Apa yang Menarik di Pulau Aur, Mersing, Johor
Ketika zaman remaja fasa pertama, saya kerap berkunjung ke Pulau Tioman. Pantainya cantik, airnya biru dan suasana di situ aman tenteram jauh dari hiruk-pikuk pembangunan. Namun begitu zaman itu semua telah berlalu kerana pembangunan industri pelancongan terlalu meriah dengan kunjungan begitu ramai pelancong. Sungguh pun sangat baik untuk industri pelancongan tempatan tetapi ia telah menghilangkan minat peribadi saya untuk berkunjung ke Tioman.
Sejak 2014 lagi, saya telah merancang-rancang untuk ke Pulau Aur dengan dwi tujuan.
Pertama untuk melancong melihat keindahan tanahair sendiri dan kedua untuk
menyenaraikan spesies burung dan mamalia yang boleh dijumpai.
Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh daripada Tanah Besar Semenanjung Malaysia di sebelah Laut China Selatan. Untuk berkunjung ke sini, saya mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit dari Jeti Mersing dengan menggunakan bot laju yang mempunyai keupayaan 400 kuasa kuda.
Kepada sesiapa yang mempunyai sedikit kekhuatiran terhadap laut, haruslah membuat persediaan mental kerana bot bergerak dengan pantas menghentak-hentak permukaan laut ketika ia membelah ombak Laut China Selatan. Peluang pakaian dan bag kita kuyup dek simbahan air laut adalah sangat tinggi.
Rangka bahagian kepala ikan paus yang mati terdampar di pantai. |
Rangka sepanjang 2 meter |
Longgokkan tulang ikan paus. |
Senarai Burung Yang Dijumpai
Sepanjang berada di situ lebih kurang 47 jam dari mula menjejakkan kaki di Jeti Teluk Sebukang pada jam 2 petang hari Sabtu hingga saya meninggalkan pulau pada jam 11.00 pagi Hari isnin, tidak banyak spesies yang boleh dijumpai. Walaupun puas mencari burung dimerata tempat, saya cuma berjaya menjumpai 14 spesies burung sahaja.
1. Gagak Paruh-besar~Corvus macrorhynchos
2.Punai Dada-oren~Treron bicincta
3.Pergam Agong Hitam-putih~Ducula bicolar
4.Pergam Agong-Hijau~Ducula aenea *
5.Merpati Emas~Coloenas nicobarica *
6.Pekaka Cekak-putih~Todiramphus chloris
7.Perling Berkilat-Asia~Aplonis panayensis
8.Tiong Coklat~Acridotheres tristis
9.Tiong Emas~Gracula religiosa
10.Sualo Pasifik~Hirundo tahitica
11.Lang Kawi~Haliastur indus
12.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster
13.Jerijit Suria Belakang-Hijau zaitun~Nectarinia jugularis
14.Belekok Karang Pasifik~Egretta sacra
15.Tern Tengkok-hitam~Sterna sumatrana
16.Camar Jager ( Tidak dapat dipasti spesiesnya )
Pekaka Cekak-putih~Todiramphus chloris |
Untuk makluman saya tidak berjaya menjumpai dua spesies ini iaitu Pergam Agong Hitam-putih~Ducula bicolar dan Merpati Emas~Coloenas nicobarica kerana kesuntukkan
masa. Namun begitu maklumat sahih yang mengesahkan bahawa dua
spesies ini memang berada didalam hutan di Pulau Aur . Ini telah
disahkan oleh penduduk tempatan yang telah melihat imej didalam Buku
Criag Robson yang ditunjukkan kepadanya.
Gagak Paruh-besar~Corvus macrorhynchos |
Jerijit Suria Belakang-Hijau zaitun~Nectarinia jugularis |
Nama tempatan kepada burung ini di Pulau Aur adalah seperti berikut:-
1.Pergam Agong Hitam-putih~Ducula bicolar = Burung Rawa.
Penduduk
kampong memburu burung ini dengan menggunakan senapang sebagai sumber
makanan sampingan mereka. Kini burung ini jarang dijumpai kerana ia
berada jauh didalam hutan dan pokok yang tinggi. Pembiakan burung ini
sedikti terhalang kerana sarangnya sering mendapat gangguan daripada burung
spesies Gagak Paruh-besar~Corvus macrorhynchos.
2.Merpati Emas~Coloenas nicobarica = Burung Dunai
Penduduk tempatan sering menjumpainya berjalan dilantai tanah hutan ketika mencari buah durian.
Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster |
Tiong Coklat~Acridotheres tristis |
Tiong Coklat~Acridotheres tristis |
Tumbuhan.
Tumbuhan yang menarik perhatian saya ialah tumbuhan Kaktus yang tumbuh liar dengan subur dijumpai dikawasan bukit berbatu-batu. Melalui rujukan yang diperolehi, dinegara kita cuma ada 15 spesies tumbuhan Kaktus liar yang hidup di Malaysia. Saya tidak pasti samada tumbuhan Kaktus yang dinyatakan adalah spesies tumbuhan tempatan ataupun tumbuhan Kaktus yang telah diperkenalkan suatu ketika dahulu.
Daripada sudut logik akal tumbuhan Kaktus liar ini hidup subur diatas
kemuncak bukit yang tiada penempatan manusia mahu pun kawasan pertanian.
Hidup liar dicelah-celah lereng batu diatas bukit, dan bentuknya seperti
spesies Nopal Cuctus yang banyak tumbuh di Negara Mexico. Tiada siapa yang rajin atau tiada sebab untuk manusia menanam tumbuhan ini melainkan ia hidup secara semulajadi sejak dulu lagi.
Saya tidak pasti
samada pihak Pakar Botanis Kaktus Universiti Tempatan telah pun
menyenaraikan spesies yang tumbuh liar di Pulau Aur ini. Itu tidak dapat
saya pastikan. Ketika dijumpai pokok Kaktus telah mula mengeluarkan
putik dan ada juga yang sudah mekar bunganya.
Taburan Tumbuhan Kaktus Liar ini berselerak dikawasan Pulau Aur yang berbatu dan berbukit. |
Huruf " P " & "R" telah hilang ditiup ribut yang berlaku pada musim musim monsun yang lalu. |
Pemandangan dari Jeti Teluk Sebukang |
Pada suatu ketika dahulu kelapa merupakan tanaman utama untuk penduduk disini. |
Selain tanaman kelapa, pokok-pokok hutan juga menjadi landskap Pulau Aur. Didalamnya juga terdapat pokok-pokok buah durian pelbagai jenis yang ditanam oleh penduduk tempatan pada satu ketika dahulu. |
Penyair selalu mengaitkan pemandangan seperti ini sebagai lambang nostalgia kedamaian dan ketenteraman Semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. |
Berdasarkan jenis tumbuhan yang ada disini saya dapati mudah untuk melihat spesies Tupai/Plantain Squirrel~Callosciurus notatus pada waktu siang. Pada waktu malam saya berjaya menjumpai 3 haiwan iaitu Keluang, tikus dan Kelawar. Maklumat daripada penduduk kampong mamalia seperti Musang, Kancil, Napuh mahupun Kijang memang tidak pernah kelihatan sepanjang beliau tinggal di Pulau Aur.
1.Tupai/Plantain Squirrel~Callosciurus notatus
2.Keluang/Large Flying Fox~Pteropus hypomelanus
3.Tikus
4.Kelawar.
Plantain Squirrel~Callosciurus notatus |
Permandangan Indah Permai Pulau Aur Dan Disekitar Pulau.
Landskap permandangan dari kemuncak bukit Pulau Dayang. |
Budaya Masyarakat Setempat Yang Telah Pupus
Pada
hemat saya melancong di sesuatu tempat, kita bukan hanya melihat keindahan
tempat sahaja, tetapi perlu mendalami sosio budaya dan kebiasaan adat
tempatan. Pada kali ini kesempatan itu tidak dapat dilakukan. Walaupun
pakej perlancongan ini menjanjikan masa selama 3 hari 2 malam tetapi pada
hakikatnya saya cuma berada disini hanya 47 jam sahaja.
Masih banyak tempat lagi dan aktiviti menarik yang tidak dapat dilakukan kerana kesuntukkan masa. Perbualan dengan penduduk tempatan juga terhad dan ini mendukacitakan. Namun begitu sempat juga mencuri masa untuk berbual-bual dengan penduduk asal Pulau Aur.
Masih banyak tempat lagi dan aktiviti menarik yang tidak dapat dilakukan kerana kesuntukkan masa. Perbualan dengan penduduk tempatan juga terhad dan ini mendukacitakan. Namun begitu sempat juga mencuri masa untuk berbual-bual dengan penduduk asal Pulau Aur.
Diceritakan kepada saya pengalaman senang dan susah meneruskan kehidupan
di Pulau Aur oleh penduduk asal yang juga merupakan pemilik tanah. Penduduk
di Pulau
Aur telah wujud sejak zaman Portugis menakluki Melaka dahulu. Kebanyakan
yang menetap disini adalah dikalangan pelaut-pelaut yang mahir berlayar.
Urusan mata pencarian mereka adalah sebagai nelayan dan pertanian
menanam Kelapa. Kelapa yang dikeringkan itu akan dikumpul dan kemudian
perdagangkan di Singapura. Pada ketika itu mereka mengambil masa lebih
kurang 7 hari untuk ke tanah
besar Semenanjung untuk memperdagangkan hasil tanaman mereka.
Menggunakan Kapal Layar merentasi Laut China Selatan
yang penuh dengan muatan pertanian adalah perkara biasa dimasa dahulu.
Namun begitu pengalaman itu berakhir sedikit demi sedikit apabila ramai penduduk berhijrah ke Tanah besar menyertai Felda dan ada yang telah meninggal dunia. Adat resam orang Melayu dari Kepulauan Makasar yang dibawa sejak dahulu lagi hanya kekal pada sekitar tahun 1980an sahaja. Antara Seni Budaya masyarakat Pulau Aur yang telah pupus ialah Upacara Menyambut Rombongan Pengantin, Zikir Maulud, Kerja-kerja Perkahwinan dan Ilmu Meringankan Tubuh.
Upacara Menyambut Rombongan Pengantin.
Masyarakat
di Pulau Aur tidak menggunakan alatan muzik seperti Kompang atau Gebana
ketika menyambut kunjungan rombongan pengantin.
Paluan kompang yang biasa digunakan oleh masyarakat di Tanah Besar
Semenanjung digantikan dengan bunyi tembakan laras Senapang. Mereka
menggunakan laras Senapang yang ditembak ke angkasa sebagai tanda akan
kehadiran rombongan pengantin lelaki dan perempuan. Maka kedua belah
pihak dari jauh akan sahut menyahut berbalas-balas tembakan laras
Senapang mereka di udara sebagai isyarat kedatangan rombongan. Suasana berdetum dentam bunyi tembakan ini adalah lambang
kemeriahan di satu-satu majlis perkahwinan pada ketika itu.
Kerja-kerja Perkahwinan Dan Nyanyian Seni Kebudayaan Zikir Maulud.
Tuan
rumah akan menjemput seluruh kampong untuk meraikan majlis perkahwinan
anak mereka untuk tempoh 3 hari tiga malam. Makan dan minum disediakan
oleh tuan rumah selama majlis itu berlangsung dengan kerjasama
gotong-royong daripada hadiran.
Upacara
ini diserikan pula dengan nyanyian Zikir Maulud yang disertai oleh
Jaguh-jaguh Zikir Maulud dikalangan penduduk kampung. Mereka akan
menyanyi beramai-ramai mengikut lenggok dan seloka secara spontan dan
berbalas-balas seloka sehingga waktu subuh. Suara-suara tinggi beralunan
yang dinyaringkan dinyanyikan secara berirama meminta jaguh-jaguh Zikir
Maulud berbalas atau menyambung seloka.
Ramai tetamu tertunggu-tunggu
akan kemuncak Zikir Maulud terjadi apabila peserta Zikir Maulud menyanyi
dalam keadaan tidak sedarkan diri " Naik Syeh " . Malangnya
suasana meriah dan adat budaya sebegini telah pupus setelah anak-anak
muda tidak mahu belajar dan tidak berminat lagi untuk mengekalkan seni budaya
Zikir Maulud daripada orang-orang tua yang mahir. Ianya hanya tinggal
kenangan kepada penduduk asal yang masih hidup menetap di Pulau Aur. Adalah satu kerugian kepada Bangsa Johor sekiranya Zikir Maulad ini pupus ditelan zaman dan tidak didokumenkan secara ilmiah. Pada hemat saya sementara masih seorang dua yang mengetahui Zikir Maulud eloklah Badan Warisan Seni Budaya mengambil pendekatan untuk mendokumenkan Seni ini.
Ilmu Meringankan Badan Ketika Memetik Durian Renggas
Ketika
musim durian budaya masyarakat di Pulau Aur mereka akan memetik buah
buah durian dari pokok setelah 30 peratus daripada buah telah gugur ke
tanah. Durian yang dipetik itu akan dikumpul dan dimuatkan ke dalam
Kapal Layar untuk dijual ke Tanah Besar Semenanjung. Mereka terpaksa
membuat begitu kerana tempoh berlayar
mengambil masa lebih kurang 1 minggu untuk sampai di Jeti pelabuhan
Singapura.
Kebiasaan Buah durian akan masak didalam perjalanan menuju di Jeti .
Jikalau ribut taufan melanda atau tiada tiupan angin maka mereka akan
berpatah balik ke Pulau Aur dengan muatan yang tidak terjual. Untuk
mengelakkan kerugian maka mereka membuat lempuk durian.
Menurut Pakcik Manaf Ilmu ini tidak munasabah mengikut akal fikiran
manusia kerana sepemetik yang menggunakan ilmu tersebut akan memanjat
pokok durian yang tinggi dan merayap dan meniti diatas dahan dahan pokok
durian untuk memetik buah satu persatu. Sebelum ia memasukkan ke dalam
guni sebelum diturunkan ke tanah menggunakan tali.
Siri Warna-warna Alam Semulajadi Di Lautan
Bukan selalu saya boleh berada dikawasan Laut China Selatan, maka kesempatan ini tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Maka selagi apa yang boleh saya kecapai untuk dijadikan pengalaman hidup saya zahirkannya dalam bentuk rakaman minda dan rakaman imej.
Walaupun dilihat seperti langit dan lautan seperti bercantum, tetapi hakikatnya Garisan Alam yang lurus memisahkan antara keduanya. |
Saya melihat permandangan lautan alam semulajadi mempunyai
berbagai-bagai warna. Ibu warna kepada keadaan alam sekeliling adalah
daripada sinar pancaran matahari. Warna-warna alam yang menarik dapat
dikecap melalui pancaindra hati dan mata yang berubah ubah mengikut
masa dan harinya. Warna-warna alam semulajadi laut China Selatan ini
telah selalu dilihat oleh pelaut dan penduduk di Pulau Aur sehinggakan
sudah menjadi biasa dan tidak nampak istimewanya lagi.
Kepulan awan berarak mendung diwaktu pagi. |
Pemandangan Pulau Lang yang dilihat dari Pulau Aur pada waktu pertengahan petang. |
Bot Nelayan mencari rezeki laut terapung-apung |
Lautan Gangsa |
Aktiviti Melihat Karang dan Hidupan Air
Saya tidak mahir dalam bidang hidupan dan tumbuhan acua, maka tidak pandai untuk menentukan kekayaan kepelbagaian hidupan laut disini. Tetapi berdasarkan riak kepuasan pengunjung melihat tumbuhan karang dan hidupan laut saya menjangkakan kawasan perairan disini masih tidak terganggu dan masih kaya dengan hidupan unik dan cantik setanding dengan perairan Pulau Tioman dan kepulauan di sekitarnya.
Siri Seni Karang
Imej tumbuhan karang yang dilihat dalam kejernihan air yang berkocak dipancar oleh cahaya matahari. |
Cadangan Penambah Baikkan Melancong Ke Pulau Aur.
Sudah
menjadi masalah kepada industri perlancongan untuk mengekalkan
keindahan dan kebersihan sesebuah pulau. Perkara ini tidak terkecuali dengan
Pulau Aur dan pulau yang berjiran dengannya.
Cadangan adalah seperti berikut:-
Setiap
pengunjung harus membayar Deposit Sampah dan mengiystiharkan semua
barangan yang dibawa kepada penganjur perlancongan untuk disemak periksa
satu persatu. Kejayaan ini telah terbukti sepertimana syarat
pengunjung yang mendaki Gunung Tahan, Taman Negara.
Setiap peserta wajib membuat bayaran Deposit Sampah untuk memastikan
bekas barang yang dibawa dibawa pulang dan dibuang ke Tanah Besar
Semenanjung. Deposit akan dikembalikan setelah menunjuk bukti sampah
telah dibawa keluar dari Pulau , di Jeti Mersing. Tujuan begini ini
adalah untuk mendidik pengunjung
supaya menitik beratkan kebersihan sekitar Pulau.
Pulau Helang Pulau Dayang,
Tiga Dengan Pulau Pinang,
Aku Pulang Terus Terbayang,
Dalam Hati Sentiasa Terkenang.
Pulau Dayang Nampaknya Lentik,
Nampak Dari Tanjung Pandan,
Pulaunya Punyalah Cantik,
Kekal hendaknya Sepanjang Zaman.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment