Monday, 1 April 2019

Lalat Gerudi Ibis Sijangkang~Empis sijangkangnensis



Lalat Gerudi Ibis Sijangkang~Empis sijangkangnensis


Rosla Bin Mustakim
Red Door To Hunt
Alamat Email Penulis: rosla.m3@gmail.com
Tarikh: 25 Mac 2019





Abstrak


Di Semenanjung Malaysia terdapat sejenis lalat dari Family Empididee (Dagger Flies). Tidak dapat dipastikan apakah spesis lalat ini telah direkodkan oleh kumpulan pakar dari Universiti Malaya ~ Tropical Infections Diseases Research Centre (TIDREC) didalam 62 senarai Spesies Lalat yang dijumpai di Malaysia. Rupa bentuk spesis lalat ini agak ganjil jika dibandingkan dengan spesis lalat yang pernah saya jumpa. Spesis lalat ini mempunyai mulut bermuncung  keras berbentuk panjang melengkung seperti paruh burung Sekendi/Ibis . Keseluruhan permukaan anggota badan termasuk sayap lalat adalah dari jenis debu yang bercorak, sama seperti permukaan anggota badan Rama-rama ( Moth) Ia dijumpai dalam satu koloni  lalat dianggarkan lebih kurang 20 hingga 25 ekor. Keadaan pada ketika itu mereka  sedang mengerudi dan mengorek pada batang pokok Ara Jejawi~Ficus urostigma. Koloni ini telah ditemui didalam kebun tanaman buah-buahan di Kg.Medan Sijangkang, Telok Panglima Garang Selangor Darul Ehsan.  





Kunci Kata: Lalat Gerudi Ibis Sijangkang~Empis sijangkangnensis ( Sijangkang Ibis Degger Flies) Family Empididee (Dagger Flies). Sijangkang , Selangor Darul Ehsan Malaysia.



Mukadimah


Pakar & Penyelidik Lalat Dunia  telah mengenal pasti dengan merekodkan sebanyak 2,335 spesis lalat yang wujud di dalam dunia. Dari jumlah itu, sebanyak  460 spesis lalat telah dihuraikan oleh pakar-pakar dari Universiti Malaya ~ Tropical Infections Diseases Research Centre (TIDREC). Ia diketuai oleh Pakar Taksonomi Lalat iaitu Professor Emeritus Hiroyuki Takaoka dan  Dr. Zubaidah Ya'cob bersama kumpulannya. Sejak 2010 mereka telah mengenal pasti sejumlah 62 spiesis lalat yang boleh dijumpai di Malaysia. Bukan semua orang ingin  mengambil tahu tentang spesies Lalat, apatah lagi ingin mengenalnya. Melainkan orang itu tahu, ada kepentingannya terhadap dirinya atau manafaat kepada masyarakat. Saya tidak pasti samada lalat yang berbentul ganjil itu dijumpai di Sijangkang Telok Panglima Garang Selangor ini telah direkodkan oleh pihak  Universiti Malaya ~ Tropical Infections Diseases Research Centre (TIDREC) atau pun belum. Sekiranya sudah , anggaplah huraian tentang lalat ini sebagai makluman ilmiah yang disampaikan dalam bahasa Malaysia. Sekiranya belum bolehlah pakar-pakar lalat jadikan huraian ini sebagai maklumat untuk mendapatkan spesimen untuk kajian lanjut dimasa akan datang. 

Untuk merujuk kepada Lalat ini saya telah mencadangkan satu nama pengenalan iaitu Lalat Gerudi Ibis Sijangkang~Empis sijangkangnensis ( Sijangkang Ibis Degger Flies). Cadangan nama tersebut adalah berdasarkan perilaku semua spesies lalat yang diperhatikan melakukan aktiviti Gerudi batang pokok Ara Jejawi~Ficus urostigma. Perilaku lalat mengerudi batang pokok itu adalah dengan anggota organ berbentuk mulut bermuncung yang panjang.




Kaedah Digunakan Dalam Pemerhatian/Kajian & Alat Yang Digunakan


Kaedah yang digunakan adalah dengan hanya memerhatikan perilaku koloni lalat melakukan aktiviti mereka sambil membuat rakaman .Alat bantuan kajian yang digunakan adalah Teropong Carl Zess, Kamera Panasonic Lumix LX7 untuk rakaman video, Kamera DSLR Canon 7D  , Kamera DSLR Canon Mark 7D II, Canon Micro F2.8 L Prime Lens 100 mm, Canon  F4 L Prime Lens 300mm dan Canon Zoom Wide EF-S 10-22mm Lens.







Keputusan & Perbincangan

Tata-cara penghuraian tentang Individu dari spesies  Lalat Gerudi Ibis Sijangkang~Empis sijangkangnensis ( Sijangkang Ibis Degger Flies) ini dibuat mengikut bahagian anggota badan yang dimulakan dari bahagian kepala dan berakhir dibahagian hujung burit lalat.

Warna: Keseluruhan warna anggota  badan lalat termasuk sayapnya adalah dari jenis bulu baldu halus sama seperti jenis bulu baldu Rama-rama (Moth). Warna bulu lalat dari jenis baldu halus itu bewarna camporan coklat dengan putih susu. Warnanya adalah seperti warna Biji Getah~Hevea brasiliensis . 





Jantina :Jantan/ Betina : Tidak dapat dikenal pasti ciri-ciri jantina lalat yang dijumpai itu samada ia itu adalah jantan atau pun betina. Dalam pemerhatian saya mendapati lalat itu berpasangan yang berada besebelahan antara satu sama lain. Setiap individu lalat bersaiz kecil akan ditemani dengan pasangan individu lalat yang bersaiz lebih besar.  Individu yang bersaiz besar dianggarkan 2cm 5mm panjang manakala individu yang kecil dianggarkan 1cm 5mm panjang. Ukuran pada panjang anggota badan diukur  dari hujung muncung mulut hingga ke hujung burit lalat. 


Bahagian Kepala :Di bahagian luaran kepala lalat itu mempunyai 4 organ anggota pancaindera tubuh yang mempunyai fungsi dan tugas tersendiri. 

1. Dihujung muncung mulut yang panjang seperti paruh burung Ibis itu sepasang cengkerang kulit keras tajam berbentuk melengkong seperti mata kerambit.  Berfungsi mengorek mana-mana permukaan yang keras seperti batang kayu. 

2.Muncung mulut panjang seperti straw akan mengikut masuk kedalam lubang pada kedalaman batang kayu yang telah dikorek. Pada ketika ia mengorek, dalam waktu yang sama  lalat akan menghisap zat-zat pada batang kayu kemudian dia mengeluar dan melambakkan hampas kayu. 

3.Kakitangan Muncung Mulut. Sepasang kakitangan yang terletak  di tengah muncung mulut. Bentuk seperti kaki yang mempunyai 2 ruas ini berfungsi untuk membantu muncung mulut yang telah terbenam dalam pokok supaya tidak tersekat dalam lubang yang digerudi.

4.Sepasang mata bentuk bulat yang besar sehingga kebelakang kepala. Berupaya melihat kesemua sudut hadapan sisi tepi atas dan bahagian belakang tanpa membuat pergerakan leher.




Bahagian bahu badan:Dibahagian anggota bahu badan mempunyai 2 organ badan yang mempunyai fungsi dan tugas tersendiri.

1. Sepasang kaki hadapan mempunyai 4 keting ruas kaki yang sederhana panjang dalam kedudukan terkangkang. Dihujung ruas kaki terdapat kulit cengkerang bercangkuk seperti kerambit.

2. Dibahagian dada lalat terdapat sondak tajam runcing berkedudukan selari sebelah menyebelah, dipercayai sebagai senjata pertahanan diri atau untuk mencocok mangsa.

Bahagian perut badan: Dibahagian perut badan mempunyai 2 organ yang penting kepada kehidupan lalat.

1.Sepasang kaki tengah yang mempunyai 4 keting ruas kaki yang sederhana panjang dalam kedudukan terkangkang. Dihujung ruas kaki terdapat kulit cengkerang bercangkuk seperti kerambit.

2.Sepasang sayap terbang yang mempunyai bentuk dan panjang mengikut bentuk tubuh lalat.



Bahagian punggung : Dibahagian perut badan mempunyai 2 organ yang penting kepada kehidupan lalat.

1.Sepasang kaki belakang yang lebih panjang daripada 2 pasang kaki tengah dan hadapan. Mempunyai 4 keting ruas kaki yang  panjang dalam kedudukan terkangkang. Dihujung ruas kaki terdapat kulit cengkerang bercangkuk seperti kerambit.

2.Dibahagian hujung punggung lalat organ jantina lalat samada jantan atau betina.





Memeriksa Spesimen:Tidak melakukan pemeriksaan spesimen lalat, kerana tidak berusaha untuk menangkap lalat untuk kajian lanjut atau bahan bukti. Bahan bukti memadai hanya dengan rakaman foto sahaja.




Rujukan


mns News:Penyelidik Malaysia Pakar Kaji Lalat Hitam Pembawa Wabak ~ Tulisan Puan Jamilah Kamarudin 24 Okt 2018.

















Monday, 4 March 2019

Berbincang Dan Bertanya Soalan Kepada Ustaz Abdul Somad Lc M.A...



Berbincang Dan Bertanya Soalan Kepada Ustaz Abdul Somad Lc.MA




Ini era tahun 2019, dimana zaman semua orang boleh menerima siaran Youtube. Siapa yang tidak mengenali Ustaz Abdul Samad.? Pada hemat peribadi saya  rata-rata segenap pelusuk Nusantara  Melayu samada dari Negara Brunei, Singapura, Malaysia apatah lagi di tanahairnya sendiri Republik Indonesia. Sudah pasti akan mengenali beliau. Pada 11 Februari 2019 beliau telah dijemput datang berdakwah dibeberapa lokasi di sekitar Lembah Klang , Kuala Lumpur dan Negeri Kelantan. Kedatangannya telah dimuliakan oleh pentadbiran Kerajaan Malaysia. Diberi layanan yang selayaknya sebagai seorang Ulama ilmuan dan cendikiawan.  Kalau dulu dizaman 1970an , adalah zaman Ulama tersohor Republik Indonesia,  Prof.Dr.Haji Abdul Malik Bin Dr.Sheikh Haji Abdul Karim Amrullah @ Hamka mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Kini tempat itu diganti pula oleh Ustaz Abdul Somad Lc.M.A pula. Beliau telah mengambil alih kekosongan lubuk hati yang lama ditinggalkan oleh Hamka. Dengan izin limpah dan rahmat Allah,  Ustaz Abdul Somad Lc.MA berjaya mengisi cahaya ilmu kedalam sanubari kebanyakkan hati orang-orang Melayu dan masyarakat Islam. Katakan, beliau bertanding dalam pemilihan menjadi Gabenor atau President Republik Indonesia peluangnya mendapat kemenangan sangat besar. Kalau ia menjadi kenyataan maka gemilang lah syariat Islam di bumi Republik Indonesia.





Arwah Abah pernah menceritakan yang beliau pernah menjadi pemandu kepada Prof. Hamka semasa dia datang ke Malaysia. Undangan Kerajaan Malaysia kepada Prof.Hamka untuk menyebarkan kefahaman ilmu ugama Islam kepada rakyat Malaysia pada ketika itu. Bertugas sebagai seorang pemandu di Jabatan Penerangan Malaysia telah dapat membanggakan hatinya sendiri kerana diberi peluang berkhidmat kepada Ulama tersohor, walaupun tempohnya sekejap. Arwah Abah dapat berjumpa dan melihat dengan mata kepala seorang ilmuan istimewa disisi ugama pada masa itu.Saya juga tidak mahu kalah dengan Arwah Abah, ingin juga melihat ilmuan istimewa disisi ugama  dalam kontek pada zaman sekarang. Dapat melihat dan dapat mendengar apa yang disampaikannya secara didepan mata kepala . Saya fikir, itu dikira lebih kurang sama dengan pengalaman istimewa Arwah Abah saya.




Pada waktu yang sama dari sudut seni fotografi, ilmu dan jiwa saya telah tercabar . Cabaran itu dirasakan  apabila  setiap kali Konsert Heavy Metal yang saya pergi untuk berhibur, wajib saya akan menyeludup masuk kamera bertujuan untuk membuat rakaman. Samada kumpulan Napalm Death, Death Angel, Kreator, Destruction, Metallica, Megadeth dan Helloween. Semuanya berhasil sepertimana dengan apa yang telah diniatkan. Tiba-tiba ilmuan agama seperti Ustaz Abdul Somad  datang ke Malaysia yang lokasi berdakwahnya tidak jauh dari rumah.  Hanya disekitar Kuala Lumpur sahaja, jika tidak diambil peluang seperti ini, nampak sangat saya  kurang berakal . Mendengar ilmu secara percuma, yang tidak perlu saya mengeluarkan wang untuk membeli tiket masuk. Malah tiada sebarang larangan pada kamera untuk  di bawa masuk ke dalam Masjid. Disitu saya mendapat kebebasan yang mutlak untuk mencari sudut-sudut rakaman yang istimewa. Jika tidak dilakukan terasa seperti saya ini kufur nikmat.




Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9:00 pagi ramai orang telah berpusu-pusu masuk memenuhi ruang solat Masjid. Walaupun pada ketika itu merupakan hari bekerja. Tidak kira kanak-kanak, orang muda , tua, lelaki dan wanita dari segenap lapisan masyarakat Islam. Ruang tempat letak kenderaan sesak dengan pelbagai jenis kenderaan mewah dan sederhana. Didalam Masjid jemaah teruja menunggu ketibaan pendawah Ustaz Abdul Somad. Dua  , tiga buah bas rombongan yang membawa warga Republik Indonesia juga turut hadir. Mereka semua berkesanggupan melapangkan masa untuk datang   melihat dan mendengar ilmu yang akan disampaikan oleh ulama tersohor nusantara itu.





Jam 9:30 pagi Ustaz Abdul Somad tiba dan dipersilakan duduk ditempat yang telah disediakan oleh penganjur. Setelah ucapan taklimat dan doa, beliau memulakan ceramah agamanya.Pada ketika itu ruang solat sudah padat dan penuh dengan jemaah. Mereka semua khusyuk mendengar nasihat-nasihat daripada Ustaz Abdul Somad. Lepas satu tajuk, ke satu tajuk yang lain untuk tempoh lebih kurang hampir 3 jam.  Sedang jemaah lain khusyuk mendengar ,  saya pula sibuk dengan khusyuk merakam imej ulama dari pelbagai sudut. Saya leka mencari sudut-sudut bagi mendapatkan koleksi rakaman yang difikirkan dari sudut yang  terbaik. Dalam diam tidak diam, jam sudah hampir pukul 12:00 tengahari. Memang sungguh cepat masa berlalu pergi. Sehingga saya terlepas merebut peluang membuat beberapa pertanyaan yang sulit dan bersifat peribadi kepada ulama tersohor itu.





Disebabkan terlepas peluang dalam sesi bertanya itu, maka didalam ruang ini, diharap Allah akan melorongkan Ustaz Abdul Somad  membaca soalan  yang berkait-kait  ini. Mohonlah Ustaz Abdul Somad baca dan fahamkan lah dari pelbagai sudut akan soalan saya itu. Kemudian bertenang, berehat sebentar untuk memberi masa berfikir. Selepas semuanya tenang silalah jawab dengan terang lagi jelas, supaya  jawapan yang sejujur-jujurnya itu akan dipatuhi. Supaya saya dan masyarakat dapat mengikut kehendak Al Quran, Tauhid, Hadis, Tasawuf, Fekah, dan Qiyas.  Harap maklum semua soalan adalah ditujukan khas hanya kepada Ustaz Abdul Somad, bukan kepada khalayak. Andaikata khalayak terbaca soalan saya,  diharap ia tidak mengundang kebencian, kecaman, ajukkan dan sindiran. Lebih-lebih lagi daripada sahabat-sahabat yang mungkin akan berkecil hati atau terluka hatinya. Hendaknya jikalau tidak bersetuju nanti, janganlah dijadikan saya musuh atau cuba menjauhkan diri dari saya. Saya cuma buat pertanyaan sahaja, itu pun bertanya kepada Ustaz Abdul Somad.



Sebelum diajukan soalan, ada baiknya saya maklumkan pada Ustaz Abdul Somad  terlebih dulu ceritanya dari awal. Supaya Ustaz Abdul Somad akan lebih mendapat kefahaman dengan jelas. Arakian bermula, setiap mukalaf yang merdeka itu, mempunyai hak  kebebasan mutlak untuk melakukan apa-apa sahaja keputusan dan perbuatan didalam rumahnya sendiri. Tindakan dan perbuatan itu semua dilakukan dengan mengunakan kudrat sendiri, belanja wangnya sendiri. Tanpa meminta-minta bantuan daripada jirannya atau pun orang lain. Semua itu adalah hak kebebasan yang harus semua orang hormat.





Dikisahkan, ada seorang Warga emas yang sudah lama tidak berteman, tinggal sendirian disebuah rumah bungalow diatas tapak tanahnya seluas 1 ekar. Disekeliling rumahnya itu tidak ada sebuah rumah orang lain didirikan. Dipendekkan cerita, dia ada terbaca beberapa  Hadis Nabi sahih yang  berbunyi "Sesungguhnya Kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu. Dan hadis dari Abu Hurairah , "Sesungguhnya Rasullullah S.a.w bersabda " Kucing tidak memutuskan kekusyukkan solat, kerana ianya adalah daripada  perhiasan rumah".




Dengan berpegang dengan hadis itu, sementelah tidak ada orang lain yang sudi menemankannya sepanjang hayat.  Maka beliau telah  mengambil keputusan untuk membeli seekor anak kucing . Sebagai imbangan menahan rasa kesunyian tatkala mengharungi kehidupan sepi, seharian  sepanjang masa.  Dengan adanya Kucing  ,  beban menanggung kesepian itu tidak terasa sangat, kerana ada ditemankan binatang peliharaan. Disebabkan tiada manusia disekelilingnya untuk diletakkan perasaan kesayangan, maka ditumpahkan perasaan kesayangan dalam hatinya kepada  binatang peliharaannya itu. Sebelum tertumpah kesayangan kepada binatang peliharaan beliau telah mengiktiraf kucing itu sebagai sebahagian ahli keluarganya sendiri.





Demi sayangkan kucingnya itu, maka disediakannya lah semua keperluan asas kucing. Ditempahnya Rumah Kandang Kucing yang luas dan selesa, Raga Kurungan mudah alih untuk mudah dibawa ke klinik, Sekampit makanan kucing Jenama Green seberat 8 Kg dengan harga RM 132:00. Sekampit Pasir Najis Kucing berharga RM13:00 dengan  bekas  berak kencing  kucing berharga RM 15:00, sebotol Shampoo mandian kucing berharga RM 16:00. Itulah nilai wang belanja yang dikeluarkan kepada binatang peliharaannya pada setiap kali bekalan dan keperluan itu habis.




Dibawah penjagaan Warga Emas sepi ini, maka hiduplah kucing itu dalam suasana yang senang lenang seperti Raja . Hendak berlari melompat naik ke atas meja makan, silakan lah... Hendak duduk melengkau tidur di atas sofa , tidur lah... Hendak mengasah kuku di atas permukaan fabrik kulit sofa atau di atas tempat duduk motosikal, buat la... Tuannya itu, langsung tidak dikisahkanya. Kucing peliharaannya mendapat kebebasan yang mutlak di dalam rumah. Kebebasan yang tidak pernah dirasai oleh kebanyakan manusia. Bila perut lapar tidak perlu bersusah-susah untuk pergi memburu mencari makanan. Gigi taring dan kuku melengkung tajam yang disediakan oleh Tuhan seolah-olah sia-sia kejadiannya. Kucingnya itu hanya cuma perlu mengeluarkan suara merenggek mengiyaw - ngiyaw atau menggelesir pada betis kaki tuannya. Sejurus itu juga tuannya itu tergolot-golot menyediakan  makanan yang enak berkhasiat dan mahal. Katakan kalau pada ketika itu ada manusia melihatkan  hal keadaan  kucing itu sedang makan dengan lahap sehingga kenyang, timbul perasaan cemburunya.



Kemudian diberikan minum air susu lembu supaya sihat tubuh badan kucing itu. Bila hendak terberak.... disediakan pula bekas pasir untuk berak dan kencing. Bila bekas berak dan kencingnya penuh, tanpa merungut dibuangkan tahi ke dalam lubang tanah dan dikambus. Seminggu dua tiga kali akan dimandikan dan di shampoo bulu kucingnya itu. Dijaga kucing itu sehingga kucingnya  langsung tidak menjejakkan kaki di atas  tanah. Setiap bulan dibawanya pula ke Klinik Veteriana untuk dibuat pemeriksaan berkala. Bertujuan memastikan tahap kesihatan kucingnya itu sentiasa berada dalam keadaan memuaskan. Walaupun yuran pemeriksaan berkala yang dikenakan itu mahal. Walaupun mahal, apa hendak digaduhkan, tuan kucing masih mempunyai wang yang banyak untuk dibazirkan bagi keperluan kucingnya itu. Demi melengkapkan kasih sayang terhadap kucingnya, maka diambilnya insuran TAILS (Pets Insuran).



Tidak ada langsung sekelumit dalam hati tuannya itu mengeluh kesah. Dilakunya  penuh dengan kasih dan sayang. Kerana tuan kepada kucing beranggapan, segala derita kesepian yang ditanggungnya telah terubat. Dapatlah dia meneruskan kehidupan dengan aman gembira sepertimana yang telah diniat dan diangan-angankannya.  Dengan niat yang baik dan bersangka baik, Tuan Kucing ingin berkongsi rasa, maka semua kisah kucingnya yang gebu, comel, mengeramkan, keletah nakal telah dimuat naik di dalam halaman Facebook dan Instragram. Setelah beberapa ketika, ada lah sesetengah orang telah mula terikut-ikut untuk  melakukan pekara yang sama. Iaitu menikmati pengalaman menyenangkan hati bersama kucing peliharaan yang disayangi. Hiduplah Tuan Kucing bersama kucingnya itu aman bahagia selagi ada nyawa dikandung badan.




Dikisahkan ditempat lain pula, ada sebuah keluarga harmoni yang terdiri daripada seorang Bapa, Ibu dan sepasang anak lelaki dan perempuan. Si anak lelakinya berusia 7 tahun dan anak perempuannya pula berusia 14 tahun. Mereka tinggal di tingkat 2 disebuah pangsapuri  4 tingkat. Kelengkapan perabutnya dihias dengan kemas dan cantik. Sejak mereka belum berumahtangga lagi masing-masing  sudah memelihara kucing.



Selepas berumahtangga dan mempunyai anak mereka tetap meneruskan hobi kegemaran memelihara kucing. Anak-anaknya juga terikut-ikut, sangat sayang kepada kucing-kucing peliharaannya. Mereka memelihara 3 ekor kucing yang comel dan cantik. Keluarga ini sudah tahu tentang hadis berkenaan kucing sejak muda lagi. Ekoran dari itu,mereka sekeluarga mempunyai keyakinan yang tinggi tentang kebaikkan memelihara kucing. Andaikata mereka ternampak kucing-kucing ditepi jalan, secara semulajadi dalam dirinya akan berniat untuk memberi makan. Mereka tidak lokek mengeluarkan wang untuk membeli makanan kucing berpeket-peket di kedai. Kemudian ditaburkan makanan kucing diatas lantai sebagai jamuan kepada kucing-kucing jalanan. Meresap satu perasaan seronok melakukan kebaikan yang dirasakan didalam hati mereka.




Sudah menjadi kemestian kepada keluarga yang memelihara kucing akan menyediakan semua keperluan asas kucing. Samada Rumah kandang Kucing yang selesa, Raga Kurungan Mudah alih , sekampit dua makanan Kucing Jenama Green berat 8Kg. Sekampit Pasir Najis Kucing dengan 3 bekas Najis Pasir Kucing. Sebotol mandian Shampoo untuk penjagaan kesihatan bulu kucing . Tetapi bagi keluarga ini mereka membelanjakan lebih banyak wang kerana mereka mempunyai 3 ekor kucing yang comel dan cantik. Dengan memelihara 3 ekor kucing maka bertambahlah modal ringgit yang harus disediakan pada setiap bulan oleh keluarga ini. 




Cara penjagaan kucing yang diamalkan oleh keluarga ini, ialah dengan melepaskan semua 3 ekor kucingnya. Di biarkan bebas keluar masuk ke dalam rumah. Dengan adanya jerigi pintu keselamatan, maka sepanjang masa dibukanya sedikit daun pintu utama untuk kemudahan keluar masuk kucing-kucingnya.  Setiap hari samada pagi, petang, siang dan malam memang disediakan oleh Tuannya 3 mangkuk  penuh dengan makanan. Disediakan juga 3 bekas penuh dengan longgokan pasir najis untuk berak dan kencing kucing-kucingnya. Bekas itu diletakkan bersusun di ruang balkoni pangsapuri mereka. 




Ketika mana  kucingnya itu berada di dalam rumah hendak kencing dan berak , secara terdidik kucing pandai pergi masuk ke dalam bekas najis masing-masing. Kucing mengais-gais pasir didalam bekas untuk berak dan kencing. Selesai berak dan kencing kucing-kucingnya akan masuk kembali ke dalam rumah. Samada ia terus  duduk diatas sofa, melompat naik diatas meja makan atau berehat diatas hamparan permaidani. Kadang-kadang anak tuannya mendakap  memeluk-meluk kucing untuk dibuat bermain, kemudian dikeleknya kucing naik diatas katil.




Ada juga mereka berlari-lari bermain-main kejar-kejar diruang tamu . Kerana terlalu sayang pada kucingnya ahli keluarga itu rajin menukar pasir najis di dalam bekas berak kencing Kucing. Setiap hari paling kurang sekali akan ditukarkan pasir najis itu. Pasir najis kucingnya itu dibuang dikawasan lapang berhampiran dengan rumah sampah. Maka bertimbunlah pasir bersama najis-najis kucing dengan bau busuk disekitar kawasan rumah sampah itu. 




Jiran-jiran yang biasa membuang sampah akan dapat melihat berlonggok pasir bercampur dengan tahi kucing yang berbau busuk. Mana-mana orang yang tidak biasa datang membuang sampah pada waktu malam, jika nasibnya tidak baik akan terpijak tahi kucing yang bersepah itu.  Pada ketika kucing-kucingnya berkeliaran  diluar, aktiviti kebiasaan kucingnya ialah memburu. Ia memang  cekap memburu hidupan kecil dikawasan sekitar dan selalu dilihat menangkap hasil buruan seperti tikus, burung dan tupai.





Hasil buruan bukannya dimakan tetapi dilambong-lambong dan dibuat mainan. Selepas kucing itu puas bermain bangkai, dibiarkan sahaja bangkai itu bersepah dimerata tempat awam. Ada dibiarkan dipetak letak kereta, anak tangga dan depan pintu jiran. Sering kali kucingnya itu berak dan muntah diatas tangga dan terbiar berjam-jam sehingga kering dikawasan laluan awam. Semua kawasan tangga berbau tahi kucing. Pemilik motosikal hanya berupaya marah dalam senyap bila tempat duduk motosikalnya dijadikan tempat mengasah kuku dan mengeliat . Habis bocor kulit P.V.C tempat duduk motosikal dikerjakan oleh kuku kucing-kucing yang tajam. Sudahlah tempat duduk motosikal habis menjadi tebuk bocor, selalu juga tercalit dengan saki baki berak dan kencing kucing yang masih terlekat ditempat keluar tahi, apabila kucing duduk di atas motosikal.





Bau haring hancing najis kencing kucing melekat kekal pada motosikal dan kereta. Pernah satu kejadian pemilik motosikal yang hendak ke Masjid terduduk saki baki tahi dan air kencing. Terpaksalah  bergegas patah balik dari masjid kerana hendak menukar kainnya. Bila musim mengawan bunyi bising kucing berkelahi dan mengiyeow-giyeow , lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bunyi suara menggaruk  kucing itu mengganggu lena tidur anak-anak dan jirannya  yang sedang berehat tidur.




Disebabkan 3 bekas najis kucing diletakkan di kawasan balkoni, maka hawa dan bau najis kucing yang busuk lagi meloyakan itu merebak masuk ke ruang balkoni jirannya. Angin bertiup membawa bau busuk najis tahi kucing masuk ke ruang tamu dan dapur rumah jiran. Sehingga jiran disebelahnya ingin  menjamu selera makan tengahari atau malam terbantut dan hilang selera makannya. Jiran yang tinggal di kiri, kanan, atas dan bawah hanya menanggung derita didalam senyap. Disembunyikan kemarahannya sahaja kerana tidak kuasa berkelahi sesama jiran tetangga. Pakaian jiran yang tinggal di bawah kediaman pemilik kucing yang disidai dibalkoni, terkena tempias percikan basuhan air bekas najis kucing. Himpunan gangguan kacau ganggu secara tetap yang dicipta oleh keluarga ini tidak langsung dipertimbangkan dengan akal budinya. Apakah mungkin disebabkan pancaindera deria baunya telah lumpuh, langsung tidak terkesan lagi dengan bau busuk najis tahi kucing yang menyegat dan meloyakan itu.?





Setelah Ustaz Abdul Somad membaca hal keadaan yang telah berlaku sepertimana yang diceritakan diatas. Bermula disini saya dengan rendah hati ingin bertanya beberapa soalan. Soalannya berbunyi," Apakah benar Nabi Muhammad S.A.W juga menyayangi kucing sehingga tahap Baginda membenarkan semua hal keadaan yang diceritakan itu berlaku didalam kehidupannya semasa hayatnya." ? Katakanlah Ustaz Abdul Somad memberi jawapannya ialah "Ya", tidakkah perilaku seperti itu telah jelas sekali berlawanan dengan sifat dan perilaku Baginda yang "Bersih lagi mensucikan" sepertimana kehendak Allah.  




Maka tidak kah sifat pengotor itu adalah sifat mustahil kepada Nabi Muhammad S.A.W?  Tidakkah sifatnya yang bersih suci itu telah terang dan jelas dicatitkan dalam pelajaran Ilmu Tauhid.  Apakah Nabi Muhammad S.A.W tidak tahu syarat-syarat sah mensucikan najis setiap kali Baginda melaksanakan amalan ibadat ?  Tidakkah 3 perkara utama, iaitu hilang warna, hilang rasa dan hilang bau yang dituntut. Katakan salah satu syarat yang tidak terlaksana maka terbatallah semuanya. Lagi pula bukankah Nabi Muhammad S.A.W itu gemar kepada wangi-wangian ? Mana mungkin  Baginda Rasullulah boleh gemar berada di dalam suasana kawasan  yang berbau busuk hancing yang terhasil dari zat-zat najis  tahi dan kencing kucing. 





Ustaz Abdul Somad, soalan kedua berbunyi," Apakah Allah jadikan martabat seekor binatang iaitu kucing, lebih mulia dan tinggi daripada martabat seorang manusia ?  Sebagai misalan, seorang manusia yang pergi melangsaikan qadar hajatnya di dalam tandas,tetapi tidak membasuh dan mensucikan tempat keluar najis tahinya dengan air. Perbuatan sama sepertimana seekor haiwan kucing yang tidak membasuh najisnya. Apakah boleh pertimbangan akal orang awam yang sihat akan sebulat suara menerima hal keadaan manusia seperti yang dinyatakan itu. Setidak-tidaknya mengesat sehingga kering. Tentu sekalinya tidak ! Maka jikalau begitu mengapa sipembela kucing boleh berlapang hati dan dada menerima keadaan haiwan kucing belaannya berbuat begitu, tetapi tidak kepada manusia seperti dirinya. Apakah tahi kucing itu tidak sampai kepada tahap najis tetapi tahi manusia itu jatuh kepada tahap  najis ?




Ustaz Abdul Somad, "Apakata,  kalau kita dijemput masuk ke dalam rumah sipembela kucing itu dengan tidak menanggalkan sepatu, sedang dia nampak  kita  baru sahaja memijak-mijak tanah dan lecak hujan?  Apakah agaknya tindak balas yang kita terima hasil daripada perbuatan itu, Tentulah sekali akan membawa kepada permusuhan sehingga berlaku pergaduhan. Sedangkan kucing-kucingnya keluar masuk ke dalam rumah tanpa dibasuh tapak kakinya. Selagi  permukaan tanah yang ada, habis semuanya dipijak oleh kucing. Di dalam longkang, mengais-gais pasir berak tahi kucing, masuk ke dalam tong sampah dan membongkah plastik sampah. Ustaz Abdul Somad, "Saya mohon diperjelaskan pekara ini.  




Ustaz Abdul Somad, "Sebagai seorang yang beragama Islam tidak dapat tidak, jauh disudut lubuk hati terkadang-kadang dalam otak tertanya-tanya hal keadaan rumah mereka. Dimana agaknya mereka sekeluarga melunaskan tanggung jawabnya sepertimana yang kehendaki oleh Nabi Muhammad S.A.W.? Kediaman yang dihias dengan hiasan dalaman menarik dan kemas. Berserta perabut-perabut cantik yang mahal, tetapi pengudaraan berbau busuk sama seperti kandang haiwan di dalam Zoo. Padat dan penuh dengan zat-zat bau najis yang terhasil dari najis tahi kucing. 




Ustaz Abdul Somad, "Apakah boleh ditafsirkan orang ini telah dijangkiti oleh satu wabak penyakit tetapi orang yang dijangkiti itu, tidak sedar bahawa dia sedang menghidap penyakit tersebut? Penyakit pancaindera deria hidung mereka telah lumpuh dan sudah tidak berfungsi untuk mengesan bau busuk tahi kucing dan hancing pering kencing kucing. Maka disebabkan dia terkena wabak berpenyakit itu, maka segala hal perbuatannya terhadap jiran tetangganya dimaafkan oleh Allah? Atau segala perilaku perbuatan kucing belaannya yang telah mengganggu jiran tetangga tidak boleh disabitkan sebagai satu kesalahan dosa. Ustaz Abdul Somad," Saya mohon penjelasan dan jawapan kepada  pekara ini.






Ustaz Abdul Somad, Apakah mereka ini telah tertutup hijabnya untuk menilai "Keutamaan Hidup Terhadap Sesama Manusia" (Priority) ? Rezeki yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka telah  dibelanjakan untuk keperluan binatang melebihi daripada keperluan manusia.  Misalnya 5 kilo beras jenis terbaik untuk makanan manusia berharga sekitar RM 50:00. Sedangkan makanan binatang seberat 8 Kilogram bernilai RM 132.00. Ustaz Abdul Somad," Tidakkah tindakan itu telah mengutamakan dan melebihkan binatang daripada manusia? Masih ramai lagi manusia dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Dimana mereka terpaksa menjatuhkan maruah harga diri  dengan menahan aib malu sehingga terpaksa meminta-minta dan kadang-kadang mencuri.





Ustaz Abdul Somad, "Lebih musykil lagi sipembela kucing boleh berlapang dada dan menjadikan rutin harian membersih, membasuh dan membuang tahi kucing-kucingnya. Tetapi mereka berkata-kata merungut didalam hati apabila mereka terpaksa memandikan ibubapa yang tua dan sakit. Bertambah lagi berat hatinya jikalau disuruh membasuh tahi dan kencing ibubapa mereka sendiri. Kadang-kadang mencari helah melarikan diri daripada melakukan itu semua. Kesanggupan untuk bekorban demi binatang adalah lebih besar daripada kesanggupan manusia bekorban sesama manusia. Jikalau lah begitu keadaannya, apakah boleh diperbetulkan acuan pemikiran orang seperti ini? Supaya orang-orang seperti yang dinyatakan itu memberi keutamaan kepada manusia yang ada disekelilingnya terlebih dahulu daripada mengutamakan binatang. 



Ustaz Abdul Somad, "Apakah fikiran mereka telah dijajah dan terbelenggu oleh momokkan Syarikat Gergasi Penyediakan makanan kucing? Bertambah kesayangannya kepada kucing, maka bertambah lagi banyak mereka menghabiskan wang untuk keperluan binatang itu. Dengan, hal yang demikian suka sesangatlah dengan keadaan sebegitu dan bertambah-tambah mencanak geraf keuntungan perniagaan Syarikat Gergasi Penyediaan Makanan & Keperluan Binatang itu. Lebih ramai manusia membela kucing lebih banyak keuntungan mereka kaut. 



Ustaz Abdul Somad, "apakah kumpulan manusia ini, dalam mereka tidak sedar telah menjadi hamba abdi kepada kucing-kucing peliharaan mereka sendiri? Ustaz Abdul Somad,"Apakah Syarikat Penyediaan Makanan & Keperluan Binatang menjadikan spesies kucing-kucing sebagai helah stratigi mereka untuk mudah mengaut keuntungan secara tetap dan  bertali arus. Tentulah ramai manusia bingung, merasa terpinggir termakan hati secara senyap dan sembunyi.




Ustaz Abdul Somad," apakah yang menyebabkan sipembela kucing tidak dapat membuat conggak ilmu hisab yang mudah ? Dengan nilai perbelanjaan membeli makanan kucing yang mahal itu, apakata jikalau dibelikan terigu, dedak, pelet untuk binatang ayam itek kambing dan lembu tentu akan nampak hasil manafaatnya kepada manusia. Ustaz Abdul Somad," adakah perbuatan itu jatuh kepada perbuatan pembaziran ? Kalau tidak silap perbuatan yang membazir itu adalah sahabat kepada syaitan? Mohon perbetulkan jikalau saya salah.




Ustaz Abdul Somad," kita semua faham untuk melarang hobi kegemaran seseorang adalah sulit dan sensitif. Pasti akan menimbulkan bangkangan , kecaman dan kemarahan daripada mereka. Namun ini persoalan penting dan permasalah yang sulit ini telah dicipta oleh si Pembela Kucing sendiri. Ia telah memberi permasalahan dan kacau ganggu kepada khalayak umum. Walaupun kita telah beberapa kali dengan cermat menyusun ayat, memberitahu secara sopan santun dengan suara lemah lembut. Namun tidak diendahkan semua nasihat yang disampaikan sebaik itu.






Ustaz Abdul Somad, "Bukan semua orang boleh bersabar dan menutup sebelah mata akan permasalahan ini. Tingkatan sabar dan kemarahan setiap manusia adalah bertingkat-tingkat. Ada beberapa perkhabaran di dalam akhbar tentang jenayah kezaliman terhadap kucing oleh manusia ada disiarkan.  Banyak juga kezaliman terhadap kucing yang tidak disiarkan tetapi sering sahaja berlaku. Semua kejadian kezaliman yang diketahui dan tidak diketahui itu berlaku ekoran daripada kemarahan yang tidak dapat dibendung oleh sipelaku kezaliman. Kebencian dan kemarahan dilepaskan dengan zalim kepada kucing-kucing yang tidak berdosa. Ini adalah satu dosa yang tidak sepatutnya berlaku. Kasihani lah kucing kerana kucing juga adalah makhluk ciptaan Allah. Janganlah lagi  menzalimi kucing.



Ustaz Abdul Somad,  mohon melapangkan masa untuk memberi pencerahan. dengan semua jawapan kepada soalan-soalan diatas dengan sejelas-jelasnya. Hendaknya dengan sinar cahaya ilmu yang dianugerahkan oleh Allah, dapatlah kiranya bersinar lembut meresap didalam hati sehingga menyenangkan hati khalayak menerima hujah dan nasihat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Somad itu. Perbetulkanlah acuan pemikiran masyarakat supaya memberi kefahaman. Agar mereka mengetahui kebenaran sebenar dimana keutamaan hidup antara sesama manusia. Semua soalan dan kenyataan yang dicadangkan ini bukanlah bersifat menghukum tetapi ia menyatakan kaedah dakwah menuju kepada  kebenaran dalam hidup bermasyarakat. 




Dengan rendah hati, saya memohon berbaik sangka, berfikir dan mohon juga jangan dikecam. Mungkin betul agaknya perumpamaan ini ' "tahi mana yang tidak najis, tahi mana yang tidak busuk selagi ia menjadi tahi selagi itu lah ia kekal najis yang busuk. Tahi yang tidak busuk cuma tahi lalat, lebih-lebih lagi terlekat pada dagu dibawah bibir  sebelah kanan. Ia cukup manis dan menawan. Betul tak Ustaz Abdul Somad.? Wasalam.


Saturday, 9 February 2019

Laporan Pemerhatian & Kajian Beruk Kentoi~Macaca arctoides(Stump tailed Macaque)




PEMERHATIAN TINGKAHLAKU BERSOSIAL BERUK KENTOI~MACACA ARCTOIDES(STUMP TAILED MACAQUE) DIDALAM HIDUPAN HUTAN SEMULAJADI HUTAN SIMPAN MATA AYER WANG KELIAN, PERLIS MALAYSIA.


Amsah Bin Mohd Ariff, Syamil Bin Abdul Rahman, Khairul Anuar, Pak Kim 
Mohammad Hidzir


Rosla Bin Mustakim
Red Door To Hunt
Alamat Email Penulis: rosla.m3@gmail.com
Tarikh: 9 hb Februari 2019





ABSTRAK

Laporan pemerhatian ini telah dilakukan di Perlis State Park Wang Kelian Perlis selama 8 hari. Ia  bermula pada 21hb Disember 2018 hingga 24hb Disember 2018. Kemudian disambung lagi pada 29hb Disember 2018 hingga 1hb Januari 2019. Kaedah pemerhatian ini dilakukan dengan cara menjejak mencari dan menunggu kumpulan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) sehingga terjumpa. Pemerhatian dilakukan secara melihat dengan mata kepala, akan kelakuan primat ini didalam hutan semulajadi. Semua pemerhatian dibantu dengan alat-alat rakaman bertujuan menjadikan semua imej dan video sebagai bukti sah sebagai menyokong segala teks dan kenyataan laporan ini. Pemerhatian apa-apa kejadian, kelakuan dan gelagat primat ini akan dilaporkan, walaupun ada sesetengah  pandangan khalayak beranggapan ia tidak begitu penting. Semua imej rakaman juga adalah bertujuan mengelakkan apa-apa kejadian  perilaku primat yang terlepas pandang oleh mata sipemerhati atau pun terlupa. 


Kunci Kata: Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) Taman Negeri Hutan Simpan Mata Ayer, Wang Kelian Perlis Malaysia


MUKADIMAH.

Maklumat dalam bahasa Malaysia berkenaan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) boleh diperolehi sejak tahun 1995. Maklumat tersebut ada terkandung didalam buku yang ditulis oleh Mohamad Momin Khan terbitan Jabatan Perhilitan berjudul Mamalia Semenanjung Malaysia. Penulis buku itu ada menerangkan  sedikit maklumat tentang spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque).Namun maklumat  yang diterangkan itu adalah sangat terbatas sahaja. Penerangan ringkasnya juga tidak disokong dengan imej, mahu pun dalam bentuk lakaran imej Berok Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque). Walaupun penerangannya cuma sedikit, namun maklumat yang terkandung didalam buku itu sangat penting, khasnya kepada penyelidik dan pengkaji hidupan liar. Kemudian pada tahun 2001 semasa ekspidisi saintifik kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia , mereka telah menjumpai satu kumpulan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) di Taman Negeri Perlis Wang Kelian Perlis. Penemuan itu secara tidak langsung telah menyokong kebenaran maklumat yang terkandung di dalam buku Mamalia Semenanjung Malaysia terbitan tahun 1995. Pada tahun 2014 seorang Pemburung tempatan Saudara Dave Bakewell secara tidak sengaja telah menjumpai beberapa ekor Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) di sekitar kawasan hutan yang sama. Laporan penemuannya itu telah disiarkan didalam Blog peribadi beliau iaitu Dig Deep. Dua tahun kemudian pada sekitar tahun 2016 Persatuan Perlis Nature & Wildlife telah memulakan projek kajian dan penyelidikan tentang Berok Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) di Wang Kelian.  Kajian & penyelidikan itu diterajui oleh Saudara Syamil Abdul Rahman dan Saudara Amsah Mohd Arif dibawah  program Macaca arctoides Research for Conservation (MARC).  Tujuan projek itu adalah untuk mengumpul seberapa banyak data dan matlumat tentang primat ini. Melalui pemantauan berkala secara harian mereka telah berjaya menjumpai kumpulan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque). Projek Macaca arctoides Research for Conservation (MARC) ini tidak dibiayai oleh mana-mana Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta mahupun orang perseorangan. Sehingga laporan ini dibuat,  mereka  masih meneruskan penyelidikan dan kajian terhadap spesies tersebut.

Di Malaysia, spesies Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque)  hanya boleh ditemui di dalam Negeri Perlis sahaja. Tidak sepertimana dengan keluarganya yang lain, iaitu Beruk~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque) yang boleh ditemui disetiap negeri-negeri di Malaysia.

Kertas-kertas Ilmiah yang telah ditulis oleh penyelidik luar negara khususnya dari negara India dan Thailand hanya melakukan pemerhatian  kelakuan bersosial primat itu didalam kurungan. Di Malaysia sehingga tahun 2019 tidak ada kertas ilmiah berkenaan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) yang ditulis oleh para penyelidik dari Universiti-universiti tempatan. Ini adalah disebabkan kesukaran  untuk menjumpainya di dalam hutan habitat semulajadi. Sementelah tidak banyak maklumat berkenaan spesis ini yang telah didokumenkan di Malaysia, maka saya telah memohon bantuan pakar-pakar daripada Persatuan Perlis Nature & Wildlife. Pengalaman mereka menjejak sejak 2016  telah membantu  saya membuat pemerhatian primat ini.  Dengan hasil bantuan mereka itu, kerja-kerja menjejak primat ini telah menjadi kenyataan. Walaupun telah menjadi kenyataan namun hasil pemerhatian hanya selama 8 hari belum cukup menghuraikan banyak lagi rahsia yang tidak diketahui oleh pengkaji dunia. Semua laporan pemerhatian saya ini diharap dapat diterima baik  dan dikongsikan pula untuk program Macaca arctoides Research for Conservation (MARC). Dimasa hadapan diharap projek Macaca arctoides Research for Conservation (MARC) yang telah memulakan penyelidikan sejak 2016 itu, dapat menyediakan satu laporan ilmiah secara lengkap untuk rujukan masa hadapan. Semua matlumat itu  dapat digunakan untuk  konservasi  primat ini sehingga berjaya. Dengan harapan limpahan kejayaan yang berterusan itu akan dirasai oleh pihak Universiti -universiti tempatan, khususnya di Negeri Perlis. 


KAEDAH  KAJIAN PENYELIDIKKAN & ALAT YANG DIGUNAKAN

Lokasi tapak kajian dan penyelidikan.


Kaedah kajian dan penyelidikan ini tidak menggunakan kaedah mengumpan kumpulan Beruk Kentoi dengan pelbagai jenis makanan. Juga tidak menggunakan sebarang ubat pelali, tidak menggunakan alatan perangkap atau apa-apa jua peralatan dan cara yang boleh memberi semua haiwan  tertekan ketakutan dan terancam. Kaedah yang digunakan adalah dengan merayau berpuloh kilometer samada  dengan berjalan kaki, menaiki motosikal dan memandu kereta. Pencarian kumpulan primat ini dilakukan diseluruh kawasan Wang Kelian Perlis. Samada dikawasan kebun-kebun tanaman buah-buahan, Ladang Kelapa Sawit, lereng-lereng batu kapur dan anak-anak sungai didalam kawasan Hutan Simpan Negeri Perlis dan Hutan Simpan Mata Ayer. Pencarian bermula dari jam 7:00 pagi dan berakhir jam 7:00 malam pada setiap hari. Alat bantuan kajian yang digunakan adalah Teropong Carl Zess, Kamera Panasonic Lumix LX7 untuk rakaman video, Kamera DSLR Canon 7D  , Kamera DSLR Canon Mark 7D II, Canon Micro F2.8 L Prime Lens 100 mm, Canon  F4 L Prime Lens 300mm dan Canon Zoom Wide EF-S 10-22mm Lens.


KEPUTUSAN & PERBINCANGAN

A.Pengenalan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque)


Berdasarkan nama Beruk Kentoi, pada hemat saya nama tersebut memberitahu akan ciri-ciri khas yang terdapat pada primat tersebut. "Kentoi" dalam perkataan loghat negeri sebelah Utara yang memberi maksud kepada " Kontot" dalam Bahasa Malaysia. Kontot adalah ukuran kepada saiz panjang atau pendek sesuatu benda, mahupun anggota badan. Yang memberi maksud kepada ukuran pendek atau bantut. Memandangkan ekor primat itu sangat kontot, maka masyarakat sebelah Utara mengelarkan primat itu sebagai Beruk Kentoi, sempena kontot ekornya dalam bunyi bahasa loghat Utara Semenanjung Malaysia. Setelah khalayak telah biasa mengenal dengan menggunakan nama panggilan itu untuk suatu jangkamasa yang lama, maka pihak Jabatan berwajib telah mengangkat nama Beruk Kentoi sebagai nama khas kepada primat tersebut. Bertitik tolak dari situ mereka telah mewartakannya nama Beruk Kentoi sebagai nama rasmi primat itu didalam Akta Senarai Hidupan Liar Yang Dilindungi Sepenuhnya di Malaysia.



B.Ciri-ciri Khas Beruk Kentoi.~ 


Ciri-ciri khas yang ada pada primat itu telah membezakannya diantara keluarganya yang lain.  Primat ini mempunyai ekor yang sangat pendek dianggarkan antara lebih kurang 2 ke 3 inci panjangnya. Selain dari itu Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) mempunyai kulit dibahagian muka yang berwarna merah. 2 ciri khas yang dinyatakan inilah yang memberi pengenalan ciri-ciri khas kepada primat ini.

Kulit pada wajah muka berwarna merah.



Ekor yang kontot atau pendek.



C.Kepelbagaian Warna Bulu dan Kulit ~ 


Primat ini merupakan spesis primat yang unik dan istimewa, kerana mempunyai berbagai jenis warna bulu dan kulit.Penampilan luaran primat ini sama sekali   tidak menyerupai penampilan Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque) atau pun mamalia lain. Seekor  Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque) akan mewakili semua penampilan primat tersebut. Sebagai contoh, penampilan warna bulu seekor Siamang yang berwarna hitam itu, akan mewakili semua spesis Siamang yang ada di Semenanjung Malaysia. Akan tetapi Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) mempunyai pelbagai jenis warna bulu dan kulit. Penampilannya  sama seperti burung Merpati Batu~Columbia livia( Rock Pigeon) yang mempunyai bermacam-macam warna buluhias walaupun dari spesis yang sama. Ada besar kemungkinan DNA pigman pada warna dan kulit spesis primat ini, secara semulajadi telah mengalami kecelaruan DNA pigman.  Diharap pada masa hadapan para penyelidik tempatan terkemudian akan membuat kajian lanjut tentang perkara ini.    Hasil daripada  penyelidikan dan kajian yang telah dibuat sehingga dokumen ini ditulis, mendapati terdapat 8 jenis warna bulu dan warna kulit. Jenis warna bulu dan kulit yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut :-


1.Bulu panjang berwarna  hitam dan permukaan kulit tubuh badan warna merah.
2.Bulu lebat dan panjang berwarna kelabu.
3.Bulu panjang halus mengerekut berwarna perang terang.
4.Bulu panjang yang mempunyai 2 warna iaitu warna putih dan warna kelabu.
5.Bulu panjang berwarna coklat gelap.
6.Bulu panjang berwarna coklat terang.
7.Bulu berwarna keemasan.
8.Bulu pendek berwarna kelabu dan permukaan kulit tubuh badan warna hitam.

Bulu panjang berwarna  hitam dan permukaan kulit tubuh badan warna merah

Bulu lebat dan panjang berwarna kelabu

Bulu panjang halus mengerekut berwarna perang terang.

Bulu panjang yang mempunyai 2 warna iaitu warna putih dan warna kelabu.

Bulu panjang berwarna coklat gelap.

Bulu panjang berwarna coklat terang

Bulu berwarna keemasan.


Bulu berwarna keemasan.


Bulu pendek berwarna kelabu dan permukaan kulit tubuh badan warna hitam


D.Pengenalan Individu Beruk

a.Jantan Dewasa.~

Pengenalan mudah bagi individu beruk jantan ialah ia mempunyai 2 anggota organ telor bersaiz besar tergantung bergayut yang berselaput kulit mengikut warna permukaan kulit beruk. Adakalanya berwarna merah, coklat, kelabu dan lain-lain. Mempunyai bentuk susuk tubuh badan yang tegap serta sasa.   Pada bahagian kepala , bahu , lengan dan belakang badan ditumbuhi bulu yang panjang mengurai. Primat ini kelihatan seperti penampilan seekor Singa jantan atau seekor Dubok (Hyena). Ketika berjalan diatas tanah permukaan rata, kelihatan bahagian kepala  dan bahunya lebih tinggi daripada bahagian punggung. Mempunyai saiz tengkorak kepala yang kelihatan besar. Jika dipandang dari sudut hadapan, tulang dahi jantan lebih lebar, tebal dan kelihatan tersembul. 


Dua biji organ telor yang tergantung , diselaputi oleh kulit nipis dan lembut warna merah.


Bulu panjang mengurai seperti seekor Singa jantan.


b.Beruk Betina Dewasa.~


Pengenalan mudah bagi individu beruk betina ialah ia tidak mempunyai 2 anggota organ telor sepertimana beruk jantan. Tetapi ia mempunyai otot daging seperti bibir manusia yang tebal terletak diantara dua celah kaki belakang berhampiran punggung beruk betina. Selain itu individu beruk betina dewasa dibahagian dadanya mempunyai 2 puting susu yang saiz panjang dianggarkan 1 inci. Bentuk tubuh badan yang lebih kecil jika duduk bersebelahan dengan beruk jantan dewasa. Rekabentuk  tengkorak kepalanya agak kecil sedikit daripada tengkorak kepala beruk jantan. Jika dipandang dari sudut hadapan tulang dahi betina tidak lebar dan tulang dahi lebih kecil.



  


Beruk Kentoi Betina


c.Beruk Muda & Remaja.~

Kulit pada wajah muka telah mula menampakkan tompokan-tompokan warna, samada warna merah atau kelabu gelap. Kesemua set gigi kekal telah mulai tumbuh, namun begitu 2 gigi jenis taring bahagian atas dan 2 jenis taring bahagian bawah masih pendek dan sama tingginya dengan set gigi yang lain.


Beruk Kentoi Muda/Remaja



d.Juvana.~

Usia seperti ini dilihat masih begitu rapat mengekori ibunya   mencari makanan bersama -sama kumpulannya. Keadaan bulunya hampir sama dengan penampilan spesis Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque) .Warna bulu berwarna coklat perang cair dengan rerambut bulu pendek. Kulit mukanya cerah dan tidak mempunyai warna merah atau warna-warnanya yang lain. Yang membezakan diantara mereka hanyalah pada ekornya yang kontot.


Beruk Kentoi Juvana


Beruk Kentoi Juvana


e."Bayi/Kanak-kanak"~ 

Keseluruhan warna bulunya berwarna putih dan akan sentiasa berada dibawah perut  atau dibelakang bahu ibunya.

Beruk Kentoi peringkat usia Bayi bersama ibunya.




E.Hal Keadaan Cara Beruk Kentoi Bergerak.

a.Berjalan Dan Berlari Atas Lantai Tanah~ Pemerhatian mendapati primat ini lebih selesa menghabiskan masa 60 peratus diatas lantai tanah hutan. Samada melakukan aktiviti mencari makanan dengan menggunakan ke dua belah tapak tangan serentak dengan kedua belah tapak kaki untuk berjalan dan berlari .















b.Berjalan dan berlari diatas dahan pokok~Sungguh pun 60 peratus primat ini menghabiskan masa diatas lantai tanah namun ia berkebolehan berjalan dan berlari diatas dahan-dahan pokok rendah atau tinggi.  Walaupun  primat ini tidak mempunyai ekor yang panjang untuk tujuan imbangan tubuh badan, namun primat ini cekap melakukan semua pergerakan yang sama sepertimana Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque).

















c.Melompat dan bergayut pada pokok yang rendah dan tinggi ~ Primat ini juga berkebolehan dengan cekap mencapai ranting-ranting pokok ketika melakukan melompat. dari sebatang pokok ke sebatang pokok yang bersebelahan. Kekuatan cengkaman dan genggaman tapak tangan dan genggaman tapak kaki untuk  ia bergayut diranting-ranting pokok untuk tujuan pergi satu lokasi ke lokasi yang lain.







F.Tata-cara Menyeberang dan Melintas Jalan.

Beruk Kentoi ~Macaca arctoides   (Stump tailed Macaque)    hidup dikawasan hutan tanah berbukit bukau di Wang Kelian. Rekabentuk  sistem jalanraya yang terdapat dikawasan Hutan berbukit-bukau di Wang Kelian dibina secara berkelok-kelok  dengan mempunyai banyak selekoh.Dengan terbinanya jalanraya  seperti itu didalam  kawasan  hutan, maka laluan semulajadi hidupan liar telah terpotong dan berubah menjadi jalanraya. Hasil daripada itu  haiwan  yang ada didalam hutan secara tidak langsung akan terpaksa melintas jalan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dialam  kawasan hutan itu. Memandangkan sifat semulajadi Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) suka bergerak  berpindah  randah  dari   satu  kawasan ke  kawasan  yang lain ,maka  primat ini juga  terpaksa melintas jalan  setiap hari. Samada menuju ke kawasan tapak mencari makanan, tapak tempat mereka berhenti  beristirehat atau tapak tempat mereka tidur. 

Sepanjang 8 hari membuat pemerhatian, mendapati apabila setiap kali kumpulan  Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) ingin melintas  menyeberang jalan . Maka kaedah sebegini akan dilakukan. Seekor induk jantan akan keluar terlebih dahulu dari rimbunan tumbuhan ditepi hutan. Induk beruk jantan akan menuju ke atas jalan raya atau jalan tar. Disitu induk jantan itu akan berjalan mundar mandir disekitar jalan raya untuk tempoh beberapa minit. Tugasannya seperti peninjau untuk memastikan keadaan sekeliling selamat untuk menyeberang jalan. Setelah diyakini semua keadaan terkawal, induk jantan akan duduk diatas permukaan jalanraya dengan kepala dan badannya menghala kearah yang hendak dituju. Selepas itu satu nada isyarat bunyi dikeluarkan  dari mulutnya, serentak  riak raut wajah menandakan lintasan boleh dilakukan segera. Sejurus itu seekor Beruk Jantan akan mendahului lintasan sebelum menderu-deru individu beruk kentoi keluar daripada gigi hutan. Maka berbagai bilangan serta lapisan jantina dan usia bergegas berlari pantas menyeberang jalan. Induk jantan hanya duduk memerhatikan satu kumpulan demi satu  kumpulan berlari melintas jalan. Anak-anak beruk Kentoi yang sudah pandai mencari makanannya sendiri, kebiasaannya dilihat akan berlari pantas seolah-olah ada pemangsa sedang mengejarnya dari belakang. Semua dalam satu kumpulan itu menuju terus masuk kedalam kenopi hutan yang redup itu. Beruk dewasa jantan akan berjalan pantas manakala Beruk dewasa betina pula akan berlari-lari anak bersama anak kecil dibawah perut. Setelah diyakini semua ahli kumpulan Beruk Kentoi telah selamat melintas jalan, maka barulah Induk Beruk Kentoi jantan itu perlahan-lahan beredar masuk kedalam hutan dan hilang dari pandangan.  





Memanggil dengan memberi isyarat kepada kumpulan yang menyorok didalam hutan supaya sudah boleh melintas jalan.



Induk jantan ini hanya duduk memerhati semua ahli kumpulannya melintas jalan dengan selamat tanpa ada sebarang gangguan.




Berpusu-pusu kumpulan Beruk Kentoi melintas jalan secara berlari dengan cepat..

Sedang mengeluarkan bahasa bunyi yang mungkin memberi maksud cepat melintas jangan ketinggalan.






Menunggu sambil memeriksa kalau-kalau ada ahli kumpulan tertinggal

Sebelum meninggalkan tempat, ia memastikan tidak ada ahli kumpulannya  tinggal dan terpisah dengan kumpulanya.

Induk jantan ini beredar dengan cara berjalan-jalan tanpa ada rasa dirinya terancam



G.Hal Keadaan Beruk Betina Membawa Anaknya.

Individu beruk jantan tidak pernah dilihat membawa anak-anak beruk, samada secara mengincang atau pun mengelek anaknya. Boleh dikatakan urusan itu semuanya dilakukan oleh individu Beruk betina. Tidak pernah melihat individu Beruk betina membawa lebih daripada sekor anak. Setiap individu beruk betina hanya menjaga seekor anak beruk sahaja. Sepanjang pemerhatian mendapati 3 cara  Beruk betina membawa anaknya. Cara yang sering digunakan adalah dengan membiarkan anaknya berada dibawah perut ibunya. Yang mana kedua belah kaki dan tangan anak beruk akan menggenggam dan mencengkam erat bulu dan kulit badan ibunya . Kedudukan anaknya itu akan tergantung terbuai dibawah perut dalam keadaan terbalik. Cara begini kebiasaan dilakukan apabila Beruk betina sedang berjalan dan berlari diatas permukaan lantai tanah dan ketika ibunya sedang memanjat pokok. Cara begini menjadi cara yang biasa Beruk Betina membawa anaknya. Sesekali Beruk betina ada juga membawa anaknya dengan cara anaknya berada diatas belakang badan ibunya. Seolah-olah anaknya sedang menunggang ibu dengan kedua kaki dan tangan menggenggam bulu Beruk betina. Ketika Beruk Betina sedang makan dan berehat diatas pokok ibunya akan mengelek dan memangku anak.









H.Hal Keadaan & Cara Beruk Kentoi Turun Dari Atas Pokok.~


Kebiasaan ia turun dengan mendahulukan kepalanya  sambil mengimbang kedudukan tubuh badan menggunakan kekuatan genggaman kedua tangan dan kakinya.Cara ini adalah cara yang selalu dilakukan  ketika turun daripada tempat tinggi samada dari atas pokok atau benteng yang curam.







I. Perilaku /Cara  Beruk Jantan  Dan Beruk Betina Bersosial Mempunyai persamaan dengan spesis Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque).

Ketika mereka dalam keadaan sedang berehat, seekor individu Berok Kentoi betina akan datang berhenti di hadapan Beruk jantan dewasa. Disitu Beruk Kentoi betina secara rela akan merendahkan kepalanya sehingga dagunya mencecah tempat ia berjalan pada dahan pokok. Sambil menonggekkan bahagian punggung lalu dihalakannya kearah muka individu Beruk Jantan. Sejurus itu Berok Kentoi Jantan memegang punggung Berok Betina lalu diperhatikannya sesuatu buat seketika. Kemudian Berok Kentoi jantan merapatkan hidung sambil mengeluarkan sedikit bahagian hadapan lidahnya. Lalu disentuhkannya hujung lidahnya itu ke bahagian anggota organ yang ada dikawasan punggung beruk Kentoi betina. Sesekali dilihat Berok Kentoi jantan menghidu kawasan punggung Berok betina. Selepas menghidu Beruk Kentoi jantan meletakkan jari pada organ di kawasan punggung sambil jari telunjuknya dicolek-colek beberapa kali.  Selepas itu Berok Kentoi betina membetulkan kedudukannya pada kedudukan seperti biasa lalu beredar, tanpa  melakukan sebarang urusan dan kegiatan percantuman sperma antara benih  jantan dan betina.

Kelakuan bersosial antara individu jantan dan betina yang diterangkan sepertimana diatas itu, adalah kelakuan kebiasaan  sama yang dilakukan oleh Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque).







Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque)






Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque).









J. Diet Pemakanan Beruk Kentoi ~  


Pada setiap masa Beruk Kentoi akan bergerak dalam satu kumpulan samada ketika mereka mencari makanan atau sedang berehat. Dietnya terdiri daripada pucuk-pucuk daun pokok, bunga-bungaan dan buah-buahan hutan. Diet makanannya itu memang banyak terdapat  disekitar kawasan Wang Kelian. Kumpulan Beruk Kentoi bergerak mencari makanan  seperti " Ombak Burung" (Bird Wave) . Dipercayai cara sebegini memberi mereka merasai beraneka jenis rasa tumbuhan dan buah.   Setiap individu bebas memilih makanannya sendiri dari pelbagai jenis tumbuhan untuk menambah protien kepada tubuh badan mereka. Sepanjang pemerhatian dilakukan, tidak nampak antara mereka berkelahi atau berebut-rebut ketika sedang mencari makan. Beruk Kentoi akan menyimpan makanannya didalam tembolok tekaknya sebelum menghadam sedikit demi sedikit ketika dalam perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.




































K. Sifat Kelakuan Beruk Kentoi Apabila Terganggu.



Jikalau dirasakan berlaku ada gangguan atau dirasakan ancaman kepada ahli kumpulan Beruk Kentoi, seekor induk jantan dewasa akan datang dengan mempamerkan wajah garang. Sambil menunjukkan tingkah laku yang tidak senang akan kehadiran sipemberi anacaman. Induk jantan itu akan bertindak seperti menyergah sipemberi ancaman dengan mengeluarkan suara-suara kasar yang keluar dari kerongkong. Suara keras seperti amaran itu dilakukan secara berulang-ulang, sambil induk jantan mempamerkan set gigi bertaringnya. Serentak perbuatan menggoncang-goncang dahan atau pelepah pokok ditempat ia berada.Tingkah laku liar yang ditunjukkan itu  adalah memberi tahu  dan masej supaya kita beredar dari situ.








L. Set Gigi Beruk Kentoi

Set Atas ~ Gigi Kacip (Incisor) 4 batang, Gigi Taring (Canine) 2 batang, Gigi Geraham Kecil 4 batang (Premolar) Gigi Geraham 6 batang ( Molar)

Set Bawah ~ Gigi Kacip (Incisor) 4 batang, Gigi Taring (Canine) 2 batang, Gigi Geraham Kecil 4 batang (Premolar) Gigi Geraham 6 batang ( Molar)

Set Atas ~ 4 batang Gigi Kacip (Incisor) yang tersusun sebaris dibahagian hadapan mulut , sebatang Gigi Taring (Canine) yang mengapit dikiri dan kanan 4 gigi kacip, dibahagian kiri dan kanan rahang 2 batang Gigi Geraham Kecil (Premolar) yang bersusun secara beratur dan diikuti dengan 3 batang Gigi Geraham   ( Molar).

Set Atas ~ 4 batang Gigi Kacip (Incisor) yang tersusun sebaris dibahagian hadapan mulut , sebatang Gigi Taring (Canine) yang mengapit dikiri dan kanan 4 gigi kacip, dibahagian kiri dan kanan rahang 2 batang Gigi Geraham Kecil (Premolar) yang bersusun secara beratur dan diikuti dengan 3 batang Gigi Geraham   ( Molar).

Dicadangkan adalah seperti berikut:-

Melalui pemerhatian secara terperinci, mendapati set 4 batang gigi taring( Canine) beruk Kentoi boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan status usia beruk remaja, beruk muda atau beruk  matang dewasa atau tua. Ia dapat ditentukan melihat  akan panjang-pendek saiz gigi taringnya.





         



M.Aktiviti Perilaku Kelakuan Beruk Kentoi Sedang Berehat ~


Kehidupan seharian yang dilalui oleh Beruk Kentoi bersama-sama hidupan liar lain didalam hutan semulajadi sama sekali jauh berbeza dengan kehidupan didalam kurungan. Berbagai gelagat dan kelakuan dapat disaksikan, walaupun setiap kelakuan tersebut tidak penting dimata sipemerhati. Biarpun perilaku yang dilakukan tidak penting, namun itu semua adalah penanda aras atau lambang primat itu hidup dalam suasana aman dan bebas. Mereka menjalani dan menikmati putaran hidup dari usia bayi hingga peringakat usia tua secara  bebas yang mutlak. Setiap individu bebas melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang hendak mereka lakukan. Mereka akan mencari tempat yang sesuai untuk merasa selesa ketika berehat. Ada yang memilih diatas dahan pokok yang redup sejuk bebas daripada panas pancaran cahaya matahari.Disenaraikan perilaku kelakuan Beruk Kentoi semasa mereka berehat.

a.Menggaru-garu anggota badan seperti bahagian kepala dan anggota bahagian belakang badan dengan menggunakan beberapa kuku jari kaki.

b.Duduk diam termenung dalam tempoh yang agak lama dengan tidak melakukan apa-apa aktiviti.

c.Menguap membuka mulut seluas-luasnya.

d.Mengorek lubang telinga dengan jari telunjuk dan mengesatnya pada bahagian hidung.

e.Menggosok kedua belah biji mata untuk tujuan ke bersihan bahagian mata.

f.Mencari dan menangkap kutu yang hidup dicelah-celah bulu badan dengan menggunakan jari kemudian memasukkannya ke dalam mulut.

g.Memegang membersihkan  gigi dan mulut menggunakan jari.

h.Memerhatikan keadaan sekeliling tempat ia berehat.




























N. Hal Keadaan Beruk Kentoi Sedang Tidur~


Pemerhatian kelakuan ini telah disaksikan antara jam 6:30 petang, setelah kumpulan primat ini selesai melakukan aktiviti mencari makanan disebelah petang. Dipercayai setelah ia kenyang dan menyimpan bekalan makanan didalam tembolok masing-masing, kelihatan seekor individu sedang mencari kawasan dia berehat. Ia memilih disatu kawasan sekeliling yang  rimbun dan redup penuh dengan tumbuhan meliar. Ia memilih untuk duduk diatas beberapa batang tumbuhan menjalar berukur lilit tanpa daun saiz sebesar lengan kanak-kanak remaja. Batang-batang tumbuhan itu berkedudukan 1ebih kurang 1 kaki dari lantai tanah berhampiran dengan sebuah busut . Pada mulanya individu Beruk Kentoi itu duduk bersanda sambil kedua belah kakinya terkangkang. Kedua belah tangan itu memegang ranting diatas kepalanya. Lama kelamaan matanya terlelap dan tertidur disitu. Selang 15 minit kemudian individu beruk Kentoi itu sudah tidur  didalam keadaan yang mengering diatas batang tumbuhan tersebut.  Pemerhatian tidak dapat disambung kerana cahaya sudah malam, sementalah banyak tumbuhan renek menutup pemandangan.



Sedang nyanyak tidur dalam posisi mengereng diatas ranting kayu



O.Cadangan Kepada Hal Keadaan Beruk Kentoi Sedang Mengawan Adalah Sama Dengan Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque).~


Berdasarkan jumlah anak-anak Beruk Kentoi yang banyak  memberi petanda jelas bahawa sifat Beruk Kentoi mengawan adalah sepanjang tahun dan ia tidak dilakukan secara bermusim.Sepanjang 8 hari pemerhatian dilakukan , saya tidak berpeluang melihat mana-mana individu Beruk Kentoi  sedang mengawan. Memandangkan Beruk Kentoi dan Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) , Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque) adalah dari keluarga yang sama, maka cara mereka mengawan juga hampir sama.  Ia itu individu jantan akan berada dibelakang beruk  betina dalam keadaan berdiri sambil kedua belah kaki individu jantan mengenggam bahagian belakang betis kaki individu beruk betina. Manakala individu beruk betina berada didalam posisi keempat kaki dan tanganya berada diatas lantai tanah.








P. Konflik Antara Beruk Kentoi Jantan~


Kejadian berlaku ketika sesi pagi antara jam 8:00 pagi, ketika satu kumpulan Beruk Kentoi sedang mencari makan ditepi sebatang jalanraya. Kelihatan 2 ekor individu jantan sedang berjalan diatas penghadang jalan menuju ke rimbunan tumbuhan. Pada mulanya kedua-duanya sedang berdiri bersebelahan sesama sendiri  seperti sedang memerhatikan sesuatu didalam rimbuan tumbuhan itu. Tidak lama kemudian, tidak dapat dipastikan apa puncanya, kedua ekor individu jantan itu sedang bersemuka antara satu dengan yang lain dalam keadaan berang. Bulu lebat pada bahagian kepala mengembang dan ekor kontotnya naik menegak tegang.  Antara mereka bersemuka mara kehadapan sambil sergah menyergah dengan mengeluarkan bunyi keras dari kerongkong berulang-ulang kali, balas membalas. Walaupun mereka mara namun tidak berlaku pertembungan fizikal antara mereka. Ada pada satu ketika salah seekor telah melompat naik keatas melepasi tubuh badan lawannya seterusnya hinggap  kemas pada batang besi penghadang dibahagian belakang seterunya itu. Pertembungan secara sergah menyergah itu berterusan sehingga salah seekor hilang kawalan dan terpaksa terjun dari besi penghalang jalanraya. Setelah salah seekor telah berada dibawah, maka disaat itu perkelahian itu terhenti. Individu jantan yang telah berada dibawah cuma memandang seterunya  dan tidak meneruskan pertelingkahan lalu beredar. Masing-masing melakukan kegiatan mencari makan tanpa ada pertelingkahan selanjutnya.   


Pada mulanya 2 individu Beruk Jantan ini seperti sedang bermaufakat sesama mereka, tetapi selang beberapa minit kemudian mereka berkelahi.


Adegan sergah menyergah antara satu sama lain. 

Masing-masing tidak berganjak juga tidak mahu berundur sehingga salah seekor melompat melepasi seterunya itu. 

Beruk Kentoi yang berjaya 




Q. Pelbagai Ancaman .

a.Menjadi Mangsa Kemalangan Jalanraya ~ 

Sepanjang kajian ini dibuat, memang masih belum ada berita kejadian Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) mati atau tercedera akibat dilanggar oleh kenderaan yang menggunakan jalanraya disini. Namun begitu dengan kekerapan kumpulan ini melintas jalanraya pada setiap hari , keadaan ini memungkinkan pada suatu ketika kemalangan itu akan berlaku. 



Sehingga kini masih belum ada laporan Beruk Kentoi~Macaca arctoides menjadi mangsa kemalangan jalan raya. Jikalau usaha mendidik pengguna jalanraya tidak dimulakan dari sekarang , ada kemungkinan dimasa hadapan Beruk Kentoi ~Macaca arctoides akan menjadi mangsa. 
 

b.Pembuangan Haram Sampah Sarap Dalam Hutan Simpan Negeri Perlis & Hutan Simpan Mata Ayer.~


Terdapat bukti-bukti sampah bahan binaan/industri dan sisa makanan telah dibuang didalam kawasan ini. Melalui pengalaman di negeri-negeri lain di Malaysia hal perbuatan ini akan mengundang hidupan liar cenderong menjadikan sisa buangan makanan sebagai diet makan mereka. Kesannya nanti dimasa hadapan  Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) akan bergantung kepada sisa-sisa makanan buangan manusia. Sepertimana yang berlakau kepada spesis Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque).

Imej pembuangan sampah haram yang berlaku di Hutan Simpan Hulu Gombak ini adalah sebagai contoh malang yang telah terjadi  kepada spesis Beruk~Macaca nemestrina

Masalah  pembuangan sampah yang telah berlaku berulang-ulang kali sehingga menjadi kebiasaan ini secara tidak langsung telah memperkenalkan hidupan liar dengan diet makanan dari bahan sisa buangan.


Jikalau kegiatan pembuangan sampah di Hutan Simpan Mata Ayer Taman Negeri Perlis dan hutan sekitar menjadi-jadi dan tidak dikawal, maka nasib yang sama yang terjadi kepada spesis Beruk~Macaca nemestrina akan terjadi pula kepada Beruk Kentoi~Mecaca arctoides.   



c.Tong Sampah Yang Tidak Dipungut Secara Berkala. 

Sifat naluri hidupan liar yang ingin tahu akan membawa kepada sampah-sampah didalam tong sampah yang penuh akan dikumbah oleh hidupan semulajadi seperti  Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque) dan  Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) 




Tong-tong sampah yang tidak dikutip sampahnya  akan dikumbah oleh hidupan liar.  Kelemahan menguruskan sistem pembuangan sampah di taman rekerasi hutan di Taman Negeri Perlis membuka ruang  kemungkinan  Beruk Kentoi juga teruja untuk mengeledah tong sampah sepertimana spesis Beruk dan Kera. 



d.Jerat Haiwan Yang Dipasang Oleh Pemburu Haram Dari Negara Jiran. 

Terdapat bukti jerat-jerat yang dipasang untuk menangkap hidupan liar dipasang didalam Hutan Simpan Negeri Perlis & Hutan Simpan Mata Ayer. Melalui bukti rakaman ada 2 ekor Berok Kentoi kudung pergelangan kaki & tangannya. Memandangkan lebih 60 % aktiviti Berok Kentoi berada diatas lantai tanah didalam hutan, maka cadangan ia terkena jerat adalah munasabah.Dipercayai kesan daripada nahas terkena jerat yang ditinggalkan oleh pemburu haram.


e.Menangkap Bagi Tujuan Komersial Untuk Diperdagangkan Menjadi Sebagai  Haiwan Peliharaan.

Sikap dan ketagihan manusia cenderong kepada memelihara haiwan, memungkinkan spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) dijadikan haiwan peliharaan sepertimana kucing dan anjing itu adalah besar. Lagikan Berok~Macaca nemestrina (Pig-tailed Macaque) dan Kera~Macaca fascicularis (Long-tailed Macaque)  sering dijadikan haiwan peliharaan, inikan pula Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) yang istimewa dan menarik. Lebih khuatir lagi apabila orang yang tidak bertanggung jawab menggacukkan spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) dengan spesies lain.


Ada laporan lisan disebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia pembiak haiwan telah mengahwinkan kedua spesis ini untuk tujuan komersial memetik buah kelapa. Mereka menyatakan baka yang dikahwinkan itu mempunyai daya cerdik yang tinggi dan mudah dilatih. Tidak mustahil spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides juga akan menjadi mangsa percubaan songsang untuk tujuan komersial dan keuntungan. 





f.Ada Dikalangan Pekebun Kecil & Pemilik Ladang Beranggapan Spesis Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) Sebagai Haiwan Perosak Tanaman & Pokok Buah-buahan. 



Ketika musim buah-buahan tentunya spesis ini akan datang untuk menjadikan buah-buahan para pekebun kecil sebagai diet makanan mereka. Samada buah dari jenis Buah Durian, Rambutan atau Mangga. Konfik sebegini sangat sulit diselesaikan melainkan kesedaran daripada pihak pekebun kecil itu sendiri.




R. Langkah-langkah Persediaan

a.Memasang papan tanda berAwas dilokasi yang difikirkan sesuai untuk mengingatkan setiap pengguna jalanraya tentang hidupan liar melintas jalan. Langkah ini adalah satu cara mendidik pengguna jalanraya supaya sentiasa berwaspada ketika melalui dikawasan tersebut tidak kira waktu siang atau pun malam.

Contoh Papantanda berawas Kawasan Lintasan Hidupan Liar.


b.Disarankan jabatan berwajib melakukan kekerapan rondaan secara berkala dikawasan hutan bagi memantau lori-lori atau kenderaan awam daripada membuang sampah dikawasan hutan.

c.Penduduk tempatan dengan segera memaklumkan kepada jabatan berwajib tentang orang-orang yang mencurigakan masuk kedalam hutan.

d.Mana-mana agensi Swasta tempatan, pihak Universiti atau badan kerajaan harus menyokong konservasi ini dengan menyalurkan dana khas  atau geran kepada  Persatuan Perlis Wildlife & Nature untuk menjayakan projek Macaca arctoides Research for Conservation (MARC). Sepertimana bantuan dan sokongan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah & Kerajaan Negeri Sarawak dalam Konservasi Monyet Belanda~Nasalis larvatus( Proboscis Monkey) dan Orang Utan~Pongo pygmaeus.

e.Kerajaan Negeri Perlis dengan seberapa segera harus mewartakan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) sebagai Mamalia Rasmi Negeri Perlis.

f.Pos Malaysia Berhad menjadikan imej Beruk Kentoi  didalam muka setem Negeri Malaysia & Perlis, sebagai hidupan liar yang boleh dijumpai di Negeri Perlis, Malaysia.



PENGIKTIRAFAN & PENGAKUAN

Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih kepada nama-nama yang dinyatakan seperti berikut. Presiden  Persatuan Perlis Wildlife & Nature Saudara Shamil Abdul Rahman, merangkap Ketua Projek program Macaca arctoides Research for Conservation (MARC). Saudara Amsah Bin Mohd Arif, Saudara Khairul Anuar @ Khaiaz Khazra daripada Persatuan Perlis Wildlife & Nature, Saudara Mohamad Hidzir @ AJ Penyelidik Bebas, Saudara Pak Kim  dari Perlis Mountainering Savior  (PEMOS) kerana menawarkan penginapan percuma di Chuping , Penduduk Kampong Wang Kelian, Ibu kepada Saudara Amsah Mohd Ariff kerana meminjamkan motosikal dan menawarkan tempat  penginapan di Kampong Wang Kelian, Kakitangan Perlis State Park, Pegawai Keselamatan PDRM Wang Kelian dan Kakitangan Perhilitan Negeri Perlis, kerana memberi kerjasama yang baik, sepanjang tempoh kajian dan penyelidikan.

Kajian dan penyelidikan Beruk Kentoi~Macaca arctoides (Stump tailed Macaque) ini tidak menerima sebarang geran mahupun apa-apa bantuan berupa wang ringgit daripada mana-mana agensi kerajaan, awam, komersial atau sektor tidak berasaskan keuntungan. Kajian dan penyelidikan ini sepenuhnya dibiayai oleh diri sendiri melalui Syarikat Penerbitan Buku Bacaan Ilmiah RED Door To Hunt.



RUJUKAN

1.Mamalia Di Semenanjung Malaysia ~ Mohammad Momin Khan
2.A Field Guide of Mammals of Borneo ~ Junaidi Payne, Charles M.Francis & Karen Philipps.