Juara Acara Lari Berpagar 110 meter Di Sukan Sea Ke 29, Kuala Lumpur.
Rayzam Shah Wan Sofian
Beliau pernah menjadi juara acara ini
pada Sukan Sea yang ke 24 di Korat Thailand pada tahun 2007. Pada ketika
itu Negara Thailand belum melahirkan jaguh acara lumba lari 110
berpagar. Tetapi selepas itu beliau hanya berjaya memenangi pingat perak
sahaja setelah kemunculan jaguh Thailand Jamras Rittidet pada Sukan Sea
tahun 2009, 2011, 2013 dan 2015. Sepanjang tempoh itu jaguh Thailand
Jamras Rittidet mengungguli acara tersebut . Sungguh pun berusaha dengan
latihan keras namun masih lagi tidak dapat mengatasi jaguh Thailand
itu. Tempoh kekecewaan itu sangat lama bagi seseorang ahli sukan untuk
ditanggung.
Jaguh Thailand Jamras Rittidet nombor 238 berbaju hitam dalam usaha beliau mempertahankan kejuaraan yang diperolehinya sejak Sukan Sea 2009, 2011, 2013 dan 2015. |
Pada
26 hb Ogos 2017 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Sukan
Sea yang ke 29 di Kuala Lumpur beliau telah mencipta sejarah manis buat
dirinya dan Negaranya Malaysia. Hasil serta berkat kesungguhan , tidak
putus semangat, menjalani latihan keras dan sokongan padu dari
penyokong tempatan akhirnya usahannya membuahkan hasil dengan merangkul
pingat emas dan berjaya menewaskan Jamras Rittidet jaguh Thailand itu.
Jamras Rittidet dapat mengekalkan kepantasan dan kehebatannya sejak 2009 sehingga tahun 2017. Ketewasannya itu akan membakar semangatnya untuk kembali mengungguli acara ini dimasa akan datang. |
Altet
kelahiran Sabah, Rayzam Shah Wan Sofian ini akhirnya telah berjaya
membebaskan dirinya daripada belenggu pemenang pingat perak dengan
catatan masa 13:83 saat, lambat sedikit daripada catitan terbaik
peribadinya 13:67 saat yang dibuatnya di German pada bulan Mei yang
lalu. Sekalung ucapan Syabas dan Tahniah kepada beliau kerana
menghadiahkan pingat Emas kepada negara nya Malaysia.
Terima kasih
kepada beliau kerana memberikan satu perasaan gembira serta senang hati
kepada peminat sukan khasnya dan amnya rakyat Malaysia dengan kejayaan ini. Gandakanlah
usaha dengan disiplin serta latihan keras demi mengekalkan tahap
kepantasan demi menuai lagi pingat emas sukan masa akan datang. Sekali
lagi Syabas dan Tahniah. Wasalam.
No comments:
Post a Comment