Tuesday, 17 June 2014

Siapakah Yang Mengaturkan Ini Semua ?

Rama-rama bersepah-sepah dalam jumlah yang banyak menanti peluang dirinya dijadikan makanan burung dan haiwan


Kupu-kupu ini pula berkumpul sepanjang laluan trek hutan.

Ada orang berandaian jumlah burung didalam hutan sudah berkurangan kerana semasa proses Rama-rama masih menjadi ulat-ulat tiada  burung memakannya, kesan daripada itu jumlah rama-rama dilihat begitu banyak.


Sepanjang memburung saya tidak berkesempatan meneliti dan mengkaji pekara-pekara yang kecil ini, tetapi akhir-akhir ini pekara yang terjadi didepan mata dan aturan-aturan yang sempurna membuatkan saya mengambil kesimpulan sebegini. Jawapannya ada didalam hati dan sangat susah untuk menafikan kebenaran jawapan didalam hati tersebut.

Rama-rama ini hinggap diam sepanjang hari menanti dirinya dimakan oleh burung.


Pelbagai corak yang menarik dan terang memudahkan dirinya dimakan oleh burung-burung.


Kehadirannya dialam ini tidak sia-sia kerana dicipta sebagai rantaian makanan kepada hidupan yang lain.

Daripada apa yang saya nampak depan mata kepala sepanjang memburung serta menyemak kembali rekod-rekod catitan lampau, pada hakikatnya pusingan kehidupan burung-burung telah pun diatur secara sempurna oleh yang menjadikannya. Maka bersesuailah pekara ini sepertimana didalam surah Al An'am ayat 38 yang bermaksud " Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan milik Ilahi, iaitu umat-umat seperti kamu ( manusia )......"

Anak burung Sambar Cenderawasih Asia ~Terpsiphone paradise ini baru sahaja keluar daripada mangkuk sarangnya. Keadaannya tidak kuat dan matang. Ia hanya berupaya melompat dari satu dahan kedahan yang lain. Proses mencari makanan dilakukan oleh kedua ibubapanya.

Anak burung Sambar Besar Niltava~Niltava grandis sentiasa ditemai oleh bapanya .


Burung jantan pra matang Sambar Kening Salju~Ficedula hyperythra ini sedang mengutip rama-rama yang bersepah-sepah dilantai tanah.

Burung pra matang spesis Magpie Hijau~Cissa chinensis memerlukan seekor rama-rama membuatkan ia kenyang dan beredar.

Ibubapa Sambar Besar Niltava bergilir menemani anaknya sambil salah satu daripadanya pergi mendapatkan makanan untuk disuapkan kepada anaknya


Sebagai contoh kecil, di Semenanjung Malaysia, kebanyakan spesis burung tempatan akan mula mencari pasangan untuk berkembang biak iaitu diantara bulan November ,Disember dan Januari. Manakala pada bulan Februari burung-burung sedang sibuk mencari tempat mereka membina sarang. Bulan berikutnya March April dan May pula proses eraman, penetasan telor dan anak-anak burung keluar daripada sarangnya. 

Kekicau Tirjup Kening putih~Pteruthius flaviscapis Jantan dewasa ingin menyuapkan rama-rama kedalam mulut anaknya.

Cekup Dada Kuning~Seicercus montis pra matang

Perincit Gunung~Ortholomus cuculatus pra matang suah mahir mencari makannya sendiri.


Minla Ekor badam~Minla strigula


Mesia Telinga perak~Leiothrix argentauris pra matang sudang berkebolahan mencari makanannya secara berkumpulan.

Sambar Besar Niltava ~Niltava grandis juvana jantan

Apa yang saya perhatikan pada bulan May dan Jun terlalu banyak serangga dari jenis Kupu-Kupu, Rama-Rama dan Kumbang bersepah-sepah dimerata tempat didalam hutan. Pekara ini terjadi pada tiap-tiap tahun seiring dengan proses kembang biak kebanyakan spesis burung.


Tupai gunung ekor kembang menjadikan rama-rama sebagai diet harian sepanjang musim rama-rama.


Tupai tanah ini leka menjamah rama-rama

Serangga yang banyak ini dilihat seperti berlumba-lumba menawarkan dirinya untuk dimakan  oleh hidupan liar samada burung , tupai dan mamalia kecil lain. Kajian saya pada ketika ini banyak spesis anak-anak burung yang baru sahaja keluar daripada sarangnya yang masih belum berupaya terbang pantas seperti burung dewasa mencari makanan.


Kikicau Tirjup kening putih~Pteruthius flaviscapis pra matang betina berjaya mengutip rama-rama dicelah daun dan terus terbang melompat kedahan yang lebih selesa untuk proses hadaman tanpa sebarang gangguan.

Kikicau Tirjup kening putih~Pteruthius flaviscapis pra matang jantan baru selesai menelan makanannya.


Dengan keadaan terlalu banyak makanan yang bersepah-sepah maka anak-anak burung dengan mudah mengutip-gutip serangga-serangga ini sebagai diet protein pembesaran serta untuk tenaga. Anak-anak burung tidak perlu bersusah payah memburu dan menyambar serangga sepertimana yang dilakukan oleh burung-burung dewasa.

Kekicau Emas~Stachyris chrysaca mengutip rama-rama dicelah celah daun

Cekup Daun Gunung~Phylloscopus trivirgatus pra matang ini sedang berlatih-latih menyambar serangga yang mudah didapati.
Anak Burung Perincit Gunung~Ortholomus cuculatus sentiasa berada disekitar kawasan tempat Rama-rama berkumpul.

Kumbang bertanduk yang jarang sekali dijumpai ini turut sama menyertai musim rama-rama.


Contoh aturan-aturan inilah membuatkan saya lebih berterima kasih kepada Pencipta Alam kerana  telah memperlihatkan dan mengajarkan pekara-pekara kecil yang sebelum ini tidak diendahkan. http://youtu.be/PGYAAsHT4QEWasalam.


No comments:

Post a Comment