Thursday, 7 May 2020

Dairi Memerhati Burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester Oriental Darter


Dairi Pemerhatian.
Burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester Oriental Darter







Di Sabah & Sarawak Burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester  merupakan burung tempatan yang menjadikan  kawasan hutan disepanjang sungai-sungai dan tasik-tasik sebagai tempat mencari makan dan berehat . Tetapi di Semenanjung Malaysia, Burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester ini adalah antara burung hijrah yang jarang-jarang dapat ditemui.  Ia mempunyai bentuk tubuh badan seperti  burung Bangau atau Pucung  dengan sepasang  kaki pendek yang berselaput seperti kaki angsa atau itik.Selain itu ia memiliki bulu pelepah ekor yang keras serta panjang lebih kurang sama seperti pelepah ekor burung Enggang.





Ciri-ciri sedemikian menjadikan spesies burung ini cekap mencari makanan secara berenang menyelam di dalam air untuk menangkap ikan-ikan. Reka bentuk paruh yang panjang meruncing berserta leher jinjang panjang yang boleh melentuk-lentuk bertindak sama seperti seekor ular. Selain itu mempunyai sepasang kaki pendek berselaput membantu  ia cekap berenang dan menyelam dengan bantuan pelepah ekor panjang berupaya mengawal tuju arah semasa menyelam. Bukan itu sahaja , pelepah sayap yang lebar dan besar berupaya terbang tinggi berputar-putar diudara pada jarak yang jauh. Hampir sama cara penerbangan keluarga burung Raptor. Begitulah penerangan yang dapat saya jelaskan berkenaan rupa bentuk dan keupayaan burung  Pedendang Kosa-Anhinga melanogester .




Buat pertama kali pengalaman  membuat pemerhatian  spesis burung ini ialah pada bulan Disember tahun 2015. Ia dijumpai di kawasan lombong bijih timah yang sudah tidak beroparasi  lagi di Batang Berjuntai   ( Bistari Jaya ) Selangor. Pada tahun  itu setiap petang antara jam 4.00, seekor demi seekor burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester akan tiba ke situ dari pelbagai arah. Ketibaannya  dapat itu dilihat dari jauh, mereka terbang tinggi diudara dalam cuaca panas petang   mengelilingi kawasan lombong beberapa kali.





Kemudiannya terbang berputar  mengeliling tunggul pokok sambil merendahkan tahap kedudukannya diudara sedikit demi sedikit. Dipercayai ingin mencari tempat dahan kebiasaan yang ia selalu berehat.  Kita boleh bayangkan seekor burung yang bersaiz besar melayang menerpa dari udara menuju ke dahan. Dengan sepasang kaki pendeknya hinggap, menangkap  dahan pilihan pada tunggul pokok mati. Kesan saiz dan berat tubuh badannya dengan  laju lajakkan dari udara menggoyang-goyangkan dahan pokok. Ditengah lombong itu ada tiga batang tunggul pokok mati yang masih terpacak kukuh diatas pulau pasir disitu . Setiap petang mereka datang dari pelbagai arah, ada yang dari arah Ijok, arah Felda Gedangsa, dan yang dari arah Kuang.




Melalui rekod tinjauan saya, tempat ini telah dijadikan tempat tetap kepada mereka berehat tidur pada setiap hari. Selepas mereka hinggap ia akan terus berehat terpaku diatas dahan sehingga waktu malam. Disitu masing-masing melakukan aktiviti menyisir pelepah , mengeringkan bahagian ketiak pelepah sayap dan ada yang termenung menunggu waktu malam. Kawasan tunggul pokok mati memang tempat paling startigik dan selamat kepada bermacam-macam burung.




Diatas pokok itu mereka berkongsi berehat dengan burung -burung lain seperti  Belekok Kecil-Egretta garzetta, Belekok Cina -Egretta eulophotes, Bangau Balau-Bubulcus ibis, Pucong Kelabu-Ardea cinerea, Pucung Ungu-Ardea purpurea, Pucung kecil-Butorides striatus dan Puchong Malam Mahkota-hitam- Nycticorax nycticorax. Pada tahun itu  kiraan individu burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester  yang datang kesitu adalah sebanyak 8 ekor burung dewasa.








Kedudukan  jarak pulau pasir dengan tebing lombong lebih kurang 200 meter. Jarak itu tidak begitu memuaskan hati untuk membuat pemerhatian, memandangkan saya hanya memiliki teropong berkeupayaan rendah , walau dibantu dengan lensa 300 mm . Setiap pemerhatian dan rakaman tidak berupaya melihat secara jelas akan setiap individu burung disitu. Walaubagaimana pun pada ketika itu saya sudah cukup rasa puas gembira kerana telah dapat memerhati spesis burung yang belum pernah saya lihat.





Pada tahun berikutnya  iaitu pada bulan April 2016, semasa membuat siri sambungan tinjauan pemerhatian, saya dapati kumpulan burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester masih datang ke situ lagi. Tetapi jumlahnya telah berkurang menjadi cuma 5 ekor burung sahaja. Boleh jadi angka tersebut mungkin tidak begitu tepat, kerana saya tidak menunggu sehingga ke waktu senja. Sepertimana yang pernah saya lakukan semasa membuat pemerhatian pada tahun 2015 dulu.





Lanjutan kepada siri pemerhatian, pada bulan Febuari 2017 jumlah burung sudah mulai berkurangan menjadi cuma 4 ekor sahaja. Angka itu diperolehi setelah menunggu disitu sehingga ke waktu senja. Pada hemat saya, jumlah itu berkurangan boleh jadi kawasan itu telah mulai diganggu oleh  aktiviti permulaan projek kerja-kerja mengurangkan air dari dalam lombong. Kehadiran pekerja-pekerja yang sentiasa berada disitu sepanjang masa dengan bunyi jentera mungkin telah memberi kesan kacau ganggu kepada semua spesis burung disitu.


Keadaan burung-burung berehat waktu senja.

Ditebing lombong telah diletakkan pejabat kontena dan beberapa buah jentera menyedut air lombong untuk tujuan mengalirkan air ke kawasan paya dan sungai berhampiran. Maklumat lisan daripada pekerja projek itu, bahawa mereka  sedang mulakan adalah untuk kerja-kerja mengeringkan air lombong . Tidak dapat dipastikan apakah tujuan mengeringkan air lombong  samada untuk pembangunan atau untuk kerja-kerja mengambil pasir.



Permulaan waktu malam.

Sekitar pertengahan tahun 2018, ketika memburung dikawasan berdekatan dengan tapak lombong tersebut saya dapati air lombong sudah mulai cetek. Ada sebahagian tempat yang dulunya ditenggelami oleh air, telah menampakkan pasir. Kewujudan beberapa tapak kawasan padang lapang berpasir  disekitar lombong. Pada waktu petang bukan sahaja burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester tidak kelihatan , burung-burung lain juga turut tidak kelihatan disitu. Kemungkinan kumpulan burung telah berpindah ke dalam kawasan bekas lombong yang bersempadankan dengan Universiti Selangor. Sejak pada itu  kelibat burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester  sudah tidak nampak lagi di sekitar negeri Selangor.






Pada awal tahun 2020 saya mendapat maklumat daripada rakan sepejuangan pemerhati burung Saudara Mat Joe, spesis burung Pedendang Kosa-Anhinga melanogester boleh dijumpai dikawasan Serdang Selangor. Berdasarkan maklumat beliau ,saya pergi mencari ditempat yang dicadangkan itu. Setelah beberapa kali mencuba nasib mencari tempat  persembunyian burung itu. Akhirnya pada sekitar bulan Febuari  2020, burung itu telah berjaya dijumpai bersendirian  di sekitar sebuah tasik buatan . 




Tempat itu menjadi tempat perlindungan yang sesuai kepadanya kerana  disekeiling tasik ditumbuhi pokok-pokok yang matang seperti hutan belukar. Kawasan yang  sunyi , kurang gangguan dari manusia disamping mudah mendapatkan ikan sumber makanannya disitu. Burung remaja ini hidup bersendirian dan mudah rasa terancam. Sentiasa merasa terlalu curiga terhadap pergerakan manusia yang cuba menghampiri tempat dia bertenggek. Ketika saya temuinya, burung itu sedang bertenggek berehat di lokasi berkedudukan sangat jauh dari tempat saya berdiri. 



Oleh kerana kedudukannya sangat jauh maka saya telah beberapa kali cuba menyusup masuk kedalam belukar, dengan harapan boleh berada sedikit hampir kepadanya . Namun usaha itu sia-sia sahaja kerana dia segera terbang meninggalkan tempat tersebut. Terbang ke lokasi yang manusia tidak boleh sampai. Ditempat yang tidak ada langsung susur jalan yang boleh sampai ke situ. Pada hemat saya, memang naluri burung liar cukup cekap memilih tempat yang selamat daripada kacau ganggu daripada ancaman manusia. Seolah-olah   sudah ada satu garisan merbahaya yang telah ditetapkan tidak boleh dicerobohi. Mana-mana objek hidup yang melepasi dikawasan garisan merbahaya, dia akan bersiap sedia terbang meninggalkan kawasan itu dengan segera.




Harapan untuk melihat hal keadaan burung sedang mencari makanan didalam air terpaksa ditunda, kalau-kalau  diberi kesempatan bertemu lagi dimasa akan datang.  Saya merasa agak terkilan dengan hasil rakaman  lensa 300mm pada jarak yang jauh. Jikalau berfikir secara baik sangka, sebenarnya imej rakaman pada kali ini adalah jauh lebih baik daripada hasil rakaman sebelum ini di Batang Berjuntai, Selangor.




Mengikut rekod daripada tarikh gambar-gambar burung yang disiarkan didalam halaman FB, burung itu telah tiba sejak pada bulan Disember 2019 .Sehingga pada tarikh 17 Mac 2020, burung itu masih berada disekitar kawasan tasik tersebut. Selepas itu saya tidak dapat membuat tinjauan kerana batasan Akta Perintah Berkurung bagi memendung wabak Virus Covid -19.  Bersambung....


18 April 2021



Setelah genap  setahun tidak datang melihat perkembangan terbaharu burung remaja Pedendang Kosa-Anhinga melanogester, datanglah rasa ingin tahu  perkembangan burung ini. Samada dia sudah meninggalkan tempat itu atau telah datang semula atau pun sejak setahun yang lepas dia tidak kemana-mana. Dia menjadikan tempat itu sebagai tempat kekal untuk dia tinggal terus disitu. Tasik sederhana luas  mempunyai banyak pelbagai spesis ikan yang dapat menampung keperluan hariannya sampai mati., Dikelilingi pokok-pokok matang sebagai tempat ia berlindung demi keselamatan dari ancaman dan gangguan.





Sesampai sahaja disitu, saya  terus menuju ke dahan yang biasa dia bertenggek mengerengkan buluhiasnya. Tidak nampak kelibatnya  disitu,  langsung pergi mencarinya disebelah hujung tasik, mana tahu ada dia disana. Tiba disitu tanpa disangka-sangka dia sedang bertenggek pada dahan pokok mati berkedudukan hampir dikawasan tebing. Sebelum ini tempat itu sangat jarang dia menjadikan tempat mengerengkan buluhias. Kerana kedudukannya sangat hampir dengan manusia, jikalau manusia berdiri disitu.Disebabkan  saya tidak sedar yang dia boleh berada disitu, maka saya tidak bersedia malah tidak sempat membuat rakaman. Dia bingkas tidak berlengah terus terbang meninggalkan dahan menunju ketempat lain.


Melihatkan arah tuju hala yang dia pergi, saya pasti dia akan berehat ditempat mula-mula saya mencarinya tadi. Mengekori menuju kelokasi






























No comments:

Post a Comment