Imbauan Kenangan Manis
Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Kuantuan Satu, Kuala Lumpur.
Pada 30 Julai 1960, Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah telah merasmikan Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Kuantan Satu, Jalan Kuantan Kuala Lumpur. Sekolah ini telah di bina dalam Daerah Titiwangsa diatas tapak Lot No: 101 yang mempunyai keluasan 2.1 ekar.
Gambar 1 |
Mengikut dokumen lama yang disimpan, Guru Besar pertama untuk Sekolah
JKS 1 ini ialah Encik Phang Piang Fah. Beliau telah menjawat jawatan itu
selama hampir 16 tahun, iaitu sejak dari awal lagi , ketika menumpang
bilik darjah di Sekolah Jalan Batu Satu (1) , Jalan Raja Laut , Chow Kit
Kuala Lumpur. Encik Phang Piang Fah menyandang jawatan Guru Besar
sehinggalah beliau bersara pada tahun 1976. Sementara menunggu
pelantikan Guru Besar baharu oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ,
jawatan Guru Besar sementara telah diwujudkan. Jawatan Guru Besar
Sementara itu disandang oleh Cikgu P. Rajindran yang telah memangku
jawatan Guru Besar sehingga tahun 1981. Selepas itu Encik Muhammad Bin
Omar pula telah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah JKS 1, berdasarkan urusan
terakhir saya dengan pihak Sekolah JKS 1 pada sekitar tahun 1981.
Gambar 2~Lencana Asal Sekolah yang berwarna kuning. |
Saya telah meninggalkan Sekolah JKS 1 ,sudah hampir 40 tahun sejak tahun 31 Disember 1977. Selepas tarikh itu rakan-rakan sedarjah dan sekolah masing-masing telah membawa haluan sendiri untuk menjadi manusia. Pada ketika itu pandai-pandai lah untuk meneruskan kehidupan samada dalam bentuk yang dipilih atau menjalani kehidupan sekadar mengikut hanyutan deras gelombang arus kehidupan.
Gambar 3~Sijil Tamat Pelajaran Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu. |
Gambar 4~Muka belakang Sijil Tamat Persekolahan |
Pada ketika itu sistem perhubungan hanya terhad kepada hubungan surat menyurat atau pun menggunakan talian talipon awam. Dengan alasan yang dinyatakan itu maka hubungan silaturahim antara rakan-rakan sedarjah serta guru-guru telah terputus, adalah boleh dimaafkan. Apatah lagi masing-masing sudah selesa dengan mempunyai kumpulan rakan-rakan sedarjah yang baharu di Sekolah Menengah, kemudian rakan-rakan di Universiti dan rakan-rakan sekerja.
Gambar 5~Barisan Guru-guru yang mengajar pada tahun 1968. |
Tenaga Pengajar pada September 1968
Duduk dari kiri ke kanan.
Puan Low, Puan Amar Singh, Puan Ommen, Encik Phang Piang Fah ( Guru Besar ), Cik Moi,Cik Tan, Puan Cheong, dan Puan Kraal.
Berdiri ditengah dari kiri ke kanan
Encik Chong, Encik Chow, Cik Mary, Puan Singh, Cik Pathma, Cik Teh, Cik Sheila, Encik Yong dan Encik Chye
Berdiri dibelakang dari kiri ke kanan
Encik Leong, Encik Hamid, Encik Singam, Encik Lam, Encik Amran Hamid, Encik Victor, Encik Mokhtar, Ustaz Tumadi dan Encik Ahmad Janor
Gambar 6~Keadaan Sekolah yang baharu siap dibina, dimana tembok penghadang jalan menuju ke Maktab Perguruan belum dibina lagi. |
Tempoh
40 tahun tanpa khabar berita antara satu dengan yang lain itu sangatlah
panjang dan tidak mengapa untuk kita tidak menyambung kembali ikatan
silaturahim sedarjah. Kerana jalinan perkenalan itu cuma selama 6
tahun sahaja itupun ketika zaman kanak-kanak. Jika diabaikan sama sekali pun
tidak mengapa dan tidak mendatangkan sebarang kesan yang membawa
ancaman dosa.
Gambar 7 |
Hubungan
dengan Guru-guru pula langsung terputus terus, sehinggalah sekarang. Entahkan
hidup , entahkan sudah meninggal dunia. Jikalau masih hidup, hendaknya
mereka semua gembira, sihat dan tidak kesunyian dek ditinggalkan oleh
anak-anak atau waris. Andaikata terjumpa pun belum tentu cikgu-cikgu ini
akan mempunyai daya ingatan untuk mengingati setiap wajah anak-anak
muridnya yang terlalu ramai. Apa yang penting pada kita , sentiasalah
memperkenalkan diri dan ucapkan terima kasih kepada mereka, walaupun
mereka sudah tidak mengenali diri kita, jika terjumpa. Kerana perbuatan
ini adalah baja kepada kegembiraan kepada hati bekas Guru kita.
Gambar 8 |
Jadi
mengapa saya ingin mengenang kembali zaman kanak-kanak yang sudah
lenyap ditelan oleh zaman. Apa faedahnya untuk diri.? Adakah hanya
sekadar ingin mengetahui kisah penghujung untung-rugi nasib rakan-rakan
secara tersembunyi. Atau seronok untuk memberi tahu rakan-rakan akan
kisah-kisah gemilang penghujung diri sendiri secara berhelah. Atau
macam-macam lagi niat-niat tersembunyi yang tidak wajar dizahirkan.
Gambar 9 |
Sebenarnya
semua contoh dan andai-andai yang dinyatakan itu bukanlah tujuan saya,
untuk mengenang kembali kisah silam zaman kanak-kanak semasa di Sekolah
Rendah. Tetapi secara peribadi ia bertujuan hanyalah untuk mengulang
kembali mengecapi perasaan merasa seronok ketika merasa seronok semasa
zaman kanak-kanak dahulu. Pada hemat saya, perasaan seronok mengenang
zaman silam itu adalah, seperti kita merasa seronok dan bergembira
apabila Pasukan Bolasepak yang kita sokong itu menang , menang dan menang
lagi menang. Ia boleh dirasai samada secara bersendirian ataupun
bersama rakan-rakan sealiran. Itu sahaja. Tidak ada perkara lain daripada itu.
Gambar 10 |
40
tahun satu jangka masa yang sangat lama, banyak perubahan telah berlaku
dari sudut pembinaan Sekolah itu sendiri. Jikalau kita mengunjung kembali ke Sekolah
JKS 1 sekarang, seolah-olah tempat kita belajar dahulu bukannya sekolah kita. Agak sukar untuk menjelmakan kenangan lampau ketika bermain-main, bersukan
dan melakukan berbagai kelakuan nakal di sekolah itu dahulu. Tidak langsung dapat saya merasakan sesuatu yang indah sepertimana yang
diangan-angankan.
Gambar 11 |
Baru-baru
ini saya telah mengunjungi Bapa Saudara saya , pangkat Pak Ngah iaitu
Cikgu Amran Hamid @ Cikgu Asya'ari . Beliau merupakan bekas Guru yang
pernah mengajar di sekolah tersebut pada sekitar tahun 60an. Beliau jugalah yang membantu Arwah Bapa memasukkan saya belajar di Sekolah beraliran Kebangsaan yang mengutamakan pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam pertemuan itu
beliau telah menunjukkan beberapa koleksi gambar-gambar Bangunan Sekolah JKS 1
yang asal, yang dirakamnya dahulu . Koleksi gambar-gambar kegiatan disekolah pada waktu itu telah mendatangkan rasa seronok sehingga terfikir ingin dikongsikan perasaan itu dengan rakan-rakan yang lain. Dengan mudah imej-imej
tersebut telah mendatangkan imbauan kenangan lampau yang indah bersama
rakan-rakan sedarjah. Segala peristiwa yang telah lupa, bangkit kembali
sedikit demi sedikit didalam kutubkhanah ingatan saya.
Gambar 12 |
Kenangan
melihat dari tingkap bilik darjah dengan memandang ke arah padang sekolah
cukup mendamaikan pada ketika itu. Menggelamun sementara menunggu guru masuk ke dalam bilik darjah timbul kembali. Pada masa itu pemandangan kearah kawasan padang sekolah dan bangunan Maktab Perguruan, tidak diiringi oleh semua masalah dunia. Fikiran pada ketika itu jelas sangat senang
dan hati bebas dari semua masalah. Seolah-olah peristiwa itu baru sahaja
berlaku, ibarat seperti mimpi dan membuatkan saya senyum kesenangan hati.
Gambar 13 |
Ketika Cikgu mengajar, semua murid-murid dikehendaki duduk
diatas lantai bertujuan pelajar dapat melihat apa yang ditulis olehnya dari dekat di papan hitam. Semua murid-murid terpaksa
mendonggak memandang papan hitam, untuk melihatkan mata pelajaran yang ditulis
dengan menggunakan kapur tulis dan dipadam dengan pemadam. Bila Cikgu
memadam tulisan dipapan hitam, mana-mana murid yang duduk dihadapan
kadang-kadang terpaksa terhidu debu kapur.
Gambar 14 |
Duduk dibahagian hadapan dari kiri ke kanan
Azahar, Chow Yong Fatt, Yong Fan Tham, Terlupa , Yong Hong Guan, Saya, Amin, Zulkifli, Terlupa dan Leong Poh Seng.
Duduk diatas kerusi dari kiri ke kanan
Terlupa, Jamilah, Zuraidah, Moi Sok Ling, Asmah, Mazni, Norhayati, Nor Hisyam, Raja Nor Arbayah, Terlupa, Rosmawati
Berdiri dibahagian hadapan dari kiri ke kanan
Abi George,Terlupa, Amir Hamzah, Abdul Rahman, Terlupa, Terlupa, Zaidi Mat Jaya,Terlupa, Terlupa, Terlupa ,Terlupa.
Bahagian belakang Sekali Dari Kiri ke Kanan.
Zainuddin, Zulkifli Ishak, Terlupa, Terlupa, Zamani Abas, Halim, Jasmi,Terlupa, Azahar, Alias Kamaruddin, Zamrud, Terlupa.
33 pelajar lelaki 11 pelajar perempuan
Gambar 15 |
Court Badminton@Sepak Takraw dan kantin sekolah juga banyak mendatangkan kenangan kepada saya kerana saya banyak menghabiskan masa dengan bermain-main bersama rakan sekolah. Boleh dikatakan persiapan untuk bermain menjadi keutamaan daripada persiapan untuk pelajaran. Bermain Guli, Gasing, Getah, Tepuk Kertas , bermain Police and Thief, Galah panjang serta Teng Teng. Pelajar perempuan pula bermain lompat getah dan batu seremban.
Di Kantin itu dapat saya bayangkan suasana waktu rehat, dimana saya dan pelajar lain berebut-rebut membeli Jajan , dan membeli Tikam. Rakan sedarjah pasti akan terkenang akan nasi lemak Ahmad Daud yang dibawanya dari rumah untuk dijual kepada rakan sedarjah.Nasi Lemak Ahmad Daud laris dan siapa lambat maka terpaksa menunggu peluang keesokan harinya.
Gambar 16 |
Setiap pagi hari Isnin, Cikgu Miss Moi akan bermain Piano mengiringi pelajar menyanyi lagu Kebangsaan Malaysia , Negara Ku, diikuti nyanyian lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Jalan Kuantan 1. Entah bagaimana bunyi irama dan rentak lagu sekolah itu, tidak dapat diingati lagi.
Gambar 17 |
Lagu Sekolah
Suci usaha dan setia
Cogankata yang murni
SK Jalan Kuantan 1
Yang kami banggakan
Kami anak-anak watan
Mengerat perpaduan
Hormat menghormatlah sesama
Mencapai tujuan
Tunjukkan bakti mari berusaha
Tunjuk kemajuan kita
Tunjukkan taat dan didikasi
Sekolah yang dicintai
Suci usaha dan suci
Itulah pegangan kita
SK Jalan Kuantan 1
Tempat menuntut ilmu
Gambar 18 |
Gambar 19 |
Gambar 20 |
Gambar 21 |
Gambar 22~Tandatangan Cikgu Hamid dakwat berwarna biru dan Guru Besar berwarna hitam |
Pada saya Temasya Sukan Tahunan, banyak memberi kenangan manis berbanding dengan pelajaran, kerana sejak tahun 1974 lagi, saya telah dapat merasakan nikmat kegembiraan mendahului melepasi garisan penamat dalam sukan larian deras 100 meter dan acara lain. Mewakili Rumah Kuning sejak 1975 hingga 1977. Dalam tempoh tersebut banyak pingat telah berjaya diraih dan ianya masih dalam keadaan baik.
Gambar 23 |
Semasa di darjah 6 tahun 1977, pasukan Bolasepak Rumah Kuning telah
menjadi Juara Bolasepak dalam kejohanan Bolasepak antara Rumah Biru,
Merah dan Hijau. Masih ingat lagi dikawasan pengaja gol ada satu lopak
yang besar dihadapan pintu gol yang menyusahkan pemain untuk
menjaringkan gol. Setiap kali bermain bolasepak pakaian sukan akan
lencun disebabkan terpaksa meredah lopak-lopak diatas padang.
Gambar 24. Bukti saya adalah ahli Persatuan Anak Serigala " Pengangkap " |
Gambar 25 |
Gambar 26 |
gambar 27 |
Gambar 28 |
Gambar 29 |
Gambar 30 |
Terlalulah
banyak kenangan yang berpusu-pusu keluar dari kutubkhanah ingatan saya,
dan tidak dapat diceritakan semua. Memadailah ianya hanya bermain-main
dalam ruang legar panca indera fikiran yang menghiburkan diri sendiri.
Gambar 31 |
Kepada teman sedarjah atau pun bekas pelajar Sekolah JKS 1, layanlah
kenangan perbadi dan nikmati kenangan lalu itu, untuk mendatangkan
keseronokan diri sendiri. Keseronokan yang tidak perlu mengeluarkan
tenaga atau pun wang ringgit. Hanya sekadar melihat sepintas lalu
sahaja akan imej-imej lampau ini.
Gambar 32 |
Perlu diingati 40 tahun yang lalu, sedalam mana kasih sayang ibubapa
terhadap kita, namun mereka tidak berupaya menghadiahkan imbasan
kenangan seperti imej-imej ini. Kerana diwaktu itu tidak ramai yang
berkemampuan memiliki alat rakaman kamera dan mempunyai banyak masa
untuk bersama-sama kita disekolah. Tambahan lagi tidak ramai ibubapa akan menganggap imej -imej ini akan menjadi penting pada suatu masa kelak.
Gambar 33 |
Saya sangat menghargai rakaman imej seperti ini, kerana orang yang merakam imej ini telah mempunyai wawasan sejak 40 tahun yang lepas. Akan sampai waktunya imej yang dirakam ini akan membuat insan seperti saya merasa senang hati apabila melihatnya. Saya turut menghargai kesungguhan beliau menjaga imej ini dalam keadaan yang sangat baik. Yang pastinya di Arkib Negara tidak menyimpan semua imej-imej lampau ini.
Gambar 34 |
Gambar
5, Gambar 6, Gambar 7, Gambar 8, Gambar 9, Gambar 10, Gambar 11, Gambar
12, Gambar 13, Gambar 15, Gambar 16, Gambar 23, Gambar 27, Gambar 30
,Gambar 31,Gambar 32 dan Gambar 33
Gambar 35~ Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan saya, walaupun hari sudah lewat malam. |
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pak Ngah Amran @ Cikgu Amran
kerana telah mempunyai wawasan 40 , 50 tahun yang lalu ketika merakam ,
menjagai, menyimpan dengan baik semua imej-imej yang dikongsikan ini.
Perkongsian imej secara percuma ini telah mendatangkan kesenangan dan
kesukaan hati kepada ramai bekas pelajar Sekolah Jalan Kuantan 1 .
Gambar 36 |
Terdiri dari berbagai lapisan keturunan Melayu, Cina, India, Punjabi ,Serani dan Iban. Dari lubuk hati yang dalam, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan sangat menghargainya kerana telah memberi kebenaran untuk merakam kembali imej-imej milik simpanannya untuk dikongsi dengan bekas pelajar Sekolah Jalan Kuantan Satu, Kuala Lumpur. Wasalam.
salam
ReplyDeleteseronoknya saya dapat tenguk gambar sekolah rendah saya ni. Izinkan saya ambik gambar dari blog tuan yer untuk masuk dalam blog saya. Terima kasih
Terima kasih atas catatan tuan mengenai sekolah ini.Saya adalah pelajarnya dari 1961- 1966..memang banyak kenangan manis ketika itu..dari lombong di hadapan sekolah,skrg dah menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.semuga sekolah ini terus maju kehadapan.Tks.
DeleteWow betul betul saya teringat kenangan manis masa saya belajar disana
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi kenangan lama. Saya merupakan murid SRK Jalan Kuantan 1 (1962 - 67) Pernah terserempak dengan En Phang ketika berjogging di Lake Garden lebih 30 tahun dulu. Pernah bertemu Pn Kraal yang menjadi pengusaha Underground Pub di Jalan Batai, Damansara sekitar 1976. Mereka sungguh gembira bila saya tegur mereka dan kenalkan diri saya. Sehingga sekarang (2023) saya masih berhubung rapat dengan 2 orang rakan darjah satu dulu.
ReplyDeleteSeronok baca....tengok gambar teringat...sy di JKS tahun 1983-1986 (darjah 3J-6J)
ReplyDelete