Sunday, 17 February 2013



SELINGAN DAN RAMPAISARI KETIKA MEMBURUNG

Mukadimah

Sejak tahun 2006 ketika memberi tumpuan sepenuhnya membuat kajian burung dan mencari bahan-bahan kajian saya telah menjelajahi hampir kesemerata tempat di Semenanjung Malaysia. Maka banyak pengalaman kehidupan yang berguna saya tempohi, untuk dijadikan pengajaran dan iktibar oleh saya serta anak isteri, adik beradik dan rakan taulan. 

Ceruk mana kita pergi di Semenanjung Malaysia, dengan izin Allah tidak perlu risau selagi niat kita baik , jujur ikhlas, hormat dan cuba sedaya upaya tidak menyusahkan orang lain, nescaya  kita akan beroleh kemudahan. Kerana penduduk Malaysia adalah dikalangan orang yang cintakan keamanan dan mempunyai tahap kemanusian yang tinggi tidak kira Melayu, Cina , India ,Sikh, Serani, Orang Asli dan taraf Penduduk tetap mereka semuanya baik , ramah tamah dan sedia membantu. Dalam kata lain peratusan orang baik-baik lebih ramai daripada orang yang tidak baik.

Kisah-kisah yang diceritakan disini adalah sebagai tanda ingatan terima kasih dan kenangan yang akan terpahat dalam hati saya. Tidak kira jenis apa bantuan yang telah diberikan kepada saya. Harapnya pada Allah sajalah yang dapat membalas jasa budi baik mereka itu. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih sahaja, tanpa balasan wang ringgit. 

Samping itu saya ingin memohon maaf , kalau-kalau kesusahan saya ketika dibantu telah merugikan , menyusahkan orang-orang yang telah membantu dan menolong saya.

Wassalam.
 


No comments:

Post a Comment