Tuesday, 20 October 2015

Hijrahnya Terhenti Di Taman Melawati


Pekaka belakang-hitam~Ceyx erithacus

16 Okt 2015 bertempat di kawasan kediaman di Taman Melawati, penghijrahan burung Pekaka belakang -hitam~Ceyx erithacus telah terhenti buat selama-lamanya. Dipercayai burung ini tidak dapat mengawal dirinya sehingga terbabas melanggar tiang tembok konkrit bangunan. 


Lokasi burung ditemui mati dipercayai terbabas lalu melanggar Tiang konkrit. Kejadian berlaku sekitar jam 3:00 atau 4:00 pagi .
Habitat asal yang biasa dijumpai adalah didalam hutan rimba yang berhampiran dengan air. Tetapi kadang-kadang dimusim hijrah burung ini boleh berada dan dijumpai dikawasan perumahan. Pengalaman menjumpai burung dikawasan perumahan kali ini telah mengesahkan butiran kenyataan sepertimana yang tercatit didalam buku Field Guide To The Birds of South East Asia.   Mungkin pada musim-musim yang lepas burung ini sudah biasa singgah dan melalui kawasan ini, cumanya tidak seorang pun ternampak akan kelibat burung ini ketika itu.


Keadaan burung ketika dijumpai




Bukti penemuan ini sedikit sebanyak telah menyokong falsafah peribadi saya; " Burung mempunyai sayap maka ia bebas merdeka untuk pergi kemana-mana sahaja yang dia suka asalkan tempat itu mempunyai sumber makanan yang banyak serta mudah diperolehi dan kawasan persembunyian yang selamat dari sebarang ancaman.



Ada kemungkinan juga  kawasan rimba yang mempunyai anak-anak sungai tempat laluan yang selalu diikutinya telah semakin lama, semakin berkurangan. Sehingga terpaksa membuat laluan yang baharu seterusnya membuat penyesuaian kepada habitat yang lain. Ada berbagai-bagai kemungkinan  yang menjadi misteri dan tidak dapat dirungkaikan dalam bab penghijrahan burung-burung. Biarlah ia terus menjadi misteri.





Setiap musim hijrah pelanggaran demi pelanggaran kerap berlaku keatas burung-burung hijrah. Tidak kah burung boleh melihat objek dihadapanya sehingga boleh berlakunya pelanggaran. Mengapa didalam hutan yang dipenuhi dengan ribuan halangan pokok-pokok dalam suasana yang suram cahayanya, tidak pernah berlaku kejadian burung melanggar batang pokok? Tetapi dikawasan yang lapang  sering berlaku kejadian burung melanggar dinding. 



Kes-kes  lampau yang telah berlaku di Ulu Kali pada setiap musim hijrah, sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu pengukur untuk mengetahui puncanya. Saya mencadangkan bahawa   besar kemungkinan mata burung tidak begitu cekap membuat agakkan dan mengesan sesuatu objek yang besar seperti dinding yang berwarna cerah dan putih. Mungkin ia mungkin juga tidak, hanya Allah sahaja mengetahui jawapannya.








Kajian Luaran Terhadap Burung  Pekaka belakang -hitam~Ceyx erithacus

Sepanjang memburung saya hanya pernah menjumpai burung Pekaka belakang -hitam~Ceyx erithacus hanya sekali sahaja iaitu di Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan pada tahun 2013. Tempoh pemerhatiannya  sangat singkat pada jarak yang agak jauh dan terlindung oleh ranting serta daun-daun pokok. Dengan keadaan sebegitu tentunya saya masih berkobar-kobar dan bercita-cita untuk melihat serta merakam burung ini dalam suasana habitatnya yang sebenar.



Akhirnya pada 16 Okt 2015 , selepas 2 tahun bercita-cita untuk menemuinya ,burung ini telah datang kerumah untuk memperagakan kecantikan buluhiasnya  kepada saya. Walaubagaimana pun  kehadirannya pada kali ini berlaku di belakang rumah saya dalam keadaan yang menyedihkan dan memilukan hati.




Pengorbanan burung Pekaka belakang -hitam~Ceyx erithacus  tidak akan menjadi sia-sia kerana saya menghormati ilmu. Sedikit kajian luaran telah dilakukan terhadap burung Pekaka belakang -hitam~Ceyx erithacus ini, setakat mana yang terfikir berdasarkan tahap pendidikan saya sahaja.



Walaupun saya sedar hasil kajian luaran ini tidaklah banyak dan tidak berapa penting namun begitu hasil kajian luaran ini adalah tepat dan muktamat. Sedikit maklumat penemuan baharu telah ditemui pada warna bulu hias burung dibahagian dahinya.



Hendaknya kajian luaran yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat menambah  ilmu pengetahuan peminat-peminat bidang pemburungan.

1.Saiz burung yang diukur bermula dari hujung paruh hingga ke penghujung pelepah ekor ialah sepanjang 13 cm.
2.Mempunyai 12 batang pelepah ekor yang tersusun kemas.
3.Mempunyai 20 batang pelepah sayap primer pada kiri dan kanan sayap burung.


4.Saiz paruh dari hujung ke pangkal paruh adalah sepanjang 3.5 cm
5.Warna buluhias diantara dibahagian dahi dan pangkal paruh burung mempunyai susunan 3 warna. Ia itu warna hitam, warna biru berkilat dan warna biji kundang.



Kecantikkan Corak  Warna Buluhias Burung Pekaka belakang -hitam~Ceyx erithacus Dilihat Dari Sudut Seni .

Ramai dikalangan kita tidak mengendahkan kecantikkan ciptaan Allah yang telah tersedia untuk dinikmati oleh pancaindera mata. Pekara ini telah berulang-ulang kali telah ditekankan, namun begitu masih  ramai dikalangan rakyat negara kita tidak mahu berlumba-lumba untuk melihat keindahan makhluk bersayap ini. 




Bahagian pelepah sayap premir



Bahagian dada


Saya tidak mampu mengulas pekara bagaimana dan mengapa pigment-pigment yang membentuk warna dan corak pada buluhias burung kerana ilmu sangat kurang dalam bidang Ornithology. Apa yang mampu dilakukan hanyalah menikmati sahaja kecantikan corak dan warna buluhias burung ini sambil diam berfikir.

Bahagian perut

Bahagian pelepah sekunder





Corak dan pemilihan warna pada buluhias burung ini mengkagumkan, dan tidak ada sesiapa pun yang akan menyatakan burung ini tidak cantik. Jikalau makanan yang enak dapat dirasai dengan lidah begitu juga pemandangan yang cantik dapat dirasa oleh mata dan ia dipersetujui pula oleh hati. 

















Apa yang mampu saya kongsikan ialah, kenapa pihak industri fabrik dan fesyen pakaian tidak mahu mengambil ilham dari corak dan susunan warna buluhias burung.? Mungkin ada tetapi saya tidak tahu. Wasalam.



1 comment: