Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus
Pemerhatian Burung Mencari Makan
Burung dari keluarga Khukhu ini sering kita dengar akan suaranya dengan sahutan panggilan yang sayu dan mendayu-dayu. Kebiasaannya pada awal pagi dan pada petang dan senja. Cuma kita sahaja yang jarang perasan akan kehadiran burung ini kerana tidak kenal akan spesis burung ini.
|
Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus sedang bertenggek pada ranting sambil membuat pemerhatian dikawasan tumbuhan-tumbuhan renek kalau-kalau ada pergerakan oleh ulta-ulat bulu untuk menjadi mangsanya sebagai sarapan pagi. |
|
Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus sedang membuat panggilan sambil memerhatikan sebarang pergerakan ulat-ulat dicelah-celah daun. |
Mungkin ia pandai membuat penyamaran atau menyorok dicelah-celah daun atau bertenggek pada dahan yang tinggi dibawah rimbunan dedaun. Atau manusia langsung tidak ambil peduli tentang bunyi panggilan burung ini.
|
Ia sedang melihat mangsanya dicelah-celah daun sebelum terbang menyewah dan menyambar ulat, dan datang kembali ditempat yang dirasakan sesuai untuk memakannya yang tidak jauh ditempat ia membuat pemerhatian. |
Burung jantan Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus ini dilihat aktif pada
waktu pagi kerana perutnya lapar sehinggakan tidak menghiraukan
kehadiran saya dekat kepadanya.
|
Setelah berjaya menyambar ulat dicelah-celah daun, burung jantan ini terbang hinggap pada dahan yang berhampiran tempat ia membuat pemerhatian. |
|
Ia akan memusing-musingkan ulat itu , kelihatan seperti ulat tersebut melilit paruh burung. Setelah beberapa kali melakukan kaedah tersebut burung beralih tempat. |
|
Mungkin dengan memusing-musingkan ulat itu tidak berjaya melemahkan ulat tersebut, maka kaedah berikutnya ialah dengan mencari batang kayu yang sesuai untuk dihempaskan ulat tersebut. |
|
Hempasan ulat secara bertalu-talu pada batang kayu yang dilakukan berjaya melemahkan ulat tersebut. |
|
Kemudian ditimbang-timbang menggunakan paruhnya sebelum ulat itu ditelan. |
|
Ulat yang ditelan ini adalah ulat yang ke 3 berjaya menjadi mangsa pada pagi itu. |
|
Burung akan membersihkan dan mengesat-gesat paruhnya dahulu pada batang kayu sebelum pencarian ulat seterusnya dilakukan. |
Dibawah ini adalah siri-siri pemerhatian burung merenung dan meninjau mangsanya.
|
Pemerhatian , menghendap dan meninjau. |
|
Menoleh kekiri-kanan atau keatas dan kebawah memerhatian ulat-ulat bulu dan ulat-ulat daun. |
|
Sesekali menjenguk |
|
Sesekali ia akan menjongket-jongketkan pelepah ekornya seperti kelakuan burung Murai Biru Siberia~Luscinia cyane |
|
Kaedah mencari makanannya ialah dengan menunggu dan memerhati , ia tidak seperti burung Merbah atau Minivet yang berkeliaran mencari-cari makanannya. |
|
Burung ini mempunyai sikap sabar dan menunggu pada suatu tempat dalam tempoh yang lama. Ia hanya menggunakan kedua belah mata yang tajam untuk memerhatikan mangsanya seperti spesis burung-burung helang. |
No comments:
Post a Comment