Friday, 1 August 2014

RAMPAISARI DAN SELINGAN KETIKA MEMBURUNG

10 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur.

MEMBURUNG KE TAMAN NEGARA, JERANTUT PAHANG.
DISEMBER 2009

Keluar dari rumah di Melawati jam 8 pagi yang ditemani anak lelaki saya. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam lamanya. Ini disebabkan beberapa faktor; salah satunya adalah cuaca hujan dan keadaan motosikal (berhenti mengisi minyak, menukar spoket dan rantai). Kami sampai di Jeti Kuala Tahan pada jam 6 petang.
Teratak tempat membersihkan diri dan berehat
Pengalaman berguna kepada anak

Makluman daripada Guru saya Saudara Mike Chong , peluang untuk melihat burung-burung rimba tanah pamah adalah besar di sekitar Taman Negara. Di dalam hati telah ada beberapa spesies burung yang menjadi idaman untuk melihat dan merakam imejnya. Antaranya ialah burung Pekaka Cekak-perang~Actenoides concretus, Burung Cucur besar~Batrachostomus auritus, Belatuk Mahsyur -kelabu~Mulleripicus perveruletus, Kasumba Tengkuk-merah~Harpectus kasumba dan Berlau Delima~Pitta granatina.

Sepanjang hari hujan renyai-renyai
Sayangnya rezeki kali ini kurang baik kerana cuaca tidak berapa sesuai  untuk memburung. Sepanjang  2 hari berada di Taman Negara, keadaan cuaca sentiasa hujan. 

Letih tetapi puas
Setelah kurang berjaya memburung, saya membuat keputusan untuk pulang. Dalam perjalanan pulang hujan turun sangat lebat. Menjadi kebiasaan saya tidak akan berhenti walau selebat mana sekalipun kerana hujan air bukannya hujan batu atau hujan api. Setibanya dikawasan hutan kelapa sawit di Kuala Krau, enjin motosikal saya mati dengan sendirinya. Puas menghidupkan enjin tetapi tidak mahu hidup enjinnya. Maka kami berdua berjalan kaki didalam hujan lebat sambil menolak motosikal. Saya nyatakan pada anak saya supaya kenangan susah ini adalah salah satu kenangan yang sangat indah kita lalui bersama.

Laluan luar bandar memang jarang sekali kenderaan lain melaluinya. Pondok atau masjid untuk berteduh tidak kelihatan Orang untuk bertanya pun tidak ada. Jam ketika itu dianggarkan antara jam 5.00 petang. Maka berjalan kakilah berdua beranak sambil hati merasa gembira,tenang tanpa keluh kesah. Kemudian ada penunggang motosikal berhenti menawarkan bantuan kalau-kalau kenderaan saya kehabisan minyak, boleh ia bantu. Setelah mengetahui apa masalah saya beliau memaklumkan  bahawa tidak jauh daripada saya berada ada sebuah bengkel motosikal kampung. Kedudukannya harus memasuki jalan kampung dan berhampiran dengan Masjid. Terima kasih keatas maklumat yang diterima daripada orang Pahang ini. 

Keluarga yang memberi kami berteduh sementara motosikal kami dibaiki oleh anaknya.
Didalam hujan yang lebat saya mendatangi sebuah rumah yang berhadapan dengan surau, lalu memberi salam bertanyakan bengkel motosikal. Tuan rumah  menjeguk dari muka tingkap, ketika itu  hujan turun dengan lebat. Seorang wanita separuh umur keluar dan mengarahkan kami dua beranak masuk berteduh. Saya menceritakan hal motosikal saya yang rosak didalam perjalanan dan mengharapkan anaknya dapat memperbaikinya. Memang benar anak beliau adalah seorang mahir membaiki motosikal dan kereta, tetapi ketika itu beliau tiada dirumah kerana berada diluar kawasan Temerloh.

Dipelawanya kami makan dan minum, walaupun saya menolak secara beradab kerana tidak mahu mendatangkan sebarang kesusahan kepada keluarga ini. Namun begitu tuan rumah masih tetap berdegil menghendaki kami makan dan minum. Setelah selesai makan dan solat, beliau sekeluarga menawarkan diri untuk menghantar saya ke stesen bas Temerloh. Ketika itu saya rasakan sangat gembira dengan pengalaman kesusahan yang berlaku kepada saya 2 beranak. Saya akan sentiasa ingat akan budi baik mereka sampai bila-bila inshaallah.

Menunggu bas di perhentian bas Temerloh untuk pulang ke Kuala Lumpur
 
Tiket Bas jam 8:00 malam .
Walau berhadapan dengan pelbagai kesusahan namun hati saya merasa tenang dan gembira kerana telah berhadapan dengan pengalaman yang hebat.Disamping itu telah dapat mengajar anak lelaki saya erti cekal dan keyakinan kepada Allah. Pekara yang hebat seperti ini sangat jarang berlaku kepada sekelian manusia pada kadar selalu.

Dalam pada itu , saya berjaya melihat beberapa spesies burung; antaranya adalah burung Sepah Bunga Dada-calit merah ~Prionochilus percussus dan Malkoha Paruh merah ~Phaenicophaeus javanicus. Wasalam.

No comments:

Post a Comment