Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ( Penampilan Buluhias Putih ) |
Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus( Penampilan Buluhias Gelap ) |
Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ( Penampilan Buluhias Putih ) Burung Muda |
Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus~Changeable Hawk Eagle
Kepada Pemburung Hybrid seperti saya sering menjadi tanda tanya dan tercari-cari akan jantina burung Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus ini.
Didalam buku Field Guide To The Birds Of South-East Asia~Craig Robson
tidak dimaklumkan yang mana satu jantan dan yang mana satu betina.
Peristiwa pemerhatian ini dirakam di Pulau Carey pada 14 Jun 2009 jam 7:13 p.m. |
Hati kecil saya telah lama beranggap bahawa Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus
( Penampilan Buluhias Putih ) adalah burung Jantan. Namun begitu oleh
kerana saya tidak mempunyai bukti saintifik atau bukti sahih yang dapat
menyokong anggapan saya, maka dipendamkan sahaja.
Kebiasaan membuat pemerhatian bahawa kelakuan burung penampilan warna putih akan hinggap bertenggek pada dahan yang lebih atas daripada burung penampilan warna gelap. |
Peristiwa ini dirakam pada 28 Jan 2013 jam 5:14 p.m di lokasi Pulau Burung , Butterworth Pulau Pinang. |
Kelakuan Burung penampilan putih sentiasa berada dibahagian atas daripada burung penampilan gelap sekiranya ia tidak berada didalam sarang nya. |
Peristiwa ini dirakam pada 26 Okt 2014 jam 2:25 petang lokasi di Felda Tersang Raub Pahang. |
Sepanjang memburung saya hanya
berpeluang membuat pemerhatian ketika burung sedang bersarang sahaja
yang mana kedua-dua jenis penampilan berada diatas lokasi pokok yang
sama. Alasan sebegitu tidaklah begitu kukuh sepertimana kita dapat
melihat ketika burung ini melakukan persenyawaan.
Memang
sebelum ini pemburung ada beranggapan bahawa saiz burung betina adalah
lebih besar daripada saiz burung Jantan. Berdasarkan imej yang dapat
dirakam di Pulau Carey pada 14 Jun 2009 dulu ia jelas kelihatan akan
perbezaan bentuk tubuh badannya. Untuk mendapatkan bukti seperti imej
yang disiarkan amatlah susah inikan, pula untuk mendapatkan pemerhatian
burung sedang dalam proses mengadakan persenyawaan.
Kelihatan dengan jelas perbezaan saiz tubuh badan burung penampilan gelap dengan burung penampilan putih. |
Baru-baru
ini secara tidak sengaja ketika membuat kajian lanjut tentang sejarah
pemburungan di Semenanjung Tanah Melayu, saya telah terjumpa laporan
tentang pemerhatian burung spesis ini sedang melakukan persenyawaan.
Menurut laporan tersebut. peristiwa itu berlaku pada 21 Disember 1947
bertempat di Ayer Tawar ,Setiawan Perak. Peristiwa itu dilihat oleh
En.A.T Edger dan F.G.H Allen dan melaporkan peristiwa tersebut didalam
The Malayan Nature Jurnal keluaran Mac 1949.
Malangnya laporan ini menimbulkan pertanyaan lanjut, dimana laporan ini
tidak menyatakan secara jelas dan terperinci . Ia sekadar memaklumkan
bahawa burung yang penampilan putih terbang menuju hinggap dekat dengan burung penampilan gelap, dan persenyawaan berlaku. Laporan ini tidak
menyatakan kedudukkan ketika persenyawaan sedang berlaku. Jikalau
laporan ini menjelaskan bahawa burung penampilan putih berada diatas
burung penampilan gelap, maka semua pihak tidak lagi ragu-ragu.
Memang ramai pemburung tidak berpeluang melihat kejadian ini , tetapi dengan
terjumpanya laporan penting yang telah terlepas pandang oleh Pemburung
terdahulu, sedikit sebanyak dapat membantu pemburung terkemudian membuat sedikit andaian yang besar kemungkinan akan tepat dan jurang kesalahan sangat tipis dan sedikit.
Namun begitu, sebagai hukum lumrah alam sejagat saya berpendapat ; yang Jantan datang mencari dan yang Betina menunggu. Agak janggal sekiranya yang Betina datang mencari dan yang Jantan menunggu. Ia seperti berlawanan hukum lumrah alam sejagat. Berdasarkan semua maklumat dan pengalaman yang saya perolehi selama tempoh memburung saya mencadangkan bahawa Burung Helang Sewah Hendik~Spizaetus cirrhatus~Changeable Hawk Eagle ( penampilan putih ) adalah burung Jantan dan Penampilan Gelap adalah burung Betina.
Sememang akan ada cabaran ilmiah yang akan mempersoalkan pendapat
dan hujah didalam laporan peribadi ini, namun begitu pihak saya sangat mengalu-alukan hujah balas saintifik berserta bukti yang menunjukkan pendapat saya ini tidak tepat. Pekara ini sangat positif dan baik demi ilmu pengetahuan bidang pemburungan tanahair. Wasalam.
No comments:
Post a Comment