Raut Wajah Penghabis Derita...
Spesies : Lotong Chenekah~Presbytis melalophos (Raffles) Banded Leaf-monkey
Individu : 2 ekor
Tarikh : 7 Mei 2018
Masa : 11:00 pagi
Lokasi : Jalan Ampang ~ Ulu Langat
IUCN red list : Terancam ~ Endangered
Sejak 5 tahun kebelakangan ini rekod simpanan peribadi berhubung dengan kemalangan jalanraya untuk keluarga spesies Lotong Chenekah~Presbytis melalophos (Raffles) Banded Leaf-monkey menunjukkan kekerapan telah berlaku kepada spesies ini. Semakin hari kawasan hutan telah dibangunkan menjadi jalanraya dan kawasan perladangan. Sumber makanan asli kepada semua penduduk hutan telah terjejas dan berkurangan atas sebab itu. Hendak atau tidak hidupan liar terpaksa menyesuaikan diri mereka dengan seberapa cepat untuk meneruskan kehidupan.
Mereka begerak secara berkumpulan secara bergilir-gilir pada waktu yang sama. Diet ruji mereka adalah lebih tertumpu kepada pucuk-pucuk daun dan buah-buah hutan. Demi kelangsungan hidup kumpulan Lotong Chenekah~Presbytis melalophos (Raffles) Banded Leaf-monkey akan memanjat , bergayut dan melompat dari satu dahan ke satu dahan. Sekiranya dikawasan tersebut kebetulan ada wayar elektrik dan wayar telepon, mereka akan menggunakan kebolehan meniti pada wayer untuk menyeberangi jalanraya.
Sekiranya tidak ada , maka mereka terpaksa pula mengambil risiko dengan cara berlari menerpa tanpa menoleh kiri atau kanan untuk menyeberangi jalanraya. Naah ! pada waktu inilah banyak nyawa haiwan melayang secara percuma. Spesies Lotong Chenekah~Presbytis melalophos (Raffles) Banded Leaf-monkey yang malang ini adalah contoh kejadian langgar lari yang telah banyak berlaku pada setiap hari dan tidak dilaporkan.
Apa yang menjadi tanda tanya kepada saya ialah spesies ini mempunyai pancaindera seperti mata untuk melihat , telinga untuk mendengar , anggota kaki dan tangan yang berkebolehan mengagak jarak lompatan dari satu dahan ke satu dahan yang lain. Tetapi mereka tidak dapat membuat agakkan tentang laju, dekat atau jauh jarak sesebuah objek yang boleh memberi bahaya kepada haiwan ini.
Laporan Bersifat Andaian Berdasarkan Siasatan Ditempat Kejadian.
Pada 7 Mei 2018 antara pukul 12:00 tengahari semasa menunggang motosikal melalui jalan Ulu Langat ~ Ampang, 500 meter selepas menurun dari menara peninjau Ampang saya terlihat 2 ekor mangsa (Langar Lari) Lotong Chenekah~Presbytis melalophos (Raffles) Banded Leaf-monkey yang telah mati tergelempang ditepi jalan. Seekor bangkai tergelempang dibahagian gigi jalan disebelah kanan jalanraya. Manakala seekor lagi mangsa berada di atas jalanraya di sebelah kiri jalan. Berdasarkan keadaan mangsa , dipercayai kemalangan yang meragut nyawa haiwan ini telah berlaku antara jam 11:00 ~ 11:30 pagi. Andaian ini disokong, berdasarkan darah masih menitik keluar dari mulut mangsa . Dalam pada itu dipermukaan atas jalan keadaan darah masih basah lagi dibeberapa tempat permukaan jalan itu.
Sebagai timbangrasa dan peri kemanusiaan kepada mangsa, saya telah mengalih mangsa dan meletakkannya ditempat yang saya fikirkan sesuai, iaitu dibawah sebatang pokok yang rendang dan tersorok dari pandangan orang ramai. Mangsa pertama beratnya dianggarkan seberat 5 kilogram manakala sekor mangsa lagi dianggarkan beratnya lebih kurang 4 kilogram.
Faktor Kemalangan Hidupan Liar Di jalanraya.
Pembukaan hutan untuk membuat jalanraya merentas didalam hutan dan membangunkan ladang kelapa sawit adalah punca utama, maka ia tidak perlu dihuraikan lagi. Kita cuba melihat faktor manusia merupakan punca utama kejadian itu terjadi.
1.Pemandu kenderaan memandu sambil menggunakan talipon pintar berinteraksi dan pengaruh talipon pintar mereka.
2.Ketika sedang memandu, diminda pemandu tidak ada bayangan atau sikap kewaspadaan bahawa hidupan liar akan melintas dijalanraya.
4.Pemandu tidak sabar menunggu hidupan melintas jalan.
Tabiat Hidupan Liar Melintas Jalanraya.
Sedikit maklumat kajian peribadi yang pernah diperhatikan berkenaan perangai dan tabiat hidupan liar melintas jalan terhadap beberapa kelakuan spesies, diharap sedikit sebanyak dapat menghindarkan jumlah kemalangan hidupan liar dimasa akan datang.
1.Spesies Lotong akan menerepa keluar dari semak atau rimbunan tumbuhan ditepi jalan berlari melintas secara tiba-tiba untuk menyeberangi jalanraya. Kebiasaannya pada waktu siang dan jarang berlaku pada waktu malam.
2.Spesies Tupai akan berlari sambil melompat kemudian berhenti sejenak dan mengulangi pekara yang sama sehingga sampai keseberang jalan. Kadang-kadang ia akan berhenti kemudian berpatah balik ketempat asal. Kebiasaannya pada waktu pagi dan pertengahan waktu petang.
3.Spesies Biawak akan berjalan perlahan-lahan ketika melintas jalan sehingga sampai diseberang jalan. Kebiasaan pada waktu siang dan jarang melintas jalan pada waktu malam.
4.Spesies mamalia kebiasaan akan melintas jalan pada waktu malam. Ketika melintas atau berada diatas jalanraya mereka akan berjalan seperti biasa dan akan berhenti untuk satu ketika apabila pantulan cahaya lampu kenderaan mengenai mata mereka.
5.Spesies Ular: Mereka melintas jalan tidak ikut waktu, samada pada waktu siang atau pun malam. Mereka akan menjalar pada arah yang lurus untuk melintas keseberang jalan.
6.Spesies Burung Tukang akan duduk diam diatas jalanraya yang sunyi dari kenderaan pada waktu malam. Ia juga sering dijumpai berterbangan rendah disekitar lampu jalan untuk menyambar serangga.
Spesies Burung Pungguk akan terbang melintas jalan pada waktu malam dikawasan ladang kelapa sawit dan hutan.
Cadangan Cubaan Usaha Untuk Menurunkan Kadar Kemalangan Langgar Lari Hidupan Liar.
Selain menjaga keselamatan diri dan pengguna jalanraya yang lain, setiap pemandu haruslah juga memikirkan tentang hidupan liar. Setiap pemandu hendaklah mengambil tahu akan habitat kehidupan hidupan liar. Sebagai contoh sekiranya mereka memandu kenderaan melalui jalanraya dikawasan lombong, tasik, sungai atau parit hendaklah bersiap siaga akan kemungkinan kemunculan hidupan secara tiba-tiba seperti Kura-kura, Biawak, Ular, Memerang, Cepelai, dan Burung. Manakala memandu dikawasan Hutan dan Ladang Kelapa Sawit hendaklah pula bersiap siaga akan kemunculan berbagai spesies Musang, Kucing , Tenggiling, Babi Hutan, Tapir, Gajah, Burung Pungguk, Kelawar dan sebagainya. Sekiranya kita memberi tumpuan kepada pemanduan dan sentiasa bersiap siaga nescaya kita sempat memperlahankan atau memberhentikan kenderaan dari melanggar hidupan liar. Jikalau usaha ini tidak dimulakan daripada sekarang maka setiap hari akan ada sahaja kemalangan langgar lari berlaku kepada hidupan liar kita. Wasalam.
No comments:
Post a Comment