Wednesday, 27 November 2024

Suasana Pandangan Persekitaran Tasik Dal dan Rumah Bot Di Srinagar, Kashmir India 2024

 

Seni Hiasan Dalaman Rumah Bot Masyarakat Bangsawan Kashmir Zaman Dulu.


Ruang Tamu dari sudut 1

Kepada warga Malaysia yang hendak bercuti ke Srinagar dan Kashmir, India mereka harus bersedia mengorbankan masa untuk beberapa hari, sekurang-kurangnya 7 hari. Kemudian wang ringgit bagi melangsaikan hal ehwal gambar untuk permohonan visa, upah kenderaan menghantar pergi balik logistik dari rumah ke KLIA, tiket kapal terbang, penginapan, makan minum, pembelian kelengkapan pakaian suhu sejuk, bayaran tips, wang peminta sedekah,wang saku untuk pembelian barangan peribadi dan buah tangan. Setelah menyelesaikan semua beban kewangan pergi bercuti, individu harus bersedia dari segi kesihatan anggota tubuh badan, bersedia menyesuaikan keadaan dan yang penting sekali ialah persediaan kesihatan emosi. 

Maksud percutian adalah subjektif kepada setiap individu. Tidak ada yang salah dan semuanya pun betul selagi tidak mencuri duit orang lain untuk pergi percuti. Dalam banyak-banyak betul dan salah, secara peribadi maksud percutian bagi diri saya ialah meninggalkan  kediaman kita untuk satu tempoh tertentu  pergi ke tempat lain, samada dalam negeri atau luar negara. Perginya itu untuk melihat, merasa pengalaman dan menikmati persekitaran disana dalam keadaan suasana aman selesa, tenang tenteram teruja dan gembira. Dengan modal persediaan sepertimana yang telah dinyatakan itu , maka seharusnya saya mendapat balasan ganjaran emosi  merasa aman selesa, tenang, tenteram, teruja, bebas ketegangan , gembira dan menjadi kenangan menyeronokan. 

Dibawah ini saya kongsi lihat  lebih kurang 64 imej yang dirakam di kawasan Tasik Dal Kashmir India.



Ruang Tamu dari sudut pandang 2


Siling dari sudut pandang mendonggak

Pintu Gelangsar dari sudut pandang ruang tamu


Ruang Tamu dari sudut pandang 3


Ruang Tamu dari sudut pandang 4


Ruang Makan dari sudut pandang 1


Ruang Makan dari sudut pandang 2


Ruang Makan dari sudut pandang 3



Ruang Makan dari sudut pandang 3


Ruang Makan dari sudut pandang 4


Ruang Balkoni dari sudut pandang Pintu Gelangsar


Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 1



Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 2



Ruang Bilik Tidur dari sudut pandang 3



Bilik Mandi dan Tandas


Pemilik Rumah Bot


Pemilik Rumah Bot

Peralatan Pemanas Rumah Bot



Haba panas dari pembakaran kayu api disalurkan ke dalam sesaluran paip tebat panas, masuk ke dalam setiap ruang didalam rumah bot. Ia digunakan untuk memanaskan ruang bilik dan memanaskan bekalan air. Peralatan tradisional yang menjimatkan ini wajib ada kerana suhu di kawasan Tasik Dal sangat sejuk. 



Rumah Bot di pandang dari sudut belakang dan tepi

Dinding dan tingkap rumah bot pandang dari luar dihias dengan kaca berwarna

Saluran Bekalan Air untuk kegunaan rumah bot


Kediaman Pemilik Rumah Bot

Sudut pandang dari luar rumah bot


Rumah Bot ditambat dengan kuat dan kukuh 



Tong Bekalan Air untuk kegunaan pelancong yang menginap rumah bot


Balkoni Rumah Bot


Seni Ukiran Tangan Pada Rumah Bot Di Tasik Dal Kashmir India











Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Pada Waktu Malam Di Tasik Dal Kashmir India






Suasana Persekitaran Pandangan Kerancakan Ekonomi Perlancongan Di Tasik Dal Kashmir India











Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Dan Rumah Penginapan Penduduk Tempatan Di Tasik Dal Kashmir, India











 Suasana Persekitaran Pandangan Rumah Bot Dan Kedai Terapong Di Tasik Dal Kashmir India







Wasallam. 

Thursday, 11 July 2024

Mengenali Tumbuhan Liar Tempatan Hoya lasiantha

Mengenali Tumbuhan Liar Tempatan  Malaysia ~ Hoya lasiantha 

Bunga Hoya lasiantha 



Di negara kita cukup kaya dengan tumbuhan liar yang hidup subur bersepah-sepah di dalam hutan belentara Tanah Tinggi mahu pun Hutan Tanah Rendah.  Ada terlalu banyak jenis spesis tumbuhan liar  yang tumbuh disitu, samada pada lantai tanah hutan mahu pun menumpang tumbuh melilit dan tersangkut pada tumbuh-tumbuhan lain. Jika hendak dinyatakan saya sendiri tidak tahu kerana saya bukan ahli kepada bidang tumbuhan. Walaubagaimana pun begitu, perasaan  ingin tahu yang bercampur dengan kasih sayang kepada tumbuhan liar tempatan memang telah ada sebati di dalam jiwa.  Saya memang bernasib baik kerana mempunyai Guru-guru seperti Saudara Mike Chong dan Saudara Dennis Yong yang sentiasa ingin memberi pelajaran yang menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam bidang alam semulajadi tanahair.

 

 

Baru-baru ini Saudara Dennis Yong telah menghubungi saya kerana beliau ingin menunjukkan dan memperkenalkan kepada saya rupabentuk bunga sejenis tumbuhan liar tempatan Hutan Tanah Rendah. Ujar beliau tumbuhan liar yang dikenali dengan nama saintifik Hoya lasiantha ini jarang sekali dapat melihat kuntuman  bunganya. Katanya ini adalah buat pertama kali dia melihat bunga Hoya lasiantha depan mata kepalanya , yang mana sebelum ini beliau hanya melihat melalui gambar di dalam buku atau pun internet.

 

Barangkali beliau teruja dan ingin berkongsi gembira bersama sambil   saya dapat belajar dan mengenal tumbuhan liar tempatan. Beliau memaklumkan tumbuhan liar Hoya lasiantha ini hidup tumbuh menumpang dan berakar pada pokok-pokok besar. Tumbuh secara bebas liar menjalar memanjat melilit panjang pada tumbuhan lain. Sehingga kadang-kadang terlihat Hoya lasiantha telah bercampur dengan daun-daun pokok yang ditumpanginya.


 

Cuma orang mempunyai ilmu pengetahuan seperti beliau saja dapat membezakan daun-daunnya. Atau ia dapat dibezakan bila mana ketika tumbuhan Hoya lasiantha itu berbunga. Peluang begini bukan datang selalu, terlanjur ketika ada orang yang hendak menunjukkan kepada saya maka ia tidak akan disia-siakan.  Merakam imej dari pelbagai sudut bagi tujuan mengingat, membasmi lupa dan mengenal rupabentuk tumbuhan liar itu.

 

 

Bentuk bunganya terjuntai ke bawah secara bergugus dengan mempunyai 7 tangkai dalam satu gugus. Pada setiap hujang tangkai terbentuk kuntuman bunga lima kelopak dengan campuran 2 warna. Kelopak yang berada pada pangkal tangkai berwarna kuning bendera Negeri Selangor atau warna kuning buah Asam Gelugur. Manakala bahagian hujung kelopak berwarna  merah buah delima. Pada setiap kelopak bunga warna kuning Selangor itu, ada diselaputi oleh rerambut lebat bulu halus berwarna putih.

 

 

Mengikut kepada jenis tumbuhan yang menjalar panjang seperti Hoya lasiantha ini, saya menjangkakan kebiasaan bunga tangkai bergugus akan tumbuh selang menyelang 1 kaki antara satu tangkai bergugus disepanjang batang tumbuhan yang menjalar itu. Saudara Dennis Yong juga tidak dapat memastikan samada ia akan berbunga sepanjang masa atau pun mengikut musim secara serentak pada satu-satu masa. Ketika rakam ini dilakukan bunga sedang mekar pada bulan Julai, maka kajian lanjut harus dibuat. Sama ada Hoya lasiantha akan berbunga pada setiap bulan Julai  atau sebaliknya.

 


Andaikata gugusan kuntuman bunga Hoya lasiantha bertitih-titih tumbuh disepanjang batang yang menjalar pada pokok yang ditumpanginya itu, mekar secara serentak atau beperingkat tentu indah pandangan suasana hutan belantara tanahair kita. Rezeki melihat yang indah itu mungkin khas kepada  individu yang mengenal dan mengkaji bidang tumbuhan. Kepada orang awam yang tidak langsung mengenal tumbuhan liar tempatan, maka terlepas pandanglah mereka untuk melihat perkara yang indah-indah di dalam tanahair sendiri.

 

 

Walaubagaimana pun, mungkin warga tempatan yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang mengindahkan taman atau kawasan pekarangan kediamannya, mereka bolehlah mengambilnya dikawasan hutan pembalakan yang sedang berlaku. Daripada tumbuhan liar Hoya lasiantha ini punah secara sia-sia, maka ada baiknya dibawa pulang untuk dibiak supaya ia tidak pupus. Lambat laun jikalau dijaga dengan baik, tentu mereka dapat melihat keindahan tumbuhan liar tempatan itu, apabila ia berbunga nanti di kawasan halaman rumah sendiri.

 

Bentuk Daun Hoya lasiantha 

Bentuk kuntum bunga yang belum mekar. (dibahagian tengah)


Bentuk pucuk daun Hoya lasiantha

Bentuk putik bunga Hoya lasiantha


Sisi pandang dilihat dari bahagian bawah


Sisi pandang dilihat dari bahagian atas

Bentuk kuntuman bunga dari jarak dekat 

Bentuk bunga dari sudut sisi pada dari jarak yang dekat



Terima kasih banyak-banyak Saudara Dennis Yong dan Saudara Mike Chong kerana memberi pelajaran dan tunjuk ajar kepada saya. Saya menghargai usaha itu semua.Wasalam.

Wednesday, 3 April 2024

Menyelamat Dan Membebaskan Hidupan Liar~ Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat

 


Menyelamat Dan Membebaskan Hidupan Liar Ke Habitat Asalnya~ Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat


Baru-baru ini pada bulan Mac 2024 Saudara Dennis Yong telah menghubungi saya, memberitahu bahawa beliau   telah menyelamatkan seekor  Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat yang tersesat. Beliau ingin melepaskannya kembali  di tempat  hidupan asalnya.Ia dipercayai telah tersesat memasuki di kawasan tanah lapang di tepi padang berhampiran dengan Masjid.  Kemudian ia telah di kepong oleh 3 ekor kucing domestik. Menurut Saudara Dennis Yong ,  kejadian berlaku pada waktu pagi dimana beberapa orang penduduk sedang berkerumun di tepi padang bersebelahan Masjid Al Mardiah Taman Melawati Ulu Kelang Selangor. Kucing-kucing yang  silih berganti mengacah, sergah dan mengertak hidupan liar menarik perhatian orang ramai untuk mengerumi kawasan itu, tidak terkecuali Saudara Dennis Yong. Hidupan liar seperti Tikus Mondok tidak dapat melarikan diri akibat   terkepong dan diancam dengan  suara nyaring kucing-kucing domestik. Dalam keadaan tertekan Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat hanya berupaya bertahan dan menunggu serangan oleh 3 ekor kucing domestik.







Pada ketika itu, Saudara Dennis Yong merasa musykil  bagaimana seekor  Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat boleh berada di tengah padang bola sepak. Walhal kawasan hutan buloh agak jauh daripada lokasi ia tersesat. Apakah barangkali   Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat ini telah terlepas daripada kandang sangkar peliharaan penduduk di kawasan Taman Melawati. Terdapat banyak andaian dan barangkali bagaimana ia boleh berada ditengah padang.



Melihatkan  Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat sedang terlalu tertekan, maka dengan segera beliau bertindak cuba menangkapnya untuk menyelamatkan hidupan liar tersebut. Ilmu dan pengalaman luas berpuloh tahun yang dimiliki oleh Saudara Dennis Yong memudahkan  Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat ditangkap tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku. 



Beliau tidak menghadapai masalah dan tahu bagaimana hendak menangkap hidupan liar itu. Ketika dalam proses menangkap,   Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat itu telah meloloskan diri dari kepongan kucing lalu meluru masuk ke dalam rumah seorang penduduk disitu. Keadaan ia telah terperangkap  telah memudahkan Saudara Dennis Yong  melakukan proses menangkap. Hanya berbekalkan kayu penyapu dan kotak kandang kucing, Saudara Dennis Yong menyusun arah sehingga  Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat masuk ke dalam kotak sangkar haiwan peliharaan.






Setelah dapat ditangkap Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat  di simpan kurung didalam sangkar kucing buat satu tempoh bertenang. Memberi ruang ia berehat akibat keletihan setelah diancam oleh kucing dan proses melepaskan diri sebelum dia terperangkap. Saudara Dennis Yong menyediakan bekalan  air yang mencukupi dan makanan. Tempoh rehat yang mencukupi berserta makanan yang disediakan itu memberi kesan yang positif kepada Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat. Ia berehat dalam sangkar dengan tenang seperti seekor kucing yang hendak pergi veterina untuk dimandi shampoo. Kelihatan ingin terus tinggal dalam jagaan Saudara Dennis Yong.




Nota Pemerhatian Hal Keadaan Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat ketika dibebaskan.

Pada mulanya Saudara Dennis Yong bercadang melepaskannya di Hutan Simpan Kekal Gombak Selangor, namun, Saudara Dennis Yong berubah fikiran dan bersetuju dengan cadangan saya. Dilepas bebas  disekitar tempat yang tidak jauh dari tempat ia tersesat. Di kawasan  yang mana, kenderaan tidak ada dan jarang orang lalu lintas, berhampiran dengan sumber makanan yang banyak dan di tempat ia berupaya bersembunyi dalam lubang tanah rumpun buloh.


Semasa Saudara Dennis Yong membawa kotak sangkar haiwan peliharaan, Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat berada di dalam kurungan seperti kucing domestik yang hendak ke kelinik haiwan untuk di shampoo bulunya. Tenang dan tidak meronta-ronta, mahu pun menunjukkan riaksi gelisah berputar atau melanggar jaring kandang. Ia kelihatan dalam keadaan tenang seperti kucing domestik kenyang di dalam sangkar .

Ketika Saudara Dennis Yong membuka pintu sangkar, Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat tidak terus meluru keluar, tetapi ia tenang  dan tidak bergerak malah duduk diam dan tidak ke mana-mana. Pintu sangkar yang telah terbuka luas tidak di endahkannya. Keadaan itu berlangsung lebih kurang 3 ke 4 minit. Barangkali dia merasa curiga dan takut untuk pergi ke kawasan baharu yang asing pada dirinya. Mungkin pada ketika itu ia merasakan, berada di dalam sangkar itu lebih selamat daripada diluar. Memandangkan hal keadaan seperti itu akan berterusan maka Saudara  Dennis Yong membuat keputusan untuk mengejutkannya. Beliau mengambil sebatang ranting kecil lalu dijolokkannya masuk dicelah lubang sangkar langsung mengenai badan  Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat . Kesan tolakan dan cucukan yang tidak menyakitkan pada badan haiwan itu mendapat tindak balas. Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat itu memusingkan kepala dan badannya membelakangkan pintu sangkar. 

Setelah beberapa ketika dia membetulkan kedudukan kepalanya menghala di muka pintu untuk keluar dari sangkar. Menjenggok kepala dimuka pintu sangkar sambil terpaku disitu. Didonggakkan kepala dan memusingkan leher pendeknya, kiri dan kanan seperti perbuatan sedang menghidu. Ada besar kemungkinan ia menghidu bau udara sejuk yang keluar dari lubang, atau barang kali bau kawasan tumbuhan buloh.


Diberanikan dirinya menjengok mengeluarkan kepala dari muka pintu sangkar namun begitu, kedua belah kaki hadapan masih tetap di dalam sangkar. Disitu ia tunduk ke bawah lalu menghidu lantai tanah. Tidak pasti arah mana yang hendak ia tuju samada kanan atau pun kiri. Kemudian perlahan-lahan memulakan langkah kaki kanan memijak permukaan lantai tanah menghala ke arah  pintu sebelah kiri sangkar. Pada ketika itu kedua belah kaki hadapan telah pun memijak tanah, manakala sebahagian badan sebelah kaki belakang dan ekor masih berada di dalam sangkar. Permulaan langkah menghala sebelah kiri, kemudian ia berhenti dan menukar hala menuju kearah sebelah kanan. 



Pergerakan melangkah terhenti-henti setapak demi setapak sambil mendongak kekiri dan kanan menghidu udara sekeliling. Boleh dikatakan setiap langkah ia berhenti sejenak sambil mendongakkan kepala untuk menghidu udara sebagai petunjuk ia akan pergi kesitu. Setapak demi setapak langkahnya itu membawa ia ke sebuah lubang bekas sebatang longkang yang telah lama tersumbat. Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat itu terus masuk kedalam lubang longkang yang gelap gelita dan tidak kelihatan lagi. Mungkin ia menjadikan lubang itu sebagai penempatan sementara sebelum mencari tempat yang lebih selamat dan sesuai.


Maka selesailah usaha murni Saudara Dennis Yong yang telah menyelamatkan Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat tersesat itu. Bagi saya pula, untuk Saudara Dennis Yong menghubungi saya beberapa kali semata-mata untuk berkongsi sama merasai pengalaman membebaskan hidupan liar ini merupakan satu penghargaan dan pengalaman yang sangat berharga. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saudara Dennis Yong kerana memberi peluang kepada saya menimba pengalaman membuat pemerhatian Dekan Besar~Rhizomys sumatrensis Large Bamboo Rat  dibebaskan. Wasalam.