Wednesday, 27 May 2015

Memburung Di Gunung Nuang, Selangor.


Memburung Di Gunung MENUANG GASING, Selangor.

Setelah membaca Jurnal lama bertarikh 7 Nov 1912 berkaitan dengan Gunung Menuang Gasing ( Panggilan Dulu ) untuk Gunung Nuang , saya sungguh teruja untuk melakukan pendakian ke lokasi yang diceritakan oleh Henry N. Redley. Hati kecil saya tertanya-tanya apakah spesis burung yang ada di sekitar Gunung Nuang. Kerana saya masih belum terjumpa dan terbaca lagi  laporan senarai spesis burung-burung yang telah dijumpainya disitu.
 

Pada 24 May 2015 saya bersama isteri dan anak perempuan telah membuat pendakian dengan niat untuk mengetahui jenis spesis burung yang boleh ditemui disekitar Gunung Nuang. Pendakian ini disertai oleh rakan sekerja isteri saya bagi tujuan riadah mendaki gunung.  Perjalanan dimulakan agak lewat iaitu pada jam 9.00 pagi, yang pada sepatutnya bermula seawal 6.30 ke 7:00 pagi.




Gunung Nuang merupakan, antara gunung yang sukar untuk membuat pendakian di Semenanjung Malaysia , kerana " Kepacakkan" dan mendonggak treknya. Merupakan Gunung tertinggi di negeri Selangor lebih kurang 4,908 kaki ( sepertimana laporan Jurnal ) atau 4,898 kaki ( sepertimana papan tanda di Puncak ) . Saya dapat bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh pendaki-pendaki terdahulu ketika mereka membuat ekspidisi, sepertimana yang diceritakan oleh Henry N.Redley.




Jika dibuat perbandingan dengan dahulu tentulah jauh lebih sukar daripada sekarang, namun begitu tetap masih ramai yang pernah melakukan pendakian akan menyatakan pendakian ke Gunung Nuang memang memenatkan dan sukar. Ditambah pula beban tambahan yang dipikul seperti peralatan rakaman , makanan dan air.

Memerlukan fizikal dan mental yang baik untuk mendaki kerana keadaan trek yang mendonggak sepanjang pendakian .

Keadaan sekitar dan knopi hutan disini berkabus dan kurang cahaya memberikan sedikit kesukaran untuk membuat rakaman burung.

Kawasan sekitar hutan berhampiran dengan Gunung Nuang

Semasa pendakian haruslah sentiasa berwaspada jangan sampai terkena sengatan  Kala Jengking yang berbisa ini. Pastinya akan mengundang merbahaya dan masalah kerana didalam hutan tidak mempunyai ubat penawar, sementara dibawa ke Hospital. 
Perjalanan naik mendaki mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai dikemuncak gunung. Setelah 4 jam perjalanan saya dan kumpulan pendaki lain berhenti berehat di Dataran Pacat. Kawasan ini agak terbuka dan lapang yang ditumbuhi dengan tanaman pohon renek dan pokok-pokok besar dan tinggi. Kelihatan kawasan ini tidak dicemari oleh pembalakan haram. Sesampai dikawasan ini saya dapati ada sebatang pokok hutan dari jenis ceri yang sedang lebat berbuah.

Sesumpah yang tidak dapat ketahui akan spesisnya. 
Diatas pokok ini sahaja saya melihat beberapa jenis spesis burung. Antaranya ialah  Burung Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus ,Takur Jumbai-berapi~Psilopogan pyrolophus, Takur Kening hitam~Megalaima oorti, Takur Leher merah~Megalaima franklinii, Cencilai Riang Kupiah badam~Garrulax mitratus dan Sibia ekor panjang~Heterophasia picaoides yang sedang leka memakan buah-buah itu.


Laungan melolong Siamang~Sympalangus syndactylus sahut menyahut dapat didengari ketika pendakian.


Takur kening hitam~Megalaima oorti
Mereka datang memakan buah-buah secara silih berganti . Pengalaman yang sama ini pernah saya alami dulu , melihat jumlah spesis burung yang banyak dan mudah di kawasan hutan Bukit Freazer , Bukit Tinggi, dan Cameron Highland. Pahang. ( Tetapi sekarang suasana begitu sukar dialamai lagi dikawasan yang dinyatakan  )

Takur leher merah~Megalaima franklinii
Ketika tempoh 1 jam berada dikawasan tersebut saya juga berpeluang melihat Ombak Burung yang disertai oleh berbagai spesis burung dalam jumlah yang besar. Ia datang secara menderu-deru seperti berebut-rebut mencari makanan ruji dan kegemaran mereka.

Takur leher merah~Megalaima franklinii


Bunyi riuh kicauan burung membuatkan saya berpusing-pusing membuat pengecaman satu persatu. Dengan keadaan sebegitu saya akui memang ada banyak spesis burung yang telah terlepas pandang untuk dibuat pengecaman, kerana keadaan pokok-pokok yang tinggi, suram serta berkabus.

Senarai Burung-burung yang dilihat dan mendengar panggilannya ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan Gunung Nuang.

1. Kuang Raya~Argusianus argus
2. Belatuk Buloh~Gecinulus viridis
3. Belatuk Cunut Kuning langsat~Meiglyptes tristis
4. Belatuk Merah manggis~Blythipicus rubiginosus
5. Enggang Badak~Buceros rhinoceros
6. Pekaka rimba-gempal~Lacedo pulchella
7. Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis
8. Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus
9.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica
10.Merbuk Aman~Geopelia striata
11.Merbuk Zamrud~Chalcophahaps indica
12.Takur jambang-mas~Megalaima chrysopogon
13. Takau hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus
14.Iora Biasa~Aegithina tiphia
15.Tengkek Biru Asia~Irina puella
16.Magpie Hitam~Platysmurus leucopterus
17.Gagak Rumah~Corvus splendens
18.Sambar Verditer~Eumyias thalassina
19.Murai Kampong~Copsychus saularis
20.Shama Tongkeng putih~Copsychus malabaricus
21.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis
22.Tiong Jawa~Acridotheres javanicus
23.Merbah kepala hitam~Pycnonotus atriceps
24.Sambar Kenari kepala kelabu~Culicicapa ceylonensis
25.Cericap tembakau jawa~Prinia rufescens
26.Perincit leher gelap~Ortholomus atrogularis
27.Perincit ekor perang~Ortholomus sericeus
28.Cekup perut kuning~Abroscopus superciliaris
29.Kekicau Horsfield~Malacocincla sepiarium
30.Kekicau Tit coret~Macronous gularis
31.Kekicau Kupiah hitam~Pellorneum capistratum
32.Kekicau Sayap badam~Stachyris maculata
33.Sepah Bunga Dada kuning~Prionochilus maculatus
34.Sepah Bunga Punggung kuning~Dicaeum chrysorrheum
35.Sepah Bunga perut oren~Dicaeum trigonostigma
36.Kelicap Madu kecil~Arachnothera longirostra
37.Tiak Tongkeng putih~Lonchura striata
38.Cemcili Tengkuk badam~Enicurus ruficapillus


Takau Ekor-panjang~Psarisoums dalhousiae

Sibia ekor panjang~Heterophasia picaoides

Daripada jenis spesis burung yang berada dikawasan ini yang sempat saya membuat pengecaman, saya menjangkakan ada kesamaan  spesis burung yang boleh dijumpai di Bukit Tinggi, Bukit Freazer, Gunung Telapak Buruk, Genting Highland dan Cameron Highland.

Senarai Burung yang dilihat dan dengar suara panggilan ketika berada diparas ketinggian 1200 meter dikawasan berhampiran dengan Gunung Nuang. Dataran Pacat.

1. Belatuk Kecil tengkuk kuning~Picus chlorolophus
2. Kelopak Biru~Sitta azurea
3. Enggang Kupiah~Beceros vigil
4. Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris
5. Malkoha paruh merah~ Phaenicophaeus javanicus
6. Lelayang Dahan tongkeng kelabu~Hemiprocne leucopygialis
7. Takur jumbai-berapi~Psilopogan pyrolophus
8.Takur kening hitam~Megalaima oorti
9.Takur leher merah~Megalaima franklinii
10.Takau Dada-perak~Serilopus lunapus
11.Takau Ekor-panjang~Psarisoums dalhousiae
12.Cecawi Kecil ekor bercabang~Dicrurus remifer
13.Sambar Tirjup Sayap berpalang~Hemipus picatus
14.Sultan Tit~Melanochlora sultanea
15.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus
16.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea
17.Kekicau Tirjup Kening putih~Pteruthius flaviscapis
18.Cencilai Riang hitam~Garrulax lugubris
19.Cencilai Riang Kupiah badam~Garrulax mitratus
20.Fulveta Gunung~Alcippie peracensis
21.Sibia ekor panjang~Heterophasia picaoides
22.Mesia Telinga perak~Leiothrix argentauris
23.Yuhina Perut putih~Yuhina zantholeuca
24..Kelicap Madu-corek~Arachnothera magna


Yuhina Perut putih~Yuhina zantholeuca


Takur kening hitam~Megalaima oorti
Dengan pengalaman melihat sendiri jenis spesis burung yang ada dikawasan ini, maka saya boleh katakan Negeri Selangor juga mempunyai taburan spesis burung tanah tinggi yang pelbagai banyak dan masih tidak terganggu habitatnya. Jumlah keseluruhan pengecaman spesis burung semasa pendakian ke Gunung Nuang berjumlah 62 spesis burung.

Malkoha paruh merah~ Phaenicophaeus javanicus

Hasil rumusan  memburung dikawasan tanah tinggi Gunung Nuang, Selangor ini membuatkan saya teruja untuk membuat sekali lagi pendakian kekawasan ini dimasa akan datang, untuk mencari spesis burung yang sangat sukar ditemui. Mana tahu saya ditakdirkan berjumpa dan merakam imej  spesis burung idaman setiap pemburung iaitu spesis burung Kuang Merak Berjambul~Rheinardia ocellata, Belatuk Kepala Kelabu~Picus canus, dan Cericap Bukit~Prinia atrogularis .

Takur jumbai-berapi~Psilopogan pyrolophus
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ini bersesuaian dengan prinsip memburung saya iaitu setiap burung mempunyai sayap, ia bebas merdeka untuk terbang kemana sahaja yang disukainya asalkan tempat itu selamat dan banyak sumber makanan yang berterusan. Wasalam.


Baru-baru ini pada 30 May 2015, baru saya terjumpa lapuran spesis burung dan mamalia yang dijumpai di sekitar Puncak Menuang Gasing yang dibuat oleh Herbert .C Robinson yang menyenaraikan 49 spesis burung. Oleh kerana beliau menggunakan nama-nama spesis burung yang lama yang dibuat pada tahun 1893, maka saya tidak dapat menentukan burung-burung tersebut sebelum membuat penyelidikkan lanjutan dan bertanyakan guru saya Saudara Mike Chong sebelum menentukan spesis burung apa yang dijumpai oleh H.C Robinson.









Senarainya akan dimasukkan setelah menyemak secara terperinci.Wasalam.
























































































































No comments:

Post a Comment