Tuesday, 20 October 2015

Laporan Berbaik Sangka & Kembara Memburung Di Kampong Mat Daling, Pahang.



Laporan Yang Berbaik Sangka
Negara Ku Malaysia Kaya Dengan Tumbuh-tumbuhan.

Tidak akan habis tumbuh-tumbuhan, jika dituai balaknya setiap hari walaupun selama seribu tahun sekali pun, kerana kawasan istimewa ini telah menjadi pilihan Allah untuk menjadi  subur kaya. Tumbuh-tumbuhan menghijau berebut-rebut untuk hidup  secara semulajadi dari bermacam-macam tumbuhan jenis Merbau, Keruing, Jati, Gaharu dan lain-lain lagi jenisnya.


Terlalulah banyak sangat dan terlalulah luas  kawasan hutannya sehingga, lambat balak dituai maka tanah-tanah kosong akan  diselubungi  kehijauan tumbuhan seperti payung-payung menutup Bumi . Maka masalah tumbuhan balak ini akan kehabisan tidak timbul sama sekali.

Kesalahan diri sendiri~ kerana Anak Babi Hutan~Sus scrofa ini tidak memandang kiri kanan ketika melintas melalui  jalan pacuan 4 roda didalam hutan.

Andaikata di sebelah selatan balak telah habis dituai , beralih lah   ke bahagian  utara pula untuk dituai  hasil balaknya. Sementara untuk menghabiskan tuaian balak di bahagian utara, tumbuhan yang dulunya habis dituai telah tumbuh semula dibahagian selatan, maka tidak perlu menunggu lama hasil laba tuaian balak dikecapi oleh pemiliknya.


Hasil laba balak diperolehi secara terus menerus sepanjang hayat.Manakala dibahagian Timur dan Baratnya pula langsung tidak luak oleh tumbuhan-tumbuhan dari jenis ini. Begitulah bertuah dan istimewanya Negara Ku Malaysia. Inilah caranya orang-orang bijaksana  menguruskan hasil bumi dinegara ini, yang telah dilakukan sepanjang musim sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Umpama " Orang yang menunggu perigi , tidak akan ia mati dahaga kehausan !. "


Tidak seperti Kerajaan British pada suatu ketika dahulu, mereka tidak berapa pandai mengenal pasti tentang bagaimana menghasilkan kawasan Hutan Belentara yang terbiar itu, boleh berhasil dijadikan laba untuk dimenafaatkan oleh sipemiliknya dan ramai orang.  Kerana pada pandangan Kerajaan British  Hutan Belentara hanya untuk haiwan ganas  liar dan tempat berbagai penyakit  sahaja. Itulah sebabnya penduduk ketika itu mundur dan miskin papa kedana di Tanahair sendiri.



Kawasan lapang dan terbuka adalah habitat  spesis Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens  . Ia banyak ditemui disepanjang laluan ke Kampong Mat Daling.

Kini dan selamanya Sipemilik Hutan Balak sentiasa akan mendapat kelulusan segera untuk menuai hasil balak daripada pihak Pentadbir Urus Hutan Belentara. Dengan keuntungan tersebut mereka  telah berkongsi hasil laba tuaian Balak mereka dengan anak-anak watan. Sudah tentu keadaan begini telah mengembirakan kepada segenap lapisan anak-anak watan. Maka perkara seperti ini harus diteruskan sampai bila-bila dan tidak usah dihalang.


Namun begitu ada juga suara-suara dengki hina yang tidak pandai berterima kasih, berniat jahat , tidak bershukur, dan menentang usaha-usaha murni seperti ini. Tomahan-tomahan yang tidak berasas, yang datangnya daripada Pejuang Alam Sekitar Palsu, orang yang dungu dan cetek asas pemikiran. Mereka telah menyatakan berbagai-bagai andaian dan sangkaan buruk seperti dibawah ini.


 Orang Dengki ini menyatakan :-

1.Dengan menebang tumbuhan balak dalam skala yang banyak akan menghilangkan payung bumi. Ketika musim hujan, tanah yang keras akan menjadi lembut peroi sehingga membawa kepada kejadian tanah runtuh.

2.Penghuni-penghuni Hutan Belentara akan kehilangan tempat mereka berlindung , tempat mereka beranak pinak dan tempat mereka mencari makan, dan proses  ini akan mempercepatkan mereka pupus.

Lokasi di Jeti utama di Kuala Tahan. Ditengah-tengah sungai terbentuk sebidang tanah seperti sebuah pulau  sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan kepada pengunjung ke Taman Negara Kuala Tahan, yang tidak mampu menyewa Chelet yang mahal. Peniaga  juga tidak perlu membina Restauran terapung seperti dahulu kerana ditengah sungai terdapat kawasan tapak yang cukup luas.




3.Penghuni Hutan Belentara menyelamatkan diri lari ke tempat lain yang tidak terganggu yang lebih jauh didalam hutan atau menjadikan Ladang-ladang sebagai tempat tinggal mereka yang baharu atau memasuki kawasan penempatan manusia.

4. Dengan ketiadaan Hutan sebagai payung bumi, apabila hujan turun air akan mengalir deras dengan cepat menuju ketempat paling rendah dengan membawa tanah, lumpur, dan pasir masuk kedalam sungai. Akibat daripada itu air menjadi keruh, berlumpur dan pasir akan mendap dalam sungai yang mengakibatkan air sungai akan meningkat secara mendadak dan seterusnya melempah kekawasan tinggi sehingga mengakibatkan malapetaka banjir besar.

Penemuan saintifik terbaharu spesis tumbuhan dasar air yang berupaya hidup didalam dua keadaan. Tumbuhan ini dapat hidup didalam air sejuk deras juga diatas darat yang panas.




5.Malapetaka banjir  mendatangkan merbahaya kepada manusia, haiwan, merosakkan harta kegunaan awam dan seterusnya merugi manusia. 

6.Proses membangunkan semula memerlukan modal belanja yang sangat tinggi dan masa yang lama.

7. Semua 6 kenyataan diatas membawa duka, sedih, kekecewaan,kesusahan kepada manusia dan haiwan kecuali makhluk-makhluk yang bakal mendapat laba diatas projek keuntungan membangunkan semula setiap kemusnahan yang berlaku. 


Padang pasir yang luas terbentuk ditengah-tengah sungai secara semulajadi menjelmakan keuntungan kepada penduduk Kampong Pagi, Kampong Bantal dan Kampong Mat Daling. Ia memberi manafaat kepada penduduk kampong membina rumah tanpa membeli pasir.




Daripada kesemua kenyataan yang dinyatakan itu, menunjukkan dengan jelas bahawa golongan Pencinta Alam Sekitar ini adalah golongan yang hina, dungu, dengki dan mempunyai sifat yang jahat. Kononnya Pencinta Alam Sekitar ini menjadi juara kepada haiwan-haiwan didalam hutan belentara, yang sanggup  membiarkan manusia bersusah payah mencari kehidupan mereka. Mereka ini sengaja mahu membiarkan anak-anak tempatan kekal mundur dan bodoh , menjalani kehidupan seperti di zaman penjajahan British. Mereka berfanatik membuta tuli menolak segala macam kemajuan yang dicadangkan.

Pakcik ini berusia 76 tahun kelihatan sihat dan masih kuat untuk mengerjakan kerja-kerja kampong. Beliau  juga mahir membuat Perahu Panjang dan juga merupakan tukang masak tradisional di Kampong Mat Daling. Akhir-akhir ini beliau mengadu yang beliau tidak tahu apa yang boleh ia lakukan untuk mencari rezeki.Mencari sumber hutan terpaksa merayau jauh berhari-hari masuk kehutan, Mencari ikan terpaksa mudik ke hulu seharian, tiada permintaan membuat Perahu Panjang kerana sungai bukan lagi pengangkutan utama disebabkan sungai telah cetek dan harga hasil Getah pula sangat rendah.Pekara ini semua terjadi kepada kehidupan beliau kerana dia tidak menabung ketika usianya muda dahulu.



Mereka mempunyai kepercayaan, bahawa hanya dengan  melihat sahaja Alam Sekitar kekal hijau dan tidak terusik akan menjadikan mereka merasa bersenang hati. Mereka menyangka dengan berbuat begitu beras, gula,  dan lain-lain keperluan harian akan menjelma dihadapan mereka secara semulajadi. Mereka tidak faham akan erti kehidupan yang sebenar dan mereka tidak akan faham buat selama lamanya, apa itu erti kehidupan sebenar.

Penduduk di kawasan perkampongan Hulu Tembeling sedikit demi sedikit telah mula  tidak  menjadikan pengangkutan Perahu Panjang ini sungai sebagai Pengangkutan utama. Ini disebabkan air sungai sudah terlalu cetek dan sering tersangkut dikebanyakan laluan sungai..
Lama kelamaan seni bina membuat perahu panjang ini akan hilang, bilamana orang -orang tua disini sudah tiada lagi. Penduduk kampong menggunakan jalan balaksebagai pengangkutan untuk pergi ke Kuala Tembeling.


Biar dijelaskan untuk kefahaman mereka, erti hakikat kehidupan sebenar adalah, " Apa-apa yang ada dimuka bumi ini adalah bersifat sementara sahaja. "Jadi semua yang berlaku hanyalah bersifat sementara sahaja. Hutan gondul cuma sementara , banjir dan malapetaka semuanya adalah bersifat sementara yang telah pun ditakdirkan berlaku oleh penciptanya. Adalah tidak baik kita menolak takdir ketentuan itu.



Cara yang menjimatkan dan senang dengan menggunakan hanya dapur kayu untuk memasak.

Kenyataan kepupusan haiwan liar hanyalah andaian dan sangkaan buruk mereka sahaja, kerana mereka bukan hari-hari berada didalam hutan, mereka sendiri tidak tahu selok belok didalam hutan, mereka hanya mendapat laporan daripada orang-orang yang tidak mahir didalam hutan. Maka apa-apa keputusan yang dilaporkan, semuanya adalah tidak tepat atau separuh tepat sahaja.

Kayu-kayu kering banyak terdapat disini, apa yang perlu cuma mengapak dan bawa pulang kerumah.


Keutamaan tujuaan mereka hanya untuk mendapatkan dana imbuhan "Tanggungjawab Sosial " daripada Syarikat Perladangan Gergasi . Kononnya sebagai modal untuk membuat aktiviti penjagaan Haiwan dan Alam Sekitar atau modal kajian saintifik hidupan liar yang telah terancam. Hakikatnya kebanyakkan dikalangan mereka ini hanyalah untuk meraihkan kepentingan dan keseronokan peribadi  tanpa perlu mengeluarkan modal mereka sendiri.




Ada juga Pejuang Alam Sekitar yang tidak tulen dikalangan pelajar -pelajar Universiti yang ingin mendapatkan ijazah-ijazah Master dan PHD mendapatkan dana tajaan dan  mereka berselindung dibawah payung pejuang Alam Sekitar. Setelah mendapat kemudahan membuat kajian  dan mendapatkan Sijil pengiktirafan daripada Universiti , pejuang Alam Sekitar palsu ini akan sedikit demi sedikit menjarakkan diri mereka dengan usaha asal mereka itu. Dan perbuatan yang sama akan diulangi semula oleh Pejuang Alam Sekitar palsu yang lain pula,  dari masa kesemasa sehingga sekarang.




Timbunan pasir sungai diambil secara percuma untuk pembinaan rumah.

Oleh yang demikian tidak perlulah diperbesar-besarkan atau ditokok tambah pekara yang tidak jelas dan pekara  remeh temeh yang sengaja diadakan-adakan itu. Bertujuan untuk menghalang kemajuan negara Malaysia ini. Perbuatan  itu semuanya adalah tidak adil kepada orang -orang yang telah bertungkus lumus membangunkan negara Malaysia dengan cerdik lagi bijaksana.





Hampir disetiap rumah di Kampong Mat Daling mempunyai simpanan pasir masing-masing.

Bertitik tolak daripada itu, pedulikanlah suara-suara yang tidak faham itu, jangan dilayan kehendak mereka dan abaikan sahaja semua desakkan palsu mereka itu. Teruskanlah dengan usaha untuk mengambil kurniaan ini secara total. Percayakanlah dengan apa yang telah dibuktikan selama ini demi kemajuan  pembangunan negara sehingga menjadi sebuah negara Maju, Indah dan Aman makmur. Kesejahteraan ini pastinya akan dikecapi oleh anak-anak watan dengan rasa bershukur dan sangat gembira untuk satu jangka masa yang berpanjangan.






Modal yang diperlukan untuk mendapatkan pasir sungai percuma hanya rajin dan kuat tenaga.

Terlalulah bershukur kepada Allah yang telah menganugerahkan sumber khazanah alam secara percuma dan banyak sehingga melempah ruah.  Negara lain didunia merasa cemburu dengan nikmat hasil yang dianugerahkan oleh Allah kepada bumi Malaysia yang indah ini.




Ramai Anak Watan yang cerdik tidak perlu membeli  pasir halus  untuk membuat rumah. Mereka mudah mendapatkannya secara percuma ditengah-tengah sungai yang banyak bertimbun membentuk seperti sebuah pulau. Hadiah pulau pasir ini terjadi secara semulajadi apabila pasir , tanah dan selut yang larut bersama air yang mengalir dari Hulu Tembeling ketika air bah dibulan Disember 2014. 

Ketika masa masih menyebelahi kita, gunakanlah timbang tara akal yang dipimpin oleh perintah Allah  untuk memilih dan menentukan sesuatu pekara itu samada baik atau buruk. Kerana setiap keputusan sepemberi keputusan datang dengan tanggungjawab.





Ladang getah persendirian yang luas dan subur milik warga Kg.Bantal yang masih diusaha  dengan tekun walaupun harga getah sangat murah. Mereka yakin  dimasa hadapan harga getah akan melambung naik seperti 4, 5 tahun yang sudah.

Kebun Getah milik Felcra yang luas dijagai dan mendapat khidmat pakar perladangan Getah. Pelaburang jangka masa panjang ini akan membauhkan hasil yang sangat-sangat lumayan  dimasa akan datang.

Jaringan sistem perkhidmatan perhubungan  yang baik untuk kemudahan segala urusan penduduk kampong dan lebih lebih lagi kepada kontraktor pembalakkan dan kontrator pembinaan infrastuktor.

Tenaga elektrik yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk kesenangan dan kesejahteraan penduduk kampong .

Upah menyeberang sungai hanya RM 2.00 sahaja, sama upahnya  ketika keadaan sungai lebar dan tahap air sungainya dalam. 



Penduduk kampong menjadikan air banjir yang terperangkap dikawasan lembah sebagai kolam ternakan ikan patin . Mulanya difikirkan banjir itu sebagai musibah tetapi rupa-rupanya ia adalah rahmat yang tersembunyi.Usaha industri yang cukup cerdik ini telah membantu mereka dalam bidang ekonomi.



Pucuk-pucuk tumbuhan yang tumbuh subur dikawasan seperti ini membuatkan haiwan seperti Rusa~Cervus unicolor, Kijang~Muntiacus muntjak, Napuh~Tragulus napu dan Pelanduk~Tragulus javanicus gembira untuk datang meragut makanan yang telah terhidang dengan banyak. Dalam waktu yang sama, keadaan ini sangat baik untuk penduduk tempatan dan pekerja-pekerja warga asing untuk mendapatkan sumber makanan yang sangat mudah, enak dan percuma.


Keadaan ini hanyalah bersifat sementara sahaja, sebelum pembangunan dilaksanakan dengan jaya.

Keadaan yang bersifat sementara ini memudahkan penduduk kampong dan pekerja-pekerja warga asing mendapatkan sumber makanan dari hidupan liar daripada mati kebuluran.



Tunas-tunas tumbuhan yang menjadi kegemaran hidupan liar.

Kesan tapak kaki mamalia dari jenis kucing, dipercayai dari spesis Kucing Batu~Felis bengalensis.


Kawasan penempatan rumah pekerja asing yang sedang dalam pembinaan   dengan tersusun dan selesa yang boleh menempatkan lebih kurang 50 orang dalam satu-satu masa.

Keperluan asas juga disediakan dengan sempurna mengikut piawaian, untuk pekerja-pekerja warga asing yang sangat mahir ,sangat rajin, dan sentiasa menurut perintah daripada majikannya.
Kawasan lapang tempat jentera berat yang telah rosak untuk diperbaiki

Hanya bersifat sementara sahaja.

Hanya bersifat sementara sahaja.

Kemudahan asas seperti jalanraya akan dibina sedikit masa lagi oleh pihak Kerajaan setelah semua proses tuaian balak telah selesai nanti.

Demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat diluar bandar keadaan seperti ini tidak dapat dielakkan, oleh yang demikian masyarakat disini haruslah banyak bersabar, kerana sabar itu separuh daripada iman.

Dipercayai tapak kaki Kancil yang berjalan diatas tanah selut merah.



Contoh yang bijaksana yang telah dilakukan oleh pemilik tanah ialah menuai semua kayu-kayu balak kemudian menanam semula pokok-pokok kayu Getah secara tersusun untuk tuaian menguntungkan untuk masa akan datang.

Kaedah penutupan semua kawasan sira garam yang menjadi keperluan haiwan semasa proses menuai hasil balak yang dilakukan adalah perbuatan dan keputusan yang bijak. Ini adalah satu cara terbaik untuk menghalau haiwan liar daripada memberi kacau ganggu kepada penduduk-penduduk kampong dan pekerja-pekerja balak.
Suasana ini hanyalah bersifat sementara sahaja.



Ladang tanaman Getah yang sangat luas di Kuala Sat ini, akan memberi pulangan keuntungan yang sangat banyak kepada pemiliknya yang cerdik.

Dalam tempoh beberapa tahun lagi keadaan seperti ini akan pulih seperti sediakala dengan kehijauan daun-daun hijau pokok Getah.

Usaha menuaian balak dalam skala yang sangat luas seperti ini merupakan serampang 2 mata. Pertama ia telah mendatangkan keuntungan yang sangat banyak kepada pemiliknya dan yang kedua usaha ini telah menyelamatkan ramai nyawa manusia daripada ancaman haiwan buas dan ganas Usaha-usaha cerdik seperti ini harus diteruskan dengan sokongan tanpa berbelah bahagi demi kesejahteraan penduduk luar bandar.


Perancangan untuk menjadi negara maju yang sifar kemiskinan di tahun 2020 akan tercapai sekiranya usaha seperti ini diteruskan dan  dilipat gandakan usahanya.

Kawasan yang sangat sesuai untuk haiwan berkubang untuk menyejukkan tubuh badan seperti ini harus dikambus dengan tanah dengan seberapa segera kerana ada kemungkinan nyamuk akan membiak dengan banyak dan mengancam kesihatan pekerja-pekerja asing yang bekerja menuai hasil balak.



Keadaan paya seperti ini telah membantu Memerang Licin~Lutra perspicillata menangkap semua spesis  ikan yang berada didalamnya.
Kadang-kadang kaedah pembakaran hutan  terpaksa dilakukan juga terhadap pokok-pokok yang tidak mempunyai nilai kormersial

Tenaga dari pekerja tempatan dan luar negara yang ramai, mahir, murah, rajin, dan bersegera menurut perintah, akan mempercepatkan impian Malaysia untuk menjadi negara sangat maju ditahun 2020

Permandangan dari sudut utara


Permandangan dari sudut barat

Permandangan dari sudut utara.


Permandangan dari sudut selatan.







Modal yang besar pasti akan mendapat pulangan yang lebih besar.




Pemilik konsesi Balak yang cukup bertanggung jawab ini telah menyediakan penempatan untuk pekerja-pekerja asing mereka yang diyakini sangat rajin dan mahir.





Najis Gajah berkeliaran ditepi-tepi jalan untuk menuju ke Kampong Pagi, Ulu Tembeling.





Sungai yang cetek memudahkan penduduk tempatan menangkap ikan dengan banyak.
Perjalanan menuju ke Kampong Mat Daling dianggarkan memakan masa 4 hingga 5 jam untuk jarak lebih kurang 70 kilometer.

Kawasan hutan yang masih luas tidak sedikitkan pun menjejaskan alam sekitar.

Penyediaan jalanraya yang lebar, cantik, selesa dan selamat memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada masyarakat luar bandar seperti di Kampong Pagi, Kampong Bantal dan Kampong Mat Daling.

Penduduk di Kampong Mat Daling menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama selain pacuan 4 roda. Kadar upah pacuan 4 roda untuk ke Pekan Jerantut adalah sebanyak RM 400.00 pergi dan balik.
Besi keluli jambatan yang dihanyutkan oleh air bah terbenam ditengah-tengah sungai ini juga adalah bersifat sementara. Ia akan diambil dengan jentera untuk kegunaan pembinaan jambatan disekitar kawasan yang sesuai nanti.


Penduduk kampong baru pulang daripada mengerjakan solat.

Sumber air yang sedikit di Hulu Sungai Tembeling ini tidak menjejaskan kadar simpanan air minuman didalam empangan.

Keadaan luas sungai yang mula mengecil ini dijangka hanya untuk tempoh sementara sahaja. Ia juga baik untuk haiwan-haiwan untuk menyeberang sungai.




Sepanjang  2 hari  berada dikawasan persekitaran hutan belentara Kampong Mat Daling, pihak saya telah dapat mengenal pasti hanya 78 spesis burung. Senarainya adalah seperti berikut:-

Senarai Burung yang ditemui .




Kuang Raya~Argusianus argus


1.Kuang Raya~Argusianus argus

2.Belatuk Sayap-merah saga ~ Picus puniceus

3.Belatuk Perut putih ~ Dryocopus javensis


4.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati
5.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon

Cecawi Gangsa~Dicrurus aeneus

Cecawi Gangsa~Dicrurus aeneus

6.Cecawi Gangsa~Dicrurus aeneus

7.Cencala Hitam-putih~Rhipidura javanica

Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens

8.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens
9.Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris

10.Ciak Dahan~Passer montanus

Enggang Berkedut~Aceros corrugatus

Enggang Berkedut~Aceros corrugatus

11.Enggang Berkedut~Aceros corrugatus


12.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela


13.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus

14.Iora biasa~Aegithina tiphia
15.Iora Hijau~Aegithina viridissima

Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus

Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus
                                    
16.Khukhu Ungu~Chryscococcyx xanthorhynchus

17.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima
18.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

19.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis
20.Lelayang Dahan~bermisai~Hemiprocne comata

21.Murai Kampong~Copsychus malabaricus
22.Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus
23.Malkoha Dada-berangan~Phaenicophaeus curvirostris

24.Mata Putih-Timur~Zosterops palpebrosus

25.Merbah Kening-tebal~Iole olivacea
26.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
27.Merbah Jambul-hitam~Pycnonotus melanicterus


Merbah Finsch~Alophoixus finschii



28.Merbah Finsch~Alophoixus finschii
29.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus  goiavier
30.Merbah Mata-putih~Pycnonotus erythropthalmos
31.Merbah mata-merah~Pycnonotus  brunneus


Merbah Tengkuk-bulu panjang~Tricholestes criniger

32.Merbah Tengkuk-bulu panjang~Tricholestes criniger


33.Merbuk Aman~Geopelia striata

34.Merpati batu~Columbia livia

35.Minivet Menyala~Pericrocotus igneus
36.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus

37.Kekicau Horsfield~Malacocincla sepiarium
38.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis



Kelicap MaduTelinga-kuning~Archnothera chrysogenys


39.Kelicap madu Kecil~Archnothera longirostra
40.Kelicap Madu Celak-kuning~Archnothera  flavigaster
41.Kelicap MaduTelinga-kuning~Archnothera chrysogenys
42.Kelicap Madu Dada-kelabu~Archnothera affinis


43.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum


44.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos
 

45.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea



46.Pekaka Api ~Cyex rufidorsa
47.Pekaka Leher-putih~Halcyon smyrnensis


48.Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis
49.Perincit Ekor-perang~Orthotomus  sericeus

50.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis
51.Perit Kelabu~Motacilla cinerea

52.Pipit Hijau -zaiton~Anthus hodgsoni

53.Rolla Paruh-merah~Eurystomus orientalis

54.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea

55.Sambar Biru Tickell~Cyornis  tickelliae

56.Sambar Verditer~Eumyias thalassina

57.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis

Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma ( Juvana )


58.Sepah Bunga Dada-kuning~Prionochilus maculatus
59.Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus  percussus
60.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma
61.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum
62.Serindit Tongkeng-biru~Psittinus cyanurus
63.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus


64.Sualo Jelapang~Hirundo rustica
65.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
66.Sualo Cunut-oren ~ Hirundo daurica

67.Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos 
68.Takau Hitam dan kuning~Eurylaimus ochromalus
69.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon

70.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis

71.Tengkek Biru Asia~Irina puella

72.Tirjup Rimba Besar~Tephrodornis gularis

73.Tempua~Ploceus philippinus

74.Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis
75.Tiong Jawa ~ Acridotheres  javanicus
76.Tiong Rimba ~ Acridotheres fuscus
77.Tiong Emas ~ Gracula religiosa

78.Walit Rumah~Apus affinis


Dengan sifat Allah yang maha mengetahui tentang semua sebab  yang telah dan akan berlaku maka diharap manusia yang cerdik dan bijaksana lagi suci hatinya itu  tidak dipersalahkan. Sekiranya berlaku juga penganiyaian terhadap makhluk haiwan yang melata dan yang berterbangan, maka itu berlaku dengan secara tidak disengajakan dan tanpa niat yang jahat. Diharapkan doa-doa makhluk yang teraniaya itu tidak dimakbulkan dengan segera oleh Allah dan tidak dimakbulkan langsung olehnya. Wasalam.















1 comment:

  1. Terimakasih diatas perkongsian pengalaman tinjauan saudara. Terasa kami juga turut bersama dalam expidisi ini.

    ReplyDelete