Mengapa Masih Degil ?
Sudah agak lama saya tidak bertemu dengan burung Belatik perang~ Sasia abnormis ini, mungkin kerana saya telah puas melihat dan merakam burung ini, atau saya tidak memberikan tumpuan bersungguh-sungguh untuk mencarinya.
Baru-baru ini secara tanpa dicari-cari pasangan burung Belatik perang~ Sasia abnormis ini terbang hinggap pada batang pokok mati, berhampiran tempat saya sedang berdiri. Memang diakui merakam imej burung dalam suasana suram dalam keadaan burung tidak henti-henti mematuk-matuk batang kayu, tidak menjamin memperolehi rakaman yang baik. Pada ketika itu burung tidak merasa terancam walaupun berada dalam kedudukan yang hampir dengannya. Masa yang diberikan agak lama juga , lebih kurang hampir 20 minit. Dalam tempoh tersebut saya berjaya membuat lebih kurang 60 rakaman, namun begitu tidak semua rakaman mendapat rakaman yang berkualiti ( Mengikut Kualiti Kayu Pengukur Diri Sendiri ).
  
 
Baru-baru ini secara tanpa dicari-cari pasangan burung Belatik perang~ Sasia abnormis ini terbang hinggap pada batang pokok mati, berhampiran tempat saya sedang berdiri. Memang diakui merakam imej burung dalam suasana suram dalam keadaan burung tidak henti-henti mematuk-matuk batang kayu, tidak menjamin memperolehi rakaman yang baik. Pada ketika itu burung tidak merasa terancam walaupun berada dalam kedudukan yang hampir dengannya. Masa yang diberikan agak lama juga , lebih kurang hampir 20 minit. Dalam tempoh tersebut saya berjaya membuat lebih kurang 60 rakaman, namun begitu tidak semua rakaman mendapat rakaman yang berkualiti ( Mengikut Kualiti Kayu Pengukur Diri Sendiri ).
Pekara ini terjadi kerana saya berperinsip, hasil rakaman haruslah 
sama dengan suasana apa yang dilihat oleh mata dilapangan ketika itu. 
Sekiranya burung berada dihabitat yang terang dan lapang dengan cahaya 
semulajadi maka hasil cerapan rakaman akan menjadi jelas, terang dan 
tajam. Jikalau suasana didalam hutan dibawah knopi pokok atau rimbunan 
daun/dahan maka hasil rakaman akan menjadi sebaliknya iaitu suram, 
tetapi memastikan imej itu harus jelas dan tajam. Sepertimana rakaman imej-imej burung Belatik perang~ Sasia abnormis ini.
Cabaran dan kepayahan yang dialami ketika membuat rakaman dalam 
suasana yang suram ialah lensa dan kamera tidak dapat membuat fokus pada
 subjek dengan tepat dan cepat. Bila mana fokus telah mengena pada 
subjek , subjek pula bergerak dan mematuk-matuk batang kayu. Sedangkan 
formula shutter speed hanyalah 1/40, 1/50 , 1/60 sahaja. Manakala F.Stop
 yang digunakan antara F 4, F 5 dan kadang kala memberanikan diri 
menggunakan F 6.3 dan F 7, ISO pula hanya sekadar 250 sahaja. Cabaran 
kesukaran ini ditambah pula dengan  tidak menggunakan Tripod.
Soalannya
 mengapa saya tidak meningkatkan jumlah ISO kepada 1000 atau 2000 bagi 
membantu saya mendapatkan formula Shutterspeed 1/150 atau 1/200 yang boleh mendapatkan imej yang lebih terang dan jelas.? 
Jawapannya saya sendiri tidak faham kenapa saya tidak menggunakan 
keupayaan alat rakaman yang tersedia.  Sedangkan ISO jumlah tinggi untuk 
kamera ini tidak menjelmakan "Noise" yang ketara. Ya betul, tetapi dengan 
syarat imej itu tidak di kerat / "Crop" ( dengan izin ). Tetapi hakikatnya 
imej bakal dikerat/ "Crop", kerana saya menggunakan lensa kejauhan 300mm 
sahaja tanpa TC. Lainlah jikalau saya memakai lensa 500mm tentunya 
"Noise" tidak akan menjelma kerana saiz imej masih lagi dalam jumlah yang 
besar. Itupun dengan syarat saya belum pernah merakam imej burung yang 
tidak pernah saya rakam, hanya sekadar  rakaman penting keselamatan dan pengenalan 
spesis burung. Setelah berjaya mendapatkan imej keselamatan dan pengenalan saya akan kembali semula menerapkan gaya seni rakaman saya sambil menyahut cabaran yang terhidang dengan teruja dan gembira.  
Hakikatnya
 saya tidak mahu imej rakaman saya sama seperti imej-imej burung yang 
lain , umpama imej yang disalinan antara satu sama yang lain. Walaupun 
saya akuinya sangat cantik dan menarik pada setiap pemandangan mata. Saya 
mahukan imej saya mempunyai seni gaya rakaman tersendiri yang 
menimbulkan rasa senang hati dan gembira diri sendiri, tanpa 
terikut-ikut dengan trend dan gaya seni rakaman pakar photografi yang sedia 
ada.
Saya 
tidak pula mengatakan imej rakaman burung yang terang , cantik dan jelas 
yang  dirakam dalam suasana suram itu salah dan tidak elok. Dan pengkritik imej rakaman saya yang suram dan tidak berapa terang, tidak 
pula boleh mendakwa gaya saya itu salah dan tidak menarik sedangkan itulah suasana sebenar yang dilihat pada ketika imej dirakam. Wasalam.





No comments:
Post a Comment