Monday, 24 October 2016

SENARAI BURUNG DIKAWASAN HUTAN SIMPAN GUNUNG STONG TENGAH, KUALA KRAI KELANTAN, SEMENANJUNG MALAYSIA


BANCIAN SPESIES BURUNG DI KAWASAN HUTAN SIMPAN GUNUNG STONG TENGAH, HYDRO UPPER INTAKE SUNGAI KENERONG~KUALA BELAGA, KUALA KRAI KELANTAN, SEMENANJUNG MALAYSIA


Rosla Bin Mustakim / Red Door To Hunt
rosla.m3@gmail.com


Gambar 1~ Peta Lokasi Tapak Ekspedisi di dalam  kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga


ABSTRAK : Bancian spesies burung telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 hb September hingga 26 hb September 2016 di dalam  kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga. Bancian ini adalah kerjasama antara Red Door To Hunt /Rosla Mustakim dan Persatuan Malim Gunung Kelantan bertujuan untuk mengetahui taburan spesies burung yang boleh dijumpai dikawasan itu. Belum pernah mana-mana agensi ,institut pengajian tinggi atau orang peseorangan menjalankan bancian burung disitu. Kaedah bancian yang digunakan ialah dengan memerhati dan merakam burung yang dijumpai. Sepanjang tempoh 3 hari bancian itu dijalankan, sejumlah 74 spesies burung daripada 48 keluarga burung telah dijumpai. 

Gambar 2~Peta Gambaran Kawasan Tanah Tinggi Dinegeri Kelantan.


KATAKUNCI : Bancian burung, Hutan Simpan Stong Tengah Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga.

Gambar 3~Peta kawasan tapak kajian di sepanjang Sungai Kenerong


ABSTRACT : Bird census was conducted for 3 days starting on the 23 rd September to 26 th September 2016, in the region of Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake (Central Stong Forest Reserve Hydro Upper Intake Kenerong River) and along the Kenerong River  to Kuala Belaga. This survey is a collaboration between Red Door To Hunt / Rosla Mustakim and Persatuan Malim Gunung Kelantan (Kelantan Mountain Guide Association) aims to determine the distribution of the species of birds that can be found in this area. Never before any agency or institution of higher learning has conduct a census of birds in this area. Census method used was to observe and record  the bird was found. During 3 days the census was conducted, a total of 74 species  from 48 bird families  have been found.

KEYWORDS: Birds census, Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake (Central Stong Forest Reserve Hydro Upper Intake Kenerong River) and along the Kenerong River  to Kuala Belaga.

Gambar 4~ Batuan Leukogranit Kenerong


PENGENALAN : Kedudukan lokasi Hydro Upper Intake Sungai Kenerong adalah didalam Hutan Simpan Kekal Gunung Stong Tengah . Lokasi kawasan berada disebelah barat Kelantan  yang mempunyai keluasan yang diwartakan  sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 21,950 hektar oleh Jabatan Hutan Negeri Kelantan. Merupakan kawasan penting dalam bidang kajian Geologi, dimana pembentukan batuan Leukogranit Kenerong boleh dijumpai di Sungai Kenerong. Seawal tahun 1963 lagi kajian telah dimulakan oleh pakar Geologi tempatan oleh Saudara Santokh Singh,  dalam  kajian batuan granit. Disini juga telah dijumpai tumbuhan spesies endemik  baharu yang di kenali sebagai Codonoboea pauziana, yang telah dijumpai oleh Aktivis Alamsekitar tempatan Allahyarham Saudara Pauzi Husin. Penemuan itu  tidak dijangkakan walaupun kawasan ini pernah  ada aktiviti pembalakkan di sekitar 1970an dan 1980an. Dengan penemuan tersebut kawasan ini seharusnya istimewa dan penting sekali kepada khazanah alam untuk negeri Kelantan.

Gambar 5~Keadaan Kualiti Air Sungai Kenerong

Gambar 6~ Kualiti air Sungai Kenerong

Gambar 7~ Permandangan sepanjang Sungai Kenerong

Gambar 8~ Lokasi Kuala Belaga

Kini tidak ada lagi sebarang aktiviti pembalakan dan proses kitaran pemuliharaan hutan sedang berkembang dengan baik.Ini merupakan bancian burung buat pertama kali dilaksanakan di kawasan ini, bertujuan untuk mengetahui taburan , kepelbagaian spesies burung dan hidupan liar yang boleh ditemui.  Kajian bancian spesies burung telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah, Hydro Upper Intake Sungai Kenerong dan disepanjang Sungai Kenerong ke Kuala Belaga. Bancian telah dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 hb September - 26 hb September 2016.   Lokasi tapak kajian bancian merupakan kawasan  hutan sederhana tinggi dari jenis Upper Hill Depterocarp Forest ~ yang berada pada ketinggian 1000 meter daripada paras laut. Pada ketinggian itu , terdapat sebatang sungai   yang airnya mengalir sangat jernih, dikenali sebagai Sungai Kenerong. Jarak  perhubungan ke lokasi   adalah sejauh 17 kilometer dari persimpangan  jalan utama Gua Musang ~ Jeli. Laluan bekas jalan balak tanah merah yang berbukit-bukau curam , selekoh tajam dan merbahaya. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai kesana dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Sepanjang perjalanan akan melalui  hutan Hill Depterocarp Forest (300m ~750 m) dan Upper Hill Depterocarp Forest ~ (1,000 keatas).

Gambar 9

Gambar 10~Kawasan Telok di Sungai Kenerong


BAHAN DAN KAEDAH : Alat bantuan pemerhatian burung yang digunakan  dalam kajian ini ialah sebuah Teropong Carl Zeiss 8 x 20, sebuah Kamera Canon 7D Mark II dengan lensa EF 300mm F4L IS USM Canon, sebuah Kamera Canon 7D  dengan Lensa Micro 100mm F 2.8L IS USM Canon,   sebuah Kamera Lumix LX 7 dan Barometer/Altimeter Mingle. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat pemerhatian langsung dan merakam burung-burung yang ditemui. Kaedah merakam imej burung yang ditemui adalah kaedah yang terbaik bagi membuktikan penemuan dan mengelakkan berlakunya kesilapan pengenalan burung.
 
Gambar 11~ Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens

HASIL PENEMUAN : Hasil penemuan sepanjang 3 hari dijalankan bukan hanya pada spesies burung , tetapi merangkumi  khazanah biodiversiti menarik yang sempat ditemui. Penemuan sampingan itu sedikit sebanyak dapat memberi petunjuk kepada pengkaji-pengkaji untuk membuat kajian perincian lanjutan.


Tarikh Bancian: 24 Sept 2016
Masa: Jam 4:00 p.m~ 7:00 p.m

1.Sualo Jelapang~Hirundo rustica  
     
2.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica

3.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis

4.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon

5.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti

6.Enggang Papan~ Buceros bicornis
 
7.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela 

8.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus   

9.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos

10.Terik Hitam dan Merah saga~Oriolus cruentus 

11.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris

12.Cecawi Gangsa~ Dicrurus aeneus
 
13.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis 

14.Merbah Mata Merah~Pycnonotus brunneus
 
15.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus

16.Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris

17.Cencilai Riang Kupiah Badam~Garrulax mitratus 

18.Fulveta Gunung~Alcippe peracensis

19.Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra 

20.Perit Kelabu~Motacilla cinerea 

21.Tiak Tongkeng-putih~Lonchura striata

Tarikh Bancian 25 Sept 2016
Masa: 7:00 am ~ 7:00

1.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus

2.Enggang Badak~Buceros rhinoceros

3.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

4.Pergam Agong Gunung~Ducula badia

5.Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps

6.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster

7.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis

8.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii

9.Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer

10.Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis

11.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus 

12 Murai Kampong~Copsychus saularis

13.Cemcili Kelabu~Enicurus schistaceus 
 
14.Sambar Biru Tickell~Cyornis  tickelliae
 
15.Sultan Tit~Melanochlora sultanea
 
16.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius
 
17.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens

18.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris

19. Kekicau Tit-coret~Macronous gularis
 
20.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum

21.Belatuk Besar Tengkuk-kuning langsat ~Picus flavinuca

22.Tengkek Biru Asia~Irina puella

23.Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis

24.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradiseus

25.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea

26.Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps

27.Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna

28. Malkoha Paruh-hijau~Phaenicophaeus tristis

29. Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus
 
30.Belatuk Cunut-kuning langsat~ Meiglyptes tristis

31.Belatik Perang~Sasia abnormis

32.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps

33.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni

34.Merbah Abu~Hemixos flavala

35.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii

36.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella

37.Burung Spesies Ayam yang tidak dapat dikenalpasti 

 
Tarikh Bancian 26 Sept 2016
Masa: 7:00 am ~ 12:30 p.m

1.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis

2. Sambar Verditer~Eumyias thalassina

3.Bazad Madu Timur~Pernis ptilorhyncus

4. Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris 

5.Takau Dada perak~Serilophus lunatus

6. Mata Putih-Everetts~Zosterops everetti

7.Walit Air Terjun~Hydrochous gigas 

8.Pekaka ( Yang tidak dikenalpasti ) Dilihat sedang terbang melintas sungai



SENARAI SPESIES BURUNG YANG DIJUMPAI DI SEKITAR HYDRO UPPER INTAKE SUNGAI KENERONG HINGGA KE KUALA BELAGA.

No   Nama Keluarga             Nama Spesies     Nama Saintifik 

1.Keluarga Bazad Madu ( Honey Buzzard Family )

1.Bazad Madu Timur~Pernis ptilorhyncus                                                ACCIPITRIDAE

2. Keluarga Belatik

2.Belatik Perang~Sasia abnormis                                                              PICIDAE

3.Keluarga Belatuk ( Woodpecker Family )
           
3.Belatuk Cunut-kuning langsat~ Meiglyptes tristis                                  PICIDAE

4.Belatuk Besar Tengkuk-kuning langsat ~Picus flavinuca

4.Keluarga Burung Daun ( Leafbird Family )

Gambar 12~Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii

5.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati                                   IRENIDAE

6.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon

7.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis

8.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii

5.Keluarga Cecawi ( Drongo Family )

9.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradiseus                            DICRURINAE
10.Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer
11.Cecawi Gangsa~ Dicrurus aeneus
 
5.Keluarga Cekup ( Warbler Family )

12.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris                               ACROCEPHALINAE

6.Keluarga Cemcili ( Forktail Family )

13.Cemcili Kelabu~Enicurus schistaceus                                              MUSCICAPIDAE

7.Keluarga Cencala ( Fantail Family )

14.Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis                                        DICRURINAE 

8.Keluarga Cencilai Riang  ( Laughing Thrush Family )


Gambar 13~Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris

15.Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris                                         LEIOTHERICHIDAE

16.Cencilai Riang Kupiah Badam~Garrulax mitratus

9.Keluarga Cericap ( Prinia Family )

17.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens                                        CISTICOLIDAE

10.Keluarga Enggang  ( Hornbill Family )

Gambar 14~Enggang Badak~Buceros rhinoceros

18.Enggang Badak~Buceros rhinoceros                                                BUCEROTIDAE
19.Enggang Papan~ Buceros bicornis

11.Keluarga Fulveta ( Fulvetta Family )

20. Fulvetta Gunung~Alcippe peracensis                                              SYLVIIDAE

12.Keluarga Helang /Burung Pemangsa

21.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster                            ACCIPITRIDAE

22.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

23.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus   
       
24.Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger

13.Keluarga Lelayang (Swiftlet Family )

25.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima                                    APODIDAE

26.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

14.Keluarga Lelayang Dahan ( Tree Swift Family )

27.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis         HEMIPROCNIDAE

15.Keluarga Malkoha ( Malkoha Family )

28.Malkoha Paruh-hijau~Phaenicophaeus tristis                                 CUCULIDAE

16.Keluarga Mata Putih ( White Eye Family )

29.Mata Putih-Everetts~Zosterops everetti                                          ZOSTEROPIDAE

17. Keluarga Mesia ( Mesia Family )


30.Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris                                   LEIOTHRICHIDAE

18.Keluarga Merbah ( Bulbul Family )

31.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps                                   PYCNONOTIDAE

32.Merbah Mata Merah~Pycnonotus brunneus
 
33.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni

34.Merbah Abu~Hemixos flavala

35.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii

36.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus 

19.Keluarga Minivet ( Minivet Family )
 
37.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus                                  CAMPEPHAGIDAE

38.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris

20. Keluarga Murai ( Robin Family )

39.Murai Kampong~Copsychus saularis                                             TURDIDAE 

21. Keluarga Kekicau ( Babbler Family )

40.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea                                                 SYLVIINAE

41.Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps

42.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis

22.Keluarga Kekicau Tirjup ( Shrike-Babbler Family )

43.Kekicau Tirjup Kening putih~Pteruthius flaviscapis                     TIMALIIDAE

23.Kelicap Madu ( Spiderhunter Family )

44.Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra                              NECTARINIINAE

45.Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna

24.Keluarga Khukhu Tirjup ( Cuckoo-Shrike Family )

46.Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis                                         CORVINAE
              
25.Keluarga Jerijit Suria ( Sunbird Family )

47.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum         NECTARINIINAE

26.Keluarga Gagak ( Crow Family )

48.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos                                   CORVINAE 

27.Keluarga Pekaka ( Kingfisher Family )

49.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella                                      ALCEDINIDAE

50.Pekaka (Yang tidak dikenalpast) Dilihat sedang terbang melintas sungai

28.Keluarga Perincit ( Tailorbird Family )

51.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius                                              ACROCEPHALINAE

29.Keluarga Perit ( Wagtail Family )

52.Perit Kelabu~Motacilla cinerea                                                    MOTACILLINAE                  

30.Keluarga Pergam ( Imprial Pigeon Family )

53.Pergam Agong Gunung~Ducula badia                                        COLUMBIDAE

31.Keluarga Sambar Tirjup ( Flycatcher Shrike Family )

54.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus 

32.Keluarga Sambaraja ( Monarch Family )

55.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea                                             DICRURINAE

33.Keluarga Sambar ( Flycatcher Family )

56.Sambar Biru Tickell~Cyornis  tickelliae                                       MUSCICAPINAE

57.Sambar Verditer~Eumyias thalassina

34.Keluarga Sambar Kenari ( Flycatcher Canary Family )


58.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis               MUSCICAPINAE

35.Keluarga Shama ( Shama Family )

59.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis                                TURDIDAE     

36.Keluarga Serindit ( Small Parrot Family )

60.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus                                  PSITTACIDAE

37. Keluarga Sepah Bunga ( Flowerpaecker Family )


61.Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus  percussus           NECTARINIINAE

38.Keluarga Tit ( Tit Family )

62.Sultan Tit~Melanochlora sultanea                                              PARIDAE

39.Keluarga Sualo ( Swallow Family )

63.Sualo Jelapang~Hirundo rustica                                                 HIRUNDINIDAE

64.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica

40.Keluarga Takau ( Broadbill Family )

65.Takau Dada perak~Serilophus lunatus                                        EURYLAIMINAE

41.Keluarga Takur ( Barbet Family )

66.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon                         MEGALAIMIDAE

67.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti

68.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus 

 
43. Keluarga Tekukur Khukhu ( Cuckoo Dove Family )

69.Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps                 COLUMBIDAE

44.Keluarga Tengkek ( Asian Fairy Bluebird Family )

70.Tengkek Biru Asia~Irina puella                                                  ORIOLIDAE

45.Keluarga Terik ( Orioles Family )

71.Terik Hitam dan Merah saga~Oriolus cruentus                          ORIOLIDAE

46.Keluarga Tiak ( Munia Family )

72.Tiak Tongkeng-putih~Lonchura striata                                      ESTRILDIDAE

47.Keluarga Walit ( Swift Family )

73.Walit AirTerjun~Hydrochous gigas                                             APODIDAE                                                                                         
48. Keluarga Yuhina ( Yuhina Family )

74.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca                                     ZOSTEROPIDAE


PERBINCANGAN ~ Merujuk kepada laporan WWF ~ Gunung Stong State Park, Kelantan Preliminary Management Plan ~ 2009 , Saudara Shahrul Anuar ( tahun 2003 ) dan Saudara Mike Chong ( Jun 2005 ) telah membuat bancian spesies burung di kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Tengah. Lokasi ditumpukan hanya berdekatan dengan kawasan Gunung Stong. Jumlah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 130 spesies burung. (WWF ~ Gunung Stong State Park, Kelantan Preliminary Management Plan~2009) Selepas itu tidak ada laporan bancian rasmi dilakukan oleh mana-mana agensi atau badan NGO. Hasil bancian terbaharu pada September 2016 telah merubah jumlah  spesies burung dengan penambahan sebanyak 24 spesies menjadi kepada 153 spesies, daripada 75 keluarga burung. Butiran senarainya adalah seperti dibawah.

Bancian oleh Saudara Shahrul Anuar pada tahun 2003 ~ 57 Spesies  ( Huruf Condong )
Saudara Mike Chong pada Jun 2005 : 99 Spesies (Chong,M.H.N. June 2005) ( Huruf Condong )
Saudara Ahmad Zafir ( Camera Trap ) pada tahun 2005 : 2 Spesies ( Huruf Condong )
Bancian oleh Rosla Mustakim-2011: 2 spesies ( Huruf Tegak)
Bancian oleh Rosla Mustakim-2016 : 74 spesies ( Huruf Tegak )

Rekod Terkini 2016 : 153 Tambahan 24 spesies


SENARAI PENUH BURUNG DIKAWASAN HUTAN SIMPAN GUNUNG STONG TENGAH
YANG DIKUMPUL SEJAK 2003 HINGGA 2016

No   Nama Keluarga             Nama Spesies     Nama Saintifik

1.Keluarga Ayam Hutan ( Jungle Fowl Family )

1.Ayam Hutan~Gallus gallus                                                                    PHASIANIDAE
                           
2.Keluarga Bazad Madu ( Honey Buzzard Family )

2.Bazad Madu Timur~Pernis ptilorhyncus                                               ACCIPITRIDAE        

3.Keluarga Beberek

3.Beberek Jambang-merah~Nyctyornis amictus                                      MEROPIDAE

4.Beberek Mahkota-berangan~Merops leschenaultia

4.Keluarga But-but

 5.But-but Besar~Centropus sinensis                                                       CENTROPODIDAE

5. Keluarga Belatik

Gambar 15~Belatik Perang~Sasia abnormis 

6.Belatik Perang~Sasia abnormis                                                            PICIDAE

7.Keluarga Belatuk ( Woodpecker Family )
           
7.Belatuk Cunut-kuning langsat~ Meiglyptes tristis                                PICIDAE

8.Belatuk Besar Tengkuk-kuning langsat ~Picus flavinuca
9.Belatuk Rimau~Celeus brachyurus

10.Belatuk Merah-manggis~Blythipicus rubiginosus

8.Keluarga Burung Daun ( Leafbird Family )

11.Burung Daun Hijau besar~ Chloropsis sonnerati                               IRENIDAE

12.Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon

13.Burung Daun Sayap biru ~ Chloropsis cochinchinensis

14.Burung Daun Perut-oren~ Chloropsis hardwickii

9.Keluarga Cecawi ( Drongo Family )
Gambar 16~Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer

15.Cecawi Besar Ekor bercabang~Dicrurus paradi                                DICRURINAE

16.Cecawi Kecil Ekor bercabang~Dicrurus remifer
17.Cecawi Gangsa~ Dicrurus aeneus
 
10.Keluarga Cekup ( Warbler Family )

Gambar 17~Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris 

18.Cekup Perut-kuning ~ Abroscopus superciliaris                                ACROCEPHALINAE

19.Keluarga Cemcili ( Forktail Family )

19.Cemcili Kelabu~Enicurus schistaceus                                              MUSCICAPIDAE

 20.Cemcili Tengkuk-badam~Enicurus ruficapillus


20.Keluarga Cencala ( Fantail Family )

Gambar 18~ Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis

21.Cencala Leher-putih~Rhipidura albicollis                                       DICRURINAE

21.Keluarga Cencilai Riang  ( Laughing Thrush Family )


22.Cencilai Riang Hitam~Garrulax lugubris                                       LEIOTHERICHIDAE

23.Cencilai Riang Kupiah Badam~Garrulax mitratus

22.Keluarga Cericap ( Prinia Family )

24.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens                                      CISTICOLIDAE

23.Keluarga Enggang  ( Hornbill Family )

25.Enggang Badak~Buceros rhinoceros                                              BUCEROTIDAE

Gambar 19 ~ Enggang Papan~ Buceros bicornis


26.Enggang Papan~ Buceros bicornis

27.Enggang Kupiah~Aceros vigil

28.Enggang Jambul Kelabu~Annorrhinus galeritus

29.Enggang Mahkota-putih~Aceros cumatus

30.Enggang Jambak~Aceros undulates

24.Keluarga Ekor Jarum ( Niddle Tail Family )

31.Ekor Jarum Belakang-coklat~Hirundapus giganteus                    APODIDAE

25.Keluarga Fulveta ( Fulvetta Family )
Gambar 20 ~ Fulveta Gunung~Alcippe peracensis

32.Fulveta Gunung~Alcippe peracensis                                             SYLVIIDAE

33.Fulveta Coklat~Alcippe brunneicauda

26.Keluarga Perapat (Gerygone Family )

34.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea                                 PARDALOTIDAE
 
27.Keluarga Helang /Burung Pemangsa

Gambar 21~Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus

35.Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster                        ACCIPITRIDAE

36.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela

37.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus   

Gambar 22 ~ Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger
       
38.Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger

28.Keluarga Iora  (Iora Family )

39.Iora Hijau~Aegithina viridissima                                                 AEGITHININAE

29.Keluarga Jay ( Jay Family )

40.Jay berjambul~Platylophus galericulatus                                     CORVIDAE

30.Keluarga Khukhu ( Cuckoo Family )

41.Khukhu Dada-karat~Cacomantis sepulcralis                              CUCULIDAE 

42.Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris

31.Keluarga Lelayang (Swiftlet Family )

43.Lelayang sarang hitam~Collocalia maxima                                 APODIDAE

44.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga
                                                
32.Keluarga Lelayang Dahan ( Tree Swift Family )

45.Lelayang Dahan Tongkeng-kelabu~Hemiprocne longipinnis     HEMIPROCNIDAE

46.Lelayang Dahan-bermisai~Hemiprocne comate

33.Keluarga Malkoha ( Malkoha Family )

47.Malkoha Paruh-hijau~Phaenicophaeus tristis                             CUCULIDAE

48.Malkoha Raffles~Phaenicophaeus chlorophaeus

49.Malkoha paruh-merah~Phaenicophaeus javanicus


34.Keluarga Mata Putih ( White Eye Family )

50.Mata Putih-Everetts~Zosterops everetti                                       ZOSTEROPIDAE

                                             
35. Keluarga Mesia ( Mesia Family )

Gambar 23~ Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris


51.Mesia Telinga Perak~Leiothrix argentauris                                LEIOTHRICHIDAE 


36.Keluarga Merbah ( Bulbul Family )

Gambar 24 ~Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii

52.Merbah Mata Merah~Pycnonotus brunneus                               PYCNONOTIDAE

53.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni

54.Merbah Abu~Hemixos flavala

55.Merbah Gunung~Hypsipetes mcclellandii

56.Merbah Beringin~Alophoixus ochraceus 

57.Merbah Dada-sisik~Pycnonotus squamatus

58.Merbah Perut-kelabu~Pycnonotus cyaniventris

59.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus goiavier

60.Merbah Celak-kuning~Pycnonotus erythropthalmos

61.Merbah Pipi-kelabu~Alophoixus bres

62.Merbah Perut-kuning~Alophoixus phaeocephalus

63.Merbah Tengkuk-Bulu panjang~Tricholestes criniger

64.Merbah Kening -tebal~Iole olivacea

65.Merbah Mata-putih~Pycnonotus simplex

66.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps


37.Keluarga Minivet ( Minivet Family )
 
67.Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus                             CAMPEPHAGIDAE

68.Minivet Dagu-kelabu~Pericrocotus solaris

38. Keluarga Murai ( Robin Family )

69.Murai Kampong~Copsychus saularis                                        TURDIDAE

39.Keluarga Kasumba ( Trogon Family )

Gambar 25 ~ Kasumba Dada-oren~Harpectes oreskios

70.Kasumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba                          TROGONIDAE  

71.Kasumba Dada-oren~Harpectes oreskios

40. Keluarga Kekicau ( Babbler Family )


Gambar 26 ~Kekicau Emas~Stachyris chrysaea 

Gambar 27 ~Kekicau Emas~Stachyris chrysaea 

72.Kekicau Emas~Stachyris chrysaea                                               SYLVIINAE

73.Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps

74.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis

75.Kekicau Horsfield~Malacocincla sepiarium

76.Kekicau Kopiah-hitam~Pellorneum capistratum 
  
77.Kekicau Ekor-pendek~Malacocincla malaccensis

78.Kekicau Bermisai~Malacopteron magnirostre

Gambar 28 ~ Kekicau Rencong Tengkok-badam~Pomaturhinus montanus

79.Kekicau Rencong Tengkok-badam~Pomaturhinus montanus

80.Kekicau Wren-Kerdil~Pnoepyga pusilla

81.Kekicau Dahi-perang~Stachyris rufifrons

82.Kekicau Kepala-kelabu ~Stachyris poliocephala

83.Kekicau  Tit-gebu~Macronous ptilosus

Gambar 29 ~ Kekicau Ekor-pendek~Malacocincla malaccensis


41.Keluarga Kekicau Tirjup ( Shrike-Babbler Family )

84.Kekicau Tirjup Kening putih~Pteruthius flaviscapis                      TIMALIIDAE


42.Kelicap Madu ( Spiderhunter Family )

Gambar 30 ~ Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna
                                        
85.Kelicap Madu Kecil~Archnothera longirostra                               NECTARINIINAE

86.Kelicap Madu~Corek~Arachnothera magna

87.Kelicap Madu-Paruh tebal~Arachnothera crassirostris

88.Kelicap Madu Paruh-panjang~Arachnothera robusta 

89.Kelicap Madu Dada-kelabu ~ Arachnothera affinis

43.Keluarga Khukhu Tirjup ( Cuckoo-Shrike Family )


Gambar 31 ~ Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis


90.Khukhu Tirjup Jawa~Coracina javensis                                         CORVINAE

44.Keluarga Kuang (Pheasant Family )
  
91.Kuang Raya~Argusianus argus                                                      PHASIANIDAE

45.Keluarga Sengsurit

92.Sengsurit~Caloperdix oculea                                                         PHASIANIDAE
            
46.Keluarga Jerijit Suria ( Sunbird Family )

93.Jerijit Suria Tengkuk Ungu~Hypogramma hypogrammicum        NECTARINIINAE

94.Jerijit Suria Dahi-biru~Aethopyga simplex

95.Jerijit Suria Pipi- Merah delima~Aethopyga singalensis

96.Jerijit Suria Leher-hitam~Aethopyga saturata

97.Jerijit Suria Temminck~Aethopyga temminckii 
     (Scarlet Sunbird~Aethopyga mystacalis )


47.Keluarga Gagak ( Crow Family )

98.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos                                   CORVINAE

48.Keluarga Palinthoma

99.Palintoma Sayap-perang~Philentoma pyrhopterum                     PHALINTOMAS   

49.Keluarga Pekaka ( Kingfisher Family )

100.Pekaka Rimba Gempal~Lacedo pulchella                                    ALCEDINIDAE

101.Pekaka Jalur-biru~Alcedo euryzona

102.Pekaka Telinga-biru ~Alcedo meninting



50.Keluarga Perincit ( Tailorbird Family )

103.Perincit Biasa~Orthotomus sutorius                                           ACROCEPHALINAE

104.Perincit Gunung~Orthotomus cuculatus

105.Perincit Leher-gelap~Orthotomus artogularis

51.Keluarga Perit ( Wagtail Family )

106.Perit Kelabu~Motacilla cinerea                                                  MOTACILLINAE             

52.Keluarga Merbuk Zamrud/Merbuk Jambu (Dove Family)
 
107.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica                                        COLUMBIDAE 

108.Merbuk Jambu~Ptilinopus jambu

53.Keluarga Pergam ( Imprial Pigeon Family )

109.Pergam Agong Gunung~Ducula badia                                      COLUMBIDAE

54.Keluarga Pipit (Pipit Family)

110.Pipit  Richard's~Anthus richardi                                                PASSERIDAE
 

55.Keluarga Sambar Tirjup ( Flycatcher Shrike Family )

111.Sambar Tirjup Sayap-berpalang~Hemipus picatus                     CORVINAE

112.Sambar Tirjup Sayap-hitam~Hemipus hirundinaceus

56.Keluarga Sayap Pendek (Shortwing Family )

113.Sayap Pendek-kecil~Brachypteryx leucophrys                            TURDINAE

57.Keluarga Sambaraja ( Monarch Family )

114.Sambaraja Nila~Hypothymis azurea                                           DICRURINAE

58.Keluarga Sambar ( Flycatcher Family )

Gambar 32 ~ Sambar Biru Tickell~Cyornis  tickelliae

115.Sambar Biru Tickell~Cyornis  tickelliae                                    MUSCICAPINAE

116.Sambar Verditer~Eumyias thalassina

117.Sambar Kening-perang~Ficedula solitaries

118.Sambar Leher-biru~Cyornis rubeculoides

119.Sambar Kecil Hitam-putih~Ficedula westermanni

120.Sambar Biru-bukit~Cyornis banyumas

121.Sambar Cenderawasih Asia~Terpsiphone paradise

59.Keluarga Sambar Kenari ( Flycatcher Canary Family )


Gambar 33 ~ Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis

122.Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis         MUSCICAPINAE

60.Keluarga Shama ( Shama Family )

123.Shama Tongkeng-putih~Copsychus saularis                           TURDIDAE          

61.Keluarga Serindit ( Small Parrot Family )

124.Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus                              PSITTACIDAE

62. Keluarga Sepah Bunga ( Flowerpaecker Family )

125.Sepah Bunga Dada-calit merah~Prionochilus  percussus        NECTARINIINAE

126.Sepah Bunga Dada-kuning ~ Prionochilus maculatus

127.Sepah Bunga Punggung-kuning~Dicaeum chrysorrheum

128.Sepah Bunga Perut-oren~Dicaeum trigonostigma

129.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum

63.Keluarga Tit ( Tit Family )

130.Sultan Tit~Melanochlora sultanea                                           PARIDAE

64.Keluarga Sualo ( Swallow Family )

131.Sualo Jelapang~Hirundo rustica                                              HIRUNDINIDAE    
 
132.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica

133.Sualo Cunut-oren~Cecropsis daurica
 
65.Keluarga Takau ( Broadbill Family )

Gambar 34 ~ Takau ekor-panjang ~Psarisomus dalhausiae

134.Takau Dada perak~Serilophus lunatus                                    EURYLAIMINAE

135.Takau Hijau~Calyptomena viridis

136.Takau ekor-panjang ~Psarisomus dalhausiae

137.Takau Kicau-kelabu~Corydon sumatranus


66.Keluarga Takur ( Barbet Family )

Gambar 35 ~ Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus

138.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon                     MEGALAIMIDAE

139.Takur Kening Hitam~Megalaima oorti

140.Takur Jumbai-berapi~Psilopogon pyrolophus 

141.Takur Leher-merah~Megalaima mystacophanos

142.Takur Mahkota-kuning~Megalaima henricii

143.Takur Kening-hitam~Megalaima oorti

144.Takur Coklat~Calorhamphus fuliginosos

67.Keluarga Tarum Batu (Rock Thrush Family)

145.Tarum Batu-biru~Minticola solitarius                                   TURDINAE

68.Keluarga Tarum Siul (Whitsling Thrush Family)

146.Tarum Siul-Biru ~Myophonus caeruleus                               TURDINAE

69. Keluarga Tekukur Khukhu ( Cuckoo Dove Family )

147.Tekukur Khukhu Melayu kecil~Macropygia ruficeps           COLUMBIDAE

70.Keluarga Tengkek ( Asian Fairy Bluebird Family )

148.Tengkek Biru Asia~Irina puella                                             ORIOLIDAE

71.Keluarga Terik ( Orioles Family )

149.Terik Hitam dan Merah saga~Oriolus cruentus                      ORIOLIDAE

72.Keluarga Tiak ( Munia Family )

150.Tiak Tongkeng-putih~Lonchura striata                                  ESTRILDIDAE

73.Keluarga Walit ( Swift Family )

151.Walit Air Terjun~Hydrochous gigas                                        APODIDAE

74.Keluarga Yuhina ( Yuhina Family )

Gambar 36~Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca

152.Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca                                   ZOSTEROPIDAE

75.Keluarga Cekup Daun 

Gambar 37~ Cekup Daun Gunung~Phylloscopus trivirgatus

153.Cekup Daun Gunung~Phylloscopus trivirgatus                        SLVIINAE



KHAZANAH ALAM  MENARIK YANG  DITEMUI.

Ketika membuat bancian burung, beberapa penemuan khazanah alam yang menarik sempat dirakam dan dikumpulkan imejnya untuk tujuan kajian lanjut oleh pengkaji yang akan datang. Khazanah Alam itu adalah seperti berikut:-



Tanda-tanda Kehadiran Mamalia

Tanda kehadiran Mamalia banyak dijumpai ditepi-tepi sungai sepanjang laluan Sungai Kenerong menuju ke Kuala Belaga. Kesan-kesan tapak kaki mamalia yang baharu banyak dilihat diatas tebing pasir tepi sungai. Kesan cakaran kuku haiwan pada pokok, najis haiwan dan kesan sondolan muncung mamalia.

Gambar 38 ~ Siamang~Sympalangus sybdactylus

1.Kucing Batu~Felis bengalensis                FELIDAE

2.Memerang                                                 MUSTELIDAE   ~Spesis yang tidak dikenalpasti.

3.Cipan~Tapirus indicus                              TAPIRIDAE

4. Babi Hutan~Sus scrofa                             SUIDAE

5.Beruang~Helarctos malayanus                  URSIDAE

6.Harimau~Panthera tigris                            FELIDAE

7.Tupai Pinang ~ Collosciurus notatus        SCIURIDAE

8.Gajah~Elephas maximus                           ELEPHANTIDAE

9.Siamang~Sympalangus sybdactylus          HYLOBATIDAE


Gambar 39 ~ Kesan cakaran Beruang~Helarctos malayanus
Gambar 39 A~ Kesan cakaran Harimau~Panthera tigris yang menajamkan kukunya.

Gambar 40 ~ Baki bulu haiwan mangsa yang ditinggalkan oleh Harimau~Panthera tigris

Gambar 41 ~ Kesan tapak kaki Cipan~Tapirus indicus


Gambar 42 ~ Kesan tapak kaki Babi Hutan~Sus scrofa

Gambar 42 A~ Kesan tapak kaki Memerang yang tidak dikenal pasti spesiesnya.

Gambar 43 ~ Tupai Pinang ~ Collosciurus notatus


Tanda-tanda Kehadiran Raptilia

Gambar 44~ Sarung kulit ular yang tidak dikenal pasti.

1.Menjumpai kulit ular dikawasan rimbunan buluh ditepi sungai.

2.Kesan tapak kaki Biawak

Spesies Serangga

1. Serangga Ranting~Romulus nematodes ( betina )

Gambar 45~Serangga Ranting~Romulus nematodes ( betina )


Spesies Rama-rama 

1.Unbroken Sergeant~Athyma pravara acutipennis

Gambar 46~ Rama-rama Unbroken Sergeant~Athyma pravara acutipennis

Gambar 47~Unbroken Sergeant~Athyma pravara acutipennis



Gambar 48~ Spesies yang tidak dikenal pasti.


Spesies Hidupan Sungai Kenerong

Gambar 50~Ikan Tengas~Neolissochilus hexagonolepis

1.Ikan Kelah Malaysian Mahseer~Tor tambroides

Gambar 51~Spesis ikan-ikan yang banyak diperolehi daripada Sungai Kenerong

2.Ikan Tengas~Neolissochilus hexagonolepis

Gambar 52~Ikan Tengas Daun~Poropuntius smedleyi

Ikan Tengas Daun~Poropuntius smedleyi

Udang Buluh~Atyopsis moluccensis

Udang Merah Ceri ~ Neocaridina heteropeda

Berdasarkan maklumat lisan daripada kakitangan yang bertugas disitu berberapa spesies ikan, udang dan ketam turut menghuni didalam sungai tersebut. Memandangkan tidak mempunyai imej yang menyokong cadangan tersebut, maka maklumat tidak dimasukkan didalam laporan ini.

Tumbuhan


Gambar 53~ Salah satu jenis-jenis tumbuhan liar.

Gambar 54

Gambar 55~Sejenis tumbuhan yang hidup diatas batu ditepi sungai Kenerong ~ Kuala Belaga

Gambar 56~ Tumbuhan liar yang tumbuh diatas batu di Kuala Belaga

Gambar 57~Tumbuhan liar dikawasan hutan di tebing Sungai Kenerong.

Tumbuhan Fungi


Gambar 58

Gambar 59

Gambar 60

Gambar 61

Tumbuhan Orkid

Gambar 62


Gambar 63~Bunga  Orkid Phaius callosus ( Orchidaceae )


Gambar 64~Orkid Phaius callosus ( Orchidaceae )


Gambar 65~Orkid Phaius callosus ( Orchidaceae ) tumbuh diatas tanah berhampiran tebing sungai.

Gambar 66~Spesies Orkid yang tidak dikenal pasti.

KESIMPULAN DAN CADANGAN~ Setelah berada dilapangan dan mengamati senarai  spesies burung yang dijumpai , saya berpendapat kawasan ini  berpotensi besar untuk menemukan kepelbagaian  spesies burung. Pakej Khazanah biodiversiti disini memungkinkan peningkatan jumlah spesies burung  sekiranya lebih ramai individu , Persatuan, Institusi Pengajian dan Agensi Jabatan Kerajaan melakukan kekerapan  aktiviti pemerhatian burung secara  berteruskan.

Gambar 67~ Permandangan di Kuala Belaga

Gambar 68~ Kejernihan air sungai di Kuala Belaga

Gambar 69~ Permandangan sungai di Kuala Belaga

Gambar 70~ Permandangan di Kuala Belaga


Gambar 71~ Permandangan di Kuala Belaga

Penemuan beberapa spesies burung yang pada kebiasaan hidup dihabitat Hutan Tanah Rendah disini, ini membuka ruang kepada andaian-andaian positif yang memerlukan kajian lanjut. Spesies tersebut adalah seperti Tengkek Biru Asia~Irina puella, Serindit Mahkota-biru~Loriculus galgulus, Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus, Sambar Kenari Kepala -kelabu~Culicicapa ceylonensis, Yuhina Perut-putih~Yuhina zantholeuca, Sambar Biru Tickell~Cyornis  tickelliae, Kekicau Tit-coret~Macronous gularis, Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens, Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leucogaster, Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus , Sambaraja Nila~Hypothymis azurea dan Belatik Perang~Sasia abnormis.

Gambar 72~ Kelongsong peluru penabur membuktikan kawasan ini mempunyai hidupan liar yang masih banyak, malangnya penduduk tempatan tidak menghargai Ilmu pengetahuan dan mengambil kesempatan untuk memburu.

Ada diantara spesies burung tersebut dijumpai bergabung  dengan spesies burung yang hidup di Hutan Sederhana Tinggi, semasa mencari makanan dalam satu gerombolan ombak burung.  Belatik Perang~Sasia abnormis, Minivet Merah-saga~Pericrocotus flammeus dan Sambaraja Nila~Hypothymis azurea adalah diantaranya. Keadaan itu memerlukan satu kajian lanjut terhadap   punca ia berlaku.

Gambar 73~Bukti kegiatan pembalakan dikawasan ini 30 tahun yang lampau.

Kawasan  Hutan Simpan Gunung Stong Tengah seluas 21,950 hektar yang padat dengan khazanah biodiversiti sewajarnya dijagai oleh segenap lapisan warga tempatan secara bersungguh-sungguh. Jangan sesekali mengulangi kebodohan memusnahkan kawasan hutan sepertimana 30 tahun yang lalu dengan aktiviti pembalakan. Uruskan khazanah alam istimewa ini secara bijak demi kesejahteraan hidup warga tempatan secara berterusan, dengan menjana sumber pendapatan ekonomi mereka   daripada kekayaan khazanah biodiversiti tempat ini.

Gambar 74~Kejernihan air dan  keindahan pemandangan Sungai Kenerong harus dipertahankan.

Galakan serta beri keutamaan kepada Industri Pendidikan Biodiversiti  Khazanah Alam. Jadikan kawasan ini sebagai lombong menimba ilmu dalam bidang Biodiversiti Khazanah Alam sehingga menjadi tumpuan kepada pelajar Universiti-universiti tempatan dan pengkaji dari seluruh dunia. Dengan kehadiran begitu ramai pelajar dan pengkaji maka warga tempatan boleh menyediakan sokongan logistik, pemakanan , Kediaman, Khidmat Juru Iring, dan Khidmat Malim Biodiversiti. Khidmat Profesional dan kerjaya ini semua adalah sumber ekonomi warga tempatan secara tetap selagi Khazanah Alam itu kekal.

Gambar 75

Untuk membangunkan masyarakat berilmu, Kerajaan Negeri harus menyokong usaha ini dengan memberi Geran Pendidikan Kajian kepada warga tempatan  yang berminat untuk  membuat kajian terhadap setiap kehidupan yang ada didalamnya. Warga tempatan yang hampir dan berdamping hidup didalam kawasan berkenaan seharusnya merebut peluang untuk menuntut ilmu 1001 kehidupan dalam hutan yang masih belum digali ilmu pengetahuan.  Hasilnya haruslah didokumentasikan secara ilmiah untuk dijadi Gedung Khazanah Ilmu, sebagai rujukan pengkaji masa akan datang.

Gambar 76~ Kawasan paya yang terdapat di Lembah Burung, menjadi tumpuan hidupan liar mencari makanan.

Ia tidak seharusnya terbatas hanya kepada pelajar institusi pengajian tinggi tetapi kepada sesiapa sahaja yang cinta pada ilmu. Sokongan Geran Pendidikan ini memungkinkan warga tempatan menjadi pakar dalam bidang yang dikaji. Samada bidang Tumbuhan Hutan, Serangga, Ikan, Ampibia, Reptilia , Mamalia , Tumbuhan Lumut, Hidupan Paya Tanah Tinggi dan apa-apa yang berkaitan tajuk pembelajaran alam sekitar. Kemungkinan untuk menjumpai spesies hidupan yang baharu adalah sangat besar kerana banyak tempat masih belum diterokai oleh pengkaji. Setiap warga tempatan harus memandang Hutan Khazanah Alam Semulajadi itu sebagai Ilmu Pengetahuan yang harus di pelajari dan disayangi. Musnah Khazanah Alam Semulajadi maka hilanglah Ilmu Pengetahuan. Hilangnya Ilmu Pengetahuan maka, itu satu kerugian yang nyata dan teramat sangat.

Warga tempatan seharusnya mempunyai perasaan cemburu dan iri hati dengan pelajar , pengkaji warga Singapura dan pihak Universiti disana. Contohi mereka dari aspek kesungguhan memperkayakan ilmu pengetahuan Biodiversiti Khazanah Alam. Di negaranya bahan yang hendak dikaji sangat terbatas, namun begitu mereka mempunyai kumpulan pakar yang ramai dalam bidang yang dinyatakan. Mereka mempunyai ramai pakar-pakar dalam bidang tertentu, hasil daripada kajian Khazanah Alam yang diperolehi dari dalam hutan negara kita. Sampel-sampel tumbuhan, Rama-rama, Kumbang, Reptilia, Ikan, Mamalia yang diambil dari negara kita disusun atur dan disimpan dinegaranya untuk kajian lanjut oleh pelajar dan pengkaji mereka. Sehinggakan warga tempatan merujuk pula kepada mereka berkaitan Khazanah Alam yang terdapat di dalam Hutan kita.

Sehingga sekarang belum ada lagi pengganti warga tempatan yang berwibawa dan berjasa dalam bidang Biodiversiti Khazanah Alam seperti Allahyarham Muhammad Nur dan Allahyarham Fauzi Husin yang boleh dimegahkan. 


PENGHARGAAN~ Setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kepada Saudara Bukhari Bin Mat@ Bob Tourist, Saudara Wan Abdullah Wan Yakub @ Krabu Saree, Saudara Shafie Bin Sidek @Pok Ed dan Ayoh Mie daripada Persatuan Malim Gunung Kelantan diatas jemputan bagi melakukan  bancian burung disini. Bancian ini tidak akan berhasil tanpa bantuan dan kemahiran mereka menjelajahi ketika menemani saya di kawasan hutan yang jarang diterokai.


Gambar 77
Gambar 78~Bersama ahli Persatuan Malim Gunung Kelantan
Gambar 79

Gambar 80

Ucapan terima kasih kepada Dr. Rosli Ramli kerana membantu membuat pengenalan spesies Rama-rama. Ucapan terima kasih kepada Saudara Khairul Marwan kerana membantu membuat pengenalan spesies Serangga Ranting. Ucapan terima kasih kepada Saudara Wan Abdullah Wan Yakub@Krabu Saree dan Saudara Ayoh Mie yang membantu membuat pengenalan tapak-tapak haiwan yang dijumpai. Ucapan terima kasih kepada Saudara Shafie Bin Sidek@ Pok Ed dan Bukhari Bin Mat @Bob Tourist kerana membantu membuat pengenalan spesies ikan.



RUJUKAN

Nur Huda Mohd Jamin & Mohd Rozi Umor ~ Kajian Geokimia Ke atas batuan Granit Noring Dan Leukogranit Kenerong Di Kampong Renyok Jeli Kelantan 2001.

Avelinah Julius, Yeo Tze Leong & Ruth Kiew~Conservation Malaysia Buliten issue no 7 2008

WWF ~ Gunung Stong State Park, Kelantan Preliminary Management Plan~2009

Chong,M.H.N. June 2005, A Brief Survey of Birds as Part of Biodiversity Component in the Preliminiry Management Plan of Gunung Stong State Park Kelantan. A report produced under WWF-Malaysia Project MY 02040 G.WWF Malaysia, Petaling Jaya.

M.Y Chew, T.L Yao, S.Kamarudin, & R.Kiew ~ Exploration, vegetation and a survey of plant life of Gunung Tera, Kelantan Peninsular Malaysia~Malayan Nature Jurnal 2009 61(1)67-120

M.Y Chew, T.L Yao, S.Kamarudin,& R.Kiew~Sphagnum Bog of Kelantan, Peninsular Malaysia~ 30 Okt 2009

R.Kiew & C.L. Lim~Names and new combination For Peninsular Malaysia species of Codonoboea Ridl.(Gesneriaceae)~The Garden Bulletin Singapore 62(2) 253-275.2011

Malaysian Naturalist~ Fauzi Husin, a self taught naturalis who shone~tribute to a man who left us a natural legacy~ Dis 16, 2011.



Maklumat Dan Fakta Sejarah.

Allahyarham Muhammad Nur merupakan seorang Renjer Jabatan Perhutanan yang telah mempelopori usaha mengumpul tumbuhan di kawasan ini sekitar tahun 1924 untuk  kajian dan dikatologkan. Beliau telah mendahului orang lain 10 tahun terdahulu, sebelum pakar  Tumbuhan Warga Inggeris En.Symington  mengikuti usaha Allahyarham Muhammad Nur ditahun 1934.

Allahyarham Fauzi Husin seorang Aktivis Khazanah Alam Sekitar telah mengumpul dan menjumpai beberapa spesies tumbuhan baharu di kawasan Hutan Simpan Stong dan telah meninggalkan jasa besar dalam bidang ini.



2 comments:

  1. Tahniah tuan. I'm very proud to be yr fren.
    Satu kajian dan penemuan yg sangat berguna utk masyarakat dan juga generasi2 yg akan datang. Semuga usaha mulia tuan ini mendapat ganjaran dari Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Tahniah tuan. I'm very proud to be yr fren.
    Satu kajian dan penemuan yg sangat berguna utk masyarakat dan juga generasi2 yg akan datang. Semuga usaha mulia tuan ini mendapat ganjaran dari Allah swt.

    ReplyDelete