Monday, 16 June 2014

Punai Punggung kuning~Treron seimundi



Punai Punggung kuning~Treron seimundi Jantan

Punai Punggung kuning~Treron seimundi

Sepanjang saya memburung saya tidak pernah menjumpai Spesis burung Punai Punggung kuning~Treron seimundi yang unik ini. Penemuan spesisi burung punai ini  membuatkan hati saya teruja dan mengembirakan. Ketika dijumpai ia hanya bersendirian tanpa berpasangan. Daripada apa yang dimaklumkan oleh cikgu saya burung ini mendiami hutan-hutan tanah tinggi. 



Mempunyai penampilan yang unik iaitu spesis ini mempunyai pelepah ekor yang berbentuk muncung mata bilah lembing yang bercorak-corak dari gabungan warna hijau muda dan hijau tua, manakala gelong mata dan paruhnya pula terdapat warna biru yang agak pekat.



Ketika dijumpai burung ini sedang leka memilih dan mencari-cari buah-buah yang masak untuk dimakan.Ia tidak mudah terkejut dan takut dengan kehadiran saya walaupun kita menghampirinya dalam jarak yang agak dekat, tidak sepertimana spesis burung punai yang lain. Proses pemerhatian dilakukan agak lama, saya sempat memerhatikan  burung ini melakukan aktiviti mencari makan, berehat, tidur ,mengemaskan buluhiasnya dan kaedah mempertahankan kawasan tempat ia bertenggek untuk berehat.



Pekara yang unik yang dapat saya perhatikan ialah kaedah burung ini mempertahankan dan menghalau burung-burung lain yang cuba mengambil lokasi ranting tempat ia bertenggek. Dimana burung ini akan menggigilkan seluruh tubuhnya sambil mengembangkan seluruh bulu-hiasnya. Ini diikuti dengan  mengembangkan kedua belah pelepah sayapnya sambil mengeluarkan suatu bunyi teriakan bertujuan menakutkan burung lain. Ketika proses mengembangkan pelepah ekornya saya dapati corak warna pada bahagian buluhias pada bahagian cenutnya membentuk satu corak warna yang menarik. Kaedah yang dilakukan berjaya menghalau burung lain untuk beredar dari menghampirinya.




Punai Punggung kuning~Treron seimundi jantan sedang berehat dan melelapkan mata.

Punai Punggung kuning~Treron seimundi sedang menakutkan burung Takur.

Burung Takur terkejut dan beredar daripada lokasi dahan tempat Punai Punggung kuning~Treron seimundi bertenggek.


Oleh kerana tidak puas membuat pemerhatian , saya ulangi beberapa kali kelokasi yang sama, tetapi hampa kerana burung tidak lagi berkunjung ke lokasi pokok itu.

No comments:

Post a Comment