Lintasan Jet Pejuang Tentera Udara DiRaja Malaysia & Pengangkutan Udara Pada Hari Kemerdekaan 59 Tahun Pada 31 Ogos 2016.
Setiap tahun kerajaan Malaysia memperuntukkan wang yang besar untuk
menjayakan sambutan hari Kemerdekaan tanahair. Seluruh agensi kerajaan
bergabung untuk meraikan upacara ini dengan sebaik mungkin dan meriah.
Bertujuan untuk memberi gambaran kepada seluruh rakyaat Malaysia makna
merasa nikmat hidup dalam keadaan bebas dan merdeka.
Saya secara peribadi tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan
upacara ini setiap tahun , terutama lintasan pesawat udara kerana bukan
mudah untuk melihatnya setiap hari apatah lagi secara percuma.
Persawat-pesawat milik negara yang terkini dan berharga ratusan juta
ringgit di pertontonkan serta dikendalikan oleh ramai tenaga pakar tempatan dalam
bidang masing-masing.
Bukan sahaja dengan kecekapan juruterbang pesawat diperlukan tetapi ia merangkumi tenaga pakar dalam menguruskan laluan trafik udara, kawalan radar dan disiplin
tinggi pegawai bertugas amat diperlukan untuk menjayakan upacara ini. Selain itu peruntukan
minyak yang banyak diperlukan untuk semua pesawat yang menyertai
upacara ini.
Pada pekiraan saya sudah tentu menelan jutaan ringgit untuk menjayakan program sambutan ini. Rugilah
kepada sesiapa yang tidak tahu menilai kehebatan pertunjukan ini yang
dipersembahkan secara percuma dan pertunjukan itu dijayakan dengan
persembahan yang cukup bermutu tinggi .
Pada hari-hari biasa pesawat-pesawat udara yang dipamerkan ini hanya
akan
disimpan serta selanggarakan didalam hangar keselamatan Angkatan Tentera Malaysia. Ianya hanya akan digunakan
ketika mempertahankan kedaulatan negara atau berlaku peristiwa yang
memaksa dan mendesak sahaja.
Bukan calang-calang orang yang dipilih oleh
pihak kerajaan untuk mengendalikan pesawat-pesawat seperti ini. Bagaimana agaknya merasa menaiki Jet tempur yang mempunyai kelajuan melebihi bunyi. Oleh kerana peluang untuk menaikinya sangat tipis, makanya saya sejak dari muda sehingga sekarang berpeluang dapat melihat dan mendengar deruman bunyi enjinnya pada tiap-tiap tahun jadilah.
Menjadi kepuasan untuk saya mendengar bunyi deruman gegak gempita enjin
pesawat tempur milik Angkatan Tentera Malaysia yang dikendalikan oleh juruterbang yang
berkemahiran tinggi dan sangat terlatih. Pesawat melebihi kelajuan bunyi dikawal dengan cekap, dimana tidak
ada ruang langsung pada melakukan kesilapan atau terlupa.
Sebagai orang awam pastinya merasa megah serta berbangga dengan
kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh semua kakitangan yang
terlibat. Kesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
kerajaan Malaysia kerana telah memperuntukan kos yang tinggi pada tiap-tiap tahun demi menjayakan upacara sambutan hari Kemerdekaan sehebat ini. Pertunjukan yang hebat itu pula dipersembahkan secara percuma . Wasalam.
No comments:
Post a Comment