Sunday, 7 May 2017

Megadeth Live Concert in Kuala Lumpur , Malaysia. 4th May 2017.


Persembahan Secara Langsung Kugiran Megadeth Di Stadium Negara Kuala Lumpur , Malaysia. Tarikh: 4 Mei 2017.



Pada bulan Februari 2017 yang lalu, telah dimaklumkan oleh sahabat saya, Saudara King Miharbi bahawa kugiran Megadeth akan datang mengadakan persembahan secara langsung di Kuala Lumpur. Maklumat itu mengejutkan semua peminat Heavy Metal tempatan . Setelah Saudara King Miharbi membuat perincian sisatan mendapati pengajur yang membawa kugiran ini ke Malaysia adalah sangat berwibawa. 




Tidak sepertimana pengajur yang bercadang membawa masuk kugiran Kreator sedikit masa dulu. Menjual tiket dan mengutip wang kepada  peminat tetapi tidak berupaya melunaskan janji apabila sampai pada tarikh persembahan yang dicadangkan. Lebih menyedihkan dan menduka citakan pengajur itu tidak ada rasa tanggungjawab untuk memulangkan kembali wang tiket yang mereka kutip.





Secara peribadi, terpanggil untuk datang melihat persembahan kugiran Megadeth ini adalah, untuk  memberi penghormatan kepada Saudara Dave Mustaine. Kerana beliau telah memperkenalkan irama muzik Heavy Metal Aggrasif yang benar dan lurus pada awal penglibatannya dahulu. Beliau juga antara pelupor pemuzik Heavy Metal aggrasif berirama dizaman remaja fasa pertama saya pada satu ketika dahulu. Mengikuti secara taksub kugiran Megadeth melalui album Killing Is My Bussines.. 1984, Peace Sells... 1985 So Far So Good...1988 dan Rust In Peace 1990.




Selepas itu tidak  lagi membeli kaset atau C.D kugiran Megadeth kerana halwa telinga telah menolak irama Heavy Metal yang tidak benar. Apakah mungkin juga irama kugiran Megadeth telah tercedera setelah kematian pemain drum mendiang Nick Menza. Kugiran ini telah kehilangan roh aggrasif irama bertimbangan yang menjadi pegangan peminat era tahun 70an dan 80an. Boleh dikatakan  semua lagu mereka pada ketika itu akan membuat saya beratip sehingga sakit tengkuk.





Walaupun cuba memahami konsep irama didalam album YouththanAsia dan album-album seterusnya, namun  halwa telinga tetap juga menolak akan konsep irama yang diperkenalkan oleh mereka itu. Sejak dari itu saya  sudah tidak lagi mengikuti irama mereka . 











Persembahan dimulakan pada jam 9:00 malam, satu jam lewat daripada masa yang tertulis dalam tiket iaitu jam 8 malam. Kerana Saudara Dave Mustaine dan ahli kumpulan yang lain mahukan pesembahan dimulakan selepas Solat Isyak.






Sepanjang hampir 2 jam persembahan Saudara Dave Mustaine telah menggunakan 3 guitar dari jenis Dean model Dave Mustaine VMNT ~ V Dave Mustaine-Terminated, V Dave Mustaine -Max Wheel dan Dave Mustaine Zero ~  Zero Dave Mustaine Vic Rattlehead.



Banyak lagu yang dipersembahkan oleh mereka pada malam itu tidak saya ketahui. Ada juga tertunggu-tunggu kalau-kalau Saudara Dave Mustaine memainkan lagu-lagu berjudul seperti Rattlehead, Mechanix, Killing is My Bussines, atau This Boots tetapi tidak kesampaian.










Pemain Bass Guitar Saudara David Ellefson menggunakan Guitar dari Jenis Jackson, manakala Saudara Kiko Loureiro menggunakan Guitar jenis Ibanz. Saudara Dirk Verbeuren menggunakan Drum dari jenis Tama.








































Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara King Miharbi, kerana berkesanggupan bekorban untuk menunggu serta beratur ketika proses membeli tiket dulu juga memberi ketenangan ketika berlaku kesilapan teknikal. Tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Saudara Andy Shafiee dan isteri beliau kerana memberi poster kugiran Megadeth. 






Dan akhir sekali ribuan terima kasih kepada Saudara Jauzaqy Razali kerana telah bersusah payah datang ke Stadium Negara bertujuan memberi khidmat bantuan sekiranya  Ilmu Magic Halimunan tidak menjadi. Wasalam

No comments:

Post a Comment