Pemburung Bersepakat Merancang Untuk Menjemput Musuh Burung Tanpa Niat.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Taman Negeri Selangor Sungai Congkak, Ulu Langat menjadi tumpuan pemburung tempatan dan luar negara kerana mempunyai simpanan khazanah spesies burung yang pelbagai. Tempat memburung ini juga menjadi Fixed Deposit kepada Jurupandu Burung Professional (Bird Guide) tempatan yang pasti akan menggembirakan pelanggan luar negara yang dibawanya untuk merakam imej spesies burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa.
Kepada pemburung tempatan yang berada di luar Lembah Klang pula, ia merupakan lokasi yang pasti bagi mendapatkan spesies burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa. Di sini juga sering dikunjungi oleh pelbagai burung-burung hijrah dan burung-burung tempatan yang menjadikan lokasi ini untuk membuat sarang mereka. Kebarangkalian pemburung yang berkunjung untuk pulang hampa dengan tangan kosong adalah sangat tipis.
Rahsia mengapa burung rimba Pekaka Api~Ceyx rufidorsa yang pada suatu ketika dulunya terlalu susah untuk melihatnya tetapi kini telah menjadi terlalu mudah memperolehi imejnya. Ini terjadi disebabkan oleh tabiat pemburung-pemburung tempatan dan Jurupandu Burung Professional (Birds Guide) yang telah merasuah burung dengan membawa makanan anak ikan kepadanya.

Mereka membawa anak-anak ikan yang dibeli di kedai,
kemudian meletakkannya ke dalam kolam lopak yang telah dikorek. Maka
burung ini tidak perlu lagi bersusah-payah berkeliaran di dalam hutan
untuk mencari makanannya. Burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa hanya perlu pergi ke lokasi ini dan boleh terus mendapatkan makanan yang telah tersedia didalam lopak itu.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Lama-kelamaan kaedah ini dirasakan agak merugikan kerana ikan akan berenang terlepas keluar daripada lopak, sementara burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa
tiba. Apa yang dilakukannya ialah dengan membuat mini kolam yang
diperbuat daripada logam kemudian ditanam ke dalam anak sungai. Kaedah ini
tidak merugikan umpan kerana anak-anak ikan tidak boleh terlepas
daripada kolam mini tersebut. Lebih banyak anak ikan dimasukkan ke dalam
logam maka bertambah lamalah Jurufoto berpeluang merakam burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa.
Apa yang penting, Jurufoto haruslah membuat persediaan memastikan kuasa
bateri kamera dan kad CF yang mencukupi. Jurufoto burung tidak perlu
duduk menyorok di dalam Hide dan tidak pula perlu duduk jauh
dari lokasi burung bertenggek. Burung membenarkan Jurufoto berada
hanya semeter daripada tempat dia bertenggek. Sehingga telah hilang perasaan
nikmat berdebar dan keterujaan mendapat berjumpa dengan burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Disini, statuskan burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa dikatogarikan sebagai burung liar yang
dipelihara di dalam rimba. Pada bila-bila masa ia boleh dipanggil dan ia akan datang
bertenggek diam untuk jangka waktu yang sangat lama. Manakala ditempat lain burung ini sangat pemalu dan amat takut akan kehadiran manusia.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Yang pastinya umpan
anak-anak ikan dibawa oleh Jurufoto Burung yang diletakkan
di-dalam kolam mini mereka itu juga akan menarik perhatian haiwan rimba yang lain.
Perkara ini sejak dahulu lagi telah dijangkakan tetapi saya tidak
berpeluang mendapat bukti nyata. Saya cuma menganai-andaikan sahaja dan
andai-andaian itu pula diperlekehkan dan diajuk-ajukkan sahaja kerana
tiada bukti nyata.
Baru-baru ini saya berpeluang melihat kejadian Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegal~Indo-Chinese Rat Snake itu kehulu-hilir menghendap dan mengejar pasangan burung Pekaka Api~Ceyx rufidorsa di-dalam
air tanpa burung itu perasan. Tetapi oleh kerana burung Murai Kampong~Copsychus saularis cekap menghidu bahaya .
Murai Kampong~Copsychus saularis |
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Manakala Ular Tikus Biasa~Ptyas korros Schlegal~Indo-Chinese Rat Snake mencari tempat yang sesuai menyorok sambil menunggu serangan hendap boleh dilakukan pada masa yang sesuai, berhampiran dengan
kolam mini yang masih mempunyai saki baki anak ikan itu.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Ada kemungkinan pada suatu hari seperti perpatah kata-kata orang tua;
Kancil kadang-kadang terlupa akan jerat tetapi jerat tidak pernah lupa
akan Kancil. Pemangsa tidak semestinya Ular , mungkin Kucing Batu, mungkin Biawak atau pun
manusia yang datang untuk menangkapnya.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Katakan tabiat merasuah burung sebegini ditiru di kawasan Hutan-hutan rimba yang lain dari masa
kesemasa tanpa ada perasaan apa-apa. Sehinggakan perbuatan ini menjadi
kebudayaan yang mulia dalam merakam imej burung, maka lakukanlah dan teruskanlah.
Ular Tikus Oriental~Ptyas mucosa~Oriental Rat Snake |
Yang pastinya tiada siapa yang berhak boleh melarang
kebudayaan ini dihentikan dan tiada siapa pun boleh menentukan tabiat ini adalah tidak betul. Atau menyatakan itu dan ini adalah tidak kena , kerana
semua modal membeli peralatan rakaman berharga pulohan ribu ringgit itu
adalah dari wang mereka sendiri bukan milik saya. Wasalam.
No comments:
Post a Comment