Sunday 5 January 2014

PEMERHATIAN BURUNG HIJRAH


Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis

Saya tidak menyangka bahawa akan bertemu lagi Burung Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis dalam keadaan burung selesa dengan habitatnya. Pada musim ini saya telah menjumpai burung ini sebanyak 3 kali di Ulu Kali tetapi spesis ini dalam keadaan tercedera, letih dan lemah sebelum pihak pencinta burung memberi bantuan sebelum melepaskannya. 


Setiap kali membuat pemerhatian kelakuannya, burung dilihat tidak berapa takut akan kehadiran saya mungkin burung yang sama saya lihat pada 2 musim yang lalu dilokasi sekitar ini atau ia sudah biasa dengan manusia.

Setelah kenyang masa untuk berehat sambil bermandi cahaya.

Termenung dan berehat dibawah rimbunan belukar.

Masa untuk mencari makanan


Ia terlompat-lompat sambil membenamkan paruhnya ketanah untuk mencongkel cacing atau ulat. Kadang-kadang ia menyelak-nyelak daun kering untuk melihat serangga yang boleh dimakannya. 

Aksi menegakkan buluhias diatas kepala


Dibahagian utara Semenanjung Malaysia burung ini diketogerikan sebagai burung tempatan kerana ada pencinta burung telah membuat pemerhatian bahawa burung ini telah membuat sarang dan bertelur di Pulau Pinang.


Sehingga kini, dibahagian sebelah barat Semenanjung Malaysia belum ada rekod pemerhatian burung ini telah membuat sarang dan membiak dikawasan ini.


Di Semenanjung Malaysia terdapat burung Berlau yang hampir serupa dengan Burung Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis iaitu Burung Berlau Bakau~ Pitta  megarhyncha. Burung tersebut adalah burung Berlau tempatan yang boleh kita temuinya  dikawasan hutan kayu bakau. Perbezaannya adalah dibahagian paruhnya yang agak panjang sedikit daripada burung Burung Berlau Sayap Biru~Pitta moluccensis.



Ulat daun menjadi santapan

Diet yang menggenyangkan


Hendaknya dimusim akan datang silalah berkunjung kesini lagi kerana saya memberi jaminan bahawa pihak pencinta burung dikawasan ini tidak sesekali akan merasuah burung ini dengan ulat-ulat ternak yang menjejaskan kesihatan burung.

SENARAI BURUNG-BURUNG YANG DITEMUI PADA BULAN DISEMBER 2013


Senarai Burung-burung Yang Ditemui Pada Bulan Disember 2013


Tarikh: 17hb Dis 2013
Masa :  10:50 pagi
Lokasi: Hutan Simpan Hulu Gombak
Cuaca : Panas dan berangin

1. Cekup Daun Kaki-pucat~Phylloscopus tenellipes


Cekup Daun Kaki-pucat~Phylloscopus tenellipes


Tarikh: 20 hb Disember 2013
Masa : 5:00 petang
Lokasi: Sekincan
Cuaca : Panas

2.  Mandang Hitam~Dupetor flavicolis

Mandang Hitam~Dupetor flavicolis

Mandang Hitam~Dupetor flavicolis

Tarikh: 23 Dis 2013
Masa : 10:15 pagi
Lokasi: Hutan Simpan Hulu gombak
Cuaca : Cerah dan Panas

3. Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni

Tarum Siul Melayu~Myophonus robinsoni

Tarikh: 25 Dis 2013
Masa : 11: 30 pagi
Lokasi: Hutan Simpan Hulu Gombak
Cuaca : Cerah dan Panas.

4. Sambar Dagu merah~Ficedula parva

Sambar Dagu merah~Ficedula parva

Sambar Dagu merah~Ficedula parva

Sambar Dagu merah~Ficedula parva

Sambar Dagu merah~Ficedula parva

Sambar Dagu merah~Ficedula parva


Tarikh: 29 Dis 2013
Masa : 11:45 pagi
Lokasi: Hutan Simpan Hulu Gombak
Cuaca : Cerah dan berangin

5. Tarum Kepala Oren~Zoothera sibirica

Tarum Kepala Oren~Zoothera sibirica

Tarum Kepala Oren~Zoothera sibirica

Tarum Kepala Oren~Zoothera sibirica

Tarum Kepala Oren~Zoothera sibirica


Jumlah keseluruhan spesis burung yang dijumpai pada tahun 2013 iaitu dari bulan Januari hingga 31 Disember adalah berjumlah 390 spesis burung.

Friday 3 January 2014

Khukhu Sayu~Cacomantis merullinus


Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus

Burung ini mempunyai bunyi sahutan yang kuat , lantang tetapi dalam nada yang sayu. Ramai dikalangan kita biasa mendengarnya tetapi tidak mengetahui bahawa bunyi sahutan itu datangnya dari burung Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan
Burung ini menyahut tidak  kira waktu, samada waktu dini hari subuh, pagi, petang , senja. Boleh dikatakan ia sentiasa membuat sahutan. Apa yang menjadi kemushkilan ialah peti suara burung yang kecil tetapi boleh melaungkan nada bunyi yang tinggi dan dapat didengari dari jauh.

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan
Pada mata orang yang tidak biasa pastinya tidak perasan akan kehadiran burung ini kerana ia pandai memilih lokasi persembunyinya berdasarkan kawasan sekelilingnya dengan cara samaran. Sesekali pernah terlihat burung ini bertenggek dikawasan lapang ketika burung sedang bermandikan cahaya matahari.

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Betina
Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Betina


Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Dewasa Jantan

Khukhu Sayu~Cacomantis merulinus.Remaja Jantan.

DAIRI PEMERHATIAN BURUNG HIJRAH


Sambar Dagu merah~Fecidula purva

Baru-baru ini seperti biasa ketika saya meneruskan Temasyar Memburung 2013 untuk bulan Disember, saya telah diketumukan spesis burung Sambar yang tidak pernah saya lihat. Setelah puas membelek dan mencari maklumat masih juga tidak dapat jawapannya. 

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Seperti biasa saya mendapatkan nasihat daripada pakar burung tempatan Saudara Mike Chong, beliau telah memberi cadangan bahawa burung ini hampir menyamai burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Sambar Dagu merah~Fecidula purva adalah burung hijrah yang sangat jarang ditemui di Semenanjung Malaysia. Saya tidak pasti samada sebelum ini burung dari spesis ini pernah ditemui oleh pemburung tanahair.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Berdasarkan ciri-ciri unik burung ini, iaitu pada bahagian paruh burung tumbuh buluhias pada bahagian pangkal atas dan bawah paruhnya, seperti paruh burung jantan Takau Hijau~ Calyptomena viridis. Dari apa yang saya ketahui tiada spesis Burung Sambar yang mempunyai ciri-ciri paruh seperti ini selain burung Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Sepanjang membuat pemerhatian perihal kelakuan dan sifat burung ini saya dapati burung ini sangat pemalu@ penakut akan kehadiran manusia. Setiap hari saya terpaksa menunggu berjam-jam untuk merakam dan memerhati burung  Sambar Dagu merah~Fecidula purva datang kelokasi ia mencari makanan.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Ia datang secara senyap dan menyorok dicelah-celah daun bertenggek pada dahan sambil memerhatikan buah-buah yang masak sebelum mengumpil buah. Sejurus itu ia terus terbang kelokasi persembunyian.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Dari catitan yang dibuat burung akan datang kelokasi mencari makan sebanyak 3 ke 4 kali dalam tempoh 5 jam membuat pemerhatian. Walaupun beberapa kali ia datang, tetapi cuma dalam jangkamasa yang sangat singkat sahaja.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Memang sifat semulajadi spesis burung Sambar , kebiasaannya ia mengulangi-ulangi lokasi mencari makananya pada setiap hari sepanjang persinggahannya ketika musim penghijrahan. Peluang ini hanya sekali seumur hidup berpeluang melihat burung ini.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Maka setiap harilah saya mengulangi ketempat ini untuk memerhati dan merakam sebanyak mungkin imejnya. Walaupun terpaksa letih menunggu sangat lama sambil membuat penyamaran. Pada saya belum tentu dimusim penghijrahan masa depan saya boleh ketemuinya lagi.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Bentuk bahagian kepala burung jika dilihat sekali imbas menyerupai spesis burung Cekup ~Warbler, mempunyai sepasang sayap primer yang agak panjang sehingga hampir mencecah hujung buluhias cunut burung.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Sepanjang membuat pemerhatian, tidak pernah melihat burung ini memakan serangga atau pun ulat-ulat. Burung dilihat kerap menyambar buah-buah pokok hutan yang telah masak. Perangai  yang sama dengan Burung Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia, Sambar Ekor putih~Cyornis concretus dan Sambar Verditer~Eumyias thalassina.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Tidak di ketahui pula jantina burung ini kerana sepanjang membuat pemerhatian ia dilihat bersendirian tanpa pasangannya. Saya membuat pertimbangan dari penglihatan  bahawa saiznya hampir sama dengan saiz Burung Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.

Burung ini tidak menjongkit-jongkitkan pelepah ekornya sepertimana burung Sambar Verditer~~Eumyias thalassina dan  Sambar Tongkeng kuning~Ficedula zanthopygia dan keluarga Ficedula yang lain.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.
Disebabkan ia hanya berada dilokasi dalam tempoh yang singkat, saya tidak berpeluang mendengar ia membuat panggilan suaranya.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.


Burung sedang mengeluarkan biji buah yang keras setelah menjilat selaput dan cecair dalam buah masak.

Sambar Dagu merah~Fecidula purva.