Seni Hiasan Dalaman Rumah Bot Masyarakat Bangsawan Kashmir Zaman Dulu.
|
Ruang Tamu dari sudut 1 |
Kepada warga Malaysia yang hendak bercuti ke Srinagar dan Kashmir, India mereka harus bersedia mengorbankan masa untuk beberapa hari, sekurang-kurangnya 7 hari. Kemudian wang ringgit bagi melangsaikan hal ehwal gambar untuk permohonan visa, upah kenderaan menghantar pergi balik logistik dari rumah ke KLIA, tiket kapal terbang, penginapan, makan minum, pembelian kelengkapan pakaian suhu sejuk, bayaran tips, wang peminta sedekah,wang saku untuk pembelian barangan peribadi dan buah tangan. Setelah menyelesaikan semua beban kewangan pergi bercuti, individu harus bersedia dari segi kesihatan anggota tubuh badan, bersedia menyesuaikan keadaan dan yang penting sekali ialah persediaan kesihatan emosi.
Maksud percutian adalah subjektif kepada setiap individu. Tidak ada yang salah dan semuanya pun betul selagi tidak mencuri duit orang lain untuk pergi percuti. Dalam banyak-banyak betul dan salah, secara peribadi maksud percutian bagi diri saya ialah meninggalkan kediaman kita untuk satu tempoh tertentu pergi ke tempat lain, samada dalam negeri atau luar negara. Perginya itu untuk melihat, merasa pengalaman dan menikmati persekitaran disana dalam keadaan suasana aman selesa, tenang tenteram teruja dan gembira. Dengan modal persediaan sepertimana yang telah dinyatakan itu , maka seharusnya saya mendapat balasan ganjaran emosi merasa aman selesa, tenang, tenteram, teruja, bebas ketegangan , gembira dan menjadi kenangan menyeronokan.
Dibawah ini saya kongsi lihat lebih kurang 64 imej yang dirakam di kawasan Tasik Dal Kashmir India.
|
Ruang Tamu dari sudut pandang 2 |
|
Siling dari sudut pandang mendonggak |
|
Pintu Gelangsar dari sudut pandang ruang tamu |
|
Ruang Tamu dari sudut pandang 3 |
|
Ruang Tamu dari sudut pandang 4 |
|
Ruang Makan dari sudut pandang 1 |
|
Ruang Makan dari sudut pandang 2 |
|
Ruang Makan dari sudut pandang 3 |
|
Ruang Makan dari sudut pandang 3 |
|
Ruang Makan dari sudut pandang 4 |
|
Ruang Balkoni dari sudut pandang Pintu Gelangsar |
|
Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 1 |
|
Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 2 |
|
Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 3 |
|
Bilik Mandi dan Tandas |
|
Pemilik Rumah Bot |
|
Pemilik Rumah Bot |
|
Peralatan Pemanas Rumah Bot |
|
Haba panas dari pembakaran kayu api disalurkan ke dalam sesaluran paip tebat panas, masuk ke dalam setiap ruang didalam rumah bot. Ia digunakan untuk memanaskan ruang bilik dan memanaskan bekalan air. Peralatan tradisional yang menjimatkan ini wajib ada kerana suhu di kawasan Tasik Dal sangat sejuk. |
|
Rumah Bot di pandang dari sudut belakang dan tepi |
|
Dinding dan tingkap rumah bot pandang dari luar dihias dengan kaca berwarna |
|
Saluran Bekalan Air untuk kegunaan rumah bot |
|
Kediaman Pemilik Rumah Bot |
|
Sudut pandang dari luar rumah bot |
|
Rumah Bot ditambat dengan kuat dan kukuh |
|
Tong Bekalan Air untuk kegunaan pelancong yang menginap rumah bot |
|
Balkoni Rumah Bot |
Seni Ukiran Tangan Pada Rumah Bot Di Tasik Dal Kashmir India
Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Pada Waktu Malam Di Tasik Dal Kashmir India
Suasana Persekitaran Pandangan Kerancakan Ekonomi Perlancongan Di Tasik Dal Kashmir India
Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Dan Rumah Penginapan Penduduk Tempatan Di Tasik Dal Kashmir, India
Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Dan Kedai Terapong Di Tasik Dal Kashmir India
Wasallam.
No comments:
Post a Comment