Pengenalan Jantina Jantan & Betina Burung Belekok Balau~Bulbulcus ibis (Cattle Egret )
Belekok Balau~Bulbulcus ibis- ( Betina Bukan Musim Mengawan ) |
Ciri Burung Jantan Diluar Musim Mengawan.
Buluhias pada bahagian kepala, leher dan belakang badan berwarna perang cair, dan bahagian lain berwarna putih melepak.
Keseluruhan warna paruhnya berwarna kuning oren , kulit disekitar mata berwarna keputihan.Iris mata berwarna
jernih keputihan mengelilingi mata hitam. Keting kaki dan jari kakinya berwarna hitam.
Belekok Balau~Bulbulcus ibis- ( Betina Bukan Musim Mengawan ) |
Ciri Burung Betina Diluar Musim Mengawan.
Hampir keseluruhan bulu hiasnya berwarna putih melepak.
Cuma ada secalit dua sahaja warna kekuningan cair dibahagian muka burung.
Keseluruhan warna paruhnya berwarna kuning oren , kulit disekitar mata berwarna keputihan. Iris mata berwarna
jernih keputihan mengelilingi mata hitam. Keting kaki dan jari kakinya berwarna hitam.
Belekok Balau~Bulbulcus ibis ( Jantan Bukan Musim Mengawan ) |
Burung Ketika Dalam Mood Musim Mengawan.
Burung Jantan disebelah kiri dan Burung Betina disebalah kanan. |
Burung Jantan bertenggek dibahagian atas dan betina dibahagian bawah. Pasangan ini sedang melakukan upacara tarian buluhias untuk menarik perhatian calon pasangannya. |
Ciri Perihal Burung Jantan Ketika Bersedia Untuk Mengawan
Setelah
usia burung meningkat matang dan
bersedia pula untuk menjalani proses
mengawan maka secara semulajadi akan berlaku perubahan pada sebahagian
anggota tubuh
burung dan warna buluhiasnya. Warna buluhias bahagian muka, kepala
sehingga ke pangkal leher
berwarna perang pekat. Buluhias di belakang badan juga akan berwarna
perang pekat. Iris mata Burung Jantan akan menjadi warna oren
dan anak mata berwarna hitam. Bahagian
paruh bertukar menjadi 2 warna. Dibahagian hadapan muncung paruh
berwarna oren, manakala pada bahagian pangkal paruh menjadi warna
merah . Kulit berhampiran bahagian
mata dan pangkal paruh menjadi warna biji kundang cair. Pada keting peha
dan keting kaki berwarna kemerah-merahan, manakala jari kaki kekal
berwarna hitam.
Burung Betina |
Siri Burung Sedang Mengawan
Ciri Perihal Burung Betina Ketika Bersedia Untuk Mengawan
Setelah usia burung meningkat matang dan
bersedia pula untuk menjalani proses
mengawan maka secara semulajadi akan berlaku perubahan pada sebahagian anggota tubuh
burung dan warna buluhiasnya. Warna buluhias bahagian muka, kepala sehingga ke pangkal leher
berwarna perang cair. Buluhias dibahagian dagu bawah paruh berwarna putih.Buluhias di belakang badan juga akan berwarna
perang cair. Iris mata Burung Betina akan menjadi warna merah
dan anak mata berwarna hitam. Bahagian
paruh bertukar menjadi 2 warna sama seperti bentuk dan wara burung jantan. Kulit berhampiran bahagian
mata dan pangkal paruh menjadi warna biji kundang cair. Pada keting peha
dan keting kaki berwarna kemerah-merahan, manakala jari kaki kekal
berwarna hitam.
Musim Membuat Sarang
Komuniti burung ini
mengawan dan bertelur sepanjang tahun, dan bukan secara bermusim
sepertimana spesies burung Pemangsa, Merbah dan beberapa spesies lain.
Apabila individu burung itu telah mencapai usia untuk ia mengawan dan
bertelur ia akan mencari kawasan yang bersesuaian untuk mencari
pasangannya. Individu burung akan berada dikawasan tempat banyak
burung-burung
berkumpul dan bersarang. Dengan keadaan muka berwarna-warna, dan
berlainan jantina , burung-burung akan melakukan upacara
tarian bulu hias. Upacara tarian bulu hias dilakukan secara kerap
berulang-ulang kali dihadapan calon
pasangan masing-masing. Keadaan perubahan ini bertujuan menarik
perhatian calon pasangannya untuk tertarik antara satu sama lain .
Setelah
mempunyai pasangan, masing-masing akan mencari tapak yang sesuai untuk
mengawan seterusnya membina sarang. Bahan-bahan pembinaan sarang adalah
dari jenis ranting-ranting kayu dan tumbuhan menjalar. Burung Jantan
akan datang ke lokasi pembinaan sarang dengan membawa ranting-ranting
dan diserahkan kepada Burung Betina. Maka Burung Jantan akan
berulang-alik kelokasi dengan membawa ranting sehingga sarang mereka
disiapkan oleh Burung Betina. Bentuk sarang yang dibina oleh Burung
Betina adalah seperti mangkuk.
Burung betina sedang mengikat, menyimpul dan mengait tumbuhan menjalar pada ranting-ranting kayu untuk membentuk sarang. |
Setelah siap
pembinaan sarang , Burung Betina mula duduk didalam sarang untuk proses
bertelur dan mengeram. Burung betina akan bertelur antara 2 biji ke 3
biji telur. Dalam tempoh ia mengeram jarang sekali burung betina
dilihat meninggalkan telur yang dieramkannya itu. Adapun tidak burung
betina akan bangun dan berjalan-jalan disekitar sarangnya itu buat
sementara. Jikalau ditinggalkan atau berjauhan dengan telurnya,
kemungkinan besar burung gagak atau Biawak akan datang mencuri
telur-telurnya.
Burung Betina sedang mengeramkan telurnya. Pada ketika itu perubahan warna pada paruh, mata, warna kulit bahagian mata telah bertukar ke warna asalnya kembali. |
Anak-anak Burung Belekok Balau-Bulbulcus ibis
No comments:
Post a Comment