Burung Sambar Coklat Asia~Muscicapa siamensis
Menentukan
 pengecaman spesis keluarga burung Sambar Muscicapa memang rumit, kerana
 penampilan mereka hampir menyerupai antara satu sama lain. Ini 
dirumitkan lagi dengan penampilan burung ketika dimusim sejuk, musim 
panas dan musim burung menyalin buluhias. 
Maka akan berlaku berbagai-bagai cadangan berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-maing yang mereka ada. Adab Pemburung pula tidak mudah menafikan pengecaman seseorang pemburung yang lain tanpa asas dan bukti yang kuat.
Musim penghijrahan sesi awal tahun 2015 menemukan beberapa spesis burung
 sambar yang saya dapati sangat sukar untuk membuat pengecaman.  Setelah membuat penelitian 
saya mencadangkan spesis burung ini adalah Sambar Coklat Asia~Muscicapa siamensis. 
Daripada 
apa yang telah dimaklumkan oleh Guru saya Saudara Mike Chong spesis 
burung Sambar Coklat Asia ada 2 pecahan keluarga. Sambar Coklat 
Asia~Muscicapa dauurica yang asalnya adalah dari kawasan sebelah negara 
China, Jepun, Hong Kong, Taiwan. Manakala Sambar Coklat Asia~Muscicapa 
siamensi pula adalah dari kawasan utara negara Thailand. 
Penampilan
 antara mereka memang ada sedikit perbezaan yang agak ketara iaitu pada 
warna buluhias pada bahagian leher, dada dan perut burung. Pada bahagian
 yang dinyatakan itu , ianya adalah berwarna coklat cair. Manakala pada 
bahagian paruh dibahagian pangkal bawah membawa kebahagian pertengahan 
paruh berwarna cerah.
Berdasarkan pemerhatian lanjut 
dilakukan, saya dapati ada  tanda-tanda yang lain pada burung ini daripada salah satu burung ini. Saya tidak dapat pastikan samada burung itu jantinanya jantan 
atau pun betina. Buluhias bahagian dahi diatas pangkal paruh burung 
mempunyai tanda bertompok yang berwarna coklat. Tidak dapat dipastikan tanda ini 
hanya berlaku ketika burung dalam proses menyalin buluhiasnya ataupun tanda itu memang kekal semulajadi. Didalam buku Craig Robson, tidak pula dinyatakan ciri-ciri yang saya nyatakan itu.
Setelah 
membuat kajian dan penelitan saya merasa bulat hati membuat 
keputusan bahawa spesis burung ini adalah dari jenis  Sambar Coklat 
Asia~Muscicapa siamensis. Untuk makluman sebelum ini ditahun-tahun yang lalu spesis 
dari jenis Muscicapa siamensis sangat jarang dijumpai di Semenanjung 
Malaysia. 
Mungkin disebabkan berlaku perubahan cuaca menyebabkan spesis ini 
membuat keputusan untuk berhijrah ke negara ini yang lebih mudah dan banyak untuk mendapatkan
 sumber makanan.
Spesis 
ini dijumpai secara berpasangan di Taman Negeri Selangor, Sungai Congkak
 Ulu Langat. Dilokasi yang sama, pasangan ini berjiran dengan spesis 
burung Sambar Sisi-gelap~Muscicapa sibirica dan Sambar Mugimaki 
~Ficedula mugimaki.
Walaupun datang berpasangan ia tidak akan sentiasa bertenggek pada satu pokok atau dahan yang sama sepertimana spesis burung Enggang. Sepanjang pemerhatian dilakukan cuma sekali sahaja , saya melihat mereka berada disatu dahan yang sama. Hal keadaan sebegitu hanya terjalin dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Kemudian salah satu akan terbang dan hinggap ke lokasi lain.
Pemerhatian
 saya mendapati perangai spesis Muscicapa siamensis ada kelainannya 
dengan Sambar Coklat Asia~Muscicapa dauurica yang biasa saya perhatikan.
 Burung ini lebih gemar berada hinggap pada ranting yang rendah, antara 1
 kaki hingga ke 6 kaki tinggi pada paras lantai hutan. 
Ia akan 
bertenggek lama , sambil memerhatikan ulat dan serangga merayap-rayap 
dicelah-celah daun kering. Sekiranya telah pasti akan lokasi mangsanya 
burung akan terbang dan hinggap dilantai tanah sambil mengutip lalu 
terbang masuk kedalam rimbunan dicelah-celah daun pokok.
Ketika 
mencari makanan  ia akan membuat satu lingkaran sempadan secara bulatan 
 untuk mencari 
makanannya pada setiap hari, dianggarkan dalam lengkongan 50 meter. 
Waktu pagi, antara jam 8.00 sehingga ke jam 11:30 begitu aktif melakukan
 kegiatan mencari makannya. 
Burung akan menghilangkan diri kelokasi rahsianya untuk berehat selepas perutnya kenyang selepas
tempoh tersebut. Untuk sesi petang saya tidak dapat menceritakannya 
kerana saya jarang sekali kelokasi pada sebelah petang.
Selama tempoh pemerhatian, saya 
dapati buluhiasnya kerap kali gugur, samada pada buluhias yang menutupi 
badannya dan buluhias pada sayap pelepah primer. Perjalanannya akan 
diteruskan setelah proses menyalin buluhias lengkap sepenuhnya. Pasangan
 ini tidak  ditemui lagi pada akhir bulan Jun 2015. 














Salam En. Roslan. Kalau saya ada soalan tentang buku terbitan tuan bagaimana saya nak hubungi tuan?
ReplyDeleteSila nyatakan soalan tersebut disini. Saya tiada masalah untuk memberi jawapan. Terima kasih Saudara Alik.
ReplyDelete