FALSAFAH PHOTOGRAFI SAYA
Merakamkan subjek mengikut hal sebenar apa yang dilihat dimata pada masa dan keadaan ketika itu. Contohnya rakaman subjek berada di tengah padang ketika cahaya matahari sedang memancar, maka imej rakaman akan sama dengan keadaan ketika itu. Sama juga ketika merakam imej di waktu malam yang hanya dibantu oleh cahaya bulan atau lampu, maka imej rakaman akan diperolehi sama dengan keadaan ketika itu. Itu adalah cara fotografi saya. Saya tidak tahu mengapa saya gemar sebegitu saya sendiri tidak tahu. Mungkin saya tidak mempunyai guru, hanya belajar sendiri tanpa sebarang rujukan walaupun pada internet. Mungkin lebih kepada malas. Perkara yang sikit-sikit tu tahulah ,itu pun belajar daripada kesilapan sendiri. Seperti apa itu, D.O.F, kelemahan melebihkan ISO, slow shutter speed,release, dan bla bla bla...
Maka banyaklah kekurangan terhadap rakaman-rakaman saya. Kamera yang saya gunakan pada awal dan pertengahan penglibatan diambil dalam bentuk jpeg bukan dalam bentuk Raw. Kamera pertama saya ialah jenis Panasonic FZ 2 , 2 megapixle 10 X opticle zoom. Kemudian Panasonic FZ 28 , 18 X opticle zoom 10 megapixle, dan Panasonic FZ 100, 24 X opticle zoom 16 mega pixle. Sekiranya saya mengambil rakaman dalam bentuk Raw, maka saat keajiaban akan terlepas hilang kerana cerapan pada kamera sangat lambat. Juga saya tidak mempunyai software yang boleh membaca rakaman bentuk Raw. Selesa dengan status sebagai " The Underdog ".
Rakaman burung yang saya lakukan hanya bersandarkan gigih berusaha, rezki dan keajiaban. Sekiranya perkara itu telah lunas dilakukan tetapi burung masih tidak ditemui untuk dirakam dan diperhatikan maka saya RED door kepada to Hunt. Saya juga tidak menggunakan alat bantuan untuk menarik perhatian burung seperti rakaman suara burung , tidak menyediakan umpan seperti ulat-ulat dan tidak membuat studio dilokasi tempat burung ditemui. Pernah terserempak dengan jurufoto yang menggunakan kaedah yang dinyatakan, memang rakaman sungguh berkualiti dan mudah umpama memancing ikan dalam akuarium. Tetapi jiwa dan perasaan saya tidak dapat merasa nikmat kesedapan sepertimana merakam dan memerhati secara usaha, rezki dan ajaib.
Maka hasil rakaman saya tidaklah begitu berkualiti dan tidak bersih, kerana gelap, banyak daun dan ranting menutupi bahagian-bahagian badan burung. Apatah lagi lensa yang digunakan menggunakan system optical dan digital zoom. Tidak juga menggunakan bantuan tripot, hanya menggunakan keteguhan dan kestabilan tangan sahaja.
Saya lebih selesa pergi memburung seorang diri dengan menonggang motosikal atau bersama anak isteri atau bersama Sifu saya Saudara Mike Chong. Sangat jarang saya bersama-sama menyertai kumpulan photographer burung yang lain, mungkin dengan alasan tidak mahu memberi kacau ganggu kepada mereka. Kebanyakkan dari kalangan mereka mempunyai lensa prime lensa yang jauh dan jelas jarak penglihatannya. Antara 400mm hingga 800mm, sedangkan saya hanya 300mm sahaja. Dikhuatiri akan mengganggu mereka sekiranya saya pergi hampir ke arah burung dan burung akan terbang menghilangkan diri. Keadaan ini akan mengecewakan kumpulan photographer.
Tetapi sebaliknya sekiranya memang saya dulu menjumpai burung hasil mencarinya sendiri, saya tidak sesekali akan berundur malah akan mencuba nasib menghampiri sedekat mungkin. Biarlah apa orang nak kata , akan mengganggu burunglah atau memberi tekanan stress kepada burung lah. Itu saya tidak peduli, kerana keyakinan saya kepada ilmu Allah dan Rasul ialah mengapa burung membenarkan ia dihampiri sedekat mungkin, sekiranya dirinya merasa terancam. Sudah tentu ia merasa selamat dan tidak diapa-apakan. Perhubungan yang tidak menggunakan suara bahasa, perkataan, isyarat, tipu helah dan alatan eletronik. Berhubung hanya dengan hati. Seperti kita berniat semasa mengangkat takbir ketika memulakan solat. Qasad, ta'rad dan ta'yin. Hubungan ajaib ini yang saya cari selalu.
Elok saya berseorangan, sekiranya saya mampu hampir kepada burung maka saya akan dapat rakaman yang memuaskan hawa nafsu, andai kata burung terbang menghilangkan diri , cuba lagi dilain masa. Biasanya lambat laun akan bertemu juga akhirnya nanti. Sepanjang penglibatan dalam bidang ini saya bershukur telah berjaya merakam 455 spesies burung yang boleh ditemui di Semenanjung dari pada jumlah keseluruhan 723 spesies. Jikalau ada rezki yang lebih, masa dan kesihatan saya bercita-cita melihat dan merakam semua spesies burung di Malaysia.

No comments:
Post a Comment