Tuesday, 9 May 2017

Menjadi Tua Diatas Motosikal..


Jom Kembara Bersama

Pengembaraan biasanya tidak dibuat perancangan terlebih dahulu , kerana khuatir  akan ada desakkan keperluan disaat akhir daripada urusan keluarga. Bila ini berlaku, maka  segala rancangan itu akan membantutkan rancangan pengembaraan yang telah dibuat. Jika perancangan dibuat dengan rakan pengembara tentu mereka akan rasa gangguan emosi secara sembunyi dan ini akan mencederakan tali silaturahim.

Tanggungjawab " Jom Kembara Bersama " itu yang pernah dilafaskan itu adalah berat, maka telah mempelawa adik dan seorang rakan pengembara untuk mengembara untuk kali ini. Namun begitu kedua-duanya mempunyai urusan yang lebih utama dari mengembara.

Jikalau difikirkan memang tidak adil kepada mereka kerana pelawaan itu dibuat secara mengejut, kerana setiap orang ada perancangan masing-masing. Dalam erti kata lain , saya berpeluang menyelesaikan urusan keluarga terlebih dahulu kemudian mempelawa mereka secara mengejut. Apa boleh buat , Itulah kelemahan saya. Sebab itu setiap pengembaraan lebih mudah dilakukan secara bersendirian.

Laluan pada kali ini bermula dari rumah ~ ke Raub ~ Lebuh Raya Sungai Koyan ~ Kampong Raja Cameron Highland ~ Gua Musang ~ Jeli ~ Lebuh Raya Grik ~ Kuala Kangsar ~ Ipoh ~ Slim River ~ Kuala Kubu ~ Hulu Yam ~ Melawati, mengambil masa lebih kurang 22 jam . Sepanjang 22 jam perjalanan disajikan dengan berbagai pengalaman untuk dikongsikan dan berfikir.


Langgar Lari di perjalanan Dari Raub ke Tersang

Pada hemat saya pemandu yang melanggar spesies biawak ini memandu dalam sedang leka membalas teks sms,  memandu ketika mengantuk atau sengaja melanggar biawak tersebut. Saiz biawak dewasa malang ini memungkinkan setiap pemandu melihatnya dari jarak 50 meter dan berkesempatan untuk memberhentikan kenderaan. Namun masih malang nasib biawak ini, mati dilanggar oleh kenderaan. Semuanya terpulang pada diri sendiri.










Berkenalan Dengan Pengayuh Basikal Dari Switzerland Di Lebuhraya Sungai Koyan

Ternampak seorang pemuda Eropah yang sedang berkayuh dalam cuaca panas diatas permukaan jalan raya yang mendonggak tinggi. Mendapatkan beliau dan memberi beliau  sebotol air meniral sebagai bekalannya kerana jarak perjalanan untuk sampai ke Pekan Sungai Koyan agak jauh lagi. Fabian Vogt adalah warganegara Switzerland yang sedang melakukan kayuhan solo dari Bandar Hanoi di Vietnam- hingga ke Singapura.  Kayuhan itu dijangka mengambil masa selama 3 bulan dan beliau memperuntukan sejumlah USD 4,000.00. Fabian Vogt baru sahaja selesai pengajiannya dalam bidang perubatan, sebelum memulakan dunia pekerjaan beliau memperuntukan masa 3 bulan untuk mengembara. Itulah cara budaya masyarakat warga eropah menjalani kehidupan untuk melihat dunia secara lebih dekat.















Mensyaki Burung Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger Bersarang Di Hutan Simpan Ulu Jelai, Sungai Koyan.

Melihat seekor burung yang sedang berpusing-pusing diruang angkasa berhampiran dengan sebatang pokok yang telah mati. Diatas pokok itu terdapat sebuah sarang dan dipercayai milik burung Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger. Tidak kelihatan didalam sarang tanda ada kehadiran anak burung. Dipercayai anak burung telah meninggalkan sarangnya pada bulan March atau pun April yang lalu.







Berwaspada Ketika Melalui Lebuhraya Sungai Koyan Di Kilometer 43

Pengguna jalanraya dari arah Sungai Koyan hendaklah memperlahankan kenderaan mereka apabila sampai di Kilometer 43 Tanah Rata, kerana jalanraya disitu berlekok. Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan memperlahankan kenderaan mereka kenderaan mereka boleh melompat secara semulajadi hingga boleh menyebabkan hilang kawalan. Atau tapak kenderaan mereka akan tersagat oleh permukaan jalanraya yang boleh menyebabkan kerosakan komponen kenderaan. Kepada penunggang motosikal harus lebih berwaspada ketika melalui jalan ini yang menjadikan kenderaan melompat terbang secara semulajadi jika dipandu dengan laju. Keadaan ini semua akan bakal mengundang bahaya jika tidak berwaspada. Jika datang dari Sungai Koyan jalan berlekuk itu terletak disepanjang Kilometer 43 dari Tanah Rata. Manakala dari Tanahrata kawasn berlekuk itu bertempat di kilometer 90 dari Kuala Lipis. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati.







Papan-papan Iklan Munafik Di Hutan Simpanan Kekal Lojing Kelantan


Tidak dapat dipastikan siapa yang meletakkan iklan ini, SAYANGI HUTAN KITA . Mengikut maklumat pada iklan itu terdapat 4 agensi kerajaan iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Pusat dan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Boleh jadi ia dipasang oleh agensi kerajaan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Ada juga iklan Anok Kelete Saye Hute yang membawa maksud Anak Kelantan Sayang Hutan. Kenyataan itu langsung tidak mengambarkan Anak Kelantan Sayang Hutan. Jauh panggang dari api. Apa yang berlaku pada Hutan Simpan Lojing dan Hutan Simpanan Kekal Sungai Betis cukup-cukup menduka citakan. Jelas kenyataan didalam iklan itu bersifat munafik. Jelas ini satu pembohongan

Kemusnahan besar-besaran Hutan-hutan disini adalah disebabkan  oleh ada golongan pengkhianat alam sekitar yang telah bermaufakat diantara mereka untuk menjahanamkan Hutan-hutan disini. Permaufakatan secara terancang ini melibatkan banyak pihak. Berdasarkan luas jumlah kemusnahan alam sekitar disini menunjukkan pegawai yang memberi kebenaran adalah dari kalangan orang-orang yang sangat lemah akal dan kurang keupayaan untuk berfikir.

Apa yang mereka lakukan hanya menanda tangani kertas kelulusan tanpa berfikir akan kemusnahan yang bakal berlaku seperti sekarang. Kumpulan Pegawai yang memberi kelulusan kepada petani adalah pengkhianat Hutan dan Alam Sekitar. Mereka langsung tidak mempunyai hati perut, dalam apa yang mereka putuskan itu akan memporak perandakan terlalu ramai masyarakat orang asli disini. Pegawai yang terlibat ini secara terang-terangan telah menganiaya nyawa manusia, seolah-olah mereka tidak mempunyai hak untuk hidup atau mereka adalah dikalangan warganegara kasta yang paling rendah. Perlakuan ini seperti ada persamaan dengan kerajaan negara Israil yang menekan hidup masyarakat Palastin.

Itulah layanan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Kelantan terhadap mereka . Perkara yang berlaku seperti ini membuatkan fikiran menjadi buntu dan tidak terkata.








Iklan Munafik, Sayangi Hutan Kita tetapi sebahagian besar hutan ditebang dan tanahnya ditarah untuk memberi laluan kepada pertanian.








Saujana mata memandang kawasan lembah yang pada satu ketika dulu adalah hutan telah diganti dengan bumbung-bumbung plastik.







Paip pvc bekalan air yang diletakkan didalam longkang diatepi jalanraya untuk indutri pertanian.




Inilah bentuknya sungainya di kawasan Lojing yang dapat dilihat ditepi lebuhraya.


Dimana letaknya akal fikiran pegawai-pegawai yang memberi kelulusan ini.

Kesan limpahan tanah runtuh.

Kawasan pertanian diatas kawasan tinggi memberi kesan malapetaka kepada penduduk orang asli disini.




Tanah runtuh disepanjang lebuhraya yang masih belum dapat dipulihkan.











Permainan Tradisi Yang Hampir Pupus Police And Thief .

Buat masa sekarang saya sudah sangat jarang melihat permainan  Police And Thief dimainkan oleh kanak-kanak zaman sekarang. Jikalau dahulu permainan inilah dimainkan setiap hari sepanjang tempoh pembesaran. Permainan ini mendatangkan leka dan keseronokan kepada kanak-kanak. Zaman sudah berubah , maka permainan ini tidak sesuai dan sudah tidak mendapat tempat lagi dihati kanak-kanak. Kerana mereka telah mempunyai puting yang dinyoyotkan dalam mulut mereka untuk duduk diam berjam-jam lamanya. Talipon tangan yang disediakan oleh ibubapa mereka membuatkan kanak-kanak sekarang terbaring lumpuh bermain permainan sehingga larut malam. Menjadi taksub dan leka melihat benda kecil bergerak didalam talipon tangan mereka.

Permainan ini diwarisi turun temurun melalui kanak-kanak kepada kanak-kanak, bukan dari orang dewasa kepada kanak-kanak. Keseronokan bermain kejar-kejar Police And Thief sebenarnya menanam perasaan setia kawan antara mereka. Perasaan itu akan dibawa sehingga dewasa walaupun mereka telah lama tidak bertemu antara satu sama lain.

Melihatkan wajah-wajah kanak-kanak orang asli yang sedang bermain jelas terpancar akan keseronokan kepada mereka. Nostalgia ketika zaman kanak-kanak dahulu seperti diulang tayang kembali pada layaran minda. Kepada yang pernah bermain kejar-kejar Police and Thief akan bersetuju dengan apa yang saya rasakan. Berkaki ayam, berlenggeng tidak berbaju, duduk diatas tanah, berguling diatas rumput, patuh pada peraturan permainan, tidak boleh main tipu,  dan pandai memilih geng yang kuat berlari.



















Bersendirian Ditengah Lebuhraya Pada Waktu Gelap Malam.

Suasana ini memang sengaja dicari, tidak tahu mengapa, tidak tahu apa yang perasaan akan dapat ketika suasana begini. Hening, senyap, gelap, bintang bertitih-titih dilangit bergemerlipan, merenung bulan, melihat awan dalam gelap. Suasana itu semua mendatangkan perasaan yang menyeronokan kepada saya.
















Kehidupan Orang Asli Suku Temiar 

Apakah kerajaan negeri Kelantan tidak pandai memberi kesedaran kepada kumpulan orang Asli Temiar disini, supaya berusaha mengubah diri mereka menjadi kaum Orang Asli yang maju. Atau kaum orang Asli Temiar ini sendiri, memang mahukan keadaan seperti yang dialami sekarang dikekalkan. Terdapat lebih kurang 20 pondok rumah orang Asli disekitar tepi lebuhraya terletak di 30 kilometer dari Gua Musang. Timbul tanda tanya mengapa kerajaan Negeri Kelantan tidak menyediakan keperluan asas kepada orang asli disini. Mungkin juga Kerajaan Negeri Kelantan atau pihak Jakoa akan memberi alasan keperluan asas tidak dapat disalurkan kerana penempatan mereka itu sentiasa berpindah randah.

Maka hari-hari, tinggalah kumpulan orang asli Temiar ini dalam kegelapan. Setiap hari mereka akan membakar tayar untuk membuat unggun api samada untuk menghalau agas serta nyamuk, dan berdiang memanas badan. Negara Malaysia bersungguh-sungguh bercadang ingin menjadi negara maju pada tahun 2020 tetapi rakyatnya dilayan seperti rakyat berkasta rendah.

Kita masih jauh lagi untuk maju dari berbagai pekara. Kumpulan rakyat berfikiran maju terlalu sangat sedikit dan mereka tidak mempunyai apa-apa kata pemutus dalam segala macam bidang kelulusan. Berbanding dengan kumpulan rakyat yang berfikiran benak yang kekurangan upaya untuk berfikir jumlahnya adalah lebih ramai malah mereka ini pula mempunyai kuasa pemutus dalam meluluskan sesuatu keputusan.

















Berhenti Berehat Dan Makan Malam Di Gua Musang.

Sejak memulakan perjalanan di Kuala Lumpur pada jam 10:45 pagi , ini lah masanya yang sesuai untuk saya dapat berhenti  untuk makan malam. Menu yang disediakan di gerai ini telah mempengaruhi saya untuk berhenti menjamu makan malam, Sup Ayam Kampong.











Jambatan Roboh

Setelah lebih 12 jam menunggang motosikal, saya masih tidak tahu dimanakah lokasi untuk berhenti berehat. Niat dihati bercadang ingin berehat di Hentian Titiwangsa Grik, Perak. Pada waktu ini saya masih berada di daerah Gua Musang. Untuk ke sana saya harus memasuki pekan Gua Musang kemudian pergi  Jelawang, Jeli dan  Hentian Titiwangsa. Dianggarkan lebih kurang 120 kilometer sahaja dan ia mungkin mengambil masa lebih kurang 2 atau 3 jam . Mengharapkan laluan disitu nanti sunyi dan tidak banyak kenderaan.

Ketika sampai di Kuala Krai, mendapati jambatan yang dihanyutkan oleh air bah dahulu masih belum dibaik pulih lagi. Ia ditutup untuk semua kenderaan kecuali motosikal dan perjalan kaki. Dalam kegelapan malam perlahan-lahan meniti menyeberangi jambatan sementara yang dibina dengan besi.






Meratakan Tanah pada Waktu Malam.

Ketika perjalanan menuju ke  Jelawang saya melihat satu keadaan yang jarang dilihat. Sekumpulan pekerja sedang meratakan tanah pada waktu malam dengan Jentolak. Jikalau di bandaraya Kuala Lumpur atau mana-mana bandar keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan. Tetapi keadaan bekerja pada waktu malam sudah menular pula dibahagian pedalaman. Mengapa mereka menjalankan kerja pada waktu malam tidak dapat diagak. Mungkin pada waktu siang jentolak itu telah pun ada orang menyewanya, atau pada waktu siang cuaca tersangat panas atau hujan tidak henti henti.







Singgah di Jelawang

Sampai di Jelawang teringat akan sahabat Saudara Krabu Sare yang tinggal disini, menghubungi beliau untuk berjumpa sekejap kerana lama tidak bertemu. Tetapi beliau berada di Gunung Stong pada waktu itu, dan beliau menasihati saya mencari kunci rumah yang disembunyikan disatu tempat. Setelah mencari kunci yang dinyatakan itu, saya pergi  berehat untuk minum kopi. Selang 10 minit kemudian  Saudara Yu datang memperkenalkan dirinya dan memaklumkan bahawa Saudara Krabu Sare menghendakkan Saudara Yu menjadi pengganti dirinya sementelah beliau ketika itu berada di Gunung Stong. Saudara Yu menemai saya bagi pihak diri Saudara Krabu Sare.

Saudara Yu telah menghubungi Saudara Ayoh Mie dan memberi talipon untuk bercakap dengan saya. Walaupun kita jarang bercakap melalui talipon tetapi Saudara Ayoh Mie masih boleh mengecam akan suara saya. Saya bershukur kerana  mempunyai ramai sahabat yang dekat dihati walau pun jauh dimata. Pada ketika itu beliau berada di Jeli dan menghendakkan saya menunggunya sehingga sampai. Pertalian persahabatan yang berasaskan silaturahim yang tulen mempunyai keajaiban yang tersendiri. Ia hanya dapat dirasa oleh orang yang benar-benar tulus untuk bersilaturahim. Ia bukan seperti perasaan rindu kepada wanita atau kekasih tetapi ia satu perasaan yang tidak dapat dilafaz dengan perkataan.

Setelah bertemu Saudara Ayoh Mie, beliau  mahukan saya tidur disitu kerana Hentian Titiwangsa pada waktu sekarang terlalu sibuk dengan Bas Ekspres. Katanya pada waktu begini untuk mendapat suasana senyap sunyi dan tenang disana besar kemungkinan tidak menjadi kenyataan.












Menaikkan Dinding Batu-batu Waktu Malam.

Menurut orang yang mengerjakan kerja-kerja mengikat batu bata, beliau tidak bersanggupan melakunya pada waktu siang kerana cuaca terlalu panas. Pada waktu malam keadaan cuaca disini lebih sejuk dan ini sesuai untuk menjalankan kerja-kerja berat.







Merasa Layanan Istimewa Dari Sahabat

Bersetuju untuk menginap disini, ketika saya keluar dari tandas mendapati Saudara Ayoh Mie telah pun membentangkan Toto beserta bantal dan selimut untuk saya tidur. Dipasangkannya juga ubat nyamuk untuk memberi keselesaan saya tidur. Cara Saudara Ayoh Mie menyambut dan melayan tetamu cukup menyenangkan hati.Perkara yang dilakukan oleh Saudara Ayoh Mie terhadap saya cukup dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Saya mengaku kalah dengan beliau kerana belum tentu saya dapat melakukan pekara yang serupa bila mana dia berkunjung pula ke tempat saya nanti. Santunan yang ditunjukkan oleh Saudara Ayoh Mie kepada saya akan saya hargai dan kenang.



Ubat Nyamuk














Terima kasih Kepada Persatuan Malim Gunung Kelantan. 
 ( Saudara Yu, Saudara Bob Tourist, Saudara Krabu Saree & Saudara Ayoh Mie )

Setelah bersarapan bersama , matahari sudah mula meninggi dan masa yang sesuai untuk meneruskan pengembaraan. Mengucapkan terima kasih kepada mereka dan beredar  menghala ke daerah Jeli. Dipertengahan jalan tersedar bahawa sarung tangan sebelah kiri telah tercicir.  Berpatah balik mengikut jalan yang sama sambil memerhatikan sarung tangan yang tercicir diatas jalanraya . Tidak lama kemudian ternampak Saudara Yu didalam Van melambai-lambaikan tangannya menyuruh saya berhenti. Rupa-rupanya Saudara Yu mengejar saya untuk memulangkan sarung tangan yang dijumpainya diatas jalan.  Berbanyak terima kasih Saudara Yu. Dalam ertikata lain kumpulan PMGK telah melayan tetamunya dengan sebaik mungkin.




Perjalanan Ke Daerah Jeli Kelantan.

Jalanraya 2 lorong disini tidak banyak kenderaan hanya tenang -tenang sahaja. Ketika melintasi Jambatan Sungai Balah ternampak akan kejernihan air yang berkaca-kaca jernihnya. Harapnya air Sungai Balah itu akan dapat terus dikekalkan kejernihannya sampai bila-bila. Tidak sepertimana sungai-sungai yang mengalir di kawasan Lojing. Harapnya  tidak ada aktiviti pembalakan dan aktivii perlombongan menyedut pasir dilakukan disekitar tempat ini.








Kejernihan air Sungai Balah sehingga menampakan dasar pasir. Memang jarang dapat dilihat sungai yang mempunyai dasar daripada pasir mempunyai air yang sejernih Sungai Balah, Jeli Kelantan.



Jeli ~ Kuala Lumpur













Taman Santuari Tasik Pergau

Jika dilihat daripada apa yang dapat dilihat, kawasan ini seperti ia sudah tidak menjalankan operasinya lagi. Tumbuhan lalang tumbuh meliar dan ia tidak dipotong.  Laluan menuju ke pintu masuk chelet seperti tidak ada pihak yang menguruskan. Pintu pagar berkunci dan kelihatan  terbiar. Apakah puncanya Produk perlancongan kerajaan negeri ini kelihatan seperti terbengkalai. ?







Pembinaan Trowong Yang Pelik Di Lebuhraya Grik

Senibina jalan raya dari Jeli ~ Grik yang dijumpai disini agak aneh pembinaannya. Akitek jalanraya yang mencadangkan pembinaan seperti ini tentu mempunyai alasannya yang tersendiri, mengapa ia harus dibina seperti itu.  Jalanraya sepanjang lebih kurang 100 meter dibina dengan mempunyai dinding konkrit, bumbung konkrit dan tiang-tiang di sepanjang 100 meter laluan itu. Laluan sepanjang 100 meter itu  dibina seolah-oleh berada didalam terowong. Sedangkan kawasan disitu tidak ada banjaran yang ditebuk atau bukit yang dikorek. Ia hanya kawasan lapang dikawasan tanah tinggi. Tentunya kos pembinaan terowong seperti ini mahal daripada biasa. Sudah pasti memerlukan tambahan besi cerucuk dan bertan-tan kontrik.










Gagal Melihat Hidupan Liar.

Niat dihati ingin melihat hidupan liar melintas jalan tetapi belum ada rezeki untuk bertembung dengannya. Sepanjang perjalanan hanya berupaya melihat permandangan banjaran hijau dikiri dan kanan.











Hentian Rehat Titiwangsa

Selain menjadi tempat pemandu berehat, kawasan ini juga merupakan produk perlancongan permotoran. Boleh dikatakan kumpulan penunggang motosikal akan menjadikan tempat ini sebagai tempat yang harus disinggahi didalam peta pengembaraan bermotosikal. Maka tidak hairanlah kawasan ini menjadi sibuk dengan pengunjung, samada dari pengguna kereta, Bas Perlancongan atau kumpulan berbasikal dan motosikal. Diwaktu pagi kabus seperti permaidani berada diatas banjaran menghijau gunung ganang disitu. Boleh dikatakan tempat ini istimewa sepertimana permandangan di Gunung Stong dan Di Ulu Kali.

Malangnya seperti adat kebiasaan masyarakat kita yang begitu sinonim dengan tabiat membuang sampah dimerata tempat telah menjelekkan permandangan disitu. Pekedai-pekedai yang telah diberi mandat untuk berniaga disini juga tidak menjalankan tanggung jawab sosial. Keuntungan yang mereka perolehi tidak membuat mereka ingin menjaga kebersihan kawasan sekitar. Mereka mengharapkan pihak Lebuhraya melakukan semua. Sedangkan bekas-bekas makanan adalah datang dari hasil penjualan dikedai mereka. Tong sampah kalau ada, tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dibuang oleh ramai pengunjung. Tong sampah jikalau penuh, tidak siapa yang memungut secara berkala. Persekitaran seperti ini tidak mendatangkan keterujaan untuk saya berhenti berehat disini. Lebih tenang pergi mencari tempat yang lebih bersih yang tidak jauh dari situ sambil menjamu selera.


Jaring memerangkap sampah yang disediakan ini menunjukkan sikap semulajadi masyarakat di Malaysia.


Tong Sampah yang telah membuak penuh tidak dipungut oleh agensi yang telah diwajibkan.




Kon plastik penghadang jalan dijadikan tempat menyimpan sampah.




Sebahagian kumpulan motosikal yang berjaya sampai di hentian Titiwangsa.







Rumah Tradisional Yang Menunggu Roboh

Mengapa waris rumah ini tidak mahu menjaga rumah tradisional Melayu ini dan mengangkat martabat senibina rumah tradisional. Kelihatan rumah ini telah terbiar lama sehinggakan kesan anai-anai sedang menyerang kayu kayan rumah ini. Malanglah waris pemilik rumah ini yang tidak melakukan sesuatu untuk menjaganya. Mengapa rumah yang cantik ini tidak ada yang mahu mendudukinya ? Adakah orang lebih merasa selesa dan megah dengan pembinaan rumah yang diperbuat daripada batu-bata daripada rumah papan ini?. Sedangkan pembinaan rumah tradisional ini 10 kali lebih menarik daripada rumah batu yang ada disekitarnya.






Jambatan Raja Muda Sultan Nazrin ~ Tasik Raban











Masjid Seni Rekabentuk Cina










Selamat sampai dan bercerita dengan adik.

Pusingan yang bermula dari Taman Melawati ~ Bentung ~ Raub ~ Sungai Koyan ~ Tanah Rata ~ Berincang ~ Kampong Raja Cameron Highland ~ Lojing ~ Gua Musang ~ Kuala Krai ~ Jelawang ~ Jeli~ Pergau ~ Hentian Titiwangsa ~ Grik ~ Kuala Kangsar ~ Ipoh ~ Tapah ~ Slim River ~ Kuala Kubu ~ Hulu Yam ~ Taman Melawati mengambil masa perjalanan lebih kurang 22 jam untuk tempoh masa selama 2 hari.



Kos petrol yang digunakan tidak melebihi RM 50.00 manakala perjalanan jarak jauhnya tidak pulak dikira. Hanya tahu pulas trotal sehingga tangan menjadi kebas, menahan aliran letrik dipunggung dan  menanggung kos memperbaiki motosikal kerana  Piston  motor sudah mengeluarkan bunyi bertambah kuat. Wasalam.


2 comments:

  1. Teraso mcm bersama2 dlm perjalanan menarik ini.
    Berbanyak terimakasih brade La diatas pengkongsian ini.(best!!)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete