Dairi Memburung Di Pantai Jeram Selangor.
Lama sudah tidak memburung memerhatikan burung-burung jenis meredah dipesisiran pantai. Memandangkan sekarang ini bulan March , musim penghijrahan burung di Semenanjung Malaysia. Maka saya mengambil keputusan pergi ke Pantai Jeram Selangor, tempat biasa burung-burung jenis meredah mencari makan diatas permukaan pantai selut ketika air laut surut. Sebelum tiba ke Pantai Jeram, singgah ke Jeti Sungai Buloh untuk melihat keadaan air pasang atau pun surut. Akar dan batang pohon paya bakau jelas kelihatan dan lantai tanah penuh dengan selut. Bergegas ke Pantai Jeram dan tiba disana antara jam 10:00 pagi, Kelihatan dari jauh air laut nun jauh di tengah cuaca sudah mulai terik.
Bergegas ke pantai Jeram mencuba untung nasib kalau kalau ada burung hijrah sedang mencari makan. Conggakkan saya tepat di suatu sudut berhampiran dengan pohon bakau di pesisiran pantai kelihatan ribuan burung Kedidi Betis -merah Tringa totanus bercampur dengan Kedidi Betis Hijau -Tringa nebularia. Burung-burung sedang berkumpul berehat dan leka mencari makan diatas permukaan selut pantai.Ternampak juga kumpulan kecil sana sini burung Keriut Pasir-kecil- Charadrius mongolus menyertai gerombolan Kedidi Betis-merah-Tringa totanus. Dulu keadaan seperti ini biasa dilihat di Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin, Kapar Kelang.
Memberanikan diri berjalan perlahan-lahan diatas batu-batu sampai ke gigi pantai untuk mendapat jarak paling hampir dengan kumpulan burung-burung itu. Selut yang lembik telah menghadkan jarak saya dengan burung. Dianggarkan lebih kurang 70 meter jauhnya. Jarak ini sememangnya langsung tidak memuaskan hati menggunakan lensa 300 mm. Apa boleh buat, dengan kemampuan yang terbatas terpaksa berpuas hati saja dengan apa dihidangkan depan mata. Menikmati sahaja pengalaman yang jarang berlaku didepan mata, melihat ribuan burung berkumpul disatu tempat. Sesekali terbang menderu secara beramai-ramai kerana terkejut dengan bunyi bot nelayan yang melintas pulang dari laut.
Terbang hanya pada jarak yang dekat untuk beralih tempat . Walaupun mereka serentak berterbangan pantas secara rapat-rapat namun tidak pernah pulak berlanggar antara satu sama lain. Perangai burung ini, jangan ada seekor yang terkejut terbang, maka habis rakan-rakannya turut terbang sekali gus. Tidak dapat dipastikan dalam banyak-banyak burung siapa yang menjadi pemandu tuju hala tempat yang hendak mereka tuju. Cuaca sudah mulai sangat terik, tanpa ada tempat berlindung maka pemerhatian ditamatkan sehingga jam 12:30 tengahari.
Dibawah ini disertakan Senarai burung-burung yang dijumpai di kawasan Sekitar Hutan Bakau dan Pantai Jeram.
1.Pekaka Kepala hitam- Halcyon pileata
2.Pekaka Cekak-putih-Todiramphus chloris
3.Pekaka Leher- putih-Halcyon smyrnensis
4.Tuwu -Eudynamys scolopacea
5.Beberek Ekor- biru -Merops philippinus
6.Lelayang Edible - Collocalia fuciphaga
7.Sualo Pacifik -Hirundo tahitica
8.Langkawi- Haliastur indus
9.Merpati Batu- Columbia livis
10.Punai Leher- Merah jambu- Treron vernans
11.Tekukur Tengkuk -Bintik -Steptopelia chinensis
12.Merbuk Aman -Geopelia striata
13.Ruak-ruak Dada putih- Amaurornis pheonicurus
14.Kendi-Numenuis phaeopus
15.Kendi Urusia -Numenuis arquata
16.Kedidi Biasa -Actitis hypoleucos
17.Kedidi Betis merah- Triniga totanus
18.Kedidi Betis hijau- Triniga nebularia
19.Keriut Pasir Kecil- Charadrius mongolus
20.Tern Kecil-Sterna albifrons
21.Belekok Kecil- Egretta garzetta
22.Belekok Cina- Egretta eulophotes
23.Bangau Besar-Casmerodius albus
24.Pucong Kelabu- Ardea cinerea
25.Pucong Ungu -Ardea purpurea
26.Pucong Kecil- Butorides striata
27.Pucong Malam- Mahkota hitam- Nycticorax nycticorax
28.Bangau Botak-kecil-Leptoptilos javanicus
29.Bangau Upeh-botak -Mycteria leucocephala
30.Takur Tembaga- Megalaima haemacephala
31.Iora Biasa- Aegithina tiphia
32.Tirjup Coklat- Lanius cristatus
33.Gagak Rumah- Corvus splendens
34.Gagak Paruh Besar -Corvus macrorhybchos
35.Terik Tengkok hitam- Oriolus chinensis
36.Cencala hitam-putih -Rhipidura javanica
37.Murai Kampong- Copsychus saularis
38.Perling Berkilat-Asia-Aplonis contra
39.Tiong Coklat- Acridotheres tristis
40.Tiong Jawa -Acridotheres javanicus
41.Merbah punggung- kuning- Pycnonotus goiavier
42.Cericap Perut-kuning- Prinia flaviventris
43.Perincit Abu- Ortholimus ruficeps
44.Jerijit Suria Belakang-hijau zaiton -Nectarina jugularis
45.Pipit Padi-Anthus rufulus
46.Ciak Dahan- Passer montanus
47.Tempua-Ploceus philippinus
48.Tiak Kepala Hitam-Lonchura malacca
49.Tiak Kepala putih-Lonchura maja
50.Tiak DDada-sisik-Lonchura punctulata
Wasalam...
No comments:
Post a Comment