Merbah Punggung Kuning~Pycnonotus goiavier
Amanah Dan Naluri Tanggungjawab Ibubapa
Semua makhluk ciptaan Allah mempunyai naluri kasih sayang dan tanggungjawab kepada anaknya. Perasaan belas kasih sayang adalah sifat yang disediakan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Sedapat mungkin ibubapa akan mempertahankan anaknya daripada segala macam ancaman, samada ancaman bahaya diserang dan bahaya lapar .
Merbah Punggung Kuning~Pycnonotus goiavier |
Dari itu kita manusia yang mempunyai pancaindera istimewa kurniaan Allah gunakanlah selaras dengan taraf kemanusiaan. Oleh itu jangan sesekali menggunakan kehebatan keupayaan akal dan kudrat untuk menindas dan mengainyai makhluk bernyawa yang lain.
Burung dewasa mengutip dan menyumbat kumbang kedalam anak tekak burung juvana |
Perasaan yang disediakan pada makhluk sudah tentu datang dalam bentuk berpakej, iaitu kasih sayang, takut, sedih , garang ,marah dan sebagainya.
Pada sekelian makhluk perasaan kasih sayang dapat dirasakan dalam jiwa nurani apabila terlihat dengan perbuatan dan tingkah laku.
Biarlah sekelian makhluk berpeluang merasa nikmat berkasih sayang dalam tempoh waktu yang panjang sepertimana yang menjadi idaman sekelian manusia.
Mengikut kemana sahaja burung dewasa sambil disuapkan makanan oleh ibubapanya. |
Buluhias dan pelepah sayap masih belum tumbuh dengan lengkap |
Terdedah ancaman daripada haiwan dan burung pemangsa |
Akan bertenggek duduk diam apabila perut telah kenyang. |
No comments:
Post a Comment