Helang Sewah Blyth's ~ Spizaetus alboniger
23 Mac 2013 Sabtu
Guru saya Saudara Mike Chong memaklumkan bahawa Burung Helang Sewah Blyth's ~Spizeatus alboniger pernah membuat sarang di kawasan hutan simpan di negeri Pahang. Pada musim sebelumnya, saya tidak berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap kelakuan burung ini, ketika selama tempoh ia bersarang hingga anaknya keluar terbang dari sarangnya.
Untuk musim ini, ketika membuat tinjauan seimbas lalu ketika pulang dari memburung disekitar kawasan itu, saya dapati sarangnya ada tanda-tanda burung sedang dalam proses pembiakan. Hasil daripada siasatan tersebut, saya dapati Burung Helang Sewah Blyth's ~Spizeatus alboniger telah mempunyai seekor anak. Berdasarkan pengalaman dan maklumat gambar serta cadangan daripada Saudara Mike Chong, usia anak burung ini dianggarkan lebih kurang 2 minggu. Dimana kebiasaan anak burung yang baru menetas seluruh tubuhnya togel dan tidak mempunyai sebarang buluhias.
|
Keadaan cuaca di sekitar lokasi burung bersarang sering berkabus |
24 Mac 2013 Ahad
Saya telah membuat tinjauan dan mendapati burung dewasa tidak bersama-sama anaknya. Anak burung dilihat bersendirian di dalam sarang sedang tidur, mungkin ia merasa aman dan selesa kerana cuaca ketika itu sejuk dan sedikit berkabus. Burung dewasa pula, dilihat bertenggek agak jauh daripada lokasi sarangnya, dianggarkan lebih kurang 100 meter. Walau jarak dan lokasi sarang pada pandangan mata manusia dirasakan jauh, tetapi berdasarkan kepantasan burung terbang, burung dewasa hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk sampai ke lokasi sarangnya jika dilihat ada ancaman kepada anaknya.
Burung dewasa bertenggek di suatu sudut di atas ranting pokok membuat tinjauan pengawasan terhadap anaknya. Mungkin juga sambil ia membuat pengawasan, ia memerhatikan mangsa-mangsa yang boleh dijadikan makanan. Sesekali dilihat burung dewasa membuat penerbangan secara berputar-putar di angkasa sambil membuat bunyi panggilan.
Ketika kawasan sarang itu diliputi oleh kabus tebal, saya melihat burung dewasa pergi ke sarangnya dan menemani anaknya untuk satu tempoh yang agak lama. Proses ini, saya beranggapan bahawa burung dewasa memberi perlindungan daripada ancaman cuaca yang sangat sejuk. Burung dewasa membuat belaian hempapan ke tubuh anaknya untuk memanaskan tubuh.
|
Burung dewasa sedang membuat pengawasan anak di dalam sarang daripada jauh. |
|
Burung dewasa betina sedang melindungi anaknya daripada cuaca yang sejuk dan berkabus. |
26 Mac 2013 Selasa
Tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan pada 26 Mac 2013 daripada jam 9:00 pagi hingga jam 3:00 petang mendapati anak burung lebih aktif daripada pemerhatian sebelumnya. Keadaan hari itu cerah ,terang dan panas. Jarak pemandangan yang jelas membuatkan sesi pemerhatian menjadi mudah tetapi kehadiran saya dirasakan seperti memberi ancaman kepada anaknya. Dalam tempoh tersebut burung dewasa membuat pengawasan sarang dari jarak yang sangat hampir iaitu dalam jarak 30 meter dari jarak sarang burung. Burung dewasa akan menggunakan lokasi pokok yang sama semasa ia membuat pengawasan sarangnya.
Oleh kerana cuaca hari itu agak panas, anak burung merasa kurang selesa dan sentiasa dilihat berdiri dan berjalan-jalan menggelilingi tebing sarangnya sambil mengepak-gepakkan sayapnya yang masih tiada pelepah terbang. Anak burung beberapa kali menukar-nukar lokasi tempat duduknya. Sepanjang tempoh pemerhatian, burung dewasa hanya datang kesarang cuma 2 kali sahaja dalam jarak 2 jam sekali. Malah tempoh berada disarang pula tidak melebihi 1 minit. Tiada sebarang makanan dibawah oleh burung dewasa. Pada anggapan saya proses ini, ialah untuk memberi keyakinan kepada anaknya bahawa ia tidak ditinggalkan begitu sahaja. Mungkin kehadiran saya memberi ancaman mental kepadanya.
Burung dewasa sentiasa berlegar-legar diatas angkasa sarang sambil membuat panggilan. Ada suatu ketika burung dewasa datang ke sarangnya dengan membawa ranting kayu menggunakan paruh. Perbuatan ini menjadi teka-teki kepada saya, atas alasan apa ia membawa ranting kayu, tetapi tidak membawa makanan kepada anaknya. Ia hanya berada sebentar sahaja , lalu terbang kesatu lokasi yang tidak diketahui.
|
Hanya tidak sampai 5 saat untuk sampai kesarangnya. |
|
Kepanasan dan kurang selesa |
|
|
Burung dewasa datang membawa ranting baru untuk tujuan memberi nilai tambah kepada kestabilan dan pengukuhan pembinaan sarang, demi keselamatan anak dan dirinya. Burung dewasa khuatir ranting-ranting lama sudah reput, apatah lagi setiap hari berat badan anaknya semakin hari bertambah, memandangkan sarang yang sedia ada adalah sarang yang telah digunakan sejak musim-musim yang lepas. Daun-daun baru juga dibawa sebagai pelindung kepada anak burung dari pancaran sinar matahari serta sebagai alat penyejuk badan. Pada ranting itu juga terdapat serangga dan semut untuk dijadikan diet oleh anak burung. |
28 Mac 2013 Khamis
Pada 28 Mac 2013, jam 3:00 petang hingga jam 6:30 petang pemerhatian diteruskan untuk melihat tabiat dan perilaku anak burung yang tinggal di dalam sarang. Ia bersendirian tidur dalam suasana cuaca nyaman walaupun tiada kabus. Lebih kurang 45 minit kemudian cahaya matahari memancarkan cahaya kearah sarang, anak burung dilihat bangun dan memerhatikan keadaan sekitar sarang. Ia mematuk-matuk ranting kayu dan bermain-main dengannya. Seperti hari-hari yang lepas tabiat anak burung bangun dan berjalan-jalan pada gigi sarang dengan berhati-hati. sambil mengembangkan sayapnya yang masih tidak mempunyai pelepah.
|
Mencari dan mendapatkan sudut yang sesuai untuk menggeluarkan najis keluar dari sarangnya. |
|
Proses latihan menguatkan otot tubuh dan membiasakan perasaan gayat. |
Buat pertama kali saya melihat tabiat cara anak burung mengeluarkan najisnya. Sangkaan saya sebelum ini anak burung akan membuang najisnya didalam sarang, rupanya ia juga tahu menjaga kebersihan tempat ia tinggal. Anak burung melakukan beberapa pusingan pada sarang seolah-olah mencari kedudukannya yang sesuai supaya dirinya tidak terjatuh daripada sarang. Anak burung menjulur dan menonggekkan punggungnya kearah luar sarang dan memancutkan najisnya yang berwarna putih jatuh kebawah.
|
Burung dewasa jantan sedang membuat pengawasan berhampiran dengan sarangnya. |
|
Memerhati dan menoleh kearah semua sudut disekeliling kawasan sarang. |
|
Pengawasan dari lokasi yang jauh kerana kehadiran manusia disekitarnya. |
Manakala burung dewasa dilihat sentiasa sedang membuat pengawasan dari jarak kurang 1 saat untuk sampai kelokasi sarang pada kedudukan paras yang lebih tinggi daripada sarang. Dipercayai burung dewasa jantan datang kesarang setelah 2 hingga 3 minit setelah terdengar bunyi panggilan anaknya. Ia datang hinggap pada ranting kayu menjeguk sebentar dan melompat keranting yang lebih tinggi dan melihat sekitar sarang dan terus kembali terbang kearah hutan berhampiran.
|
Datang untuk membuat pemeriksaan dan memberi keyakinan kepada anaknya, bahawa ia tidak ditinggalkan. |
|
Burung dewasa datang sebentar untuk melihat hal ehwal dan keadaan anaknya didalam sarang. |
|
Membuat pengawasan dan pemerhatian sekitar kawasan sarang daripada sebarang ancaman, bagi menghilangkan rasa bimbang demi keselamatan anaknya. |
|
Sentiasa membuat pengawasan disekeliling kawasan sarangnya. |
|
Setelah merasa yakin burung dewasa akan segera beredar ke lokasi berhampiran |
|
Keadaan anak burung yang masih belum kuat otot kakinya yang dilihat masih tergigil-gigil ketika berjalan disekitar sarang. |
|
Keadaan terkawal dan semuanya selamat. Burung dewasa melonjak dan terus terbang kelokasi pengawasan. |
Pada penghujung petang pula ketika kabus mula menutupi kawasan sekitar sarang dan panggilan anak burung kedengaran yang tidak henti-henti, maka burung dewasa betina datang ke sarang dan terus tinggal bersama-sama anaknya. Manakala burung dewasa jantan pula bertenggek diam pada tunggul pokok yang lebih tinggi sambil memerhatikan sarangnya. Keadaan ini berlanjutan sehingga kabus tebal meliputi seluruh kawasan sarang dan hutan sekitar.
|
Burung dewasa betina datang sebentar untuk melihat keadaan anaknya setelah anak burung memanggil-manggil. Dimana sebelum ini keterdengaran teriakan Burung Helang Ular Berjambul~Spilornis cheela yang berlegar-legar di angkasa tempat lokasi sarang. |
|
Lokasi kebiasaan membuat pemerhatian sarang |
|
Setelah anak burung membuat panggilan tanpa henti ketika hari menjelang petang , burung dewasa betina datang menemani anaknya sehingga waktu malam. |
|
Burung dewasa sedang membuat pengawasan sarang pada jarak tidak sampai 1 saat ia terbang kelokasi sarang. |
|
Penampilan anak burung pada 28 Mac 2013 |
1 April 2103 Isnin
Seperti biasa pemerhatian secara berkala dilakukan pada 1 April antara jam 9:00 pagi hingga 11:30 pagi , didapati proses pembesaran anak burung dilihat banyak perbezaan sejak 4 hari yang lalu. Buluhias burung pada bahagian dada, perut dan ketiak sayap telah mengeluarkan warna coklat keperangan. Manakala pelapah sayap premir dan sekunder telah mula tumbuh yang membentuk dengan warna hitam. Pelepah buluhias pada bahagian tocang burung telah mula kelihatan. Proses ini pada perkiraan manusia adalah sangat cepat jika dibandingkan dengan sifir perkiraan antara pembesaran burung dengan pembesaran manusia.
Saya masih belum berpeluang melihat jenis diet pemakanan yang dibawa oleh burung dewasa kepada anak burung. Menjadi suatu perkara yang menakjubkan kepada saya , bagaimana naluri burung dewasa sentiasa berusaha mencari dan memilih makanan yang sesuai secara tetap tanpa anak burung terputus makanan sepanjang proses pembesaran anak burung berada didalam sarang. Didalam hutan yang luas terbentang tidak menjaminkan kepada burung dewasa pasti ia akan mendapat mangsanya sentiasa.
Pada awal pagi burung dewasa sedang mengawas keadaan sekeliling pada jarak yang sangat hampir pada sarang. Tetapi apabila saya menghampiri dan melepasi sempadan burung dianggarkan 50 meter burung dewasa beralih tempat pengawasanya pada ranting pokok yang berjauhan dengan saya tetapi berhampiran dengan lokasi sarangnya.
Anak burung aktif berdiri dan berjalan-jalan pada tebing sarang dengan mengelilingi sarangnya. Proses ini dipercayai dapat menguatkan otot kaki serta menghilangkan rasa gayat kepada curam dan tinggi. Perbuatan menjenguk ke arah bawah dan mengangguk-anggukkan kepalanya adalah bukti bahawa penglihatan matanya telah mula nampak pada objek-objek disekelilingnya.
Naluri anak burung kepada lanjutan untuk hidup membuatkan ia telah mula membuat persediaan untuk terbang sepertimana dengan ibubapanya. Anak burung telah mula memperkuatkan otot kaki dan sayapnya dengan membuat latihan melompat iaitu daripada bucu tebing sarang melompat ke dalam mangkuk sarang. Sepanjang pemerhatian ini saya dapati lebih 4 kali anak burung menjalankan aktiviti senaman sebegini. Saya dan ibubapanya mengharapkan anak burung ini akan menjalani proses pembesaran dengan cemerlang dan selamat.
|
Penampilan anak burung pada 1 April 2013 |
|
Burung dewasa sejak awal pagi sentiasa mengawasi anak didalam sarang sambil memerhatikan mangsa untuk dijadikan makanan oleh anaknya. |
|
Anak burung sedang menjalani proses menguatkan otot tubuh badan. Berdiri pada tebing sarang untuk ia melompat masuk kedalam lobang sarang. |
|
|
Mengibas-gibaskan pelepah sayap dan melompat masuk didalam lobang sarang. Lebih dikenali sebagai Tarian Helang. |
|
Berlatih melompat dan terbang |
|
Bulu-bulu halus anak burung tercabut berterbangan akibat latihan melompat dan terbang. |
|
Pelepah ekor burung tercabut dipercayai tersangkut pada ranting-ranting sarang ketika proses latihan melompat dan menggibas-gibaskan sayap. |
|
Mengimbang diri daripada terjatuh ke bawah ketika asyik berlatih melompat. |
|
Bermain-main dengan ranting kayu sambil membetulkan struktur binaan sarang. |
|
AaaEeh... |
|
Anak burung hampir terjatuh ke bawah ketika ia meniti-niti pada gigi sarang. Proses ini dipercayai membantu anak burung mempelajari imbangan dan membiasakan perasaan gayat pada ketinggian. |
|
Melompat sambil menggibas-gibaskan pelepah sayap. |
|
Anak burung sedang membuat pemerhatian kearah sekitar sarang. Keadaan ini berlaku dalam tempoh yang agak lama sambil menggangguk-anggukkan kepalanya. Keadaan ini dipercayai penglihatannya sudah mula beransur-ansur menampakkan objek. |
|
Sedang berusaha membuat imbangan meniti berjalan pada gigi sarang. |
|
Keadaan ini menampakkan bahawa kedudukan pangkal peha, pangkal bahu dan lengan sayap burung bersambungan antara satu sama lain. |
|
Penampilan anak burung pada 5 April 2013. Pelepah sayap premir dan sekunder telah mula panjang beberapa inci jika dibandingkan pada 4 hari yang lalu. |
|
Burung dewasa betina sedang memerhati kawasan sekeliling bagi memastikan kawasan persempadanannya selamat. |
|
Anak dan ibu |
Proses pemerhatian pembesaran anak burung dilakukan pada hari Jumaat 5 April 2013 jam 9:00 pagi hingga 11:30 pagi. Menjadi satu nikmat untuk melihat perubahan anak burung dari masa ke masa. Setelah selang 4 hari perubahan perubahan ketara dilihat pada warna pada buluhias burung . Ketika saya sampai dilokasi, seperti biasa anak burung masih lagi tidur atau duduk diam didalam lobang sarang. Setelah cuaca panas mula memancar kearah sarang, anak burung bergerak-gerak dan menjeguk keluar sarang. Kali ini saya lihat anak burung banyak menghabiskan masanya dengan menyisir bulu hiasnya. Hampir keseluruhan bahagian buluhias dibadannya dilakukan penyisiran dengan menggunakan paruhnya.
|
Burung dewasa betina datang membawa ranting kayu yang mengandungi serangga dan ulat sebagai diet makanan anaknya, serta sebagai penambah baik pembinaan sarang. |
|
Anak burung memancutkan najisnya setelah selesai makan. |
|
Pelepah ekor burung masih lagi lembut dan pendek. |
Kali ini saya dapati burung dewasa sudah biasa dengan kehadiran saya. Burung dewasa datang membawa ranting kayu berserta beberapa helai daun hijau ke sarangnya. Ada kemungkinan juga pada ranting kayu yang dibawanya menggandungi serangga dan ulat sebagai diet makanan anaknya itu. Alasan ini dikukuhkan, setiap kali burung dewasa membawa ranting berserta daun , anak burung mematuk-matuk ranting kayu tersebut. Setelah selesai perbuatan itu ia akan menyelak-yelak ranting tersebut pada struktur sarang bagi tujuan pengukuhan struktur sarang.
|
Latihan menguatkan otot sayap untuk persediaan terbang. |
|
Anak burung leka menyisir buluhiasnya. |
|
Proses mandi cahaya untuk membersihkan daripada hama pada buluhias burung |
|
Setelah menyisir buluhias anak burung bermandi cahaya pula |
|
Tahap ketinggian lompatan anak burung ketika ini tidak begitu tinggi, tidak melepasi paras sarang. |
|
Memandang-mandang kearah bawah membuktikan ketika ini penglihatan anak burung mula beransur-ansur melihat objek. |
|
Giat berlatih melompat walaupun tidak tinggi. |
|
Anak burung rajin berlatih . |
|
Pelepah ekornya masih nipis,jarang dan pendek. Tahap kedalaman mangkuk sarung dapat diagak pada paras peha kaki anak burung. |
|
Tempoh ini anak burung menghabiskan masa kehidupan dengan menyisir buluhias. |
8 April 2013 Isnin
Lanjutan
kepada permerhatian pembesaran anak burung dan perilaku burung dewasa
dilakukan pada 8 April 2013 jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengahhari.
Proses pemerhatian kali ini lebih mudah setelah naluri burung dewasa
merasakan kehadiran saya bukan satu ancaman kepada mereka. Ketika tiba
dilokasi anak burung masih lagi sedang tidur didalam lobang sarang.
Setelah lebih 35 minit menunggu ketika cahaya matahari telah mula
menerangkan kawasan yang sedikit berkabus, maka kelihatan kepala anak
burung menjenguk keluar.
|
Mengeliat dan membetulkan kedudukan otot dan pelepah. | | | | | | | | | | |
|
|
|
Burung dewasa datang membuat pemerhatian setelah sekian lama anak burung tidak bangun munculkan diri. Buurng dewasa datang membawa ranting kayu yang mengandungi serangga seperti semut, ulat-ulat, dan serangga untuk diet anaknya. |
Ia
berdiri didalam lobang sarang dan mula melakukan penyisiran buluhiasnya.
Proses ini berjalan agak lama sehingga saya dikejutkan dengan
kedatangan burung dewasa membawa ranting kayu. Burung dewasa membuat
permerhatian sekeliling dalam tempoh yang sangat sekejap dan terus ia
menjuakkan dirinya dan terus terbang kelokasi hutan berhampiran. Dari
jauh dilihat anak burung bermain-main dengan ranting kayu sambil
menyisirkan buluhiasnya.
|
Penampilan anak burung pada 8 April 2013 setelah 30 hari dari tempoh menetas. ( Tempoh cadangan anggaran ) |
|
Buat pertama kalinya burung dewasa datang membawa diet anak burung berupa sebahagian anggota badan seekor keluang. Anak burung sudah berupaya mempelajari dan membiasakan diri untuk memakan daging. |
Sesekali
dilihat burung dewasa membuat lintasan diudara dan membuat pusingan di
lokasi sarang. Pada jam 11:30 pagi sekali lagi burung dewasa datang
kesarang dengan membawa anggota badan mamalia yang telah
dikoyak-koyakkan dilokasi pemerhatian atau lokasi pemburuan. Akhirnya
saya diberi peluang oleh Allah untuk menyaksikan hal keadaan burung
dewasa datang membawa makanan buruan kepada anaknya. Keadaan ini
memberitahu saya bahawa burung dewasa tidak membawa keseluruhan anggota
mangsa buruan kepada anaknya secara serentak. Ada beberapa andaian saya
terhadap proses ini. Pertama haiwan buruan itu menjadi dietnya sendiri,
sebahagian diberikan kepada anaknya dan sebahagian lagi disorokkan
sebagai simpanan sementara ia mendapatkan hasil buruannya yang lain.
Keadaan ini bagi mengelakkan daripada terputusnya bekalan makan mereka.
Ada kemungkinan juga, saiz dan berat haiwan buruan akan mengganggu ruang
tempat anaknya tinggal kerana ruang sarang yang terhad saiznya. Keadaan
itu sudah tentu akan mengganggu keselesaan anaknya didalam sarang.
|
Burung dewasa memerhatikan anaknya berusaha untuk menyiat ,menguyak daging buruan untuk dimakan. |
|
Burung dewasa betina berada disisi anaknya untuk membuat pemerhatian sambil membuat panggilan, manakala burung jantan pula bertenggek pada ranting pokok yang tidak jauh dari lokasi sarang. |
|
Burung dewasa berada disamping anaknya dalam tempoh yang agak lama, sehingga anaknya selesai makan dengan syarat tiada manusia berada dekat dengan sarangnya. |
|
Kelihatan keredupan mata burung dewasa terhadap anaknya, menjelaskan kasih sayang ibu dan anaknya. |
|
Memerhatikan anaknya sedang makan |
Burung dewasa datang dengan mencengkam hasil buruan menggunakan kaki kiri dan mencampakkan makanan tersebut didalam lobang sarang. Dari imej yang dirakam, pada andaian saya merupakan sebahagian anggota tangan atau kaki seekor Keluang. Hasil dari pengamatan saya, ia merupakan lengan sayap kepada seekor Keluang yang berwarna kelabu. ( Warnanya sepadan dengan warna pada seekor keluang )
|
Sambil makan sambil membuang najis |
|
Diet daging ini merupakan diet baharu untuk anaknya, yang sebelum ini hanya memakan serangga dan ulat-ulat. |
Setiba burung dewasa disarang, burung betina memerhatikan burung dewasa jantan yang berada di puncak ranting berhampiran lokasi sarang. Burung dewasa betina merenung sambil membuat panggilan berupa teriakan beberapa ketika. Anak burung dilihat menyiat-yiat daging tersebut menggunakan paruhnya sambil kakinya memijak dan mencengkam anggota haiwan sebelum memasukkan daging kedalam mulutnya untuk dihadam. Jangka waktu itu berlangsung selama hampir 30 minit. Sepanjang proses itu burung dewasa betina berada disamping anaknya sambil memerhatikan tingkah laku anaknya sehinggalah ia selesai makan.
Setelah selesai anaknya makan, burung dewasa betina beredar daripada sarang menuju kearah hutan berhampiran tempat pemerhatiannya sambil diikut dari belakang oleh burung dewasa jantan. Anak burung dilihat berdiri diatas tebing sarang sambil membiarkan dirinya disimbah oleh cahaya matahari yang ketika itu memancar agak terik
|
Burung dewasa terbang setelah anaknya selesai makan. |
|
Setelah makan anak burung tidak minum air, sepertimana manusia. Menimbulkan tanda tanya. |
12 April 2013 Jumaat
Hari ini cuaca cerah dan berkabus. Oleh kerana tiada siapa yang berada dikawasan sekitar sarang, burung dewasa menemani anaknya pada ranting pokok dibawah sarangnya. Anaknya duduk berehat di dalam mangkuk sarang, hanya menampakkan kepalanya sahaja.
Seperti kebiasaannya apabila cahaya matahari mula memancar disekitar sarang, anak burung bangun berdiri ditebing sarang. Kelihatan keadaan fizikal anak burung banyak berubah hanya selepas 3 hari setelah saya membuat pemerhatian. Tocang ciri khas Helang Sewah telah mula jelas kelihatan .Warna coklat pada kepala anak burung sudah bertambah pekat. Bulu hias pada bahagian dada dan perut juga sudah mengeluarkan warna coklat yang ada menampakkan belak-belaknya. Warna pelepah sayap premir dan sekundar juga telah berwarna coklat pekat dan susunan carik-carik warna putih. Bulu pelepah sayap terbang sudah mula bertambah panjang sesuai untuknya memulakan latihan terbang. Iris mata burung masih lagi berwarna cerah. Pelepah ekor burung sudah mulai bercambah dan batang-batang bulu pelepah juga bertambah teguh.
|
Tabiat biasa yang dilakukan semasa proses pembesaran anak burung. |
|
Buluhias pada bahagian kaki burung masih lagi tidak lebat dan masih nipis. |
Sepanjang pemerhatian hari ini, anak burung menghabiskan masanya dengan melakukan kegiatan menyisir-yisir buluhiasnya. Sesekali berlatih melompat dan terbang didalam kawasan sarang, dan mengeliat membetulkan otot-otot lengan sayapnya. Latihan dilihat lebih terjurus kepada latihan lompatan sambil mengibas-gibaskan sayap burung. Segala aktiviti yang dilakukan oleh anak burung pada setiap hari semasa dalam proses pembesaran didalam sarang hampir serupa.
|
Mengeliat untuk melegakan anggota dan membetulkan struktur tulang lengan sayap terbang. |
|
Anak burung gemar berdiri ditebing sarang sekiranya tiada ramai manusia disekitar sarangnya. |
|
Giat berlatih mengibas-gibaskan pelepah sayap, sambil meniti-niti tebing sarang |
|
Mengimbang diri daripada terjatuh dari sarang |
|
Kelihatan kuku kaki mulai panjang , melengkung runcing dan tajam. |
|
Luas pelepah sayap burung mulai lebar keadaan ini membantu anak burung merasa angin apabila mengepak-gepakkan sayapnya. |
|
Buluhais pada bahagian anggota kaki dan badan mulai lebat walaupun masih nipis. Manakala pelepah ekor menampakkan peningkatan pertumbuhan. |
Untuk tempoh hampir 3 jam membuat pemerhatian burung dewasa sesekali membuat lintasan diruang angkasa sarang. Tetapi tidak sekali dalam tempoh itu burung dewasa datang membawa makanan untuk anaknya. Mungkin didalam mangkuk sarang ada baki makanan yang masih belum dihabiskan lagi.
|
Leka hidup bebas tanpa gangguan |
15 April 2013 Isnin
Keadaan
cuaca pada jam 9:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari adalah cerah ,
panas dan angin bertiup kencang. Pemerhatian hari ini melihatkan bahawa
anak burung kelihatan aktif serta cergas. Anak burung sejak dari awal
kedatangan saya telah berdiri ditebing sarang. Sepanjang pemerhatian
anak burung banyak menghabiskan masa didalam mangkuk sarang melakukan
aktiviti menyisir buluhiasnya pada keseluruhan bahagian anggota
badannya.
|
Kelihatan sasa tubuh anak burung dibaluti oleh buluhiasnya yang telah tumbuh hampir keseluruhan tubuh anggota badan burung. Buluhiasnya telah mula menampakkan ketebalan dan sedikit panjang. |
|
Perilaku anak burung didalam sarang. |
|
Perilaku anak burung didalam sarang. |
|
Menyisir buluhias sambil bermandi cahaya matahari. |
|
Memperkemaskan buluhias |
|
Memperkemaskan buluhias tanpa menggunakan cermin seperti manusia. |
|
Leka menyisir dan memperkemaskan buluhias dipercayai untuk setiap inci bulunya dapat menangkap arus angin bagi tujuan mengapungkan diri apabila burung telah bersedia untuk terbang nanti. |
Adakalanya melakukan penyisiran buluhias pada bahagian anggota badan yang sama berulang-ulang kali. Tidak dapat dipastikan mengapa perbuatan itu sangat perlu terhadap burung-burung. Adakah mungkin antara saraf burung dan buluhiasnya dapat merasai sesuatu tindak balas. Umpama geli, gatal, panas, atau pun sejuk. Sepertimana saraf dan kulit pada manusia. Sekiranya perbuatan tersebut semata-mata untuk menjaga kekemasan buluhias, saya berpendapat kemampuan menyisir dan memperkemaskan diri tanpa menggunakan alat bantuan cermin adalah satu pekara baru pada saya. Membuktikan burung mempunyai naluri keyakinan diri tanpa perlu diyakinkan dengan mata.
|
Perilaku anak burung didalam sarang. |
|
Perilaku anak burung didalam sarang |
|
|
Lompatan dan apungan diri sudah mula agar tinggi berbanding 3 hari yang lalu. Walaubagaimana pun keteguhan setiap buluhias yang melekat pada kulit tubuh burung masih belum begitu kuat. Setiap kali membuat latihan melompat dan terbang banyak buluhiasnya tercabut pada kulit anak burung. |
|
Perilaku ini dikenali sebagai tarian helang, yang akan dilakukan untuk anak burung mendapat keyakinan diri serta untuk terbang. |
|
Pelepah ekor masih belum cukup kuat dan panjang untuk membuat pengemudian. |
|
Tumbesaran pelepah sayap burung masih belum cukup sifatnya, kerana pada hujung pelepah burung menampakkan rerambut halus yang masih dalam proses lengkap sifat pelepah. |
|
Hujung pelepah sayap primer burung masih belum tumbuh dengan lengkap sempurna |
|
Tubuh anak burung kelihatan tegap dan sasa, ditambah pula dengan warna buluhias yang sudah banyak mengeluarkan warna coklat dari warna sebelumnya, putih. Setiap pelepah sayap terbang burung telah mulai panjang dan teguh tersusuk secara tersusun dicelah lengan otot kepak. Keadaan ini sudah sesuai anak burung berlatih melompat dan mengapungkan diri diudara. Sepanjang pemerhatian saya hari ini, anak burung membuat latihan melompat dan mengapungkan diri sebanyak 3 kali. Sesekali berusaha mematuk serangga bersayap yang datang kearahnya. Pada setiap bahagian lengan sayap terbang mempunyai 27 batang pelepah sayap premir. Manakala sayap skunder pula, saya tiada kemampuan untuk mengiranya. Panjang dan lebar saiz sayap juga tidak dapat pula saya mengagaknya.
|
Latihan terbang atau Tarian Helang |
|
Setiap kali anak burung berlatih melompat untuk terbang, banyak buluhias burung ini tercabut berterbangan daripada kulit burung. |
19 April 2013 Jumaat
|
Memperkemaskan buluhias sebelum membuat latihan terbang |
|
Buluhias anak burung pada ketika ini sudah mulai lebat dan panjang. 2 pelepah pada atas kepala anak burung juga sudah mulai keras dan kelihatan tinggi. |
Cuaca hari ini cerah dan berangin. Ketika tiba dilokasi sarang anak burung sudah berdiri pada tebing sarang dengan menayangkan keadaan tubuhnya yang sasa. Seperti biasa anak burung menghabiskan masanya dengan menyisir buluhiasnya dan kadang-kadang menggaru kepala dan pipi dengan kuku kakinya. Pada hari ini aktiviti latihan terbang acapkali dilakukannya. Daripada pemerhatian 3 hari yang lepas, lompatan dan kuakan sayap anak burung ada melihatkan kemajuan. Ini dapat disaksi dengan ketinggian tahap lompatan dan kuakan sayap yang lebih tinggi daripada biasa.
|
Menggaru bahagian bawah paruh dan leher. |
|
Kesemaua setiap helai pelepah sayap sudah tumbuh dengan sempurna. Berkemampuan untuk memerangkap angin sekiranya anak burung ingin terbang nanti. Walau bagaimanapun besar kemungkinan, lekatan batang pelepah sayap pada kulit burung masih belum begitu kuat. Perkara ini dapat dilihat apabila anak burung membuat latihan penerbangan, berterbangan buluhias nya diudara. |
|
Buat pertama kali anak burung memberanikan diri cuba bertenggek pada ranting kayu yang bersebelahan dengan sarangnya. |
|
Anak burung sudah mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk membuat lompatan terbang dan mengapunggakan dirinya. |
|
Latihan lompatan ini adalah untuk memberi kemahiaran anak burung untuk hinggap tepat pada ranting-ranting pokok. |
|
Latihan mengimbang diri |
Anak burung lebih yakin berdiri bertenggek pada ranting pokok bersebelahan sarangnya. Berdiri sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan mengangguk-angukkan kepala. Ciri-ciri burung dewasa sudah mula kelihatan pada bentuk fizikalnya. Cuma pada bahagian pelepah ekor yang kelihatan masih pendek lagi. Buluhias burung pada bahagian dada dan perutnya sudah mengeluarkan corak menyerupai sisik ikan, yang lama kelamaan akan bertukar menjadi jalur-jalur berwarna putih yang tersusun.
|
Ketika anak burung mengeluarkan najisnya , kelihatan pelepah ekoh burung masih lagi kontot dan pendek. Ciri-ciri ini belum merestui anak burung bersedia untuk terbang. |
|
Menikmati kelegaan. |
|
Kekerapan anak burung melakukan lompatan sebegini pada hari ini. |
|
Menunjukkan keyakinan kepada anak burung bahawa proses dirinya, akan terbang meninggalkan sarang sudah tidak berapa lama lagi. |
Burung dewasa telah datang kesarang sebanyak 3 kali. Selebihnya burung dewasa berada ditempat pengawasan sarang. Kunjungan pertama burung dewasa setelah ia mendengar bunyi panggilan anaknya. Burung dewasa hadir dan membuat pemantauan dan melihat hal ehwal keadaan anaknya. Ia berada disarang cuma dalam anggaran 1 saat.
|
Anak mengetahui bahawa ibunya akan hadir selepas ia memanggi-manggil kerana kelaparan. |
|
Burung dewasa datang membawa hasil buruan untuk anaknya. Keadaan ini kerap berlaku pada waktu ini bagi menjamin pembesaran anak burung. |
Lebih kurang 25 minit kemudian burung dewasa datang membuat kunjungan dengan membawa cebisan anggota badan haiwan dan mencampakkan cebisan daging kedalam mangkuk sarang dengan menggunakan kaki kanannya. Burung dewasa berada disarang cuma sebentar sahaja, lebih kurang 1 minit. Kemudian terbang beredar kelokasi pengawasan.
|
Mencari posisi untuk memancutkan najis. |
|
Menonggekkan atau menaikkan pelepah ekor |
|
Memancutkan najis |
|
Berlatih dan berlatih |
|
Hal keadaan mereka jika tidak ada orang |
|
Apa yang ingin diberitahu oleh ibunya kepada anaknya. |
|
Setiap hari pasti ibunya datang membawa ranting berserta daun yang mengandungi ulat dan serangga |
|
Anak burung leka memakan serangga yang dibawa oleh ibunya sambil ibunya memerhatikannya. |
15 minit kemudian burung dewasa membuat kunjungan kali ketiga dengan datang membawa ranting berserta 2, 3 helai daun pokok yang masih hijau, dengan menggunakan paruhnya. Burung dewasa meletakkan ranting tersebut pada tebing sarang. Ketika ini burung dewasa berada disarangnya untuk satu tempoh yang agak lama juga. Lebih kurung 10 minit. Burung dewasa duduk memerhatikan anaknya melakukan aktiviti didalam sarang, kemudian ia terbang kembali kelokasi pengawasannya setelah keadaan dirasakan terkawal.
21 April 2013 Ahad
Sambungan pemerhatian dilakukan pada 21 April 2013 untuk melihat perkembangan anak burung. Cuaca pada hari ini cerah dan berangin serta sedikit berkabus. Semakin hari keadaannya buluhias dan tubuh badan anak burung berubah warna. Anak burung melakukan aktiviti biasa iaitu menyisir buluhias dan sedikit latihan melompat. Pada jam 11.00 pagi tiba-tiba kelakuan anak burung tiba-tiba berubah, daripada leka menyisir dan bermandi cahaya di tebing sarang berubah menjadi penakut terus sahaja menyembunyikan diri masuk kedalam mangkuk sarang sehingga menampakkan hanya kepalanya sahaja. Kemudian diikuti seluruh anggota kepalanya tidak kelihatan. Rupanya terdapat 4 orang jurugambar burung sedang sibuk menyiapkan peralatan rakaman mereka untuk merakam gambar burung, keadaan ini dipercayai telah memberi ketakutan kepada anak burung.
|
Mencari arah untuk memancutkan najis |
|
Membuat persediaan untuk memancutkan najis |
|
Najis dipancutkan. Keadaan warna najis menunjukkan diet pemakanan anak burung sudah berubah. Sebelum ini warna najis anak burung adalah berwarna putih. |
|
Keadaan anak burung menunjukkan perkembangan yang sihat untuk dia bersedia untuk meninggalkan sarang tidak lama lagi. |
|
Sedang berehat setelah penat menyisir buluhias. |
|
Bersembunyi sambil memerhatikan manusia yang berada dikawasan terbuka berhampiran lokasi sarang. |
|
Keadaan anak burung sedang santai dan mandi cahaya ketika sebelum kehadiran para jurugambar. |
|
Anak burung menyembuyikan diri setelah 4 orang berada dikawasan terbuka lokasi sarang sambil membincangkan hal burung ini dalam bahasa yang biasa saya dengar tetapi tidak memahaminya. |
25 April 2013 Khamis
Kebiasaan saya membuat pemerhatian adalah ketika waktu pagi dimana cuaca biasanya cerah dan terang. Tetapi kali ini saya memutuskan untuk membuat pemerhatian ketika waktu hujan bagaimanakah keadaan anak burung ketika itu. Kebiasaan waktu sekarang hujan akan turun, maka pada kali ini apabila keadaan cuaca menunjukkan hujan akan turun saya pergi ke lokasi sarang mengharapkan dapat melihat keadaan anak burung ketika berada didalam hujan. Permerhatian dilakukan pada jam 2:45 petang sehingga jam 4:30 petang ketika hujan lebat. Ketika sampai dilokasi burung dewasa sedang menemani anak burung di dalam sarang. Kedua-dua anak beranak duduk berhampiran antara satu sama lain dalam keadaan buluhiasnya basah kuyup. Apabila hujan sudah mula reda burung dewasa beredar daripada sarangnya. Tinggallah bersendirian anak burung dalam hujan renyai-renyai. Apabila keadaan cuaca sudah berhenti hujan anak burung mengibas-gibaskan bulu hiasnya bagi proses mengerengkannya. Sesekali burung dewasa membuat lintasan secara bulatan pada ruang angkasa sarang. Manakala anak burung pula aktif membuat latihan melompat dan terbang selepas itu.
|
Ketika hujan lebat burung dewasa berada disamping anaknya. |
|
Mendiamkan diri dalam hujan dan tidak boleh membuat apa-apa, sambil menahan kesejukkan |
|
Teriakan panggilan suara anak burung pada usia sekarang telah hampir menyamai panggilan suara burung dewasa. Sebelum ini suaranya berlainan sekali. |
|
Anak burung memerhatikan burung dewasa sedang mengelilingi ruang angkasa sarang. |
|
Berlatih melompat dan terbang |
|
Sejuk dan mengembangkan buluhiasnya bagi tujuan pengeringan. |
|
Kelihatan buluhias berwarna putih sudah tidak kelihatan daripada buluhias anak burung. | |
|
Aktif membuat latihan walaupun buluhiasnya masih lagi basah. |
|
Keadaan anak burung pada 25hb April 2013 setelah 45 hari dari tarikh ia menetas. |
26 April 2013 Jumaat
Pada hari ini saya amat teruja untuk mengetahui keadaan dan perkembangan anak burung, kerana semalam keadaan anak burung membuatkan saya berkeyakinan bahawa bila-bila masa sahaja ia akan berupaya terbang dan meninggalkan sarangnya. Saya telah datang seperti biasa pada jam 9:00 pagi, keadaan ketika itu cerah dan terang. Anak burung sedang leka menyisir buluhiasnya pada seluruh tubuh badannya. Mungkin untuk memastikan buluhias pada pelepah sayap dan ekornya tidak terkoyak. Ia ingin memastikan buluhiasnya tidak akan terkoyak atau tercabut semasa dalam penerbangan, keadaan ini akan memerbahayakan dirinya sendiri.
Setelah selesai menyisir buluhiasnya anak burung berteriak tidak henti-henti, memberi isyarat bahawa dia sedang lapar, mengharapkan ibunya datang membawa haiwan buruan untuk dimakan. Pada ketika ini, suara dan bunyi teriakan anak burung telah hampir menyerupai suara burang dewasa. Dalam tempoh 5 hingga 10 minit kemudian, burung dewasa telah datang kesarangnya dengan membawa hasil buruan untuk diberi kepada anaknya. Hasil pengamatan dari rakaman burung dewasa membawa bahagian anggota seekor anak monyet.
|
Pelepah ekor burung telah mula panjang. |
|
Isyarat menandakan ketibaan ibunya kesarang. |
|
Ibunya sudah hampir mendekati sarang |
|
Burung dewasa datang membawa anggota bahagian badan anak monyet untuk diberi kepada anaknya makan. |
|
Mencampakkan hasil buruan kedalam lobang sarang |
|
Membuat pengawasan dan pemerhatian disekeliling kawasan sarang. Bulu-bulu mangsa buruan masih terlekat lagi pada paruh burung dewasa. |
|
Anak burung akan memerhatikan disekelilingnya dahulu sebelum memakan daging. |
|
Memastikan makanannya tidak dicuri oleh haiwan lain. |
|
Anak burung berteriak kearah burung dewasa jantan yang sedang mengawasinya di atas ranting. |
|
Khuatir makanannya akan dicuri. |
|
Memulakan proses menyiat dan mengoyak daging. |
|
Anak burung sedang makan |
|
Menggunakan kekuatan bahu,leher, cengkaman jari kaki, dan paruh yang kuat memastikan daging dapat disiat-siat dan dikoyakkan dalam kuantiti yang kecil bagi memudahkan anak burung menghadam daging. |
|
Cebisan daging yang disiat untuk dihadam oleh anak burung. |
|
Organ dalaman |
Jangkamasa yang diambil oleh anak burung untuk menhadam makanan dan merasa kenyang, adalah hampir 30 minit. Setelah kenyang ia akan berlegar-legar disekeliling tebing sarang. Sesekali akan melakukan latihan melompat dan terbang, adakalanya melakukan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak burung seperti bermandikan cahaya matahari dan memancutkan najis.
|
Setelah kenyang anak burung aktif berlatih |
|
Jelas kelihatan pelepah ekor anak burung sudah mula panjang, tetapi masih belum melekat kukuh pada kulit anak burung. |
|
Penampilan yang hampir sempurna sepertimana penampilan burung dewasa, cuma perbezaannya pada warna buluhias dan keyakinannya untuk terbang dan mencari makanannya sendiri. Ketika ini anak burung masih belum berupaya untuk terbang. |
|
Bermandi cahaya matahari |
|
Sering kali anak burung memilih berada dan bertenggek disudut ini, bagi tujuan melompat kedalam lobang sarang. |
29 April 2013 Isnin
Sangkaan saya bahawa burung akan terbang semalam adalah meleset, maka saya meneruskan lagi pemerhatian terhadap burung ini pada 29 April 2013 pada jam 9:00 pagi. Sesampai dilokasi saya dapati burung dewasa sedang menemani anaknya didalam sarang. Apabila saya menghampiri sempadan burung ini, burung dewasa beredar ke lokasi biasa ia membuat pemerhatian. Maka tinggallah anak burung bersendirian, melakukan perilaku yang biasa saya lihat pada hari-hari sebelumnya.
|
Pada hari ini anak burung lebih banyak berehat dan menyisir buluhiasnya. Jarang sekali pada hari ini anak burung melakukan latihan. Tidak tahu kenapa. |
|
Masa banyak dihabiskan didalam lobang mangkuk sarang. |
2 Mei 2013 Khamis
Kebiasaannya saya akan datang membuat pemerhatian pada hari Isnin dan Jumaat, tetapi kali ini naluri dan keadaan anak burung yang dilihat sudah sempurna untuk terbang membuatkan saya tergesa-gesa datang kelokasi sarang. Sesampainya dilokasi sarang pada jam 9:00 pagi, anak burung masih lagi berada didalam mangkuk sarang,duduk diam berehat didalam cuaca pagi yang sejuk dan berkabus. Setengah jam kemudian apabila cahaya mula memancarkan cahayanya menghala kearah sarang, anak burung bingkas bangun. Ia berdiri dan memerhatikan keadaan sekeliling sarangnya dan diikuti dengan panggilan teriakan secara berturut-turut untuk tempoh lebih kurang 15 minit.
|
Mujur tidak terjatuh dari sarang. |
Tanda-tanda burung dewasa akan hadir ke lokasi sarang tidak kesampaian. Anak burung membuat renggangan terhadap kedua belah sayap terbangnya sepertimana selalu ia lakukan. Kelihatan jelas saiz kedua belah kepak anak burung tersebut sudah lebar. Dimana setiap susunan pelepah-pelapah pada sayap burung kelihatan rapi dan kemas, yang berupaya menahan udara ketika operasi penerbangan dilakukan nanti. Kemudian anak burung menyisir pula pelepah ekornya satu persatu sehingga ia merasa puas.
|
Sejak awal pagi anak burung tidak henti-henti membuat panggilan. |
Setelah anak burung berhenti menyisir buluhiasnya, ia membuat renggangan kali kedua pada kedua belah sayapnya. Sejurus itu ia berjalan ke tebing sarang dan menjongkitkan ekornya dan memancutkan najisnya. Ketika ini anak burung kelihatan gahirah dan aktif, dimana ia mengepak-gepakkan sayapnya buat seketika. Teriakkan panggilan anak burung disambung tidak henti-henti dalam anggaran lebih kurang hampir 45 minit. Panggilan itu tidak mendapat tindak balas daripada burung dewasa, sepertimana biasa. Anak burung melompat pada tebing sarang sambil memanggil ibunya dan memandang kepada semua sudut, namun masih tidak menerima tindak balas daripada burung dewasa. Ketika itu cahaya matahari telah mula memancar dengan terik sekali antara jam 11.30 pagi.
|
Memancutkan najis sebelum membuat raptai terbang. |
|
Mencuba sambil membuat renggangan kedua belah sayap. |
|
Gaya penampilan burung dewasa. |
|
Panggilan dan sahutan yang tidak berjawab. |
|
Penuh yakin dan berani. |
Setelah tidak mendapat tindak balas tiba-tiba anak burung membuat lonjakkan kaki di bantu oleh kedua belah sayapnya menghala kearah ranting pokok yang biasa ibunya datang bertenggek. Lonjakkan dan terbang keranting tersebut menampakkan anak burung masih tidak cekap menangkap ranting kayu sehingga ia terpaksa mengimbangkan tubuhnya daripada terjatuh. Setelah kedudukkan anak burung itu stabil ia berdiri dan memandang disekeliling kawasan, mungkin melihat arah mana kedudukkan ibunya atau arah lokasi penerbangan yang ia yakin untuk sampai. Oleh kerana ranting yang dihinggapnya itu memandang kearah jalanraya, anak burung membuat lompatan ke ranting yang menghala ke kawasan hutan yang berhampiran. Anak burung mengambil masa 3 ke 4 minit untuk menentukan tujuhala penerbangan buat kali pertama dalam hidupnya sebagai seekor burung.
|
Lonjakkan yang bersejarah dari sarang. |
|
Lonjakkan dan kuakan sayap yang sempurna. |
|
Pengalaman pertama menangkap ranting untuk hinggap dan bertenggek pada ranting. |
|
Masih belum mahir, hinggapan yang kurang sempurna. |
|
Hala tuju yang tidak sesuai. |
|
Hala tuju yang sangat jauh. |
|
Hala yang dijangka paling sesuai untuk dituju. |
Setelah yakin dan nekad maka pada jam 11: 47 pagi anak burung melonjak dari ranting dan segera terbang secara terus meluru menuju kearah hutan berhampiran, yang tidak jauh daripada lokasi sarangnya. Bershukur pada Allah kerana diberi peluang untuk melihat saat-saat seekor burung terbang buat pertama kalinya dalam hidupnya, ini adalah satu saat keajaiban.
Saya anggarkan jarak antara lokasi sarang dan pokok yang dituju oleh anak burung itu lebih kurang 50 meter. Pada pandangan saya, untuk permulaanya, sudah tentu ia akan membuat penerbangan singkat dalam jarak yang dekat, kerana ia belum ada kemahiran dan kekuatan. Atau mungkin akan merasa kepenatan yang amat sangat sekiranya ia membuat penerbangan pada jarak yang jauh yang memerlukan tenaga yang banyak. Atas dasar tersebut saya cuba mencari anak burung dilokasi yang saya anggap berkemungkinan ia akan berhenti berehat sebelum meneruskan penerbangan mengikuti burung dewasa.
|
Memerhatikan hala tuju sebelum membuat lonjakkan terbang. |
|
Keberanian. Hebat sungguh ketentuan alam yang direka cipta oleh Allah. Mempersiap siagakan anak burung tanpa perlu diajar dan dilatih oleh ibubapanya. |
|
Naluri bersedia, yakin, berani , degil dan bebas..... |
|
Saat-saat keajiaban melihat burung membuat penerbangan buat pertama kali dalam hidupnya. |
Setelah membuat pemantauan dan pemerhatian disekeliling hutan yang berdekatan dengan lokasi , sekali lagi saya diberi peluang melihat hal keadaan anak burung sedang berhenti berehat diatas batang pokok rendang . Hal keadaan anak burung itu yang sedang bertenggek membuktikan anggapan saya, bahawa anak burung masih belum mahir untuk menyambar hinggap pada ranting pokok. Cengkaman jari kakinya masih belum kuat untuk membuat imbangan, apatah lagi kedudukan ranting kayu dalam kedudukkan senget. Ketika meniti pada ranting kayu anak burung seperti ingin terjatuh, tetapi sedikit kemahiran imbangan ia membetulkan kedudukkan anggota tubuhnya.
Ia berehat dan memandang sekeliling kawasan dalam jangkawaktu lebih kurang 4 minit, dan melonjak dan terus terbang kearah hutan. Sangkaan saya meleset lagi, rupanya anak burung kembali terbang semula ke pokok yang menjadi sarangnya. Anak burung melompat masuk kedalam mangkuk sarang dan berehat. Kemudian anak burung menyambung panggilan secara bersambung-sambung untuk tempoh yang agak lama. Walaupun begitu, masih tidak mendapat tindak balas daripada burung dewasa.
|
Penerbangan pertamanya telah berjaya membawa anak burung sampai kelokasi baru. Pertama kali dalam hidupnya keluar daripada sarang, dan merasa nikmat bebas dihabitat kehidupannya. |
|
Memerhatikan keadaan habitat serba baru. |
|
Tergelincir. Cengkaman jari kakinya masih belum kuat dan mahir. |
Setelah tidak mendapat tindakbalas daripada ibunya, anak burung kembali melakukan aktiviti yang biasa dilakukan didalam sarang. Menyisir buluhias, berlegar-legar ditebing sarang, mengeliat serta merenggangkan otot tubuh. Anak burung memakan saki baki makanan yang tinggil didalam mangkuk sarang, dan duduk diam didalam sarang sambil bermandi cahaya.
|
Setelah kenyang ia memancutkan najisnya sebelum membuat kegiatan lain |
|
Bermandi cahaya |
Saya pasti, walaupun anak burung sudah berupaya terbang tidak semestinya ia akan meninggalkan sarang tanpa dipimpin dan disertai oleh ibunya. Kerana anak burung belum berupaya untuk memburu dan mencari makanannya sendiri tanpa tunjuk ajar daripada burung dewasa Mungkin saat ini adalah proses akhir bahawa anak burung akan mula meninggalkan sarang, paling lewat pada petang ini atau esok. Tiba-tiba kelakuan anak burung berubah daripada sedang bermandi cahaya kepada memasukkan hampir keseluruhan anggota badannya didalam mangkuk sarang dalam jangkamasa yang lama. Oleh kerana saiz badannya sudah besar , separuh anggota badannya masih kelihatan. Saya pasti sudah tentu ada orang berada di kawasan lapang. Ketika saya menghampiri kenderaan , saya dapati 2 anggota Polis Genting sedang menyiasat kenderaan saya yang terbiar lama ditepi jalanraya.
|
Menyorokkan dirinya setelah melihat manusia berada disekitar sarangnya. |
3 Mei 2013 Jumaat
Harapan saya anak burung akan terbang meninggalkan sarang pada hari ini, memandangkan hal keadaan anak burung semalam. Setiba dilokasi sarang pada jam 9:00 Pagi, anak burung sudah tidak duduk didalam mangkuk sarang, tetapi sedang bertenggek pada ranting pokok berhampiran dengan sarangnya. Cuaca pada pagi ini cerah dan sesekali berkabus tebal. Ia dilihat sedang bermandi cahaya pada ranting. Kelibat burung dewasa tidak kelihatan disekitar kawasan sarang. Menjadi tanda tanya kepada diri saya, mengapa ? Hal keadaan anak burung seperti biasa menyisir seluruh anggota tubuh badannya dan sesekali membuat renggangan pada kedua belah sayapnya. Ketika ini ia melakukan perbuatan itu tiak lagi didalam mangkuk sarang tetapi diatas ranting. Cara ia bertenggek berdiri hanya dengan menggunakan sebelah kaki sahaja, membuktikan memang ia telah cukup bersedia untuk terbang meninggalkan sarang menyertai ibunya di hutan luas terbentang. Sekitar jam 10:30 pagi anak burung membuat panggilan secara bersahut-sahutan tanpa henti dalam jangka waktu yang lama.
|
Menanti ketibaan ibunya. |
|
Tanda-tanda anak burung sudah lapar |
|
Melakukan renggangan otot kaki kiri dan kanan. |
|
Membuat renggangan otot lengan sayap kiri . |
|
Dan kanan |
Tidak lama kemudian , terdengar sayup-sayup suara balasan panggilan burung dewasa dari arah hutan. Keadaan ini membuktikan bahawa burung dewasa masih sedang mengawasi anaknya dari jauh. Anak burung menyambung kembali sahutan burung dewasa, dan mengharapkan ibunya akan datang seperti biasa dengan membawa makanan. Malangnya hari ini burung dewasa tidak datang kesarangnya tetapi cuma hanya terdengar panggilan burung dewasa sahaja.
|
Memancutkan najis |
|
Gaya ketika bermandi cahaya matahari |
|
Menyisir dan memastikan buluhiasnya tidak terkoyak |
|
Memperkemaskan diri sebelum terbang meninggalkan sarang |
|
Sedang lapar |
Akhirnya anak burung terbang kedalam mangkuk sarang, dan memakan saki baki makanan yang ada di dalam mangkuk sarang. Saya pasti, pada petang semalam burung dewasa telah datang kesarangnya dengan membawa makanan. Setelah berasa kenyang anak burung kembali semula keranting untuk menyisir buluhias dan membersihkan dirinya.
Pada ketika itu kedengaran bunyi orang sedang berbual dikawasan lapang, keadaan ini telah membuktikan andaian saya, bahawa ibunya tidak akan datang kesarang kerana ia telah melihat manusia berada di sekitar sarangnya. Setelah disiasat, terdapat 5 orang jurugambar yang sedang bersiap sedia dikawasan lapang menunggu kedatangan burung dewasa untuk membawa makanan kepada anaknya. Inilah puncanya mengapa sehingga jam 11:50 pagi burung dewasa masih tidak datang kesarangnya. Walau pun begitu, saya berdegil untuk tetap menunggu sehingga ibunya datang. Ketika jam 12:30 tengah hari, akhirnya saya akur akan kehendak naluri burung bahawa ia tetap tidak akan datang sekiranya telah ramai orang secara terbuka berada disekitar sarangnya.
|
Terbang menuju ke mangkuk sarang. |
|
Pancaran matahari dan berkabus |
|
Mendengar balasan sahutan panggilan ibunya. |
|
Tidak henti-henti membuat sahutan panggilan kepada ibunya. |
|
Bersedia untuk terbang |
|
Memerhati keadaan sekeliling sebelum makan. |
|
Memakan saki baki makanan yang dibawa oleh burung dewasa semalam |
|
Selesai memancutkan najisnya setelah makan. |
|
Anak burung mendengar balasan sahutan burung dewasa dan memerhatikan kelibat burung dewasa dari arah hutan berdekatan. |
|
Anak burung sedang membuat penerbangan, dan inilah kali terakhir saya melihat dia. Harap sejahteralah hidupnya dan berkembang biak dari satu genarasi ke satu genarasi. |
6 May 2013 Isnin
Untuk mengesahkan anak burung sudah tidak kembali kesarang dan mengikuti ibunya untuk belajar memburu dan mencari makan sendiri, saya telah datang lagi untuk memuaskan hati. Memang benar, sarang telah dikosongkan, hanya yang tinggal adalah bunyi sahutan panggilan anak burung dari arah bawah jurang hutan yang luas terbentang disitu. Dan sesekali burung dewasa membuat pusingan diruang angkasa hutan berhampiran lokasi sarang peninggalannya.
Anak burung akan mengikuti ibunya sehingga ia pandai memburu mencari makanan serta berdikari. Pada ketika itu ibunya akan menghalau anaknya jauh daripada sempadan penguasaannya supaya persaingan mencari makanan dan pasangan tidak berlaku. Naluri ini adalah memang menjadi sifat semulajadi bagi Burung Helang Sewah Blyth. Burung dewasa mengharapkan anaknya juga akan mencari kawasan sempadan penguasaan dan jajahannya sendiri.
Sepanjang membuat pemerhatian terhadap spesies burung ini saya telah mempelajari beberapa perkara mengenai kehidupan spesies ini, walaupun tidak semua tetapi sedikit sebanyak dapat dikongsikan bersama dengan peminat burung tempatan. Salah satunya ialah tempoh kebiasaan yang diambil anak burung yang baru menetas hingga ia bersedia untuk terbang adalah antara 45 hari. Suara bunyi panggilan anak burung akan berubah setelah berusia antara 25 hari. Tanda-tanda nyata anak burung boleh terbang, dapat dilihat pada pelepah ekornya yang hampir sama panjang dengan pelepah ekor burung dewasa. Manakala tanda-tanda awal anak burung akan meninggalkan sarangnya adalah ketika panggilan anak burung seperti tidak dihiraukan oleh ibunya.
No comments:
Post a Comment