasik didalam halaman ini telah dirakam semula dari buku terbitan tahun 1928 yang berjudul The Birds Of The Malay Peninsula Vol: 1, Vol:2, Vol 3 & Vol 4 . Saya amat tertarik dengan seni lukisan klasik berkualiti tinggi imej burung zaman dahulu. Lukisan ini dilukis dengan menggunakan teknik Seni lukis Lithograph yang popular sekitar tahun 1800. Pada zaman sekarang senilukis Lithograph ini sudah sangat berkurangan orang yang mempunyai kemahiran seni ini. Dinegara kita jikalau ada pun saya fikir tidak ramai jumlahnya, hanya boleh dibilang dengan jari.
Saya sendiri tidak tahu kaedah sebenar melukis dengan cara ini, tetapi berdasarkan atas kekurangan kefahaman saya, setiap imej lukisan harus diukir terlebih dahulu diatas sepotong batu untuk tujuan menjadikan plate. Plate yang telah siap akan diletakkan warna pilihan sipelukis dan ditekap bersama kertas. Setelah itu kertas yang ditekap diatas batu tersebut akan digelek dengan kayu gelek khas. Sipelukis akan menunggu setiap warna diatas kertas itu kering sebelum mengulangi proses mewarna mengikut daya seni kemahiran dan ketelitian masing-masing. Proses ini memakan masa yang panjang, leceh dan rumit.
Semua lukisan ilustrasi gambar burung didalam buku ini telah dilukis oleh Encik Henrik Gronvold, seorang pelukis Lithograph yang terhebat pada zaman itu. Beliau berasal dari negara Denmark tetapi bertugas di Natural History Museum, dan bermastautin di Britain.
Selain melukis ilustrasi burung didalam buku ini, beliau juga telah melukis semua imej burung didalam buku Birds of Africa, Birds Of New Zealand, Birds of South America,The British Warbler, A Monograph Of Pheasents dan The Birds of Australia. Bermakna buku The Birds of Malay Peninsula mendapat hasil sentuhan senilukis mutu yang berkualiti tinggi.
Sebagai penulis buku ini, tentunya Herbert Christhopher Robinson & Frederik Nutter Chasen, berbangga dan berpuas hati kerana telah mendapat sentuhan dari seorang pelukis ilustrasi burung terhebat dizaman itu. Kesemua jumlah plate lukisan didalam buku Vol 1 ~ Vol 4 mempunyai 99 plate yang terdiri melebihi seratus lebih spesies burung. Buku Vol: 1 terkandung 25 plate lukisan, Vol: 2 mempunyai 24 plate lukisan, Vol: 3 ada 25 plate lukisan dan Vol: 4 juga mempunyai 25 plate lukisan.
Walaupun pada ketika zaman tidak ada teknologi lensa berkeupayaan tinggi, yang boleh membuat rakaman burung dalam bentuk foto berwarna . Namun hanya dengan kepakaran dan kehalusan seni lukisan yang dimiliki oleh Henrik Gronvold itu, telah benar-benar menzahirkan bentuk serta warna yang tepat sepertimana yang ada pada buluhias burung-burung. Kebetulan juga, beliau merupakan seorang Naturalis yang cintakan hidupan alam semulajadi. Maka perincian dan kecermatan menyediakan lukisannya itu mengambarkan hal keadaan yang sebenar. Sedangkan beliau tidak pernah datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan berada dihabitat sebenar burung yang dilukisnya itu.
Setiap lukisan ilustrasi burung akan disertakan dengan lukisan yang mengambarkan keadaan habitat burung itu hidup disitu. Pemilihan spesies tumbuhan dan ranting dahan tempat burung bertenggek menambah mutu seni lukisannya itu. Ketepatan pemilihan warna biji mata, sisik kaki dan paruh burung mengkagumkan. Dari hasil lukisan beliau, saya dapati Henrik Gronvold akan melakukan hasil kerja yang lebih daripada syarat apa yang dikehendaki. Beliau boleh sahaja melukis ilustrasi burung sahaja, namun begitu beliau akan menambah lukisan dengan menggambaran hal keadaan tempat burung itu. Bermakna beliau telah menambah masa untuk berkarya dan juga menambah jumlah cat-cat warna yang akan digunakan.
Walaupun saya tahu, adalah tidak adil, jikalau saya membuat perbandingan dengan lukisan ilustrasi burung yang ada didalam buku-buku lain pada zaman sekarang. Namun begitu tentu mereka semua juga akan bersetuju dengan saya. Terdapat terlalu jauh jurang perbezaan mutu keaslian dari hasil lukisan Henrik Gronvold itu. Dalam erti kata lain lukisannya mempunyai karektornya yang tersendiri.Tidak hairanlah beliau merupakan salah seorang tokoh dunia terulung dalam bidang senilukis Lithograph.
Hasil lukisannya memudahkan pembaca serta peminat burung mengenali dan mengecamkan spesies burung-burung. Samada yang dijumpai di lapangan, ketika memburung atau berada didalam makmal. Semua hasil seni lukisan Henrik Gronvold ditiru dengan terperinci daripada penilikkan dan pemerhatiannya koleksi simpanan specimen burung-burung milik Natural History Museum di London. Semua simpanan specimen itu dibawa masuk dari Semenanjung Tanah Melayu sejak zaman Alfred Russel Wallace lagi, samada secara pembelian atau pun hasil buruan warga British di Semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.
Tentu plate-plate asal hasil lukisan Henrik Gronvold masih tersimpan dengan keadaan baik oleh waris keluarganya. Atau disimpan didalam Natural History Museum di London. Sudah pasti menjadi rebutan pencinta lukisan klasik disemerata dunia walaupun harganya mahal. Pada saya , dapat menyalin semula imej lukisan hasil karya Henrik Gronvold pun, sudah cukup memadai.
Nama-nama Asal Burung Di Semenanjung Tanah Melayu Yang Terdapat DiDalam Buku The Birds Of The Malay Peninsula .
Semua nama-nama spesies burung tempatan yang ditemui di Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara Kepulauan Melayu adalah hasil ciptaan kumpulan Ahli Ornithologi warga British dan Eropah. Mereka selayaknya mencipta akan setiap nama spesies burung yang dijumpai di Semenanjung Tanah Melayu kerana mereka adalah bangsa yang cintakan ilmu pengetahuan. Bangsa yang berebut-rebut mencari ilmu pengetahuan dengan tidak jemu-jemu mencongkil segala macam isi ilmu sains dan ilmu alam geografi didalam bumi ini.
Sebelum kedatangan bangsa cintakan ilmu di Semenanjung Tanah Melayu, warga tempatan sememangnya telah selalu melihat pelbagai spesies burung. Setiap hari melihat burung -burung berterbangan didepan mata mereka sehingga timbul rasa jemu. Ada dikalangan warga tempatan yang menangkap , memelihara dan memakan spesies burung-burung tersebut. Walhal pada pandangan warga Eropah pula, yang baharu sampai ke sini, mereka akan menjadi sangat terkejut , teruja dan sangat gembira. Gembira kerana mereka telah menjumpai banyak spesis burung-burung baharu yang belum disenarai rekodkan didalam jurnal ilmiah mereka.
Mereka mendapati pelbagai spesies burung disini tidak pernah direkodkan didalam bidang dunia Ornithologi. Maka bertitik-tolak dari situ Warga Pendatang British yang merasa bertanggung jawab dalam ilmu Ornithologi telah berpakat dan berusaha untuk merekodkan setiap spesies burung yang ditemui di kawasan sebelah sini.
Proses ini telah bermula sejak awal tahun 1820an lagi, dimana semasa itu Raja-Raja dan Sultan yang memerintah Semenanjung Tanah Melayu masih tidak memiliki peta negeri yang diperintahnya. Pengkaji dan ahli Ornithologi British pada awal kedatangan mereka ke Semenanjung Tanah Melayu dahulu, mereka dengan sewenang-wenangnya memburu dan menangkap burung. Hasil tangkapan itu samada dijual atau dibawa pulang untuk dijadikan spesimen yang akan disimpan didalam Natural History Museum mereka. Setiap kali keluar melakukan ekspidisi zoologikal maka berbagai-bagai ilmu spesies burung baru telah dapat mereka pelajari.
Samada dengan pemerhatian atau dengan tangkapan burung yang kemudianya akan dijadikan spesimen kajian sains. Semua Ekspidisi saintifik yang dijalankan telah mendapat tenaga bantuan sepenuhnya daripada orang tempatan. Memang pada ketika itu warga tempatan memang suka menjadi kuli-kuli kepada orang British untuk menyenangkan kerja-kerja kajian.Semua beban kesusahan pengkaji telah diringankan oleh ramai kuli-kuli warga tempatan walaupun digajikan dengan bayaran rendah.
Kadang-kadang pihak Istana Sultan, bermurah hati menyalurkan bantuan kuli-kuli yang ramai untuk membantu dalam kajian saintifik mereka. Boleh dikatakan semua kerja-kerja kajian dilakukan oleh kuli-kuli tempatan. Samada menjadi tukang merentas rintis hutan, mendayung & mengemudi sampan, membawa beban makanan, memikul beban khemah, menjadi tukang masak, melakukan kerja-kerja menjerat, dan pelbagai lagi tugasan yang berkaitan.Dengan hal yang demikian tentulah, sebagai orang ahli ornithologi keadaan seperti ini, cukup menyeronokkan kepada mereka. Tingkatan kegembiraan mereka bertambah jikalau dapat menjumpai sejumlah banyak spesies burung baharu dalam bidang sains ornithologi.
Dizaman itu, status hidupan liar selalunya akan dijadikan korban atas nama kajian dalam bidang sains ornithologi. Dimana menurut pakar kajian sains, seekor spesies yang dikorbankan pada masa itu akan dapat menyelamatkan baka spesies hidupan liar daripada kepupusan untuk satu tempoh yang panjang.
Setelah selesai urusan pencarian dan mengumpul data dilapangan, maka pakar yang menjumpainya itu pula terpaksa juga bertanggungjawab keatas semua nama spesies-spesies burung baharu yang ditemuinya itu. Maka mereka berbincang sesama sendiri untuk memilih panggilan nama sebagai nama rasmi burung . Dikalangan bijak pandai telah berbincang mencari kesesuaian pemilihan nama mengikut texonomi keluarga burung mengikut ciri-ciri khas yang ada pada spesies burung itu.
Setiap rekod dan nota penemuan, mereka akan mendokumenkannya secara ilmiah didalam Jurnal-jurnal. Samada didalam Asiatic Society Journal ,Federation Museum Journal atau Malaysian Nature Society Journal. Setelah itu kumpulan penulis buku ini akan mentelaah, menyemak ,menilai dan mengemaskini data-data maklumat semua laporan tersebut. Setelah menilai Herbert C Robinson, Frederik N.Chasen ,Lord Medway dan David Well akan memasukkan dan menyusun maklumat tersebut kedalam buku ini untuk diterbitkan. Dari situ lah semua burung-burung yang di jumpai di Semenanjung Tanah Melayu itu telah mendapat nama rasmi.
Senarai sebahagian nama-nama burung yang tercatit dalam buku;-
Rothschild Peacock Pheasant~Polyplectron inopinatus
Temminck's Stint~Calidris remmincki-
Temminck's Crowned Willow-Warbler~Acanthopneuste occipitalis coronatus
Temminck's Scarlet Sunbird~Aethopyga mystacalis temminckii
Armstrong Sandpiper~Tringa guttifer
Wilson's Stormy Petrel~Oceanites oceanicus oceanicus
Swinhoe's Petrel~Oceanodroma leucorhoa monorhis
Swinhoe'e Rock Thrush~Monticola gularis
Nordmaan's Tern~Sterna hirundo longipennis
Rosseate Tern~Sterna dougalli bangsi
Hume's Jungle Flycatcher~Rhinomyias olivacea
Hume's Grey bellied Babbler~Stachyridopsis rufifrons poligaster
Hume's White Eye~Zosterops palpebrosa aureiventer
Hume's Shortwing~Anuropsis malaccensis
Hume's Swiftlet~Collocalia innominata
Hume's Ternlet~Sterna albifrons pusilla
Bangs' Blue Flycatcher~Cyornis rubeculoides glaucicomans
Sharpe's Blue Flycatcher~Cyornis tickellia sumatrensis
Davison's Flycatcher~Gerygone modiglianni
Davison's Minivet~Pericrocotus speciosus flammifer
Davison's Black Ibis~Pseudibis papillosa davisoni
Davison's Ground Thrush~Geokichla sibirica subspp
Campbell's Tree Partridge~Arborophila campbelli
Hodgson's Hawk Cuckoo~Hierococcyx fugax nisicolor
Blyth's Wreathed Hornbill~Rhyticeros subruficollis
Blyth's Babbler~Aethostoma rostratum rostratum
Blyth's Hawk Eagle ~ Spizaetus alboniger
Blyth's Frogmouth~ Batrachostomus affinis
Hartert's Brown Babbler~Malacocincla sepiaria tardinata
Hartert's Scimeter Babbler~Pomatorhinus olivaceus fastidiosus
Strickland's Brown Babbler~Malacocincla abbotti olivacea
Robinson Swiftlet~Collocalia lowi robinsoni
Robinson's Whistling Thrush~Myiophonus flavirostris crassirostris
Robinson Bulbul~Pycnonotus blanfordi
Finsch's Bulbul~Criniger finschii
Moore Olive Bulbul~Pycnonotus simplex
Webber's Scaly-breasted Bulbul~Rubigula squamata webberi
Kloss Black-crested Bulbul~Otocompsa flaviventris minor
Gaudy Barbet~Chotorhea mystacophanes
Gould's Frogmouth~Batrachostomus stellatus
Gould's Cuckoo~Cuculus saturatus saturatus
Brain Fever Bird~Cacomantis merulinus
Many Coloured Barbet~Chotorhea refflesii malayensis
Fantail Cuckoo~ Cacomantis variolosus sepuleralis
Schrenck's Reed Warbler~Acrocephalus bistrigicep
Middendorff's Willow Warbler~Acanthopneuste nitidus plumheitarsus
Van Oort's Banded Broadbill~Eurylaimus javanicus
Modoc Blue Rock Thrush~Monticola solitarius modocii
Van Hasselt's Sunbird~Leptocoma brasiliana
Shelley's Sunbird~Anthreptes rhodolcema
Raffles Sunbird~Aethopyga siparaja siparaja
Raffles's Green billed Malkoha
Macklot's Sunbird~Chalcostetha calcostetha
Seimund's Pintail Green Pigeon~Sphenurus seimundi seimundi
Jika dilihat nama-nama burung tempatan, ciptaan warga pendatang British pada masa itu secara amnya telah menunjukkan mereka cukup menghargai individu yang berjasa kepada bidang ornitholgy. Dianggarkan lebih kurang 53 nama burung yang dijumpai di Semenanjung Tanah Melayu menggunakan pangkal nama individu dikalangan pendatang British dan Eropah.
Apakah boleh warga tempatan berhak mempersoalkan keputusan mereka itu? Dalam keadaan mereka sendiri tidak ambil kisah dan tidak tahu hujung pangkal ilmu sains ornitholgy. Maka pada saya, itulah yang selayaknya. Memang keputusan warga pendatang British adalah tepat tidak boleh disangkal. Kerana mereka mempunyai otak yang tahu mengerakkan akal fikiran, yang tahu bagaimana hendak berfikir serta menzahirkan buah fikiran mereka sehingga menjadi kenyataan.
Apakah boleh warga tempatan berhak mempersoalkan keputusan mereka itu? Dalam keadaan mereka sendiri tidak ambil kisah dan tidak tahu hujung pangkal ilmu sains ornitholgy. Maka pada saya, itulah yang selayaknya. Memang keputusan warga pendatang British adalah tepat tidak boleh disangkal. Kerana mereka mempunyai otak yang tahu mengerakkan akal fikiran, yang tahu bagaimana hendak berfikir serta menzahirkan buah fikiran mereka sehingga menjadi kenyataan.
1.Cyril Hopwood.
2.C. Boden Kloss,
3.E.Seimund,
4.Davison,
5.Dr.E.Jacobson,
6.H.C.Robinson,
7.Staurt Baker,
8.E.G Herbert,
9.A.T Edger,
10.Brain Hodgson,
11.C. J Wilson,
12.Rejves ,
13.C.J Madoc,
14.Horsfield,
15.Dr.W.L Abbott,
16.Dr.Mainyay,
17.Kelham,
18.Dr.F. Wood Jones,
19.Dr.C.B Ticeheurst,
20.Dr.Contor,
21.G.Mathews,
22.Seimund,
23.Sir W.J.F Williamson ,
24.La Persona,
25.Hume.
Kesemua mereka itu telah mengkaji, menulis bahan ilmiah, menyumbang data penemuan mereka dan dipilih untuk dimasukkan didalam buku. Disebabkan mereka lah yang menguasai ilmu pengetahuan, maka mereka jugalah yang berhak, secara penuh menentukan apa yang mereka kehendaki atas pemilihan sesuatu nama burung.
Walaupun bahan kajian itu berada di tanahair kita tetapi mereka pulak yang menguasai penuh tentang ilmu itu. Warga tempatan tidak pulak merasa sekelumat perasaan cemburu dan iri hati keatas penguasaan ilmu tanahairnya yang dikuasai oleh warga pendatang British. Sejarah membuktikan kita warga tempatan hanya layak dijadikan kuli untuk membantu mereka mendapatkan ilmu. Kita warga tempatan hanya layak mengikut sahaja tentang apa yang mereka tetapkan.
Katakan warga tempatan pada ketika itu sudah maju dalam ilmu Sains Orinthologi tentu sekali kita akan dapati nama-nama burung tempatan akan menjadi seperti Swee Ling Sunbird, Kamala Dewi Trogon, Anala Kaur Minivet atau Aminah Peacock Peasant.
Projek untuk menerbitkan buku ini dimulakan oleh Herbert C Robinson dan bahan untuk buku Vol 1 dan Vol 2 telah disiapkan olehnya. Namun begitu ia belum boleh lagi dicetak oleh Herbert C Robinson atas sebab kedudukan kewangan Federated Malay State Goverment, ketika itu agak terbatas.Sementara menunggu dana dan belum sempat beliau melihat karyanya dizahirkan Herbert C Robinson telah meninggal dunia pada tahun 1929. Herbert C Robinson meninggal dunia menyebabkan projek ini tergendala sementara waktu.
Memandangkan Vol 1 dan Vol 2 telah siap sepenuhnya maka, projek ini telah disambung dan diambil alih oleh Frederik N.Chasen. Beliau mengambil masa 7 tahun untuk menyiapkan Vol 3 dan Vol 4 pada tahun 19 May 1935, kemudian dicetak dan diterbitkan pada tahun 1936. Ini merupakan Buku ilmiah tulisan rumi dalam Bahasa Inggeris yang pertama dan terulung mengenai burung-burung yang boleh dijumpai di Semenanjung Tanah Melayu.
Buku ini telah dijadikan kitab rujukan utama oleh ahli ornithologi dan semua pemburung yang ingin mengetahui hal ehwal burung di Semenanjung Tanah Melayu dan Segenting Kra Siam. Ia dijadikan kitab rujukan utama untuk satu tempoh yang agak lama. Bermakna pengenalan nama-nama burung dalam buku itu telah digunakan oleh Jabatan Margastua, pencinta burung, ahli ornithologi, pihak muzium, dan universiti iaitu lebih kurang 40 tahun lamanya. Maka semua laporan kertas perbincangan ilmiah, rekod pada tag spesimen, koleksi spesimen Muzium menggunakan nama-nama burung didalam buku tersebut.
Sepanjang tempoh itu terdapat beberapa buah buku ejaan rumi Bahasa Inggeris tentang burung telah diterbitkan oleh beberapa pakar burung seperti G.C Madoc, Tweedie dan Jean Delacour. Mereka menjadikan buku ini sebagai panduan terhadap maklumat yang tercatit disitu. Mereka menggunakan nama-nama burung yang dirujuk dari buku The Birds Of Malay Peninsula.
Ini bermakna usia buku sejarah ini telah menjangkau lebih kurang 81 tahun dan menjadi buku Klasik . Tidak dapat dipastikan berapakah jumlah buku yang telah dicetak dan berapa pula harga buku ini dijual pada awam pada masa itu. Entahkah semua cetakan buku yang diterbitkan itu masih ada lagi di zaman sekarang ini. Mungkin kalau ada pun kertas dan benang jahitan pada kulit buku sudah mulai terputus atau kertasnya telah dimakan oleh bubuk yang merosakkan halaman mukasurat kertas.
Sebahagian Senarai Nama-nama Burung Yang Dicipta Oleh Ahli Ornithologi Terdahulu.
Malaysian Chestnut Headed Bee-eater
Malaysian Great Eared Nightjar
Malaysian Black-naped Flycatcher
Malaysian Black-headed Bulbul
Malaysian Pale-blue Flycather
Malaysian Chestnut-winged Flycatcher
Malaysian Moor-hen
Malaysian Crow Pheasant
Malaysian Fantail Flycatcher
Crested Malaysian Honey Buzzard
Malaysian Ruddy-Crake
Malayan Scoop Owl
Malayan Orchard Owl
Malayan Wood Owl
Malayan Hawk Cuckoo
Malayan Koel
Malayan Red Billed Malkoha
Malayan Grey Cuckoo-Shrike
Malayan Grey-headed Babbler
Malayan Grey-throated Babbler
Malayan White-eared Babbler
Malayan Fluffy Backed Babbler
Malayan Brown Bulbul
Malayan White bellied Swiftlet
Malayan Black headed Munia
Malayan Black-capped Babbler
Malayan Sharp-tailed Munia
Malayan spotted Munia
Malayan Argus Pheasant
Malayan Orange-breasted Trogon
Malayan Great Iora
Malayan Great Tit
Malayan Eupetes
Malayan Crested Treeswift
Malayan Gold whiskered Barbet
Little Malayan Cuckoo Dove
Chinese Black Drango
Chinese Creasted Tern
Chinese Goshhawk
Chinese Hawk Eagle
Chinese Starling
Chinese Green headed Wagtails
Chinese Banded Crake
Chinese Pond Heron
Chinese Pipit
Chinese Snipe
Indian Black Naped Oriole
Indian Cuckoo
Indian Three toed Kingfisher
Indian Loriquet~Coryllis vernalis
Indian Darter
Indian Brown head Gull
Javan Peafowl
Java Sparrow
Javan Screech Owl
Malacca Paradise Flycatcher
Meron breasted Flycatcher
Sumatran Brown Flycatcher
Pariah Kite
Japanese Martin
Japanese Sparrow Hawk
Japanese Ruddy Crake
Japanese Stonechat
Ceylon Creasted Tern
Ceylon Fish Owl
Phillippens Noddy
Phillippens White headed Noddy
Phillippens Little Grebe
Siamese Black Headed Oriole
Pegu House Sparrow
Burma Roller
Burma Shikra
Artic Willow Warbler
Grey Mangrove Flycatcher-Shrike
White-bellied Herponis
Little Malay Scoop Owl
Large Malay Scoop Owl
Little Malay Barbet
Little Malay Parrot
Malay Serpent Eagle
Malay Black Legged Falconet
Malay Loriquet
Malay Fish Owl
Malay Eagle Owl
Malay Hawk Owl
Malay Stork Billed Kingfisher
Malay Red back Three toed Kingfisher
Malay Long tailed Nightjar
Malay Houseswift
Malay Cuckoo
Malay Chestnut breasted Malkoha
Resident Malay Coast Swallow
Malay Cliff Swallow
Malay Creasted Scrub Bulbul
Malay Purple Moor-hen
Malay Yellow breasted Babbler
Malay Chestnut backed Scimetar Babbler
Malay Striped Babbler
Malay Nun Thrush
Malay Shama
Malay Sultan Tit
Malay Green Leaf-Bird
Malay Black-headed Oriole
Malay Black-necked Tailorbird
Malay Tree Starling
Malay Grackle
Malay Tree Sparrow
Malay Weaver Finch
Malay Long-tailed Munia
Malay Pipit
Malay Ruby Cheek
Malay Peacock Pheasant
Malay Spotted Dove
Malay Banded Crake
Malay Bittern
Malay Jay-Shrike
Malay Pied Shrike
Malay Velvet-fronted Nuthatch
Setelah meneliti semua nama-nama burung yang dicipta oleh Ornithologi Warga British, pada hemat saya, mereka telah terlepas pandang untuk menghargai komuniti Orang Asli. Mereka hanya menghargai warga tempatan dari kalangan orang Cina , India dan Melayu sahaja dalam pemilihan nama burung. Nama burung dikalangan suku kaum Orang Asli telah ketinggalan. Disebabkan terlalu banyak nama burung yang dimulakan dengan nama Melayu, apalah salahnya pakar ornithologi warga British itu, mempelbagaikan nama burung itu diberikan kepada komuniti orang Asli penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu. Saya beri beberapa contoh nama burung yang sesuai dan mudah diingati seperti Negrito Grackle, Senoi Jay-Shrike, Sakai Banded Crake, Cheq Wong Little Grebe, Mah Meri Trogon, Mendriq Sunbird, Jakun Hawk Eagle dan lain-lain.
Tempoh 40 tahun adalah satu tempoh yang sangat lama, dimana penggunaan nama-nama burung sedia ada itu, sudah sebati didalam minda fikiran pemerhati burung dan warga Ornithologi. Selama tempoh itu tidak ada langsung warga tempatan yang berminat dalam bidang ornithologi, atau yang berkebolehan melakukan pekara yang sama, sepertimana Warga British lakukan. Mungkin pada ketika itu tulisan rumi tidak digunakan sebagai bahan bacaan oleh warga tempatan. Mereka hanya membaca bahan bacaan yang ditulis dengan tulisan Jawi Bahasa Melayu. Maka atas sebab itu warga tempatan tidak mempelbagaikan bidang perbukuan bentuk ilmiah Alam Semulajadi. Mereka lebih berminat kepada bacaan Novel Sastera, Ugama, Politik dan Hiburan.
Sepanjang tempoh itu tidak ada seorang pun warga tempatan yang ambil tahu tentang burung-burung tempatan. Kalau ambil tahu pun hanya bertujuan untuk memelihara burung untuk dibuat sebagai menghibur halwa telinga. Atau mengambil tahu bagaimana untuk menjejak dan menjerat burung untuk dijual dan dimakan.
Maka pada tahun 1976, Lord Medway bersama David Well's telah berjaya menerbitkan buku The Birds of The Malay Peninsula Vol :5, sebagai sambungan kepada Vol 4. Kebanyakan data dan maklumat tentang burung-burung telah diganti dengan data penemuan terbaharu melalui sambungan buku The Birds of The Malay Peninsula Vol :5. Banyak nama-nama burung tempatan yang asal dalam bahasa Inggeris telah ditukar oleh pakar Ornithologi yang terkemudian. Sebelum ini kebanyakan warga tempatan tidak pernah tahu akan nama asal burung-burung yang ada didalam negaranya sendiri. Setelah 40 tahun berlalu, buku terbitan Vol: 5 dikeluarkan, mereka juga tidak pernah tahu bahawa nama burung yang asal telah pun ditukar. Orang tempatan hanya menurut sahaja secara bulat-bulat penukaran nama-nama burung. Mungkin mereka tidak perasan telah berlaku penukaran secara menyeluruh. Mungkin juga mereka tidak mengkaji atau tidak membaca secara helaian demi helaian dihalaman muka surat.
Maka pada tahun 1976, Lord Medway bersama David Well's telah berjaya menerbitkan buku The Birds of The Malay Peninsula Vol :5, sebagai sambungan kepada Vol 4. Kebanyakan data dan maklumat tentang burung-burung telah diganti dengan data penemuan terbaharu melalui sambungan buku The Birds of The Malay Peninsula Vol :5. Banyak nama-nama burung tempatan yang asal dalam bahasa Inggeris telah ditukar oleh pakar Ornithologi yang terkemudian. Sebelum ini kebanyakan warga tempatan tidak pernah tahu akan nama asal burung-burung yang ada didalam negaranya sendiri. Setelah 40 tahun berlalu, buku terbitan Vol: 5 dikeluarkan, mereka juga tidak pernah tahu bahawa nama burung yang asal telah pun ditukar. Orang tempatan hanya menurut sahaja secara bulat-bulat penukaran nama-nama burung. Mungkin mereka tidak perasan telah berlaku penukaran secara menyeluruh. Mungkin juga mereka tidak mengkaji atau tidak membaca secara helaian demi helaian dihalaman muka surat.
Setelah menyiasat dan mengkaji satu persatu nama-nama burung yang asal maka saya senaraikan sebahagian nama-nama yang telah ditukar kepada nama yang baharu.
Senarai Nama-nama Burung Asal dan Nama Burung Yang Telah Ditukar :-
(Cetakan Huruf Putih Nama Burung Asal dan Cetakan Huruf Merah Nama Burung Yang Ditukar.)
Rothschild Peacock Pheasant = Mountain Peacock Pheasant
Temminck's Stint = Kekal~ Temminck's Stint
Temminck's Crowned Willow-Warbler = Eastern Crown Warbler
Temminck's Scarlet Sunbird = Temminck's Sunbird
Armstrong Sandpiper = Nordmann's Greenshank
Wilson's Stormy Petrel = Kekal~Wilson's Stormy Petrel
Swinhoe's Petrel = Streaked Shearwater
Swinhoe'e Rock Thrush = White throated Rock Thrush
Nordmaan's Tern = Common Tern
Rosseate Tern = Kekal~Rosseate Tern
Hume's Jungle Flycatcher = Fulvous crested Jungle Flycatcher
Hume's Grey bellied Babbler = Rufous Fronted Babbler
Hume's White Eye = Oriental White Eye
Hume's Shortwing = White browed Shortwing
Hume's Swiftlet = Edibe Nest Swiftlet
Hume's Ternlet = Indian Skimmer
Bangs' Blue Flycatcher = Blue throated Flycatcher
Sharpe's Blue Flycatcher = Tickell's Blue Flycatcher
Davison's Flycatcher = Golden bellied Gerygone
Davison's Minivet = Scarlet Minivet
Davison's Black Ibis = Red naped -Ibis atau Black headed Ibis
Davison's Ground Thrush = Siberian Thrush
Campbell's Tree Partridge = Malayan Partridge
Hodgson's Hawk Cuckoo = Kekal ~ Hodgson's Hawk Cuckoo
Blyth's Wreathed Hornbill = Wreathed Hornbill
Blyth's Babbler = White Chested Babbler
Blyth's Hawk Eagle = Kekal ~ Blyth's Hawk Eagle
Blyth's Frogmouth = Javan Frogmouth
Hartert's Brown Babbler = Horsfield's Babbler
Hartert's Scimitar Babbler = White-browed Scimitar Babbler
Strickland's Brown Babbler = Abbot's Babbler
Robinson Swiftlet = Black-nest Swiftlet
Robinson's Whistling Thrush = Malayan Whistling Thrush
Robinson Bulbul = Streak-eared Bulbul
Finsch's Bulbul = Kekal~Finsch's Bulbul Alophoixus finschii
Moore Olive Bulbul = Cream vented Bulbul
Webber's Scaly-breasted Bulbul = Scaly Breasted Bulbul
Kloss Black-crested Bulbul = Black-crested Bulbul
Gaudy Barbet = Red Throated Barbet
Gould's Frogmouth = Kekal ~Gould's Frogmouth
Gould's Cuckoo = Oriental Cuckoo
Brain Fever Bird = Plaintive Cuckoo
Many Coloured Barbet = Red Crowned Barbet
Fantail Cuckoo = Rusty breasted Cuckoo
Schrenck's Reed Warbler = Black browed Reed Warbler
Van Oort's Banded Broadbill = Banded Broadbill
Modoc Blue Rock Thrush = Blue Rock Thrush
Van Hasselt's Sunbird = Van Hasselt's Sunbird dan Purple Throated Sunbird
Shelley's Sunbird = Red Throated Sunbird
Raffles Sunbird = Crimson Sunbird
Raffles's Green billed Malkoha = Green Billed Malkoha
Macklot's Sunbird = Copper throated Sunbird
Seimund's Pintail Green Pigeon = Yellow vented Green Pigeon
Cuma 8 nama burung yang dikekalkan daripada 53 nama burung yang asal.
Malaysian Chestnut Headed Bee-eater = Blue throated Bee-eater
Malaysian Great Eared Nightjar = Malaysian Eared Nightjar
Malaysian Black-naped Flycatcher = Black-naped Monarch
Malaysian Black-headed Bulbul = Black headed Bulbul
Malaysian Pale-blue Flycather = Pale blue Flycatcher
Malaysian Chestnut-winged Flycatcher = Rufous-winged Philintoma~Philentoma pyrhopterum
Malaysian Moor-hen = Common Moorhen
Malaysian Crow Pheasant = Short-toed Coucal
Malaysian Fantail Flycatcher = Pied Fantail
Crested Malaysian Honey Buzzard = Oriental Honey Buzzard~Pernis ptilorhynchus
Malaysian Ruddy-Crake = Ruddy-breasted Crake
Malayan Scoop Owl = Collared Scoop Owl~Otus bakkamoena
Malayan Wood Owl = Brown Wood Owl~Strix leptogrammica
Kesemua 13 nama burung yang asal telah ditukar kepada nama burung yang baharu.
Malayan Hawk Cuckoo = Malaysian Hawk Cuckoo
Malayan Koel = Asian Koel
Malayan Red Billed Malkoha = Red Billed Malkoha.
Malayan Grey Cuckoo-Shrike = Lesser Cuckoo-Shrike
Malayan Grey-headed Babbler = Grey headed Babbler
Malayan Grey-throated Babbler = Grey Throated Babbler
Malayan White-eared Babbler = White necked Babbler
Malayan Fluffy Backed Babbler = Fluffy backed Babbler
Malayan Brown Bulbul = Red Eyed Bulbul
Malayan White bellied Swiftlet = Glossy Swiftlet
Malayan Black headed Munia = Black Headed Munia
Malayan Black-capped Babbler = Black capped Babbler
Malayan Sharp-tailed Munia = White rumped Munia
Malayan spotted Munia = Scaly breasted Munia
Malayan Argus Pheasant = Great Argus
Malayan Orange-breasted Trogon = Orange breasted Trogon
Malayan Great Iora = Great Iora
Malayan Great Tit = Great Tit
Malayan Eupetes = Rail Babbler
Malayan Crested Treeswift = Grey-rumped Treeswift
Malayan Gold whiskered Barbet = Gold Whiskered Barbet
Little Malayan Cuckoo Dove = Little Cuckoo Dove
Kesemua 22 nama burung yang asal telah ditukar kepada nama burung yang baharu.
Chinese Black Drango = Black Drongo
Chinese Creasted Tern = Great Crested Tern
Chinese Goshhawk = Chinese Sparrow Hawk
Chinese Hawk Eagle = Mountain Hawk Eagle
Chinese Starling = White Shouldered Starling
Chinese Green headed Wagtails = Yellow Wagtail
Chinese Banded Crake = Band Banded Crake
Chinese Pond Heron = Kekal~ Chinese Pond Heron
Chinese Pipit = Richard's Pipit
Chinese Snipe = Swinhoe Snipe
Hanya 1 nama burung yang asal dikekalkan daripada 11 nama burung, iaitu Chinese Pond Heron.
Indian Black Naped Oriole = Black Naped Oriole
Indian Cuckoo = Kekal ~ Indian Cuckoo
Indian Three toed Kingfisher = Black backed Kingfisher~Ceyx erithacusIndian Loriquet = Hanging Parrot~Loriculus vernalis
Indian Darter = Darter
Indian Brown head Gull = Brown Headed Gull
Hanya 1 nama burung yang asal dikekalkan daripada 6 nama burung, iaitu Indian Cuckoo.
Javan Peafowl = Green Peafowl
Java Sparrow = Kekal ~ Java Sparrow Padda oeyzicora
Javan Screech Owl = Barn Owl Tyto alba
Cuma 1 nama burung yang dikekalkan daripada 2 nama burung yang asal iaitu Javan Sparrow.
Malacca Paradise Flycatcher = Asian Paradise-Flycatcher
Meron breasted Flycatcher = Meron-breasted Philentoma
Sumatran Brown Flycatcher = Sumba Brown Flycatcher
Pariah Kite = Black Kite ~ Milvus migran
Japanese Martin = Asian House Martin
Japanese Sparrow Hawk = Japanese Sparrow Hawk
Ceylon Creasted Tern = Great Crested Tern
Ceylon Fish Owl = Brown Fish Owl~Ketupa zeylonensis
Phillippens Noddy = Brown Noddy
Phillippens White headed Noddy = Black Noddy
Phillippens Little Grebe = Little Grebe
Siamese Black Headed Oriole = Black-hooded Oriole
Pegu House Sparrow = Plain-backed Sparrow
Burma Roller = Indian Rollar ~Coracias benghalensis
Burma Shikra = Shikra
Artic Willow Warbler = Arctic Warbler
Grey Mangrove Flycatcher-Shrike = Mangrove Whistler
White-bellied Herponis = White bellied Yuhina
Kesemua 18 nama burung yang asal telah ditukar kepada nama burung yang baharu.
Little Malay Scoop Owl = Riddish Scoop Owl~Otus rufescens
Large Malay Scoop Owl = White fronted Owl~Otus sagittatus
Little Malay Barbet = Blue eared Barbet
Little Malay Parrot = Blue Rumped Parrot~Psittinus cyanurus
Kesemua 4 nama burung yang asal telah ditukar kepada nama burung yang baharu.
Malay Serpent Eagle = Crested Serpent Eagle ~ Spilornis cheela
Malay Black Legged Falconet = Black thight Falconet-Microhierax fringillarius
Malay Loriquet = Blue ramped Parrot
Malay Fish Owl = Buffy Fish Owl-Ketupa ketupu
Malay Eagle Owl = Barred Eagle Owl~Bubo sumatranus
Malay Hawk Owl = Brown Hawk Owl ~ Ninox scutulata
Malay Stork Billed Kingfisher = Stork billed Kingfisher~Halcyon capensis
Malay Red back Three toed Kingfisher = Rufous backed Kingfisher~Ceyx rufidorsa
Malay Long tailed Nightjar = Large tailed Nightjar
Malay Houseswift = House swift- Apus affinis
Malay Cuckoo = Little Bronze Cuckoo
Malay Chestnut breasted Malkoha = Chesnut Bellied Malkoha
Resident Malay Coast Swallow = Pacific Swallow
Malay Cliff Swallow = Red rumped Swallow
Malay Creasted Scrub Bulbul = Grey cheeked Bulbul
Malay Purple Moor-hen = Purple Swamphen
Malay Yellow breasted Babbler = Striped Tit Babbler
Malay Chestnut backed Scimetar Babbler = Chestnut backed Scimetar Babbler
Malay Striped Babbler = Striped Tit Babbler
Malay Nun Thrush = Mountain Fulvetta
Malay Shama = White Rumped Shama
Malay Sultan Tit = Sultan Tit
Malay Green Leaf-Bird = Blue winged Leafbird
Malay Black-headed Oriole = Dark-throated Oriole
Malay Black-necked Tailorbird = Dark-necked Tailorbird
Malay Tree Starling = Asian Glossy Starling
Malay Grackle = Hill Myna
Malay Tree Sparrow = Eurasian Tree Sparrow
Malay Weaver Finch = Baya Weaver
Malay Long-tailed Munia = Pin-tailed Parrotfinch
Malay Pipit = Paddyfield Pipit
Malay Ruby Cheek = Ruby-cheek Sunbird
Malay Peacock Pheasant = Malayan Peacock Pheasant
Malay Spotted Dove = Spotted Dove
Malay Banded Crake = Red Legged Crake
Malay Bittern = Malayan Night Heron
Malay Jay-Shrike = Crested Jay
Malay Pied Shrike = Black winged Flycatcher-Shrike
Malay Velvet-fronted Nuthatch = Velvet-fronted Nuthatch
Kesemua 39 nama burung yang asal telah ditukar kepada nama burung yang baharu.
Setelah menyemak satu persatu nama-nama asal yang diberikan oleh pakar ornithologi British dahulu, saya dapati terlalu banyak nama yang bercirikan tempatan telah diubah oleh pakar ornithologi yang baharu. Mungkin disebabkan terdapat penemuan-penemuan baharu yang membuktikan bahawa nama-nama burung yang lama sudah tidak sesuai lagi digunakan. Maka sejak dari itu nama-nama burung itu telah diguna pakai sehinggalah sekarang tanpa sebarang dakwa dakwi daripada peminat permerhati burung dan pihak Jabatan Mergastua.
Sekitar tahun 1980an Jabatan Margastua ada menerbitkan sebuah buku kecil yang memuatkan semua nama-nama burung di Malaysia ke dalam Bahasa Melayu. Usaha permulaan ini sangat baik untuk tujuan memertabatkan bidang ornithologi dalam bahasa kebangsaan. Selain itu bertujuan mewartakan nama-nama burung untuk disenaraikan dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar. Nama-nama burung bahasa Inggeris telah dialih bahasa kepada bahasa Melayu. Pihak Jabatan telah mengambil bulat-bulat nama-nama burung bahasa Melayu tempatan yang digunakan didalam buku Vol 5. Mereka tidak menyemak dan mengkaji salah-betul taxonomi keluarga spesies burung itu. Mereka beranggapan semua nama-nama itu tidak perlu dipersoalkan.
Sebagai contoh; ialah spesies Burung Tiong Air ~ Common Morhen, Tiong Batu ~ Broadbill Roller /Dollarbird, Tiong Gajah ~ Indian Roller, Tiong Gembala Kerbau~Common Myna dan Tiong tongkeng putih~White vented Myna.
Pependang Timur~Darter dan Pependang Kecil~Little Cormorant.Walhal nama-nama burung yang digunakan itu tidak mengikut texonomi keluarga burung. Nama-nama burung itu mengambarkan burung itu adalah dalam satu keluarga yang sama. Walhal burung-burung itu adalah dari keluarga yang berlainan.Nama-nama itu secara jelas menimbulkan kekeliruan dan menampakkan kelemahan jika dilihat dari sudut ilmiah. Walaupun begitu pihak Jabatan masih tetap menggunakan sehingga sekarang.
Pada tahun 1999 David Well's telah mengulang cetak buku The Birds of The Thai-Malay Peninsula Vol 5 yang lengkap, dengan memperbaiki edisi terbaharu dengan mengikut rekod penemuan yang terkini. Bermula sejak dari itu pemburung di Malaysia dan semerata dunia telah menggunakan nama-nama burung yang telah diubah daripada nama asalnya.
Itulah serba sedikit ringkasan sejarah nama burung di Semenanjung Tanah Melayu. Iktibar yang dapat dikongsikan disini, ialah warga tempatan seharusnya lebih mengetahui pekara yang ada didalam tanahairnya sendiri berbanding warga pendatang. Warga tempatan tidak cukup lapar dan dahaga kepada ilmu pengetahuan alam semulajadi tanahairnya sendiri. Apakah selama-lamanya kita akan berhempas pulas dalam urusan mencari makanan dan kehidupan sahaja. Sehinggakan tidak ada masa untuk memandaikan diri demi ilmu ibu pertiwi. Akan adakah lagi pekara yang silam akan berulang semula dimasa akan datang. Yang mana keputusan-keputusan yang membabitkan pertiwi terlepas begitu sahaja, tanpa ada rasa ralat dan rugi. Ya lah.... apa yang ada pada nama ? Itu kan cuma nama sahaja, usahlah hendak dibesar-besarkan atau diheboh-hebohkan sangat.
Sementara masih ada saki-baki hidupan alam semulajadi yang masih tersorok dan belum dipelajari, maka berebut-rebutlah dengan rasa tamakkan ilmu. Maufakat dan berkongsi-kongsilah mengkaji serba serbi hidupan alam semulajadi di tanahair sendiri. Jangan jadi tikus yang hidup kelaparan didalam kepuk padi, jangan jadi enau rotan menunggu mati kekeringan didalam rimba belentara. Pandangan saya cuma seperti Rama-rama yang berteriak menjerit-jerit sahaja. Wasalam.
Cericap Bukit~Prinia atrogularis ( Hill Prinia ) |
Buku Rujukan:-
The Birds Of The Malay Peninsula Vol 1 hingga Vol 4.~Herbert C. Robinson & Frederick N.Chasen.
The Birds Of The Thai-Malay Peninsula ~ David R.Wells
Birds Of South East Asia~ Craig Robson
Journal Asiatic Socitey
Federation Museums Journal
Handbook Of Federated Malay States ~ H. Conway Belfield
Illustrated Guide To The Federated Malay States ~ Cuthbert Woodville Harrison
The Magic Of Malaya ( Seventeen Short Story ) ~ Cuthbert Woodville Harrison
Article yang sangat menarik, yang membuka minda.
ReplyDeleteSekadar berkongsi minda sahaja. Terima kasih Saudara meintheswim.
ReplyDeleteHi,very well written article. May I know where you got this book from? Because I am also looking for it. Do you have an extra or know where I can buy one? Thank you.
ReplyDeleteTerima kasih Saudara Malaysia Asis. Buku itu bukan milik saya kerana ia terlalu sukar untuk dimiliki. Buku klasik yang berusia hampir 100 itu saya pinjam di Perpustakaan.
ReplyDelete