Friday, 12 September 2014

Sualo Selat~Cecropsis striolata







Burung dewasa sedang berehat didalam sarang.

Pemerhatian Burung Sualo Selat Membuat Sarang Di Langkawi Dan Pulau Tuba

Burung sedang mengulum tanah didalam mulutnya bertujuan membentuk seperti bebola ikan yang mana air liurnya sebagai bahan melikatkan kepulan pasir dan tanah.


Bentuk sarang yang berada disebelah lokasi pertama.

Bertempat di Pulau Langkawi saya telah membuat pemerhatian terhadap spesis burung Sualo Selat ~Cecropsis striolata membuat sarangnya pada sekitar tempoh bulan Ogos. Lokasi pilihan spesis ini menyerupai lokasi burung spesis Sualo Pasifik~Hirundo tahitica, iaitu pada sudut siling bangunan dan pada mana-mana bahagian siling bangunan yang boleh menampung berat binaan sarang.

Burung berkerja sama menceduk pasir dan tanah mengunakan paruh mereka sebelum mengepal-gepalkan tanah yang disaluti dengan air liurnya.

Daun Causarina yang beada hampir dengan lokasi sarang.
Tanah pasir bertaburan jatuh ,yang tidak berjaya melekat pada bahan binaan dilokasi sarang.


Bentuk sarangnya menyerupai sebuah Iglu yang terbalik. Bahan utama binaan sarang yang digunakan adalah dari pasir, serbuk tanah dan daun-daun pokok causarina.

Semasa pemerhatian itu buat terdapat 3 ekor burung Sualo Selat~Cecropsis striolata sedang berkerjasama menyeduk tanah berdekatan dengan lokasi pilihan sarangnya. Daripada pengamatan saya burung ini ada hubungkait kekeluargaan , iaitu Burung jantan, betina dan burung remaja.


Mereka berkerjasama secara bergilir-gilir mengambil serbuk tanah menggunakan paruh kemudian mengulum-gulum bahan-bahan tersebut kedalam mulutnya, supaya tanah-tanah itu menjadi kepalan yang berbentuk bulat. Air liurnya  dijadikan pelekat kepada bahan-bahan binaan sarang, bertindak seperti simen untuk melekat dan mengkeraskan bahan-bahan binaan.



Kesan tapak kaki dan kesan paruh pada pasir tanah yang basah akibat hujan.


Sementara kepalan tanah itu masih lagi basah, burung terbang kelokasi sarang bersama kepalan tanah. Kepalan tanah itu disusun-susun seperti susunan batu-bata dengan kaedah pembinaan rumah atau susunan tembok.
Burung sedang membuat persediaan untuk terbang kelokasi pembinaan sarang.



Binaan sarang burung yang telah sempurna siap boleh memuatkan 4 ekor burung dalam satu-satu masa. Dilokasi yang berhampiran terdapat 1 lagi sarang burung Sualo Selat~Cecropsis striolata, walaubagaimana pun tidak kelihatan penghuninya. 


 

No comments:

Post a Comment