Takur Dada-berjalur~Megalaima lineata
Pada sekitar tahun 2007 saya terpaksa pergi kebahagian utara Semenanjung Malaysia untuk melihat spesies burung Takur Dada-berjalur~Megalaima lineata. Taburan spesies ini hanyalah dibahagian utara Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Terengganu, Kelantan, Perak , Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Namun begitu sejak tahun 2013, taburan spesies ini telah mulai berkembang dikawasan Lembah Klang.
Jikalau dahulu memerhati dari jauh dan sekejap-sekejap sahaja, tetapi kali ini peluang membuat pemerhatian dari jarak dekat dalam jangka masa yang lama tidak boleh dilepaskan. Tidak banyak maklumat yang saya tahu berkenaan Takur Dada-berjalur~Megalaima lineata berbanding dengan keluarganya yang lain.
Ada ketikanya burung duduk diam didalam lobang untuk satu tempoh yang lama. Ia hanya menjulorkan sahaja kepalanya keluar dari muka sarang. Adakah ia sedang berusaha bertelor atau sedang mengeramkan telornya . Kalau begitu cadangan saya ini mengapakah ia dilakukan begitu lama sejak 12 April 2016 sehingga bulan Jun 2016 ? Keadaan ini telah membuntukan fikiran saya dalam mencari jawapan kepada perilaku burung ini.
Sepanjang pemerhatian, cuma kelihatan burung Takur Dada-berjalur~Megalaima lineata dewasa keluar masuk ke dalam lubang sarang. Tidak kedengaran langsung bunyi panggilan anak burung didalamnya. Ada besar kemungkinan lubang sarang ini merupakan lubang tetap tempat mereka tinggal berehat dan tidur apabila waktu malam.
Perbezaan ketara spesies ini dengan keluarganya yang lain ialah dibahagian matanya mempunyai keredut kulit berwarna kuning. Keredut kulit yang menggelilingi bahagian bebola matanya itu adalah ciri yang paling mudah untuk kita bezakan dengan spesiesnya yang lain.
Kebiasaan ia boleh dilihat dikawasan kebun-kebun buah-buahan , belukar dan kadangkala di taman-taman perumahan pinggir bandar. Diet utamanya adalah dari jenis buah-buahan dan kadang-kala ia menjadikan serangga sebagai makanan sampingannya.
Individu A |
Individu B |
Menentukan Jantina Spesies Burung Takur Dada-berjalur~Megalaima lineata
Sehingga kehari ini peminat burung tempatan masih tidak dapat membezakan jantina burung ini kerana penampilan kedua jantina tidak menunjukkan sebarang perbezaan ketara dari sudut corak dan warna. Banyak masa saya telah dihabiskan untuk membuat perbandingan, namun tidak juga nampak tanda-tanda perbezaan antara keduanya. Dari masa ke semasa akan mencuba mencari perbezaan jantina spesies ini.Wasalam.
No comments:
Post a Comment