Tuesday, 26 March 2013

MENCARI KERANG


Mencari Kerang Di Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Spesis Burung meredah dan burung laut masih lagi sedang mencari makanan ketika waktu sudah menjelang malam.

Setiap kali pergi memburung mencari burung-burung spesis meredah dan spesis burung laut lokasi tumpuan yang menjimatkan dan membuahkan hasil ialah di sepanjang pantai daerah Kapar dan Jeram  di Kuala Selangor. Kepada sesiapa yang ingin melihat burung jenis meredah dan burung -burung laut datanglah ke sini, pastikan ketika air sedang surut. Yang mana air laut surut jauh ketengah laut sejauh 2 hingga 3 kilometer daripada pantai. Ketika itu terdapat banyak spesis burung dapat kita temui. Tetapi harus bersedia untuk diri dibakar garing oleh pancaran sinar terik matahari.
Masih 500 meter dari pantai.
Segala Puji-pujian pada Allah, 67 tahun dah.
Kolek pakir
1:29 p.m Pantai Remis
 pembersih sementara
Cukup untuk hari ini
Harapan..
Ibu dan anak
Keringat
Untung orang tengah

Esok datang lagi...
Setiap kali memburung disini, pasti akan melihat penduduk tempatan menjalankan aktiviti pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka. Disini kita boleh lihat ada pelbagi aktiviti sara hidup. Ada yang mencari perumpun untuk kegunaan sendiri dan untuk dijual kepada pemancing-pemancing. Aktiviti menyara kehidupan dengan mencari berbagai-bagai jenis kerang ditengah laut. Kegiatan  pekerjaan disini  membuatkan saya insaf dan berterima kasih kepada Allah. Pekerjaan yang terpaksa dibuat ini bukannya suatu pekerjaan yang susah , tetapi suatu pekerjaan yang sangat bersusah payah dan mendatangkan penderitaan rohani dan jasmani.

Yuran kehidupan

Azab harian


Tangkap pinggang
Putus urat leher
Pinggang muda
Pekerjaan ini tidak sama dengan pekerjaan menyara kehidupan yang lain, yang mana masa ditentukan oleh  manusia. Tetapi pekerjaan ini berlainan pula, ia ditentukan oleh alam semulajadi kerana bagi menjamin keselamatan dan kesesuaian perlaksanakan pencarian rezki. Mereka akan sentiasa tahu bila dan waktu ketikanya air pasang dan surut.  Modal yang diperlukan ialah tenaga tulang empat kerat, pengalaman, sampan selut ( bentuk seperti keranda ),  tawakal kepada Allah dan perasaan tidak tamak dan leka.
Add caption
Rentung dan garing
Kecut kaki tangan
Seharian berendam
Kudrat

Purata harian yang boleh diambil dari laut oleh seorang pencari kerang adalah lebih kurang 50 kilogram kerang. ( Sekiranya mempunyai rezki dan bernasib baik ) Harga pasaran terkini  yang dibeli oleh peraih kerang ialah RM 3.00 sekilogram. Manakala harga kerang di pasar tani dianggarkan RM 4.00 sekilogram. Manakala harga kerang yang telah direbus atau dibakar di Restoran ialah RM 6.00 sepinggan. (Terdapat lebih kurang 25 ketul ) .

Mencari Kerang Di Bulan Ramadhan

Ramadhan dan panas di tengah laut
Tohor dan waktu Zohor
Eeermm

Pada pandangan peribadi saya, kepada orang yang tidak mempunyai sakit gaut yang mengemari memakan kerang eloklah berpakat dengan rakan seselera mereka untuk terus membeli daripada sipencari kerang itu sendiri dengan harga RM 3.00 sekilogram dan bersedekah pula RM 1.00 sekilogram. Keadaan ini membuat kedua belah pihak akan merasa bergembira dalam proses jual beli ini. Penjual mendapat tambahan RM 1.00 sekilogram, manakala pembeli pula mendapat pengurangan RM 2.00 malah mendapat lebih jumlah kerang.

Gali perumpun ditengah laut
perumpun untuk dijual
Rehat dengan rokok daun
Pikul kolek
Kolek selut masing-masing
Imbang kolek

Mencari Kerang DiWaktu Malam

Hening, nyamuk dan agas

Menanti air surut

Kolek Selut Kerang

Untung rugi masing-masing
bersendiri
meraba kerang

Semestinya suatu nikmat yang jarang berlaku akan kita rasai apabila kita dapat melihat senyuman puas dan gembira sipencari kerang ketika proses jual beli ini berlaku dengan sopan dan rendah hati.
Wasalam.






1 comment:

  1. slm ade no hp pencari kerang..wasap kat sy fitri 01128831253

    ReplyDelete