Memburung di Pusat Konservasi Burung Enggang Badak Di Sungai Panjang, Sabak Bernam Selangor
Pusat Konservasi Burung Enggang Badak Di Sungai Panjang, Sabak Bernam Selangor telah diwujudkan oleh Jabatan Perhilitan kalau tidak silap, sejak awal tahun 2000 lagi. Dikawal selenggara sepenuhnya untuk tujuan mengkaji dan menjaga kelangsungan hidup spesies Enggang Badak~Buceros rhinoceros dan Enggang lain di kawasan hutan tanah gambut di Sungai Panjang dan Sungai Dusun Sabak Bernam Selangor.
Lokasi kotak sarang yang diletakkan diatas Pokok Ara |
Enggang Badak~Buceros rhinoceros ( jantan ) yang ditemui diatas pokok tempat kotak sarang, semasa memburung disini pada 9 November 2014 |
Tempat makan Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros |
Tempat makan Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros |
Disediakan kotak bentuk empat segi yang diperbuat daripada papan, mirip seperti lubang sarang yang biasa dijumpai dalam batang pokok di hutan. Kotak sarang itu ditempatkan diatas pokok Ara dan disediakan juga bekas meletak makanan burung pada pokok yang sama berhampiran dengan kotak sarang itu. Setiap hari kakitangan perhilitan akan menyediakan makanan berupa buah-buahan kepada Enggang Badak~Buceros rhinoceros supaya ia sentiasa pulang ke sarang kotaknya itu.
Pada setiap tahun sekurang-kurangnya sekali akan datang mengunjungi ke
sini untuk melihat perkembangan burung-burung dikawasan hutan tanah gambut. Ketika kunjungan pada 9 Nov 2014, mendapati ada sebuah bangunan Menara Tinjau konkrit 5 tingkat berserta
2 buah tandas, wakaf dan jambatan konkrit menghubungkan ke bangunan menara itu telah tersergam diatas tapak. Pastinya pembinaan seperti ini bertujuan memberi kemudahan kepada penyelidik, pengkaji dan pemerhati burung membuat pemerhatian dari kedudukan yang separas dengan pokok.
Pemandangan kawasan Pusat Konservasi Enggan Badak pada tahun 2014.Wakaf juga disediakan |
Permandangan yang dilihat dari tingkat 5 Menara Tinjau |
Pada kunjung itu, mendapati Bangunan Menara Tinjau 5 tingkat itu
baru sahaja siap pembinaannya dan boleh digunakan. Ketika menaiki Bangunan Menara
Tinjau tersebut mendapati hasil kerja
kontraktor projek pembinaan itu jelas menampakkan ketidak sempurnaan, kecacatan dan tidak memuaskan hati kepada sesiapa yang melihatnya.
Pelantar tapak yang bersambung dengan tangga telah retak walaupun bangunan menara tinjau ini baru sahaja siap pembinaannya. |
Dengan keadaan sedemikian, pada hemat saya sudah tentu tidak akan ada mana-mana pihak yang berkesanggupan membodohkan diri untuk menerima bangunan mereka apabila proses penyerahan bangunan daripada pihak Kontraktor. Melainkan pihak Kontraktor yang diberi projek tersebut memperbaiki semula semua ketidak sempurnaan tersebut tanpa kos tambahan . Atau kedua belah pihak telah ada satu ikatan permaufakatan antara mereka.
Pelantar simen ditingkat pertama telah retak. |
Lantai simen yang menanam batang Tiang ditingkat 5 yang telah retak. |
Papan dinding ditingkat 5 sudah terkopek, menanti tercabut |
Besi palang pagar balkoni tingkat 5 yang telah tertanggal dari batang tiang. |
Maklumat Gambar Yang Tidak Tepat.
Pihak Jabatan Perhilitan ada menyediakan papan maklumat senarai
Hidupan Liar dan Burung-burung yang boleh dijumpai di Hutan Simpan Tanah
Gambut Sungai Panjang. Menurut kajian dan pengetahuan saya ada beberapa maklumat yang salah didalam penerangan tersebut. Yang mana gambar Burung yang dipamerkan pada poster itu adalah berlainan dengan nama burung yang dinyatakan.Ada baiknya ia diperbetulkan kerana ini akan memberi implikasi yang negatif kepada pihak Jabatan sebagai pemegang kuasa dan maklumat rasmi didalam hal ehwal burung-burung dan hidupan liar di negara Malaysia.
Poster penerangan spesies burung yang boleh dijumpai di sekitar kawasan hutan simpan Sungai Dusun. |
Gambar yang dipaparkan ini adalah spesies burung Tarum Siberia ( Betina )~Zoothera sibiria ~Siberian Thrush (Female ) . Bukan imej burung Puff throated Babbler. |
Gambar burung yang dipaparkan ini ialah burung yang tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia. |
Ini adalah imej burung Spectacled Bulbul~ Pyconotus erythropthalmos yang sepatutnya dipaparkan didalam poster milik Jabatan Perhilitan. |
Setelah selang 2 tahun setengah, saya berkunjung lagi pada 13 Aug 2017 untuk memburung dikawasan ini . Mendapati keadaan Konservasi Burung Enggang Badak seperti sudah tidak diuruskan dan mungkin telah terbiar lama oleh pihak Jabatan Perhilitan Selangor. Pagar pintu masuk telah hilang, bumbung-bumbung terkopak dan tandasnya dalam keadaan yang mengaibkan. Seolah-olah telah menjadi tukun kepada hidupan serangga. Malah maklumat gambar yang tidak tepat itu masih terpampang disitu.
Siapa agaknya yang mencetuskan cadangan untuk membina Menara Tinjau ini dan siapa berusaha mendapatkan kelulusan bagi menyediakan peruntukan wang untuk pembinaan projek itu. Boleh jadi peruntukan dana sumbangan itu adalah datang daripada syarikat swasta atau NGO luar negara, bukan datang daripada pihak Jabatan Perhilitan Selangor atau Pusat. Mungkin sebab itu, mereka seperti tidak dihiraukan langsung akan keadaan yang telah terjadi pada Pusat Konservasi Enggang Badak di Sungai Panjang itu.
.
Sudah tentu peruntukan wang yang dibelanjakan itu telah menelan puluhan ribuan ringgit. Malangnya hasil menjadi seperti itu, seolah-olah tidak ada seorang pegawai atasan yang mengawal selia terhadap pembinaan tersebut. Tidak juga berusaha untuk bertanggung jawab dan ambil peduli dengan keadaan malang dan pembaziran seperti itu. Tanggungjawab untuk membuat pertanyaan dan siasatan oleh pihak perbendaharaan keatas perbelanjaan ini seperti disenyapkan sahaja, atau pihak yang bertanggung jawab melihat pekara malang ini seperti pekara biasa sahaja.
Besar kemungkinan bumbung yang rosak teruk ini akibat terkena dahan pokok yang patah ketika angin ribut. |
Tupai Kerawak Hitam~Ratufa bicolor dijumpai bermain-main berhampiran dengan bangunan Menara Tinjau. |
Hidupan-hidupan Liar Yang Dijumpai di kawasan Pusat Konservasi Enggang Badak.
Ketika sedang mencari burung dikawasan ini, saya telah berpeluang melihat kembali ikan-ikan air tawar tempatan yang sudah lama tidak melihatnya. Melihat hasil tangkapan ikan orang kampong yang dijalanya disepanjang saliran parit.
Ayam Hutan~Galus galus |
Ayam Hutan~Galus galus |
1. Ayam Hutan~Galus galus
Beberek Leher-biru~Merop viridis |
Beberek Leher-biru~Merop viridis |
2.Beberek Leher-biru~Merop viridis
Beberek Ekor-biru~Merop philippinus |
3.Beberek Ekor-biru~Merop philippinus
4.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens
Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris |
5.Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris
6.Ciak Dahan~Passer montanus
7.Enggang Badak~Buceros rhinoceros
8.Enggang Hitam-putih Timur ~Anthracoceros albirostris
Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela |
9.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela
10.Khukhu Gangsa Kecil~Chryscococcyx minutillus
11.Kelayang Dada-putih~Artamus leucorynchus
12.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga
13.Lang Bahu-hitam~Elanus caeruletus
15.Merbah Corek~Ixos malaccensis
16.Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps
17.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus goiavier
18.Merbah Sayap-Hijau zaiton~Pycnonotus plumosus
19.Merbah mata-merah~Pycnonotus brunneus
20.Merbuk Aman~Geopelia striata
21.Merbuk Zamrud~Chalcophaps indica
Murai Kampong~Copsychus saularis |
22.Murai Kampong~Copsychus saularis
23.Kekicau Tit-coret~Macronous gularis
24.Jerijit Suria Leher-coklat~Aethopyga malacensis
25.Jerijit Suria Belakang-hijau zaiton~Nectarina jugularis
26.Gagak Rumah~Corvus splendens
27.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos
Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea |
28.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea
Pekaka Paruh-tebal~Halcyon capensis |
Pekaka Tingting Telinga-biru ~Alcedo meninting |
29.Pekaka Tingting Telinga-biru ~Alcedo meninting
30.Pekaka Leher-putih~Halcyon smyrnensisPekaka Paruh-tebal~Halcyon capensis |
31.Pekaka Paruh-tebal~Halcyon capensis
32.Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis
33.Perincit Abu~ Orthotomus ruficeps
34.Pipit Padi~Anthus rufulus
Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis |
35.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis
36.Pucong Ungu~Ardea purpurea
Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator |
37.Puyuh Butang Dada-belang~Turnix suscitator
38.Rolla Paruh-merah~Eurystomus orientalis
39.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum trigonostigma
40.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum
41.Serindit Tongkeng-biru~Psittinus cyanurus
42.Sualo Jelapang~Hirundo rustica
43.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
44.Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos
45.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
46.Takur Telinga-biru~Megaliama australis
47.Takur Tembaga~Megaliama haemacephala
48.Terik Tengkuk-hitam~Oriolus chinensis
49.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis
50.Tempua~Ploceus philippinus
51.Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis39.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum trigonostigma
40.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum
41.Serindit Tongkeng-biru~Psittinus cyanurus
42.Sualo Jelapang~Hirundo rustica
43.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica
Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos |
Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos |
44.Takau Hitam dan merah~Cymbirhynchus macrorhynchos
Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon |
45.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
46.Takur Telinga-biru~Megaliama australis
47.Takur Tembaga~Megaliama haemacephala
48.Terik Tengkuk-hitam~Oriolus chinensis
49.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis
Tempua~Ploceus philippinus |
50.Tempua~Ploceus philippinus
52.Tiong Jawa ~ Acridotheres javanicus
53.Tiak Kepala-hitam~Lonchura malacca
54.Tuwu~Eudynamys scolopacea
Hajat untuk bertemu dengan burung Enggang Berkedut~Aceros corrugatus , Bayan Ekor-panjang~Psittaculla longicauda, Pungguk Helang Samar~Bubo coromandus, Kekicau Leher-kelabu~Pellorneum rufecips dan Kekicau Dada Kuning-langsat~Pellorneum tickelli di sini masih tidak diizinkan lagi. Akan berusaha lagi dilain waktu.
Pemerhatian Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros
Burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros yang dulunya tinggal
disekitar kawasan pusat Konservasi itu, sudah tidak lagi tinggal disana
lagi. Kini ia hidup bebas liar seperti burung Enggang Badak~Buceros rhinoceros yang
lain. Ia sudah tidak bergantung harap dengan makanan yang disediakan
oleh manusia lagi. Ia sudah mulai biasa berusaha mencari buah-buah masak
didalam hutan bersama dengan pasangannya.
Namun begitu timbul tanda tanya apakah tahun lepas ( 2016 ) proses
pembiakan pasangan ini tidak berlaku atau tidak berjaya. Kerana tidak
kelihatan pun kelibat anaknya yang biasa akan mengekorinya. Pemerhatian pada
kali ini memberi gambaran burung jantan sedang mengambil hati
pasangannya dengan menyuapkan buah ke paruh burung betina. Seperti tanda
proses awalan untuk mereka membiak. Diharap dikawasan ini masih
mempunyai lubang didalam pokok yang sesuai untuk menjadi tempat
bersarang mereka.
Berbalik kepada kotak sarang yang disediakan dahulu, tanda tanya secara
peribadi bagaimanakah caranya burung jantan hendak menutup lubang sarang
didalam
kotak kayu. Proses biasa semasa burung betina didalam proses bertelor,
mengeram dan
membesarkan anak didalam lubang kotak sarang. Apakah dengan cara begitu
mereka
telah dapat menyesuaikan keadaan lubang sarang tidak ditutup. Diharap
semasa tempoh itu telah banyak
anak-anak enggang berjaya terbang keluar daripada sarangnya, sambil
disokong dengan kertas-kertas kajian burung enggang bersarang dalam
kotak kayu.
Papan tanda yang masih tegak kukuh di tepi jalan ke Sabak Bernam ini serta maklumat didalam siaran internet, tidak akan mengambarkan keadaan sebenar terhadap Pusat Konservasi Enggang Sungai Panjang. Melainkan setelah pengunjung melihat sendiri dengan mata kepalanya setelah menghabiskan wang petrol mereka datang dari jauh ke tempat ini. Silalah berkunjung ..! Wasalam.
Good info. It is sad they only know how to spend money building but maintenance they have no budget. Malaysia bole
ReplyDeletePerkara ini,kena di hadap kpd pihak berkuasa..
Deleteada maklumat tentang waktu/hari lawatan serta no.telefon utk refer?
ReplyDelete