Monday 21 October 2013

UPACARA MERAMPAS REZEKI


BURUNG HELANG LAUT PERUT-PUTIH~Haliaeetus leucogaster


Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leugaster merupakan spesis helang yang terbesar diantara semua spesis burung helang yang terdapat di Malaysia. Bagi burung dewasa ia mempunyai susunan 27 batang pelepah pada kiri dan kanan pelepah sayap. Sayap lebar, tebal dan kukuh membantu ia terbang tinggi berlegar-legar,meluncur dan menjunam.


Kebiasaannya burung ini boleh ditemui dikawasan yang berhampiran dengan air terutamanya dikawasan Pantai, Laut, Sungai , Paya dan Kolam-kolam ternakan Ikan. Diet utama burung ini adalah ikan. Biasanya membina sarang tempat tinggal mereka pada tempat yang sangat tinggi demi keselamatan dari ancaman sebarang makhluk samada manusia mahu pun haiwan.

Oleh kerana kesukaran mencari pokok-pokok tinggi pada zaman sekarang, maka lokasi pilihan sarang kediaman Helang Laut Perut-putih~Haliaeetus leugaster yang biasa saya lihat adalah di puncak -puncak menara pancaran Telekom dan Pylon Menara-menara TNB. Pada ketika dahulu burung ini memilih pokok-pokok yang tinggi serta cerun-cerun tinggi serta curam yang berhampiran dengan air, untuk membina sarang.

Saya berkesempatan memerhatikan spesis burung ini berebut makanan antara burung dewasa dan burung muda diruang angkasa Sekincan baru-baru ini. Pengalaman melihat kelakuan mereka telah  menambah sedikit pengetahuan tentang kehebatan dan kecekapan burung ini terbang  diangkasa luas.

Burung dewasa sedang melarikan hasil tangkapannya daripada dirampas oleh burung muda




Tidak dapat dipastikan mengapa burung muda tidak pergi mencari sendiri makannya, tetapi mengambil jalan mudah dengan merampas hasil usaha burung dewasa ini.



Burung dewasa berani dan tangkas mempertahankan hasil tangkapan tanpa rasa terancam.





Episod kejar -mengejar antara satu sama lain




Rezki dikaki dipertahankan sebaik-baiknya.

Burung ini berupaya menukar haluan arah ia terbang secara mendadak dan tiba-tiba.




Pertarungan diangkasa hampir bermula



Laungan kuat Burung dewasa boleh ketedengaran



Perebutan ini berlangsung hampir 15 minit



Kejar mengejar








Membelok dan menjunam 


































Selepas hampir 15 minit episod kejar-mengejar berlangsung , akhirnya burung muda hampa dan beredar dari kawasan tersebut tanpa dapat merampas ikan dikaki burung dewasa.Wasalam.


Friday 11 October 2013

KHUKHU CECAWI~Surniculus lugubris & ~KHUKHU CECAWI Surniculus dicruroides

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris & Khukhu Cecawi~Surniculus dicruroides



Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris  8 Feb 2009. Lokasi Bukit Taman Melawati

 9 Nov 2012. Lokasi Bukit Rengit, Lancang Pahang.

7 Jan 2009.Lokasi di Bukit Melawati

19 Okt 2009 Bukit Melawati

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris  16 Ogos 2011 Hutan Simpan Gombak

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 28 Feb 2011

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 28 Feb 2011


Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 28 Feb 2011


Khukhu Cecawi~Surniculus dicruroides 12 April 2012 Jalan N Taman Melawati

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 25 Jan 2010 Hutan Simpan Kemensah

1 Ogos 2009 Ghaffar Baba~Kemensah .Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda )


Khukhu Cecawi~Surniculus dicruroides mempunyai tanda warna putih uban dibahagian atas belakang kepala burung. 25 Jan 2010


Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda)

3 Julai 2013 Hutan Simpan Perdik, Ulu Langat


7 Okt 2013 Hutan Simpan Perdik, Ulu Langat

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 13 Feb 2012 Hutan Simpan Perdik, Ulu Langat


Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 22 Julai 2013

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris 26 Feb 2011

Lokasi Dijumpai: Hutan Simpan Kemensah
Tarikh Dijumpai: 7 Okt 2013
Nota: Bulu hias burung yang mempunyai warna bintik-bintik putih adalah burung juvana yang masih belum cukup dewasa dan matang.

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda/ )

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda  )

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda  )

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda  )

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda  )

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris ( Burung juvana/muda  )