Sebahagian Spesies Ikan Paya Air Tawar Di Selangor
Ikan Haruan Kedak~Channa limbata~ Dwarf Snakehead Fish
Memandangkan sudah berjam-jam menanti kelibat burung yang susah sangat untuk ditemui, sejak kebelakangan ini . Entah apa sebabnya. Daripada menadih tidak berbuat apa-apa, maka saya mencari apa-apa ilmu alam yang baharu untuk dipelajari. Ditepi jalan ada sebatang saliran longkang yang air nya itu bersambungan dengan kawasan paya air tawar. Air longkang yang menerima kemasukan dari air paya yang sangat jernih.
Didalam takungan longkang kelihatan berpuluh-puluh ekor anak ikan bersaiz seperti berudu. Kumpulan itu berenang secara berkumpulan didalam air yang sangat cetek yang dasarnya bertimbun daun-daun kering hutan. Jarang sekali saya dapat melihat air payar sejernih ini di kawasan lembah kelang atau di Semenanjung Malaysia.
Sejenak kemudian datang seekor ikan dewasa dari bawah palung bawah tanah. Kehadiran Ikan dewasa itu sebagai petanda semua anak-anak ikan yang berselerak banyak itu adalah dibawah tanggung jawabnya. Ikan dewasa itu seperti mengembala dan membawa semua anak-anaknya. Anak-anaknya itu dianggarkan lebih kurang 60 ekor. Kesemua anak ikan itu mengikut ikan dewasa berenang masuk kedalam lubang terowong.
Ini adalah buat pertama kali menjumpai melihat dengan mata kepala spesies ikan Haruan Kedak~Channa limbata~ Dwarf Snakehead Fish. Sebelum ini hanya mendengar namanya sahaja dari kenalan Naturalis saya iaitu Saudara Syamil Abdul Rahman dari Perlis Nature & Wildlife. Tidak menyangka spesies ini masih boleh diketemukan lagi di negeri Selangor. Kehadiran spesies Ikan ini adalah sebagai penimbang aras kepada tahap kualiti air jernih bersih untuk kawasan paya air tawar.
Melalui pemerhatian saya, ciri-ciri pengenalan Ikan Haruan Kedak~Channa limbata~ Dwarf Snakehead Fish dewasa ia mempunyai saiz dianggarkan antara 3 ke 4 inci panjang sahaja. Ikan dari jenis pemangsa ini mempunyai 2 warna sisik secara berbelang seragam. Ia itu antara warna coklat keladak cair dan kelabu cair. Warnanya hampir sama dengan warna Ikan Puyu~Anabas testudineus.
Mempunyai 2 sesunggut pendek yang terletak diatas rahang mulut ikan. Sepasang mata berbentuk bulat, Sklera mata warna oren gelap dan Iris mata berwarna hitam. Sirip pektoral berbentuk lebar sama seperti bentuk kulit kerang yang dipangkalnya mempunyai tompokan 2 warna hitam dan oren. Pada Sirip Dorsal ikan betina terdapat bintik-bintik warna biru cerah yang berselang seli dengan warna kelabu. Manakala dibahagian hujung sepanjang sirip dorsal pula berwarna oren yang sangat cair. Sirip Dorsal ikan Jantan dan betina menampakkan sedikit perbezaan warna. 3 warna secara berjalur selari memanjang dengan warna Coklat keladak cair, hitam dan oren. Warna yang sama itu bersambungan pada Sirip kaudal ekor ikan.
Ikan Haruan~Channa striatus
Ikan Julung-julung~Dermogenys sp. Freshwater Halfbeak Fish.
Ikan Tembok tebing~Luciocephalus pulcher~Malayan Pikehead Fish
Ikan Trigonostigma heteromorpha
Ikan Rasbora vulgaris
Ikan Tebal Sisik~Barbodes banksi
Ikan Kemaras @ Ikan Kepala Timah~Aplocheilus armatus
Jiran Ikan-ikan ~ Berudu
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengkaji spesies Ikan di Malaysia iaitu Saudara Muhammad Rasul Abdullah Halim, Saudara Mike Chong dan Saudara Syamil Abdul Rahman dari Perlis Nature & Wildlife kerana membantu saya membuat pengecaman spesies ikan-ikan didalam siaran saya ini. Wasalam.
No comments:
Post a Comment