Tiga Budak Atas Batu...
Saya tertarik melihat 3 kanak-kanak kaum pribumi asli Semelai yang sedang leka bermain diatas batu ditepi sungai. Mereka bermandi-manda , berguling atas pasir , melompat dalam sungai , menyelam berenang, menangkap ikan, mencari siput. Kejar mengejar didalam arus deras sambil teriak berteriak kegembiraan. Tentu sekali perhubungan mereka akrab dan semangat setia kawan diantara mereka sangat baik. Kegiatan seperti itu sudah jarang saya lihat samada di kampong-kampong , penempatan Felda apatah lagi dikawasan bandar. Mereka semua telah dipasong lehernya untuk tunduk merenung handphone. Minda mereka telah terpenjara. Pada setiap hari, mereka sendiri yang mewajibkan dirinya khusuk menghabiskan zaman pembesaran mereka dengan merenung handphone. Dengan cara begitu mereka merasa seronok dan leka membiarkan dirinya dipenjarakan. Dari melakukan lain-lain aktiviti selain merenung skrin handphone untuk satu jangkamasa yang sangat lama.
|
Setelah berguling diatas pasir kanak-kanak lelaki ingin membersihkan badannya. |
|
Sebelum budak lelaki itu terjun kedalam sungai untuk membersihkan badannya entah apa yang dibualkan sambil tergelak-gelak. |
|
Setelah menyelam dan membersihkan diri budak lelaki itu ingin naik semula diatas batu. Mendapati budak lelaki itu sukar untuk naik semula diatas batu maka kanak-kanak perempuan itu menghulurkan bantuan tangan kepada budak lelaki untuk naik keatas. |
|
2 kanak-kanak perempuan itu beriya-ia menolong budak lelaki untuk naik keatas. |
|
Sedangkan pada ketika itu budak lelaki itu sedang merancang sesuatu... |
|
Setelah kedudukan badan dan kekudanya kakinya telah kukuh. |
|
Budak lelaki itu menarik pula tangan budak perempuan dengan niat budak perempuan itu jatuh masuk kedalam sungai. |
|
Seorang jatuh masuk kedalam sungai dan seorang lagi melepaskan tangannya supaya dirinya tidak terjatuh bersama-sama. |
|
Terdengar gelak hilai mereka bertiga atas senda gurau itu. |
|
Dalam usia sebegini kecil, mereka sudah cukup berdikari dan mampu mengesan bahaya. |
Oleh kerana hal keadaan ini masih baru lagi , sehingga ke hari ini kita masih tidak dapat mengetahui akan kesan baik dan buruknya yang akan terjadi kepada kanak-kanak seperti ini. Tunggu dan lihat sahaja lah. Kepada genarasi seperti saya yang pernah melalui zaman seperti ini, berpendapat amatlah rugi sekali jika tidak dapat menikmati kegembiraan seperti 3 kanak-kanak asli Semelai itu.Wasalam.
No comments:
Post a Comment