Burung Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus adalah
antara burung hijrah yang sukar untuk kita melihatnya, apatah lagi
ingin merakam imejnya. Perangainya yang tersangat pemalu hinggakan,
sepanjang 9 tahun memburung cuma 3 kali sahaja pengalaman dapat
melihatnya. Kali pertama melihatnya ketika menjumpainya mati ditepi
jalan akibat kemalangan Langgar Lari di Bidor , Perak.
Ketika itu , sebahagian anggota tubuh burung dalam keadaan cedera yang teruk dan agak sedikit mengerikan. Namun begitu pelajaran saya ketika itu ialah mengetahui keadaan bentuk saiz tubuh badan dan warna buluhias burung. Sekilas mata memandang warna buluhias, hampir menyamai dengan keluarga burung But-but.
Keadaan yang menyedihkan ketika dijumpainya buat pertama kali. |
Pengalaman
yang ke 2 pula melihatnya dari jarak yang dekat dengan sepuas-puasnya
di Ulu Kali. Peluang itu dialami setelah sahabat saya Saudara Muhammad
Muhir Hj.Daud memaklumkan kepada saya bahawa kawannya telah menangkap
burung Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus.
Ketika
burung ditangkap ia duduk diam keletihan kerana mengharungi hujan dan
angin kencang semasa perjalanan hijrahnya. Pengalaman itu telah
menambah lagi sedikit maklumat tentang hal ehwal penghalusan ciri-ciri
maklumat burung Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus.
Baru-baru
ini pada awal bulan November 2015, secara tidak sengaja telah bertemu
dengan burung ini yang sedang merayau-rayau mencari makanannya ditepi
Sungai Klang. Daripada pemerhatian peribadi, burung Khukhu Jambul
Sayap-berangan~Clamator coromandus bukanlah sejenis burung yang
mempunyai keupayaan untuk terbang tinggi untuk satu jangkamasa yang
lama. Dimana pelepah sayapnya tidak terlalu lebar dan agak sedikit pendek, bersesuaian dengan ciri-ciri keluarga burung Khukhu yang lain.
Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris |
Berdasarkan pengalaman melihat dan merakam spesis burung ini, tanggapan saya burung ini memanglah cukup pemalu untuk menampilkan dirinya dikawasan terbuka. Ia akan berhenti dan menjadikan satu lokasi yang dipercayainya terdapat sumber makanannya yang banyak untuk beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan hijrahnya.
Khukhu Sayu~Cocomantis merulinus menunggu diatas pokok memerhatikan ulat-ulat untuk dimakannya. |
Burung ini menjadikan sepohon pokok buah-buahan yang telah diserang oleh ulat-ulat daun sebagai lokasi lubok makanannya. Mereka seperti bergilir-gilir datang untuk mencari ulat-ulat perosak daun sebagai diet makanannya. Ini membuktikan burung-burung merupakan agen penghapus perosak tanaman yang membantu menjaga tanaman manusia.
Ulat-ulat sedang memakan daun pokok buah. |
Keadaan kesan daun-daun yang rosak diserang oleh ulat. |
Perilaku mencari makanan antara burung Khukhu Sayu~Cocomantis merulinus, Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris dan Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus adalah sangat berbeza. Khukhu Sayu~Cocomantis merulinus dan Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris
akan hinggap diam pada ranting pokok sambil memerhatikan ulat-ulat
dicelah-celah daun dan ranting sebelum menyambar dan memakannya diatas
pokok itu.
Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus sedang menyorok sambil memerhatikan ulat-ulat bersebelahan pokok buah-buahan. |
Manakala Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus
pula akan menyorok diatas pokok berhampiran sambil membuat pemerhatian
ulat-ulat yang merayap atas daunan dan ranting sebelum datang terbang
bergayut dan menyambar ulat. Sejurus itu dengan pantas pula ia akan terbang
kelokasi yang berhampiran dan tersorok untuk menghadam makanannya itu.
Apa yang menarik perhatian saya burung Khukhu Jambul Sayap-berangan~Clamator coromandus ini
mempunyai satu kaedah muslihat untuk ia tidak dikesan oleh " sipemberi takut " iaitu orang yang berniat untuk menjejaknya.
Burung ini akan menampilkan
dirinya dilokasi pencarian makanannya buat seketika untuk tujuan
menarik perhatian. Kemudian ia akan terbang ke arah pokok yang jauh ,
seolah-olah ia telah terbang meninggalkan lokasi itu. Tetapi tanpa kita sedari
secara senyap ia akan terbang berpatah balik secara senyap masuk menyorok diatas pokok yang
berhampiran lokasi mencari makannya. Orang yang tidak berpengalaman kebiasaannya akan tertipu akan helah seperti ini dan meninggalkan lokasi setelah mendapati burung telah terbang jauh. Wasalam.
No comments:
Post a Comment