Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati (SMKTM) Mengekalkan Kejuaraan MSSD Gombak 2017
Syabas Tahniah Dan Terima Kasih Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang
Saya menulis kisah ini kerana menghargai jasa Jurulatih anak-anak saya dan ingin mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah saya kepada Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang. Sebelum ini anak-anak perempuan saya tidak pernah merasai nikmat memenangi pingat emas di peringkat Daerah Gombak tetapi pada kejohanan kali ini mereka masing-masing memperolehi 2 pingat emas dan 2 pingat gangsa.
Emas yang disumbang itu sedikit-sebanyak membantu jumlah pungutan pingat
keseluruhan SMKTM untuk mengekalkan kejuaraan MSSD Daerah Gombak
untuk tahun 2017. Pingat emas itu datang bukan dengan mudah tetapi
datang dengan siri latihan-latihan yang keras. Beliau melaksanakan
tugasnya atas dasar minat yang mendalam bukan kerana terpaksa ataupun
satu tanggungjawab. Beliau ingin memajukan anak-anak muridnya supaya
cemerlang dalam bidang sukan di peringkat yang tertinggi, sedapat
mungkin.
Senarai 41 buah Sekolah-sekolah daerah Gombak yang mengambil bahagian didalam Kejohanan Balapan & Trek MSSD Gombak 2017. |
Selaku seorang jurulatih yang mempunyai rekod
cemerlang dan berdedikasi seperti Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang, kebiasaannya Jurulatih
Sukan itu mempunyai sifat Ketagihan melihat dan merasai kemenangan yang
mendalam. Beliau berterusan ketagihan menikmati dan merasa kemanisan
melihat wajah anak-anak didiknya mengecapi kemenangan. Kesedapan ini
adalah satu nikmat yang tidak dapat dizahirkan dengan perkataan atau
lisan. Hakikatnya kemanisan itu tidak dapat dibeli dengan nilai wang
ringgit.
Panji Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak. |
Usaha beliau berpuloh tahun yang dilakukan
selama ini telah dapat menyediakan bakat-bakat untuk negara kita supaya
dapat dipertengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Telah ramai
pelajar atlit dari Sekolah Menengah Taman Melawati yang telah berjaya
mewakili negara dalam sukan antarabangsa.
Puan Guru Besar yang datang untuk memberi sokongan Moral kepada anak-anak muridnya. |
Bukti
beliau sangat disenangi oleh anak-anak didiknya dijelaskan dengan
begitu ramai bekas pelajarnya memberi sokongan moral ketika pertandingan
tahunan itu. Beberapa bekas pelajar mencari masa untuk melakukan
bantuan sukarela menjadi pembantu Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang menyusun atur dan
mempersiapkan para atlit untuk mendaftar sebelum sesuatu acara
dijalankan. Usaha ini dapat meringgankan beban Cikgu Phang yang sibuk
memantau semua atlitnya di Trek dan balapan.
Usaha
ini telah menjadi budaya sihat yang telah diterapkan oleh Phuang Leun Lok@ Sir Phang
sejak dulu lagi dari mas kesemasa. Pada seusia muda mereka cukup
berpengalaman untuk menjalankan tugasan tanpa disuruh oleh sesiapa.
Memberi sokongan dan tepukan pada kepada setiap atlit yang bertanding didalam apa jua acara yang dipertandingkan. |
Pada
Kejohanan Balapan dan Padang Majis Sekolah-sekolah Daerah Gombak 2017
ini seperti yang diazamkan SMK Taman Melawati telah mengekalkan
kejuaraan, dengan merangkul 22 buah pinggat Emas. Jumlah kutipan pingat
Emas telah berkurang sedikit sebanyak 8 buah pingat Emas daripada jumlah
kutipan Emas tahun 2015 iaitu 30 buah pingat Emas. Perkara ini telah
dijangkakan kerana Sekolah-sekolah lain juga ingin berjaya dengan
melipat gandakan latihan serta meningkatkan aspek teknikal sains sukan mereka.
Perkembangan
sihat ini adalah satu cabaran kepada Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang untuk melipat gandakan
usahanya bagi memilih dan menyediakan atlit-atlit untuk kejohanan akan
datang. Tentu sekali beliau ingin mengekalkan prestasi kecemerlangan
SMK Taman Melawati selama mungkin. Perkara besar yang dihadapi oleh
Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang adalah dari atlitnya itu sendiri. Berlatih dengan tidak
jujur kerana takut untuk muntah. Ada juga atlit yang berlatih tidak
bersungguh-sungguh dan ada yang kerap ponteng pada sesi latihan.
Kesannya
itu semua dapat dinilai ketika pertandingan sebenar dijalankan, dimana
ramai atlit yang mengalami kekejangan sejurus sahaja acara perlumbaan
berakhir. Keadaan ini disebabkan atlit mempunyai semangat juang yang
terlalu tinggi untuk menang, tetapi tidak mempunyai ketahanan fizikal
badan yang seimbang dengan kekuatan semangat. Masalah yang berlaku ini
bukan lagi tanggungjawab seorang Jurulatih, tetapi ia adalah
tanggungjawab seorang atlit.
Selama
ini beban itu digalas secara bersendirian dan senyap oleh Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang,
namun pun begitu beliau masih berupaya membawa SMK Taman Melawati
menjadi Juara setiap tahun. Pengurangan jumlah pingat emas pada tahun
ini tidak boleh dilihat sebagai satu kegagalan tetapi ia satu
kecemerlangan disebabkan faktor-faktor yang dinyatakan diatas.
Semua
pihak yang terlibat harus menyokong dan menjulang usaha Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang
memajukan sukan SMK Taman Melawati. Ibubapa seharusnya sentiasa memberi
sokongan moral kepada anak-anaknya mendorong dan membantu menghantar ke
sesi latihan pada masa yang ditetapkan. Ibubapa harus bersungguh-sungguh mencari masa
untuk hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka dihari pertandingan diadakan.
Disana
ibubapa dapat berkongsi menikmati kemanisan kemenangan bersama-sama
anak-anaknya. Disana juga ibubapa akan berkongsi kepahitan anaknya
merasa tewas. Tidaklah seorang atlit itu berseorangan merasa pahit ketewasannya
dan tidak dipulihkan semula semangatnya. Mujur Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang telah menyuntikkan semangat setiakawan dikalangan semua atlitnya supaya memberi sokongan dan membantu dengan tidak berbelah bahagi.
Aksi-aksi Atlit Sekolah Menengah Taman Melawati Sedang Bertanding.
Boleh dikata semua atlit dibawah didikan Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang telah berjaya melepasi acara peringkat saringan, dan mereka berjaya beraksi dalam pertandingan akhir.
4 x 400
400 meter akhir gangsa
400 meter lelaki akhir
1500 meter
Gangsa
Lari 200 meter lari berpagar~ Juara
Juara 4 x 100 meter
Juara 4 x 400 meter Perempuan
Aksi Gangsa Acara Lompat Jauh Perempuan Akhir
Acara akhir ini sepatutnya berlangsung hari sebelumnya tetapi atas faktor cuaca hujan lebat ia telah dijalankan bersama-sama acara akhir 4x100 meter dan 4 x 400 meter akhir pada hari yang sama. Atlit T 3661 beraksi dalam keadaan kaki yang sakit kekejangan ketika membuat lompatan. Namun begitu beliau masih mampu menghadiahkan pingat gangsa untuk pungutan pingat SMK Taman Melawati. Keadaan yang dialami telah menjejaskan kutipan pingat Emas dalam acara ini.
Aksi Pingat Emas Acara 4 x 400 meter Perempuan Akhir.
Aksi 4 x 400 meter Lelaki Akhir yang hanya berjaya menduduki tempat ke 4
Dalam Acara ini Pasukan SMK Taman Melawati dijangka mendapat pingat emas tetapi pada 100 meter terakhir pada pusingan ke empat pelari T 1366 selaku pemegang batun terakhir telah hilang keupayaan serta sisa-sisa semangat untuk meneruskan lariannya sehingga ia dipintas oleh 2 peserta dari pasukan sekolah lain. Usaha dan kesungguhan bermati-matian 3 rakan pasukannya itu pada permulaan larian dilihat seperti disia-siakan. Barang kali pada ketika itu beliau telah mengetahui bahawa Sekolah lain tidak dapat memintas punggutan pingat Emas, maka tidak perlu ia bermati-matian mempertahankan kedudukan pada tempat yang pertama itu.
Semangat untuk menang jelas kelihatan pada wajah Atlit T1361 yang dari jauh berharap rakan pasukannya dapat mengekalkan kedudukan pada tempat pertama. |
Sejurus menerima batun dari Atlit T1369 , Atlit 1361 mengorak langkah deras memecut laju untuk mendapatkan kelebihan untuk rakan berikutnya. |
Pada 100 meter terakhir Atlit T 1361 masih berkedudukan ditempat ke 2, dibayangi oleh Atlit A1002. |
Demi memperolehi kelebihan kepada rakan seterusnya Atlit T 1361 dengan bersemangat mengerah sisa-sisa tenaga untuk memintas Atlit A 1002. |
Walaupun ia diberi saingan yang hebat, namun sifat kedegilan yang tidak mahu tewas itu yang kuat, beliau telah berjaya memintas persaingannya seterusnya mendapatkan kelebihan untuk rakannya. |
Saat berlari dengan menggunakan semangat dan sisa-sisa tenaga. |
100 meter dan 200 meter akhir
Menduduki ditempat yang ke 5 dari 6 peserta pada larian peserta pertama. |
Walaupun Atlit T 1365 ini mempunyai larian deras acara jarak jauh, namun beliau tidak berupaya mengejar pesaingnya yang telah jauh meninggalkan dalam acara 4 x 400 meter lelaki akhir. |
Majlis penutupan Kejohanan Balapan & Pandang MSSD Gombak oleh Encik Sajoli Bin Masdor |
Atlit pelari jarak jauh yang memenangi pingat emas dalam beberapa acara.Syabas dan tahniah. |
Emas Acara 200 meter pecut Akhir |
Aksi Cemerlang Atlit T2361 SMK Taman Melawati 2017 |
Memenangi Emas acara 100 meter pecut perempuan akhir. |
T 2361 memenangi Emas dalam Acara 400 meter perempuan akhir meninggalkan pesaing terdekatnya pada jarak 3 meter. |
Atlit T 2361 SMK Taman Melawati dipapah oleh rakan-rakannya untuk menerima Piala Olahragawati Kejohanan. |
Tahniah kepada Olahragawan keseluruhan |
Semasa kejohanan sedang berlangsung bekas pelajar Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang datang memberi sokongan |
Kumpulan bekas pelajar mengelilingi Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang setelah tamat upacara penyampaian hadiah. |
Bekas-bekas pelajar yang datang merayakan kemenangan bekas Sekolah mereka bersama Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang. |
Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar diwajah Cikgu Phuang Leun Lok @ Sir Phang. |
Guru Besar SMK Taman Melawati, Puan Zarina Binti Mahmud turut hadir meluangkan masanya memberi sokongan padu kepada kejayaan anak-anak muridnya. |
Cikgu Phuang Leun Lok @ Sir Phang diapit oleh Atlit adik beradik. |
Penulis berkongsi gembira bersama Cikgu Phuang Luen Lok@ Sir Phang . |
Mengabadikan Kenangan menjulang Piala Pusingan Kejohanan. |
Cikgu Phuang Leun Lok@ Sir Phang menjulang Piala Pusiangan diapit oleh Guru-guru. |
No comments:
Post a Comment