Masjid Roboh
Di Negeri Pahang banyak bangunan ibadat lama yang tidak dijaga oleh ahli khariahnya. tidak tahu kenapa umat Islam Melayu Pahang tidak menitik beratkan soal sejarah silam penempatan awal orang-orang Melayu Islam dinegeri itu. Apabila pihak kerajaan negeri membina Masjid baharu, Masjid lama ditinggalkan begitu sahaja sehingga roboh. Sedangkan disitulah letaknya khazanah sejarah seni binaan asal orang-orang tempatan.
Diperingkat ini keadaan bangunan telah begitu nazak hanya menunggu Masjid Lama ini roboh menyembah bumi. Untuk menyelamatkannya memerlukan suatu perasaan kesayangan yang mendalam, modal yang banyak dan tenaga yang memenatkan.
Saya tidak fikir perkara itu akan berlaku, memandangkan masyarakat masa kini lebih mengutamakan perkara yang bersifat keuntungan dan keselesaan peribadi. Oleh yang demikian tidak usahlah membuat apa-apa, biarkan lah sahaja hal-hal sejarah yang dianggap remeh temeh ini lenyap begitu sahaja.
Sejarah kegemilangan lampau, bukannya boleh membantu kita menjadikan kaya raya dan mahsyur. Keadaan ini akan menjadi sangat berbeza jikalau Bangunan Ibadat ini dimiliki oleh masyarakat dari kalangan ugama lain. Bangunan yang sekangkang kera akan dipertahankan bersungguh-sungguh oleh kesatuan hati masyarakat mereka sehingga hari kiamat.
Dengan bukti nyata yang berlaku secara berulang-ulang kali sepanjang masa, maka gelaran yang layak pada masyarakat kita adalah masyarakat Melayu Islam disini tidak pandai menjaga Masjid. Tidak kira masjid itu Masjid Baharu atau Masjid Lama. Statusnya, ia tetap bangunan Masjid, dan Masjid itu adalah Rumah Milik Allah.
Akuilah bahawa kita hanyalah satu bangsa yang muda dan masih mentah
untuk menilai dan menghargai sejarah silam. Bangsa kita tidak akan
mengerti apa pentingnya sejarah silam. Perumpaman yang tepat adalah
dalam sukan Bolasepak, bandingan antara Pasukan Jepun dengan Pasukan
Malaysia. Gerak kerja kita tidak sama dengan gerak kerja mereka yang
telah berjaya. Segunung nasihatlah kita beri , tidak akan diikutinya
malah bersiap sedia sahaja akan ditempalaknya kepada kita.
Untuk menjadi maju yang hakiki,
kita haruslah berlapang dada untuk meniru cara-cara kejayaan budaya
bangsa yang lebih tua daripada kita. Meniru kepada jalan kebaikan adalah dituntut selagi tidak melanggar segala perintah yang ditetapkan.
Nanti janganlah kita terlalu emosi dan marah, bilamana masyarakat lain atau orang luar mengejek , mengajuk-gajuk dan mempersendakan kita yang kita ini tidak tahu menjaga Rumah Allah. Walhal memang kita tidak ada permaufakatan dan kesanggupan bersatu hati untuk bekorban menjaga Rumah Milik ALLAH. Syabas dan Tahniah. Hip hip Horey. Wasalam.
di amna lokasi masjid ini?
ReplyDelete