Wednesday, 4 March 2020

Hutan SImpan Tanah Gambut Kuala Langat Utara, Bukit Cheding., Selangor.

Anugerah Kebijaksanaan Digunakan Untuk Memusnahkan Alam Semulajadi dan Menzalimi Makhluk Lemah.






Satu kumpulan Kapitalis Zionis yang bersembunyi disebalik akta dan undang-undang tubuh kerajaan di Malaysia bergerak kerja dengan rakus mengaut laba keuntungan. Bukan hanya  untung tetapi merembat keuntungan yang melampau-lampau dengan semaksimum mungkin. Secara maufakat mereka bekerja dengan cara menindas , bermuka-muka dan menzalimi kumpulan orang-orang lemah dan miskin.



Bukan sahaja mereka menzalimi kumpulan manusia yang lemah, malah mereka langsung tidak merasa kesal menghapus pupus semua hidupan-hidupan liar, ikan , burung termasuk  tumbuhan alam semulajadi yang berpuluh ribu hektar luasnya. Hala tunjuk pemikiran  mereka hanya kepada bagaimana hendak mendapatkan wang yang tersangat-sangat banyak dengan cepat.





Hasil dari kejayaan  kumpulan Kapitalis Zionsis itu telah  menambah kekuatan bekalan wang dan menambah kebijaksanaannya. Mereka sedar kebijaksanaan yang  ada itu memang hendak digunakan untuk menzalimi komuniti orang-orang lemah. Bukti nyata dapat dilihat pada kejayaannya mengubah  kawasan Hutan Simpan Bukit Kemandul menjadi bandar mewah  yang megah tersusun. Agaknya wang mereka dirasakan telah mulai susut, ditambah rasa ketagihan melakukan kezaliman telah memuncak. Lalu kumpulan Kapitalis Zionis  itu mengalihkan pandangan mereka ke kawasan Hutan Simpan Tanah Gambut Kuala Langat Utara pula.




Memandangkan pengalaman, kekuatan dan kesombongan puak Kapitalis Zionis ini melakukan kerja, saya pasti kawasan baki Hutan Tanah Gambut itu  tetap , tidak dapat diselamatkan. Kita halanglah macamana sekali pun mereka tetap akan berjaya. Modus operandi dan pekara yang sama akan mereka lakukan sehingga terjadi juga malapetaka kepada sekelian penduduk orang-orang Asli Temuan yang tinggal di kawasan Hutan Simpan Tanah Gambut Kuala Langat Utara. Perkara yang sama  berlaku kepada Orang Asli Temuan yang pernah tinggal di Hutan Bukit Kemandul pada tahun 2015 dulu.



Segala peruntukan undang-undang yang ada akan diguna pakai untuk tujuan pengambilan tanah disitu. Kawasan tanah milik Orang Asli akan diambil dengan bayaran pampasan mengikut nilaian harga yang rendah. Sudahlah dinilai jumlah pampasan dengan harga yang rendah, nanti  masa ketika hendak membayar pampasan pun akan dibayar sangat lambat. Kemudian secara segaja disusah-susahkannya buat pembayaran. 




Selepas mendapat bayaran pampasan tanah, berpindahlah ketempat baharu yang janggal pada cara kehidupan sebelumnya. Ibarat ikan air masin di pindahkan ke dalam sungai air tawar. Hidup memang hidup tetapi akan merasa menderita untuk satu tempoh jangka waktu, sebelum mati secara perlahan-lahan tanpa khalayak sedar. Itulah ibaratnya apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Setelah semua tanah yang diambil menjadi miliknya , maka mereka akan menjual pula tanah yang sama dengan harga beratus-ratus lipat kali ganda kepada orang-orang awam.






Itulah dia puaka sial dan  lahanatnya  golongan  Kapitalis Zionis . Tidak ada gunanya  hendak mengecam keji tindakan puak Kapitalis Zionis ini sehingga berkajang-kajang panjang perkataan. Kerana mereka telah ditakdirkan  kebal dan tidak lut pada segala hukum dunia dan hukum akhirat. Apa yang mampu dibuat, ialah kita hanya boleh tonton, lihat, tengok dan terima sahaja apa-apa yang berlaku.








Sementara Hutan Simpan Tanah Gambut Kuala Langat Utara, masih belum jatuh ketangan pihak Kapitalis Zionis secara rasmi, maka saya meluangkan masa untuk melawat kawasan tersebut. Untuk melihat sendiri keadaan terkini tempat itu.Tujuan lawatan itu juga, untuk membuat rakaman keadaan kawasan sekitar hutan gambut.  Dalam pada itu melakukan bancian burung-burung yang boleh ditemui di situ. Rakaman dan bancian itu bertujuan untuk dijadikan kenangan peninggalan sejarah untuk tatapan warganegara tanahair kita. Supaya gambar-gambar itu nanti dapat mencetuskan minda mereka berfikir. Lalu menimbang   perubahan antara yang belum  berlaku dengan yang telah dipunahkan oleh pihak Kapitalis Zionis itu nanti. Disamping dapat mengesahkan  sejarah burung-burung atau ikan yang dijumpai itu pernah tinggal dikawasan tersebut.




Senarai Burung-burung Yang Dijumpai Di Kawasan Hutan Simpan Tanah Gambut Kuala Langat Utara, Bukit Cheding

1.Belatuk Pinang Tua kecil ~ Dinopium javanense

2.But-but Besar- Centropus sinensis

3.Beberek Ekor- biru - Merops philippinus

4.Cencala Hitam-putih~Rhipidura javanica

5.Cericap Tembakau Jawa~Prinia rufescens
6.Cericap Perut-kuning~Prinia flaviventris



7.Ciak Dahan~Passer montanus

8.Helang Ular-berjambul~Spilornis cheela
9.Helang Sewah-hendik~Spizaetus cirrhatus

10.Iora biasa~Aegithina tiphia
                             
11.Lelayang Edible~Collocalia fuciphaga

12.Murai Kampong- Copsychus saularis

13.Merbah Leher-lorek~Pycnonotus finlaysoni
14.Merbah Punggung-kuning~Pycnonotus  goiavier
15.Merbah Sayap-Hijau zaiton~Pycnonotus plumosus
16.Merbah mata-merah~Pycnonotus  brunneus




17.Merpati Batu - Columbia livia

18.Punai Leher-merah jambu - Treron vernans

19.Merbuk Aman~Geopelia striata

20.Tekukur Leher-bintik~Streptopelia chinensis

21.Kelicap Madu Celak-kuning~Archnothera  flavigaster

22.Jerijit Suria Leher-coklat~Aethopyga malacensis
23.Jerijit Suria Belakang-hijau zaiton~Nectarina jugularis



24.Gagak Rumah~Corvus splendens
25.Gagak paruh-besar~Corvus macrorhynchos

26.Perapat Perut-kuning~Gerygone sulphurea

27.Pekaka Leher-putih~Halcyon smyrnensis

28.Perincit Leher-gelap~Orthotomus atrogularis
29.Perincit Abu~ Orthotomus ruficeps

30.Perling Tengkuk-ungu~Sturnus sturninus
31.Perling Berkilat Asia~Aplonis panayensis



32.Rolla Paruh-merah~Eurystomus orientalis

33.Selancang Hitam-putih~Lalage nigra

34.Sepah Bunga-Perut-oren~Dicaeum  trigonostigma
35.Sepah Bunga Mahkota-merah~Dicaeum cruentatum

36.Sualo Pacifik~Hirundo tahitica

37.Tampung Cina~Ardeola bacchus

38.Mandang Kuning~Ixobrychus sinensis



39.Ruak-ruak dada-putih - Amaurornis pheonicurus

40.Takur Jambang-emas~Megaliama chrysopogon
41.Takur Tembaga~Megaliama haemacephala

42.Terik Tengkok - hitam - Oriolus chinensis

43.Tirjup Coklat~Lanius cristatus

44.Tiak Dada-sisik- Lonchura punctulata
45.Tiak Kepala hitam - Lonchura malacca
46.Tiak Kepala putih -Lonchura maja




47.Tempua~Ploceus philippinus

48.Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis
49.Tiong Jawa ~ Acridotheres  javanicus
50.Tiong Emas ~ Gracula religiosa

51.Tuwu~Eudynamys scolopacea

52.Pipit Padi -Anthus rufulus


Senarai Ikan Yang Dijumpai Di Kawasan Hutan Simpan Tanah Gambut Kuala Langat Utara, Bukit Cheding 






1.Forest Snakehead- Channa lucius- Bujuk
2.Chocalate Gourami- Sphaerichthys osphromenoides
3.Croaking Gourami -Trichopsis vittata
4.Two Spot Gourami - Trigogaster trichopterus
5.Brilliant rasbora - Rasbora einthovenii




6.Six banded Tiger Barb - Desmopuntius hexazona
7.Betta livida Sepang - Betta livida
8.Betta hippo - Betta hipposideros
9.Malay Combtail- Belontia hasselti
10.Keli Limbat - Clarias nieuhofii






Tidak jauh dari kawasan hutan Simpan Kuala Langat Utara itu, telah ada aktiviti perlombongan Pasir dan Tanah Liat diatas tanah milik kerajaan. Kita boleh lihat akan kesannya terhadap hutan semulajadi akibat  kerakusan kumpulan Kapitalis Zionis ini.


































Wasalam...

No comments:

Post a Comment