But-But Besar~Centropus sinensis
Ketika terlihat But-But Besar~Centropus sinensis ini, ketika itu dia sedang berdiang mendepangkan pelepah sayap bagi tujuan mengeringkan buluhiasnya yang lembab basah disebabkan oleh embun dan hujan pagi.
But-But Besar~Centropus sinensis |
Sepertimana pemerhatian yang biasa dilihat, burung ini akan memilih tempat yang terbuka dan tinggi bagi mempercepatkan proses pengeringan buluhias. Buluhias harus dikeringkan terlebih dahulu bagi melancarkan ia terbang mencari makanan dengan lebih mudah tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Jika dibandingkan terbang dalam keadaan buluhiasnya yang basah dan berat. Apatah lagi reka bentuk dan saiz sayapnya agak pendek jika dibuat perbandingan dengan spesis burung Helang atau Gagak.
But But Besar~Centropus sinensis |
Keupayaan burung mengimbangkan tubuh badannya tanpa bergerak, pada ranting berukur lilit kecil sambil mendepangkan kedua belah pelepah sayapnya untuk satu tempoh jangkamasa yang lama mengambarkan burung ini mempunyai sepasang kaki yang kental dan genggaman jejari kaki yang kuat.
But But Besar~Centropus sinensis |
Memang kelakuan burung dari keluarga But-but ini lebih mengutamakan kakinya untuk bergerak dengan berjalan dan melompat daripada menggunakan pelepah sayapnya. Ia hanya akan terbang bilamana dirinya terancam atau terbang secara bersewah dari tempat yang tinggi hinggap ke ranting atau dahan yang rendah .
But But Besar~Centropus sinensis |
Kepercayaan Masyarakat
Masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan terhadap spesis burung ini adalah penting dalam bidang perubatan tradisonal. Yang mana organnya atau minyaknya berupaya menyembuhkan kecederaan sakit terseliuh atau patah. Persoalannya spesis But-But yang mana satu diantara 3 spesis dari keluarga burung But-But yang dimaksudkan oleh pengamal bidang perubatan tradisonal. But-But kecil~Centropus bengalensis, But-But Besar~Centropus sinensis atau But-But kaki-pendek ~Centropus rectunguis ?
But-But kecil~Centropus bengalensis |
But-But kecil~Centropus bengalensis |
Ada juga petua orang melayu
dulu-dulu mencari ubat penawar kepada terseliuh dan patah adalah dengan mengambil daun
dan tumbuhan yang ditinggalkan didalam sarang burung ini. Untuk
mendapatkan tumbuhan itu individu pengamal perubatan akan mematahkan
kaki anak
burung dan ditinggalkannya. Selang hari-hari berikutnya , maka pengamal
perubatan itu akan datang semula
ke sarang untuk mengambil daun tumbuhan yang dicari oleh burung dewasa
untuk
mengubat kecederaan patah kaki anaknya itu.
But But Besar~Centropus sinensis |
But But Besar~Centropus sinensis |
Kebenarannya itu tidak pula dapat
disahihkan, andaikata pekara itu benar, pada hemat saya ada baiknya
pengamal perubatan itu membawa daun-daun dan tumbuhan tersebut berjumpa pakar
botani/tumbuhan ke makmal, untuk dikaji dan mengenal dari apa jenis tumbuhan yang
diambil oleh Burung But-But itu.. Setelah mengetahui spesis tumbuhan
tersebut maka pergilah mencarinya sendiri.
But-But kaki-pendek ~Centropus rectunguis |
But But Besar~Centropus sinensis |
Dengan mencari sendiri tumbuhan tersebut mereka berupaya mendapatkan kuantiti dalam jumlah yang banyak. Berbanding dengan perbuatan penyiksaan mematahkan kaki anak burung dan mendapat ubat yang sedikit. Wasalam.
No comments:
Post a Comment