Takau Dada perak~Serilophus lunatus
Di Semenanjung Malaysia spesis Burung Takau Dada perak~Serilophus lunatus pada kebiasaannya dijumpai pada habitat kawasan hutan pertengahan tinggi dan hutan tanah tinggi, seperti di Freazer Hill, Cameron Highland, Bukit Larut, Gunung Telapak Buruk, Rumah Pam Air Lama - Genting Highland, Bukit Tinggi Bentong.
Burung dewasa sedang membawa bahan-bahan yang dikutip untuk dianyam menjadi sarang berbentuk buah kelapa. |
Saya masih ingat lagi pada permulaan memburung dahulu ditahun-tahun 2006-2007 mengidam sekali untuk melihat dan merakam spesis burung ini, terpaksalah berusaha pergi ke lokasi yang disebut diatas. Pada saya, untuk melihat burung yang comel ini amatlah susah jika bukan dimusim burung mengawan dan bersarang.
Ketika itu terpaksa menunggu pada bulan Februari hingga Jun untuk memudahkan saya melihat dan merakam perilaku burung ini. Pada kebiasaannya spesis burung ini membuat sarang pada hujung ranting pokok pada tahap ketinggian antara 5 ke 6 meter pada paras lantai tanah. Sarangnya seakan akan sarang Burung Tempua~Ploceus philippinus tetapi hasil bentuk senibinanya tidak kemas.
Apa yang hendak diceritakan kali ini ialah penemuan yang sangat jarang berlaku sejak saya memburung, malah tidak pernah ada laporan sebelum ini berkenaan spesis burung ini bersarang di kawasan habitat Hutan tanah rendah. Ini disahkan secara lisan oleh Guru saya Saudara Mike Chong. Ketika ditahun 2010 saya telah menjumpai burung ini membuat sarang di Hutan Simpan Hulu Gombak, tetapi kedudukan lokasi sarangnya diketinggian 400 ke 500 meter pada aras laut.
Bentuk sarang yang dijumpai di Hutan Simpan Hulu Gombak pada 22 May 2010 |
Burung dewasa sedang aktif membawa bahan binaan sarang di Hutan Simpan Hulu Gombak |
Pada 10 March 2015, saya telah menjumpai seekor burung Takau Dada perak~Serilophus lunatus sedang merayau-rayau mencari makan bersama kumpulan ombak burung di Hutan Simpan Sungai Congkak. Pada ketika itu penemuan tersebut boleh disifatkan seperti " terkadang-kadang" , sepertimana yang disifatkan oleh Guru saya. Namun begitu pada 29 Jun 2015 saya telah diberitahu oleh rakan Jurugambar Burung, yang beliau telah ternampak spesis ini bersarang di kawasan tempat saya menjumpai pada 10 March 2015 yang lalu.
Burung dewasa yang dijumpai di Hutan Simpan Sungai Congkak pada 10 Mac 2015 |
Peninggalan sarang burung Takau Dada perak~Serilophus lunatus yang dijumpai pada 29 Jun 2015 yang lalu di Hutan Simpan Sungai Congkak. |
Setelah melihat bentuk sarang yang tergantung pada hujung ranting pokok, maka memanglah sah bahawa itulah sarangnya burung Takau Dada perak~Serilophus lunatus. Anak burung telah berjaya menamatkan proses pembesaran didalam sarang tanpa sebarang kacau ganggu daripada mana-mana pihak. Yang mana anak burung telah berjaya keluar mengekori ibubapanya terbang bebas masuk kedalam hutan.Bermakna rekod di Musim 2015 ini pasangan tersebut telah berjaya membiakkan zuriatnya di Hutan Simpan Sungai Congkak.
Lokasi sarang yang dipilih adalah berlainan sekali dengan lokasi sarang yang pernah saya temuinya di tempat-tempat lain, iaitu diatas laluan orang ramai , tetapi di Hutan Lipur Sungai Congkak lokasi sarangnya dibuat diatas pokok dibawahnya terdapat sebatang anak sungai. Lokasi sarang ini , adalah menyerupai dengan lokasi sarang yang dibina oleh spesis Burung Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos iaitu diatas anak sungai atau berhampiran dengan dikawasan air.
Apa yang dapat diperhatikan bahan binaan sarang Takau Dada perak~Serilophus lunatus di Sungai Congkak ada sedikit kelainan daripada yang biasa dilihat, mungkin faktor tumbuhan disekitar hutan ini mempengaruhi mereka membuat penyesuaian bahan binaan sarang. Kedudukan ketinggian sangkutan sarang pada ranting pokok juga dilihat agak berbeza, yang mana di Hutan Lipur Sungai Congkak adalah lebih tinggi daripada ditempat-tempat lain.
Jikalau sebelum ini saya melihat spesis burung Murai Kampong~Copsychus saularis, Merbah Leher lorek~Pycnontus finlaysoni, Merbah Punggung -kuning Pycnonotus goiavier, Perincit Biasa~Ortholomus sutorius , Sualo Pasifik~Hirundo tahitica, Walit Rumah~Apus affinis dan Helang Ular berjambul~Spilornis cheela dijumpai di kawasan pergunungan Tanah Tinggi Ulu Kali. Terkini saya berpeluang pula menyaksikan Burung Takau Dada perak~Serilophus lunatus yang kebiasaannya dilihat dikawasan tanah tinggi, dijumpai bersarang dikawasan hutan tanah pamah.
Kawasan sekitar dimana Takau Dada perak~Serilophus lunatus membuat sarang dan bersarang sehingga anak burung berjaya terbang keluar mengekori ibubapanya pada 26 Jun 2015. |
Burung adalah bebas untuk membuat keputusannya sendiri berdasarkan kehendak nalurinya sendiri pada ketika ia membuat keputusan, yang terkadang-kadang membuatkan manusia kelu untuk mendapatkan jawapan atas apa alasan yang mereka telah lakukan. Wasalam.
No comments:
Post a Comment