Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin)
Individu Jantan Tahun Pertama
Red Door To Hunt
Spesies Burung Murai Kepala-perang~Luscinia ruficeps ( Rufous Headed-Robin) pertama kali telah dijumpai dan direkodkan pada tahun 1905. Ia dijumpai di kawasan Gunung Taibai Shan, Wilayah Shaanxi kawasan tengah Negara China. Wilayah Shannxi dan Sichuan merupakan kawasan habitat yang sesuai untuk ia membiak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi pergunungan pada ketinggian antara 2,400 hingga 3,000 meter dari paras laut. Disitu populasi dan taburannya agak tinggi berdasarkan beberapa laporan penemuan spesis itu disana. Memandangkan kawasan habitatnya terletak jauh di kawasan pergunungan yang sukar dimasuki, maka tidak ramai penyelidik pergi kesana. Oleh yang demikian, selama berpuluh tahun spesis burung ini tidak dilaporkan telah dijumpai. Lantaran dari itu, tidak banyak maklumat tentangnya dapat dikumpul oleh para penyelidik. Pada tahun 1963, secara tidak sengaja spesis burung ini dijumpai, telah keluar terbang jauh berhijrah dari kawasan tempat habitat asalnya. Ia telah dijumpai tersangkut pada Jaring Kabus yang dipasang oleh penyelidik untuk kajian burung-burung hijrah di Brinchang, Cameron Highland Pahang Malaysia. Rekod penemuan itu adalah yang pertama burung ini dijumpai diluar kawasan dari Negara China. Dengan rekod penemuan ditahun 1963 itu, pihak pengkaji burung dunia telah merekodkan spesis burung ini turut menyertai burung-burung lain keluar berhijrah. Kemudian pada Jun 1985, 3 ekor burung jantan telah dilaporkan dilihat dalam kawasan Taman Negara Jiuzhaigou Wilayah Sichuan. Setelah 26 tahun kemudian pada 20 November 2012 seekor burung betina tahun pertama spesis ini telah dilaporkan dijumpai di Negara Cambodia.(BirdingAsia 19(2013) 43-47~Simon P.Mahood,James A.Eaton & Paul J.Leader) Rekod terbaharu pada 21 Februari 2019 seekor burung jantan tahun pertama telah dilihat di sekitar kawasan Hutan Pergunungan Mossy di Ulu Kali Selangor Malaysia. Sehingga pada tarikh 5hb April 2019 burung itu masih dapat dilihat berkeliaran dikawasan tersebut. Selepas tarikh itu spesis burung Murai Kepala-perang~Luscinia ruficeps ( Rufous Headed-Robin) sudah tidak dijumpai lagi. Sejak itu ia sudah tidak kelihatan bersama-sama burung hijrah yang lain. Memandangkan burung ini terlalu sukar untuk menjumpainya, maka spesis ini dicadangkan untuk diletakkan bawah Hidupan Liar Yang Sangat Terancam( Critical Endangered Category) oleh IUCN.
Kunci Kata: Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) Jantan Tahun Pertama, Penemuan Ke 2 Di Malaysia, Ulu Kali Selangor Darul Ehsan Malaysia.
KAEDAH DIGUNAKAN DALAM PEMERHATIAN/ KAJIAN & ALAT YANG DIGUNAKAN
Kaedah kajian dan penyelidikan ini tidak menggunakan kaedah mengumpan burung dengan pelbagai jenis makanan. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud kerana telah memaklumkan kehadiran spesis burung yang terlalu sukar untuk ditemui sejurus mendapat matlumat. Maklumat kehadiran burung ini telah disampaikan kepada saya pada 28hb Mac 2019. Kaedah yang digunakan adalah dengan menunggu dan memerhatikan kehadiran burung dibawah tumbuhan renek. Alat bantuan kajian yang digunakan adalah Teropong Carl Zess, Kamera Panasonic Lumix LX7 untuk rakaman video, Kamera DSLR Canon 7D , Kamera DSLR Canon Mark 7D II, Canon Micro F2.8 L Prime Lens 100 mm, Canon F4 L Prime Lens 300mm dan Canon Zoom Wide EF-S 10-22mm Lens.
REKOD PENEMUAN KALI KE 2 DI MALAYSIA
Individu yang mula menjumpai Spesies ini ialah Saudara Long Roslee Ngah pada 21 Feb 2019 di Ulu Kali Selangor . Penemuan ini merupakan rekod sahih kali ke 2 di Malaysia, selepas penemuan pertama pada 15 Mac 1963 di Berinchang. Penemuan bersejarah ini merupakan penemuan pertama yang julungkalinya ia dapat dilihat dalam keadaan hidup bebas di habitatnya. Tidak sepertimana dahulu, didalam keadaan burung sakit menderita tersangkut dalam Jaring Kabus.
Menurut sumber dari laporan Bird Life International bertarikh 4 hb April 2019 , sebelum ini spesis burung itu telah dijumpai di Genting Highland pada 20 hb April 2014. Malangnya dakwaan penemuan itu tidak disokong dengan apa-apa bukti sepertimana syarat bahawa ianya telah dijumpai. Sebagai sebuah pertubuhan yang mendapat kepercayaan khalayak seperti Bird Life International / Malaysian Nature Society sewajibnya tampil dengan mengemukakan bukti diatas penemuan penting itu. Siapa yang menjumpainya, Lokasi dijumpainya dimana, bila tarikh dijumpai , dimana foto burung yang dijumpai pada tahun 2014 dan siapa penal kommiti yang mengesahkannya.
Tambahan lagi, andaikata ianya telah dijumpai pada tahun 2014, mengapa pihak Malaysian Nature Society dan Bird Life International tidak melaporkan penemuan penting itu dahulu. Sepertimana laporan berita bertarikh 4 April 2019. Menjadi satu tanda tanya dan kemushykilan, dimana rekod dan data penemuan tahun 2014 itu.
Menurut sumber dari laporan Bird Life International bertarikh 4 hb April 2019 , sebelum ini spesis burung itu telah dijumpai di Genting Highland pada 20 hb April 2014. Malangnya dakwaan penemuan itu tidak disokong dengan apa-apa bukti sepertimana syarat bahawa ianya telah dijumpai. Sebagai sebuah pertubuhan yang mendapat kepercayaan khalayak seperti Bird Life International / Malaysian Nature Society sewajibnya tampil dengan mengemukakan bukti diatas penemuan penting itu. Siapa yang menjumpainya, Lokasi dijumpainya dimana, bila tarikh dijumpai , dimana foto burung yang dijumpai pada tahun 2014 dan siapa penal kommiti yang mengesahkannya.
Tambahan lagi, andaikata ianya telah dijumpai pada tahun 2014, mengapa pihak Malaysian Nature Society dan Bird Life International tidak melaporkan penemuan penting itu dahulu. Sepertimana laporan berita bertarikh 4 April 2019. Menjadi satu tanda tanya dan kemushykilan, dimana rekod dan data penemuan tahun 2014 itu.
Memandangkan dakwaan penemuan spesis Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) pada tahun 2014 oleh Bird Life International atau Malaysian Nature Society boleh dianggap sebagai palsu kerana tidak disokong dengan bukti. Maka penemuan di Ulu Kali Selangor oleh Saudara Long Roslee Ngah pada 21 Feb 2019 yang lalu adalah penemuan kali pertama ia dilihat dalam keadaan burung hidup bebas. Hidup bebas dalam suasana habitatnya di kawasan tanah tinggi Malaysia.
KEPUTUSAN & PERBINCANGAN
Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) merupakan spesis burung hijrah dari keluarga Murai(Robin) yang berasal dari kawasan pergunungan di negara China. Rekod penemuan terawal yang diperolehi adalah di kawasan sekitar Gunung Brinchang, Cameron Highland Semenanjung Malaysia pada 15 hb Mac 1963. Selepas itu tidak ada laporan penemuan baharu samada di Semenanjung Malaysia, mahu pun data maklumat baharu yang diperolehi dari Pengkaji Burung dari Negara China. Selepas 50 tahun kemudian barulah spesis ini muncul kembali dan ia ditemui semula pada bulan November 2013. Laporan penemuan itu berlaku di negara Kemboja, bukan di Semenanjung Malaysia.
Nota perbincangan didalam email group Birding Malaysia @googlegroups.com |
Enam tahun kemudian pada 28hb Februari 2019, saya sendiri telah bernasib baik dapat melihat dengan mata kepala sendiri dan berkesempatan juga merakam imej burung tersebut. Spesis burung yang dikatakan terlalu sukar untuk dijumpai itu telah ditemui di Ulu Kali, Selangor Darul Ehsan. Memandangkan sebelum ini, ia merupakan spesis yang sangat jarang dijumpai, maka pengesahan spesis burung itu harus dirujuk kepada orang yang lebih berpengalaman.
Saya telah mendapat maklum balas daripada penulis buku The Birds of the Thai-Malay Peninsular Dr. David Wells. Beliau mencadangkan burung ini adalah burung Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin). Tambahannya lagi burung itu adalah Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) betina, berdasarkan beberapa imej yang dilihatnya melalui imej yang dirakam pada 2hb Mac 2019.
Walaupun telah mendapat makluman daripada Dr.David Wells, sahabat saya Saudara Mike Chong, tidak mahu menerima cadangan itu secara bulat-bulat berkenaan jantina burung. Beliau telah sekali lagi membelek imej burung tersebut secara terperinci. Hasilnya beliau mencadangkan supaya, saya turut menyemak semula dengan memberi perhatian kepada ciri yang ada pada beberapa bahagian buluhias burung. Beliau mencadangkan kemungkinan besar ciri-ciri itu mungkin dapat dilihat dari imej hasil kualiti rakaman saya.
Ternyata melalui hasil kualiti rakaman saya itu, memang benar apa yang telah dicadangkan oleh Saudara Mike Chong itu adalah benar. Bahagian-bahagian yang dinyatakan itu terdapat ciri-ciri yang menandakan burung yang pada mulanya disahkan itu sebagai burung betina sebenarnya adalah burung Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) jantan tahun pertama.
Memandangkan spesis Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) ini sangat jarang ditemui maka tidak banyak maklumat tentang spesis ini diketahui oleh peminat burung. Lantaran dari itu kumpulan pemerhati burung tidak ada maklumat atau bahan bacaan yang boleh dibuat rujukan. Plate imej burung didalam buku-buku rujukan cuma menggambarkan individu jantan dan betina sahaja. Berdasarkan imej pada plate tersebut ia menyerupai buluhias seekor burung betina. Maka ia telah dicamkan sebagi individu burung betina. Pemburung berpengalaman sekali pun akan mengesahkan bahawa ia adalah individu burung betina. Namun begitu pada hakikatnya, individu yang dikatakan sebagai burung betina itu sebenarnya adalah individu burung jantan tahun pertama.
Pekara ini memang boleh berlaku disebabkan burung yang dicamkan itu adalah berdasarkan penglihatan imej pada rakaman yang dibuat pada ketika 21hb Februari 2019. Pada ketika itu, ciri-ciri buluhiasnya masih menyerupai ciri burung betina. Walaupun begitu, orang yang membuat pengecaman itu telah terlepas pandang untuk memerhatikan pada bahagian pangkal paruh burung, yang masih lagi berwarna putih kuning kesusuan. Pangkal paruh yang masih lembut berwarna begitu adalah tanda individu burung itu masih muda lagi dan baru melepasi usia 1 tahun. Bukti tambahan yang membuktikan burung ini adalah burung jantan tahun pertama adalah pada pelepah primer burung. Ia jelas bersaiz kecil dan kelihatan belum cukup sempurna apabila individu burung sedang merenggangkan otot sayap membentuk seperti kipas yang dibuka.
Bukti sahih dapat dilihat dari imej burung yang telah dirakam pada 28 hb Februari 2019, 2 hb Mac 2019 dan 2 hb April 2019. Dimana perubahan buluhias sedang berlaku mengikut peningkatan usia burung tersebut. Keadaan ini menunjukkan telah berlaku perubahan pada warnanya sedikit demi sedikit dibeberapa bahagian buluhias burung itu. Bukti ini hanya dapat dilihat apabila burung membuat renggangan pada bahagian pelepah sayap dan pelepah ekor. Tanda-tanda ini memberi petunjuk yang jelas ia adalah burung jantan tahun pertama yang tidak boleh dinafikan.
CADANGAN TANDA INDIVIDU BURUNG JANTAN TAHUN PERTAMA
1. Perubahan warna buluhias agak ketara dilihat pada 4 bahagian anggota buluhias burung. Pertama pada bahagian pangkal dada burung telah mula ada tanda warna kehitaman. Warna itu bakal membentuk warna hitam pekat membentuk seperti rantai apabila burung sudah cukup dewasa nanti. Rantai warna hitam itu seolah-olah menjadi garis sempadan pemisah warna buluhias antara warna putih dibahagian leher dan warna putih pada bahagian dada burung.
2. Tanda yang kedua dapat dilihat dibahagian buluhias dikawasan kiri dan kanan sisi paruh. Dibahagian itu telah mula kelihatan tompokan berwarna hitam di sekitar pipi burung.
2. Tanda yang kedua dapat dilihat dibahagian buluhias dikawasan kiri dan kanan sisi paruh. Dibahagian itu telah mula kelihatan tompokan berwarna hitam di sekitar pipi burung.
3. Bukti sokongan ke tiga boleh dilihat dibahagian pelepah ekor burung, apabila burung itu mengembangkan pelepah ekor ketika renggangan dibuat. Warna permukaan pelepah ekor itu telah mulai menampakkan warna hitam kelabu pada permukaan setiap batang pelepah. Warna yang dinyatakan itu tidak dapat dilihat sekiranya set pelepah ekor burung tersusun kemas ditempat asalnya.
4. Tanda yang ke 4 dapat dilihat di pelepah sayap primer burung dibahagian paling hujung sayap. Saiz pelepah burung yang paling hujung masih pendek dan tidak sama saiz dengan deretan susunan batang pelepah yang lain. Kesemua empat cadangan alasan ini adalah disokong dengan bukti-bukti bagi menentukan burung Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) yang datang berhijrah di Semenanjung Malaysia adalah burung jantan tahun pertama.
Dengan semua maklumat sepertimana yang dicadangkan diatas itu , maka penemuan burung Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) di Ulu Kali Selangor Darul Ehsan Malaysia berkemungkinan merupakan rekod baharu. Rekod ini adalah sangat penting kepada ilmu bidang kajian Ornitologi & Avifauna. Penemuan baru ini telah memberitahu Dunia Ornitologist inilah penampilan burung Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) Jantan Tahun Pertama. Yang sebelum ini didakwa sebagai penampilan individu burung betina.
Bertitik tolak dari maklumat penemuan ini, maka dapatlah kini disahkan foto-foto burung penampilan individu burung jantan tahun pertama didalam laporan ini dicadangkan sebagai contoh rujukan. Dimasa hadapan matlumat baharu ini boleh dimuat masuk sebagai penambah baik isi kandung mana-mana buku-buku Bird's Field Guide .
KAJIAN DIMASA HADAPAN & PERMASALAHAN
Mengikut rekod yang dapat dikumpul setakat ini, peluang untuk menjumpainya semula dimusim hijrah tahun 2019/2020 adalah cerah. Ia berdasarkan rujukan rekod laporan lalu yang mana spesis ini ada kemungkinan boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia antara bulan November, Disember, Januari, Februari Mac dan April. Saya dapat menjangkakan ia akan menggunakan laluan hijrah yang sama di musim akan datang. Lokasi tumpuan yang dicadangkan adalah di Gunung Brinchang Cameron Highland Pahang, Gunung Tahan Pahang dan Hutan Mossy Ulu Kali Selangor.
Memandangkan spesis ini telah mula menjadi tumpuan kepada dunia Jurugambar Burung (Tempatan/Luar Negara) dan peminat pemerhati burung. Maka secara tidak sedar keadaan itu telah mewujudkan satu permasalahan kepada orang awam dan peminat pemerhatian burung/Ornitologi.
Kumpulan Jurufoto Burung yang berhimpun secara beramai-ramai dihadapan laluan pintu masuk Bangunan Keselamatan Negera telah mengganggu pegawai yang ingin keluar masuk. |
1. Masalah kacau ganggu disebabkan oleh kehadiran jurufoto burung di lokasi awam /tanah persendirian dalam jumlah yang ramai pada setiap hari dalam satu tempoh waktu yang panjang. Suasana seperti itu telah menghalang laluan keluar masuk di suatu kawasan persendirian atau bangunan kerajaan. Jumlah kenderaan milik jurufoto burung yang meletaknya ditepi jalan telah menghalang dan menyempitkan laluan masuk.
2. Sikap tamak dan keengganan kumpulan Photography Bird's Guide untuk berlapang dada berkongsi sedikit dari hasil keuntungan kewangan dengan orang yang telah membuka peluang rezeki yang banyak kepada mereka. Dengan mengetahui lokasi burung, Photography Bird's Guide secara mudah telah mendapat ramai pelanggan dari kalangan Jurufoto Burung dari luar negara. Keuntungan yang senang mereka perolehi itu tidak pula disalurkan kepada individu yang memberi maklumat sebagai penghargaan menjumpai lokasi spesis sesuatu burung itu dijumpai. Hal keadaan ini berlawanan dengan hukum akal budi dalam sosial bermasyarakat. Yang mana, Si pemberi maklumat hanya mendapat perkataan TERIMA KASIH sahaja, sedangkan yang menerima maklumat itu mendapat keuntungan yang banyak secara berterusan hasil daripada maklumat lokasi yang diterima daripada Si pemberi maklumat.
2. Sikap tamak dan keengganan kumpulan Photography Bird's Guide untuk berlapang dada berkongsi sedikit dari hasil keuntungan kewangan dengan orang yang telah membuka peluang rezeki yang banyak kepada mereka. Dengan mengetahui lokasi burung, Photography Bird's Guide secara mudah telah mendapat ramai pelanggan dari kalangan Jurufoto Burung dari luar negara. Keuntungan yang senang mereka perolehi itu tidak pula disalurkan kepada individu yang memberi maklumat sebagai penghargaan menjumpai lokasi spesis sesuatu burung itu dijumpai. Hal keadaan ini berlawanan dengan hukum akal budi dalam sosial bermasyarakat. Yang mana, Si pemberi maklumat hanya mendapat perkataan TERIMA KASIH sahaja, sedangkan yang menerima maklumat itu mendapat keuntungan yang banyak secara berterusan hasil daripada maklumat lokasi yang diterima daripada Si pemberi maklumat.
3. Ramai Photography Bird's Guide teruja membawa lebih ramai pelanggan mereka dari kalangan jurufoto burung luar negara. Keadaan ini membolehkan Photography Bird's Guide beroleh lebih banyak bayaran yuran dapat dikaut daripada pelanggan mereka, tanpa memikirkan soal keselamatan negara dan kacau ganggu yang ditanggung oleh pihak lain. Keadaan akan bertambah teruk apabila ramai Photography Bird's Guide membawa pelanggan masing-masing yang tidak kurang daripada 5 orang pada satu-satu masa.
4.Kehadiran mereka dalam jumlah yang ramai secara tidak langsung telah menopoli ruang dan sudut tempat berdiri untuk memerhati burung. Tindakan mereka meletakkan berbagai bentuk prop tunggul dan ranting telah merosakan nilai habitat burung dijumpai. Mereka juga kerap mengerat ranting dan tumbuhan untuk tujuan seni fotografi mereka.
5.Memandangkan Jurufoto Burung tidak mengetahui bidang Ornitologi, kelazimannya mereka akan memainkan bunyi panggilan suara burung hijrah secara berulang-ulang kali tanpa henti. Keadaan ini akan memberi tekanan melampau sehingga mendatangkan ketakutan kepada burung hijrah yang baru tiba ditempat yang baru. Dengan hal tindakan sebegitu burung hijrah yang ketakutan enggan keluar secara semulajadi dan akan meninggalkan lokasi tempat dijumpai.
6.Ada dikalangan beberapa jurufoto burung yang degil dan ingkar atas larangan nasihat pegawai keselamatan sehingga mengakibatkan ketegangan diantara mereka. Pegawai keselamatan terpaksa menghalau burung dengan menutup laluan ia selalu dilihat keluar dari rimbunan tumbuhan. Dengan keadaan itu, secara tidak langsung burung meninggalkan kawasan tumpuan dan Jurufoto Burung tidak berminat lagi berada disitu.
Jalan akhir yang dilakukan oleh pegawai keselamatan untuk menghindar jurufoto burung daripada berada dihadapan kawasan bangunan keselamatan Negara. |
Semua masalah yang dinyatakan itu telah menghalang pemerhati & pengkaji burung melihat burung dalam keadaan kehidupan semulajadinya untuk tempoh yang lebih lama. Kesan dari masalah halangan kenderaan dan orang-orang menghalang laluan keluar-masuk itu mengakibatkan pihak pentadbiran membuat tindakan drastik demi keselamatan negara. Mulai dari hari itu, pihak pegawai keselamatan menghalau semua jurugambar burung dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan itu . Kesannya peminat burung turut juga terkena tempias hasil dari kesan larangan. Ini secara langsung telah membantutkan kajian pemerhatian penukaran warna buluhias dan kajian kepada perilaku burung yang sedang giat dilakukan.
Ingatan & Ucapan berbanyak-banyak Terima Kasih kepada :-
Saudara Mike Chong, Dr.David Wells, Saudara Dennis Yong, Dr. Rosli Omar, Saudara Mohd Syafiq Sivakumaran, Saudara Tou Jing Yi , Saudara Mohammad Muhir Bin Haji Daud dan Saudara Long Roslee Ngah kerana berkongsi ilmu dan menjadi tempat merujuk dalam membincangkan penemuan baharu yang penting berhubung spesis burung Murai Kepala-Perang~Luscinia ruficeps (Rufous Headed-Robin) Jantan Tahun Pertama.
Maklumat di dalam laporan ini hasil rujukan dari:-
1. Studies of one of the world's rarest birds the Rufous headed Robin~ Halaman Uppsala Universiti Sweden & British Ornithologist Union yang ditulis oleh Professor Per Alstrom & Min Zhou.
2. Little Bird Known Asian Bird.~ Second Record of Rufous Headed-Robin~Lucinia ruficeps Outside it's Breeding Range And A Description Of It's 1st winter Plumage.~BirdingAsia 19(2013) 43-47~Simon P.Mahood, James A.Eaton & Paul J.Leader
3. Is This One Of Rarest Birds In The World? ~ Malayan Nature Society Journal Vol 17 yang di tulis oleh H.Elliott Mc Clure. 17 Dis 1063.
1. Studies of one of the world's rarest birds the Rufous headed Robin~ Halaman Uppsala Universiti Sweden & British Ornithologist Union yang ditulis oleh Professor Per Alstrom & Min Zhou.
2. Little Bird Known Asian Bird.~ Second Record of Rufous Headed-Robin~Lucinia ruficeps Outside it's Breeding Range And A Description Of It's 1st winter Plumage.~BirdingAsia 19(2013) 43-47~Simon P.Mahood, James A.Eaton & Paul J.Leader
3. Is This One Of Rarest Birds In The World? ~ Malayan Nature Society Journal Vol 17 yang di tulis oleh H.Elliott Mc Clure. 17 Dis 1063.
No comments:
Post a Comment