Wednesday 26 April 2017

Kembara Kapcai 14 Hari Mengelilingi Negeri Sabah, Malaysia .


Kembara Kapcai Mengelilingi Negeri Sabah Selama 14 Hari

Oleh kerana tidak memiliki Motosikal berkuasa tinggi maka memberi alasan seperti berikut:-Motosikal berkuasa tinggi tidak sesuai untuk pengembaraan mengelilingi Negeri Sabah kerana kosnya terlalu tinggi, permukaan jalan raya tidak rata, kekurangan makenik yang berkebolehan memperbaiki enjin sekiranya berlaku kerosakan. Malah mengambil masa yang lama untuk mendapatkan alat tukar ganti  . Motosikal berkuasa tinggi hanya sesuai untuk pengembaraan  berkonsepkan hiburan yang bergaya dan sesuai dilakukan secara berkumpulan.

Kembara ini berjaya menjadi kenyataan setelah mendapat sokongan dan bantuan adik-adik untuk menjaga anak-anak  sepanjang 14 hari pengembaraan. Tanpa bantuan mereka berdua kembara ini tidak akan berlaku. Pekara  besar dan penting ini sangat mustahak untuk  menjamin keselesaan hati dan kelapangan fikiran ketika tempoh meninggalkan anak-anak.

Rangka perancangan telah dilakukan pada 2015, sejak dari itu beruncit-runcit mengumpul wang dan alat kelengkapan yang bersesuai untuk dibawa. Setelah Dana kembara mulai mencukupi, tempahan tiket Kapal Terbang dibuat mengikut tarikh yang bersesuai.

Pengembaraan ini tidak terhad kepada melihat tempat-tempat menarik sahaja, tetapi juga mencari seberapa banyak spesies burung dan mamalia yang boleh dijumpai. Hasilnya itu nanti akan dijadikan bahan untuk  dimasukan kedalam buku seterusnya, itu pun kalau mendapat pulangan daripada hasil penjualan buku Burung-burung Di Semenanjung Malaysia Jilid 1, 2 & 3.


Hari Pertama Khamis 01 Dis 2016


Belum cukup kuat untuk mengikut mengembara.

Ketika berada di dalam pesawat, duduk bersebelahan dengan Puan Siti Mahani, Guru Besar Sekolah Rendah Sandakan. Berbual sepanjang tempoh penerbangan tentang hal pengalaman masing-masing. Diakhir sesi perbualan Puan Siti Mahani  menawarkan pelawaan bantuan, sekiranya menghadapi kesukaran ketika mengembara nanti boleh menghubunginya.

Ayat baharu yang dipelajari" Potong Kalimah "




Peta

Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu,  terus menuju ke Syarikat Go Go Sabah yang menawarkan perkhidmatan menyewa motosikal kepada pengembara. Setelah semua urusan penyewaan dan pemeriksaan motosikal selesai, menuju ke restoran   berhampiran untuk mengisi perut dan mencari bekalan Rokok Surya. 



Mekanik memastikan keadaan motosikal yang  disewa itu berkeadaan sangat baik.

Di dalam restoran ketika sedang menjamu selera bertegur sapa dengan seorang Pakcik. Katanya beliau  pesara tentera berasal dari Kedah dan telah lama menetap di Sabah. Sesi perbualan dengan penduduk tempatan adalah G.P.S yang lebih berkesan dan tepat. Bukan sahaja arah tuju hala  boleh diperolehi, malah  bekalan Rokok Surya juga.


Di Negeri Sabah, setiap hidangan makanan akan disertakan dengan kuah sup. Tujuan Kuah Sup itu disediakan adalah  melancarkan makanan memasuki rongga tekak.


Destinasi permulaan menuju  ke daerah Kota Belud di Kampong Togudon. Perjalanan melalui Bandar Kota Kinabalu ~ Tuaran ~ Kota Belud ~ Kampong Togudon dianggarkan sejauh 90 kilometer. Menempoh siri perubahan cuaca bersilih ganti  dari panas terik ke hujan lebat , entah beberapa kali  berhenti untuk memakai dan membuka baju hujan.

Belekok Cina~Egretta eulophotes


Kendi~Numentus phaeopus


Kelakuan kebiasaan kanak-kanak warga asing yang tidak segan silu meminta wang di pinggir Bandar Kota Kinabalu.
Belekok Karang-Pasifik~ Egretta sacra


Pekan Tuaran


Deretan rumah kedai di pekan Tuaran

Potret kenangan Pelakon dan Kartunis terkenal Malayasia Saudara Imuda yang pernah mengunjungi Restoran ini yang masih tersangkut pada dinding Restoran.

Memang menjadi kebiasaan pengembara, apabila merasa tempat yang dituju tidak sampai-sampai maka  berhenti berehat. Untuk mendatangkan ketenangan dan melakukan urusan-urusan yang belum selesai disamping menikmati menu masakan tempatan. Dalam pada itu , memperolehi maklumat  kedudukan  GPS  daripada penduduk tempatan. Bertanyakan maklumat daripada  sekumpulan remaja tempatan yang kebetulan  sedang  menjamu selera di Restoran itu.

Dalam sesi perbualan selesa  mesra itu , segala maklumat jelas dan lengkap telah diperolehi daripada mereka semua. Mereka adalah kumpulan remaja yang akan menyertai larian Marathon Togudun yang bakal diadakan dalam beberapa hari nanti. Sebelum beredar membayarkan sekali  makanan mereka secara senyap tanpa pengetahuan  mereka. 

Memakai Baju Hujan untuk kali ke 3.


Adab  pengembara merayau ditempat orang , janganlah sesekali lokek dengan nilai ringgit yang tidak seberapa. Walaupun  telah merancang dan mencatu  peruntukan wang keluar-masuk, tidak akan rugi jika dilakukan. Lakukan sahaja dan kemudian lupakan. Kerana sifir sebegitu mendatangkan rencatan perasaan nikmat.



Terima kasih Cik Lydia dan rakan-rakan.
Panduan tunjuk arah ke Kampong Togudon  telah melancarkan perjalanan pengembaraan. Tiba di lokasi   antara jam 6.00 petang. Malangnya hasrat untuk melihat pemandangan indah Banjaran Kinabalu tidak kesampaian kerana waktu 6 petang, di Negeri Sabah sudah hampir senja. Tambahan pula cuaca mendung selepas hujan membataskan pemandangan Banjaran Kinabalu dengan kabus putih yang tebal.


Hari sudah mulai senja, waktu untuk pulang.

Menjelang waktu maghrib ,  masih lagi belum memperolehi tempat bermalam kerana di Kampong Togudon adalah kawasan pedalaman.  Ianya bukanlah destinasi perlancong, yang  ada menyediakan  perkhidmatan Homestay atau Chelet.  Juga tidak kelihatan Surau atau masjid untuk  tumpang bermalam , sebab majoriti penempatan penduduk disini adalah dari kalangan Kaum Dusun penganut ugama Kristian.


Pemandangan waktu petang, gabungan Kabus dan Awan tebal menutupi keseluruhan pemandang Banjaran Gunung Kinabalu.

Petani menyeberangi jambatan gantung bersama anjing peliharaan pada waktu senja.

Walaupun ada yang tidak begitu fasih berbahasa Malaysia namun kesungguhan untuk membantu membuatkan pengembara merasa tenang. Semangat ingin membantu masyarakat disini mendatangkan keselesaan ketika susah , kepenatan dan kepayahan.

Hasratnya telah tercapai...


Setelah ditunjukan arah yang berkemungkinan ada tempat penginapan,  meneruskan pencarian melalui jalan  tidak berturap yang berlopak-lopak dalam gelap. Perjalanan kiri kanan  tidak kelihatan ada penempatan penduduk. Dalam gelap serangga halus berterbangan melanggar muka dan kadang-kadang memasuki mata.  Sesekali berselisih dengan kumpulan anjing dan sekumpulan kuda ternakan.


Sila beri laluan....
Selepas lebih kurang 15 minit menunggang barulah kelihatan cahaya lampu dikawasan penempatan Kampong Talugan yang dikatakan ada tempat perkhidmatan penginapan. Menyapa salah seorang penduduk disitu, dan bertanyakan hasrat untuk menginap disitu. Sertamerta beliau membawa ke beberapa buah chelet untuk dibuat pilihan yang mana sesuai. Beliau menunjukkan juga kemudahan yang disediakan disitu, seperti   Bilik Mandi, Tandas, Surau, Wakaf dan Tempat Makan. 


 Sesi berbual suai kenal sambil menjamu makan malam bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong Talugan

Kawasan Chelet juga ada diperuntukan dengan Surau bagi penganut ugama Islam untuk menunaikan fardu sembahyang. Lengkap dengan beberapa helai Telekong, Kain, Tasbih,  Sejadah , Bidai  dan kedudukan arah Kiblat yang tepat. Adalah menjadi keselesaan hati, apabila melihat majoriti penduduk Kampong Talugan  dari kalangan yang beragama Kristian tanpa prajudis melakukan sikap baik begini. Majoriti masyarakat disini menunjukkan contoh yang baik dari sudut kesejahteraan beragama kepada  penganut ugama Islam. Soalnya , apakah budaya penganut ugama Islam di Semenanjung bersedia melakukan pekara yang sama sepertimana yang dilakukan disini.



Pengerusi bersungguh-sungguh menunjukkan hala tuju arah tempat seterusnya yang akan dituju.

Kebetulan malam itu Ahli Jawatan Kuasa Kampong  akan  bermesyuarat, maka juadah dan makanan  mereka disajikan sebagai hidangan makan malam. Sambil makan malam sambil bersilaturahim dan suai kenal antara satu sama lain yang berlainan adat dan ugama.


Suasana mesyuarat penduduk Kampong Talugan

Suasana mesyuarat penduduk untuk membangunkan prodak industri perlancongan kampong,



Memang Wakaf telah dipilih terletak bersebelahan sungai, untuk mengalami pengalaman baharu tidur dengan nyenyaknya diulit deruan air sungai

Memulakan sesi tidur awal. kerana ingin bangun awal seawal jam 5 pagi. Bercadang ke Kampong Togudon untuk  menyaksikan keindahan fajar matahari bersinar dari arah banjaran gunung Kinabalu tanpa halangan oleh gompolon kabus putih.

Keadaan sungai yang dihias dengan lampu bewarna-warni.

Hari Kedua Jumaat 02 Dis 2016

Sepertimana yang rancang, dengan tanpa bersarapan  tergocoh-gocoh menunggang motosikal ke Kampong Togudon. Dalam gelap subuh  sudah terpacak ditepi sungai menadih menunggu permulaan cahaya  matahari. Antara jam 5:15 subuh dari ufuk timur kelihatan seperti langit sudah terbocor dan sedikit demi sedikit  mengeluarkan cahaya-cahaya yang beranika warna . Dimulai dengan cahaya Biru Nila, Oren, Merah Manggis dan beranika warna cahaya yang tidak tahu , apakah warnanya.


Siri Permandangan  Cahaya Permulaan Waktu Subuh Di Banjaran Kinabalu Dari Arah Kampong Togudon, Kota Belud.

Siri hening yang indah..

 Eeermm...

Siri permandangan di Kampong Togudon , Kota Belud Sabah.

Siri permandangan waktu pagi di Kampong Togudon, Kota Belud, Sabah.

Warna cahaya itu seperti mara kehadapan  meresap didalam langit secara perlahan-lahan  mengubahkan warna cahaya pada langit dan awan. Manakala dibahagian lantai bumi diatas permukaan air sungai ,     seiring mengikut  cahaya dari langit meniru seperti cermin.  Hasil pantulan cahaya dipermukaan air sungai itu  bergerak-gerak kerana aliran arus sungai.


Siri Permandangan   Waktu Pagi  Banjaran Kinabalu Dari Arah Kampong Togudon, Kota Belud.

Siri permandangan waktu pagi Kampong Togudon, Kota Belud.


Damai dan aman. Jauh dari kesibukan dan kebisingan kotaraya.

Kemuncak proses itu  hanya berlaku dalam tempoh cuma 10 minit sahaja, sebelum kawasan sekeliling menjadi terang benderang. Dan keadaan itu disambut dengan bunyi kicauan burung-burung yang sedang kelaparan mencari makanan. Bunyi kokokkan ayam jantan sahut menyahut datang dari pelbagai arah kampong. Kemudian petani seorang demi seorang datang ke sawah masing-masing untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh semalam. Ada yang mengendung bakul, menjunjung kampit baja, dan menjinjing tong racun.

Gunung, Lembah, Sawah Padi, dan Sungai.


Permandangan ini akan bertambah indah sekiranya tanaman padi sudah masak menguning.



Wakaf-wakaf yang sedia ada ditengah bendang itu jikalau dibaik pulih berpotensi dijadikan rumah inap kepada pelancong. Jikalau mendapat permintaan pelancong, maka bolehlah dibina beberapa buah lagi wakaf.



Merasa juga suasana aman damai kawasan pedalaman walaupun sekejap..

Cuaca sejuk dingin..


Siri Suasana Waktu Pagi Aktiviti Pertanian Masyarakat Tempatan Di Kampong Togudon, Kota Belud.

Senyum menjunjung dan mengimbang guni baja sambil terhenjut-henjut..

Dua rasa yang berbeza ditempat yang indah permai, antara Pelancong yang  memandang  dan Petani yang menjunjung beban






Sambil memerhati sambil  bersilaturahim dengan petani yang sempat ditemui, yang mudah untuk diajak berbual . Adab  menegur sapa antara satu sama lain masih diamalkan disini sebagai helah  untuk memulakan perbualan. Jika berselisih diatas jambatan gantung pasti akan disambut dengan wajah senyuman mesra.

Semasa sesi perbualan dengan seorang petani Pakcik Tahir Salimon yang kebetulan juga adalah Ketua Eko Pelancongan dikawasan Kampong Togudon. Melontarkan beberapa cadangan untuk dilaksanakan yang  berpotensi untuk menarik minat pelancong datang ke situ. Mencadangkan supaya beliau berusaha membuat beberapa buah wakaf ditengah-tengah sawah bendang milik mereka. Untuk dijadikan tempat penginapan kepada pelancong yang ingin menikmati pemandangan indah disini dan bermandi manda disungai. Sementara petani menunggu hasil padi masak setidak-tidaknya petani boleh mendapat laba hasil sewa wakaf dan penyediaan makan minum kepada pelancong.


Melatih kuda-kuda ternakan mereka untuk dijadikan kuda tunggangan kepada pelancong yang  ingin bersiar-siar   dikawasan sawah yang luas sambil melihat pemandangan indah disitu. Selain Perlancongan Tagal , mereka  harus memperluaskan lagi potensi yang sediada untuk memberi tambahan laba kepada penduduk tempatan memperbaiki ekonomi mereka.



Pakcik Tahir Salimon.


Harapnya cadangan  itu difikirkan oleh Pakcik Tahir Salimon dan dilaksanakan segera sebelum pihak Kapitalis datang menyerbu merebut laba didepan mata mereka nanti. Setelah bertukar-tukar nombor talipon,  masing-masing beredar melakukan hal sendiri. Entah apa faedahnya  datang dari jauh menghabiskan masa dan wang semata-mata memerhatikan suasana  ini , diri sendiri pun tidak tahu jawapanya. 


Amaran..

Menikmati sarapan pagi..

Memang telah menjadi adat budaya kebanyakan orang, dimana mereka tidak dapat melihat atau  menikmati keindahan tempat sendiri. Mereka  terpaksa dikejutkan orang luar untuk memberitahu bahawa tempat mereka itu istimewa dan indah. Itulah hakikat kebenaran yang dilalui oleh penduduk disini. Setelah bersarapan pagi, bersiap mengemas untuk ke destinasi berikutnya.

Sempat bersilaturahim bersama kumpulan pekerja pelantar minyak yang  datang berehat di Kampong Talugan.


Hasil jualan makanan ikan yang dibeli oleh pengunjung menambah sumber pendapatan Eko Perlancongan Tagal

Wakaf




Lorong menuju ke chelet Kampong Talungan



Pengembaraan diteruskan ke Kudat iaitu di Penghujung Pulau Borneo~ Tip Of Borneo. Mengikut peta jarak dari Kampong Talugan di Kota Belut ke Tip Of Borneo, Kudat adalah sejauh 216 Kilometer. Maka sebelum memulakan perjalanan jauh ini, G.P.S penduduk tempatan amat diperlukan bagi menentukan arah tidak tersasar dan mengetahui kedudukan lokasi stesen minyak yang berdekatan.





Daripada maklumat yang diterima, untuk ke Kudat  haruslah  memasuki kembali  ke pekan Kota Belud. Ketika dalam perjalanan menuju ke pekan Kota Belud singgah sebentar disebuah gerai ditepi jalan untuk berehat minum.  

 

Bersebelah meja ada seorang pemuda telah menyapa dengan memaklumkan yang beliau ada melihat  motosikal bersangkut Bag Kuning dalam hujan, dua tiga hari yang lepas. Maka bersilaturahimlah panjang, penghujung kepada silaturahim ialah  menanyakan laluan ke Kudat. Bersungguh-sungguh beliau memberi penerangan  dengan memberi lakaran petunjuk dan peta supaya  tidak tersasar. Ramah tamah dan sikap membantu penduduk di Sabah menyenangkan penggembara.





Perjalanan menuju ke Kudat melalui laluan kawasan tanah tinggi yang jalan dua halanya berbukit bukau serta jalanraya banyak kenderaan. Perjalanan dilakukan tanpa terburu-buru kerana  tidak ada berjanji dengan sesiapa.  Bebas memutuskan apa yang tergerak dihati, hendak berhenti untuk melihat pemandangan kita berhenti dan mengambil masa yang kita suka. Penduduk di kawasan tanah tinggi disini melakukan perusahaan pertanian, dan menjual hasil pertanian mereka di sepanjang tepi jalan. 





Laluan menghala ke arah Kudat tidak menimbulkan sebarang kesulitan setelah mengikuti peta yang diterangkan oleh pemuda Sabah tadi. Sekadar mengikut papan tanda yang banyak disediakan. Disatu kawasan nama-nama tempat disitu begitu asing bagi orang Semenanjung dari sudut nama-nama tempat dan jalan.


Masambit Gorudau

Nama-nama tempat seperti Misompuru, Masambit Gorudau, Malongkolong   memang asing dan jarang didengar penduduk Semenanjung. Majoriti masyarakat  disini adalah dari kalangan masyarakat Kadazan Dusun. Di Semenanjung nama-nama seperti itu tidak pernah didengari.





Hajatnya tercapai sudah...

Jam 4.00 petang tiba di Rumah Panjang Meranjak, untuk membuat tempahan penginapan dan menyimpan bag.  Sebelum menyambung kembali perjalanan ke Tips of Borneo lebih kurang 45 kilometer dari situ. Sepanjang  perjalanan hujan lebat  tidak henti-henti dan tiba di Tips of Borneo pada jam 6.00 senja.


Hujan Senja di Tip of Borneo..


Jam 6.00 senja, suasananya mendung dan hujan renyai-renyai. Peluang untuk melihat matahari tercelup dalam lautan tidak kesampaian, cuma berpeluang melihat arus pertembungan ombak Laut China Selatan bersatu dengan Laut Sulu.



Suasana hening diwaktu senja Rumah Api diatas pulau kecil berhadapan dengan penghujung tanah kepulauan Borneo.

Angin bertiup kencang meniup bahagian atas permukaan laut menghasilkan rembasan air laut berterbangan seperti wap terapung-apung diudara, sehingga menghalang pemandangan rumah api.


Berpatah balik ke Rumah Panjang Meranjak, tercari-cari kedai makan dalam keadaan  berlapar  dan kesejukan.    Tidak banyak kedai makan  yang dibuka pada waktu malam. Mujur berhampiran simpang untuk masuk ke tempat penginapan ada sebuah Kedai makan yang masih dibuka. Selesai makan malam meneruskan perjalanan pulang ke tempat penginapan.



Kelengkapan Bilik Mandi dan Tandas yang disediakan disini adalah berkeadaan baik dan bersih. Keadaan tandas yang berfungsi baik itu tidak mematikan nafsu pengguna untuk melakukan kerja-kerja mengosongkan  usus dengan selesa. Tetapi kedudukan tandas tersebut terletak lebih kurang 50 meter daripada Rumah Panjang Meranjak dan tidak mempunyai lampu untuk berjalan kesana.











Hari Ke 3 Sabtu 3 Dis 2016



Murai Kampong Borneo~Copsychus saularis adamsi ( Betina )



Murai Kampong Borneo~Copsychus saularis pluto ( Jantan )





Awal pagi  keluar mencari burung-burung disekitar kawasan Lodge Rumah Panjang Meranjak. Kemudian membeli buah tangan kraftangan yang dibuat sendiri oleh wanita-wanita suku kaum Rungus. Bersiap dan memulakan perjalanan menuju ke distinasi seterusnya ke Taman Negara Kinabalu. di Ranau. Laluan cadangan  adalah dari Kudat menuju ke Kota Belut - Ranau dan Kundasang dianggarkan 200 kilometer.


Dinding yang dibuat dari kulit kayu

Lantai yang disusun dan diikat dengan teguh


Saudara Gurdave @Sandakan Eagle bersama rakannya Saudara Baldape


Pernah melakukan kembara berbasikal di India.


Tidak menghadapi masalah perjalanan kerana melalui jalan yang sama ketika datang tempoh hari. Secara tidak dirancang   sebelum sampai di Kota Belud, terjumpa rakan Facebook yang sedang melakukan pengembaraan berbasikal mengelilingi Negeri Sabah.. Pertemuan yang tidak dirancang adalah satu peristiwa istimewa dalam bersilaturahim.




Walaupun buat pertama kali berjumpa tetapi jalinan hubungan itu mesra dan menyenangkan hati. Namun begitu demi menjaga adab pengembara " supaya tidak menagguh perjalanan yang masih jauh " masing-masing mengucapkan selamat  sampai ke distinasi yang hendak dituju. Ada kelapangan dan usaha, boleh berjumpa lagi untuk berkongsi pengalaman perjalanan masing-masing diwaktu yang lain.

Semoga berjaya menyahut cabaran dengan selamat.


Cabaran yang memeritkan kerana laluan jalanraya di Negeri Sabah laluan mendaki yang panjang dan berkelok-kelok.



Kedidi Paya~Tringa stagnatilis

Tampung Cina~Ardeola bacchus

Tiak Dada-sisik~Lonchura punctulata


Burung Rumput Selat~Megalurus palustris

Burung Rumput Selat~Megalurus palustris

Kelayang Dada-putih~Artamus leucorynchus

Pekaka Cekak-putih~Todiramphus chloris

Kedidi Rimba~Tringa glareola



Perit Kuning~Motacilla flava





Di Kota Belud membuat perubahan rancangan kerana hendak melihat permandangan Banjaran Gunung Kinabalu dari arah Kampong Sangkir, yang kelihatan indah dalam Internet. Namun begitu setelah sampai disitu, imej yang ada didalam Internet tidak sama sekali dengan apa yang ada di Kampong Sangkir. Ada kemungkinan imej tersebut telah diubah suai. Terpedaya atau salah tempat.!




Sepanjang perjalanan menuju ke Taman Negara Kinabalu hujan lebat turun mencurah-curah. Ketika melalui jalan Kundasang Bypass menuju ke Ranau,  lebih kurang pukul 5 petang berlaku tanah runtuh. Sebatang pokok yang besar melintang menutup laluan perjalanan semua jenis kenderaan. Tanah runtuh mencurah-curah turun dari cerun bukit melimpah diatas jalanraya membentuk bukit-bukit kecil yang bertimbun. Berlaku kesesakan kerana semua kenderaan berpatah balik dijalan yang sempit dalam hujan yang lebat.

Baju hujan yang mahal yang dikatakan baik dari jenis  GIVI  juga tidak mampu untuk menebat air meresap dan membasahi lapisan fabrik yang dipakai. Hinggakan Bag Kembara kalis air yang terbaik  juga tidak berupaya menjadi penebat air untuk satu jangkamasa yang panjang.

Menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari jalan alternatif lain yang boleh menuju ke Taman Negara Kinabalu. Setelah bertanya dengan beberapa orang, perjalanan menjadi lancar tetapi terpaksa membuat pusingan yang sangat jauh. Bermakna perlu menunggang dari Kundasang Bypass Ranau berpatah balik menuju ke Kota Kinabalu melalui Tamparuli ~Tuaran ~ Taman Negara Kinabalu. Perjalanan berpatah balik itu mengambil masa 5 jam dan hanya berhenti ketika untuk mengisi minyak sahaja. Melalui jalan mendaki mencanak yang sangat tinggi, curam menjunam, berkelok-kelok, lencun, sejuk, gelap, tercucuk jarum air hujan pada muka, silau cahaya lampu tinggi, kabus tebal ketika hujan lebat, ketiadaan garisan putih ditengah jalan, didesak oleh kenderaan besar yang laju,  disimbah air hujan ketika kenderaan memotong, mengatasi symtom perjalanan yang tak sampai-sampai dan punggung yang ada arus letrik.






Cabaran seperti itu sudah biasa dilalui dan tidak menimbulkan sebarang masalah, malah memang sengaja ditempoh. Sesekali berseronok untuk menguji keupayaan diri mengharung suasana  menunggang dalam apa jua keadaan. Hanya akan berhenti apabila kehabisan minyak atau pun rantai putus. Tiba di kawasan sekitar Taman Negara Kinabalu pada jam 10.30 malam dalam keadaan lencun dan kesejukkan. Menghadapi sedikit kesukaran untuk bermalam kerana banyak rumah penginapan telah penuh ditempah. Ramai pelancong datang kesini menghabiskan cuti sempena  menyambut perayaan Hari Natal. Setelah merayau-rayau akhirnya berjaya juga menyewa sebuah bilik disebuah Motel yang jaraknya tidak jauh daripada Taman Negara Kinabalu.




Sapaan mesra oleh penghuni bersebelahan bilik, membawa kepada perbualan yang panjang penuh dengan manfaat yang berguna. Entah apa sebabnya, walau buat kali pertama bertemu dengan Uncle Pee Thiam Long, beliau tidak lokek berkongsi rahsia hidup dan pengalaman kejayaan sebagai seorang Jurutera Kejuruteraan Elektrik .




Topik perbualan adalah dari sudut politik, ugama, bangsa, membangunkan empayar perniagaan, pengurusan hidup, Adab kesopanan hubungan kekeluargaan, pelajaran, kesusahan hidup, kehebatan negarawan Tun Mahathir Mohammad, mengecapi kemewahan hidup, dan amalan tanpa ada  rasa prajudis antara satu sama lain. Sebelum perbualan ditamatkan dianggarkan pada jam 3 pagi, Uncle Pee Thiam Long menyatakan secara kehairanan sambil beliau tersenyum " why  i'am talking to the stranger   until 3 'clock early in the morning   about all of my personal life "? disambung  dengan bersalaman.

Hari Ke 4 Ahad 4 Dis 2016





Kekicau Leher-kelabu~Stachyris nigriceps

Cekup Daun-gunung~Phylloscopus trivirgatus kinabaluensis

Cekup Daun-gunung~Phylloscopus trivirgatus kinabaluensis

Kekicau Temminck~Thichastoma pyrrogenys


Magpie Hijau Ekor-pendek~Cissa thalassina


Serigunting Borneo~Dendrocitta cinerascens




Cecawi Abu~Dicrurus leocophaeus

Mata Putih-Dahi hitam~Zosterops atricapilla
Mata Putih-Dahi hitam~Zosterops atricapilla



Kekicau Tirjup Blyth~Pteruthius aeralatus ( Betina )


Siul Borneo~Pachycephala hypoxantha

Siul Borneo~Pachycephala hypoxantha


Tarum Siul Borneo~Myophonus borneensis (Betina )


Baru sahaja perasan , terdapat Air terjun yang turun dari banjaran Kinabalu

Sepah Bunga Borneo~Dicaeum monticolum

Yuhina Mahkota-badam~Yuhina everetti

Yuhina Mahkota-badam~Yuhina everetti

Minivet Dagu-kelabu~Pericrocatus  solaris ( Jantan )

Minivet Dagu-kelabu~Pericrocatus  solaris (Betina )

Jerijit Suria Temminck~Aethopyga temminckii ( Jantan )

Sambar Indigo~Eumyias indigo ( Juvana )

Sambar Indigo~Eumyias indigo ( Jantan )

Tarum Gunung~Turdus paliocephalus

Mata Hitam-Gunung~Chlorocharis emiliae

Cekup Daun-gunung~Phylloscopus trivirgatus kinabaluensis

Ciaksewah China~Accipiter soloensis


Tarum Kening-putih~ Turdus absurus

Cekup Belukar-Sunda~Cettia vulcania

Cincilai Riang Sunda~Garrulax palliatus
Cincilai Riang Alis-kuning~Rhinocichla treacheri

Cencala Leher-putih~ Rhipidura albicolis

Cekup Dada-kuning~Seicereus montis


Awal pagi telah keluar, pergi masuk ke Taman Negara Kinabalu untuk memburung dengan niat seberapa banyak spesies burung yang  boleh diketemukan. Berjaya menjumpai beberapa spesies burung yang dulunya tidak berjaya ditemui. Di sebelah pagi, sementara menunggu kedatangan burung, kelihatan ramai Porter  sedang bersiap sedia untuk memikul barang untuk dibawa ke Laban Rata.


Seorang Potter sedang mengendong takungan air untuk dibawa naik ke Laban Rata.


Satu kerja yang memerlukan kerahan kekuatan tenaga.




Boleh dikatakan semua keperluan yang berkaitan dengan penggunaan manusia, akan dipikul naik ke Laban Rata. Beras, minyak, Tong Gas, Kampit Simen dan semua jenis bahan pembinaan. Porter melakukan pekerjaan ini setiap hari, dan adakalanya 2 kali dalam sehari. Kepada yang pernah mendaki sampai ke Kemuncak Gunung Kinabalu , gunung ke 8 tinggi di Asia Tenggara, mereka akan mengetahui betapa azabnya untuk kesana. Tetapi  kepada porter disini, itulah sahaja sumber mata pencarian mereka yang hendak atau tidak hendak, harus kena dilakukan untuk meneruskan hidup.



Usia awal 50an

Setelah berbual dan bertanyakan tentang pengalaman yang dilalui dengan beberapa orang porter, timbul rasa simpati dan insaf. Rumusan secara peribadi, adalah mendukacitakan pada kadar upah yang diterima untuk tugasan yang mengazabkan diri itu. Kadar upah  yang mereka terima hanya RM 5.00 sekilogram, walau bagaimana bentuk bahan yang diangkatnya.





Samada panjang, bulat , melengkong, pipih atau lebar kadar upahnya sama sahaja. Asalkan barang yang mampu diangkat, kadarnya RM 5.00 sekilogram.Melainkan barang yang jarang dibawa naik ke atas mungkin kadar upah adalah dengan rundingan. Maka untuk mendapatkan upah minium RM 50.00 sehari mereka terpaksa membawa beban seberat 10 kilogram.









Tupai Brooke's~Sundasciurus brookei

Tidak bermakna selama ini, komuniti porter itu senyap mendiamkan diri dan tidak mengeluh maka pihak yang menentukan kadar akan terus membiarkan kadar itu dikekalkan selama mungkin. Perbuatan seperti itu dilihat seperti pihak yang berkuasa mahu terus menerus mendapat laba yang besar dari hasil gerih perih komuniti porter.


Laban Rata




Berfikirlah dengan menggunakan akal dan hati budi yang tulus bersih, disitu akan mendapat jawapan yang saksama. Dimana kedua belah pihak akan sama-sama menikmati hasil dari bidang perlancongan itu dalam suasana senang hati. Budaya yang sedia ada itu tidak molek diamalkan lagi,  sudah tiba masanya kadar upah itu dinaikkan berdasarkan keadaan semasa.


Potter

Kenangan menyelami kehidupan seorang Potter Gunung Kinabalu




Pada waktu yang sama, pihak Kementrian Belia dan Sukan seharusnya bergegas mencongkil keistimewaan semulajadi yang ada  pada komuniti porter disini. Kekuatan tenaga dan ketahanan fizikal mereka tentu sahaja boleh disalurkan dalam banyak acara sukan. Kepakaran Sains Sukan yang dimiliki oleh kerajaan seharusnya, digunakan untuk membentuk lebih ramai ahli sukan. Mungkin sukan Angkat Berat, Marathon, Gusti, dan lain-lain. Dengan berwawasan  melahirkan ramai juara diperingkat dunia dalam berbagai acara sukan. Walaupun  keistemewa itu telah lama terabai, namun begitu masih belum terlambat  untuk ia dilakukan sekarang.



Tupai Jentink~Sundasciurus jentinki

Tupai cuping-putih~Callosciurus adamsi ( Ear-spot Squirrel )

Tupai Pinang~Callosciurus notatus

Tupai Muncong -besar~Tupaia glis

Waktu Memburung pada hari itu tidak dapat dilakukan sehingga petang, kerana cuaca tidak mengizinkan. Pada jam 2 petang sahaja hujan telah mulai turun , suasana mendung dan berkabus tebal menyelubungi kawasan sekitar. Melakukan kerja-kerja hakiki pengembara, membersih, mengering ,menyusun pakaian-pakaian dan peralatan. Pastikan bateri kamera, bateri talipon tangan, komputer dalam keadaan boleh digunakan. Menghubungi keluarga untuk memastikan mereka berada didalam keadaan menyenangkan  hati. Sebelum  menyambung lagi pengembaraan keesokan harinya.


Hari Ke 5 Isnin 5 Dis 2016

Saki baki waktu pagi sebelum meneruskan pengembaraan di gunakan dengan aktiviti memburung dan mencari hidupan liar. Sikap degil dan tidak berpuas hati atas hasil memburung semalam telah membuahkan hasil yang memuaskan. Jam 11.00 pagi meneruskan pengembaraan seterusnya ke Poring Hot Spring dalam daerah Ranau. Dianggarkan jarak jauhnya lebih kurang 50 kilometer sahaja dari Taman Negara Kinabalu.

Helang Sewah Blyth~Spizaetus alboniger



Belekok Kecil~Egretta garzetta










Sebelum ke sana, merayau-rayau terlebih dahulu untuk melihat sosio budaya kehidupan masyarakat dan pemandangan di sekitar Mesilau dan  Kundasang. Hujan mencurah-curah turun dan menghadkan pengembaraan. Sempat berteduh di Gazebo Padang Golf sehingga hujan reda dan menyambung kembali pengembaraan, melihat dari dekat penempatan masyarakat petani di Mesilau dan Kundasang. Pemandangan di negara barat adalah sama dengan pemandangan di Mesilau dan Kundasang, bezanya disini tidak ada musim salji.






Industri Restauran mungkin sedikit terjejas kerana kehadiran lalat yang menghurung makanan yang terhidang. Pekara ini tidak dapat dielakkan kerana petani-petani menggunakan baja asli untuk menyuburkan tanaman mereka. Industri pertanian  merupakan sumber ekonomi utama dikawasan ini selain perlancongan.







Di Negeri Sabah terdapat banyak " Round about " Laluan Bulatan yang dibina untuk memudahkan pengguna jalanraya disamping mudah untuk membuat pengecaman tempat.  Replika akan dibina bersesuaian dengan ikon perlancongan sesebuah tempat tersebut. Sabah Tea.


Tagal

Tiba di Poring Hot Spring jam 6.00 petang dalam keadaan basah kuyup. Pada mulanya ingin bermalam di Poring Lodge, kerana mempunyai latarbelakang pemandang yang cantik. Namun begitu disitu tidak mempunyai bekalan air, terpaksa mencari alternatif lain yang berdekatan di situ.

Bermalam di Keenomoluk Homestay, Kampung Poring yang menyediakan bilik tidur yang lapang, bersih dan penghawa dingin. Kemudahan bilik air yang selesa berserta mesin mandian air panas dan menyediakan juga  perkhidmatan Dobi, dengan harga RM 70.00 semalam.

Selepas makan malam bersilaturahim mesra dengan tuan rumah Puan Christina sehingga jam 11:00 malam sebelum mengundur diri untuk berehat. Waktu berehat yang paling menyeronokkan adalah ketika menyusun dan melihat hasil  imej-imej rakaman pada hari itu.


Hari Ke 6 Selasa 6 Dis 2016






Dalam kegelapan awal subuh telah keluar mencari lokasi yang menarik untuk melihat pemandangan suasana kemunculan permulaan cahaya matahari menyinarkan cahaya pada Banjaran Kinabalu . Berhenti di Kampung Lohan kerana disitu mempunyai tempat yang sesuai untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Melihat detik-detik pemandangan menarik ,  cahaya permulaan matahari menyimbah bahagian-bahagian tertentu Banjaran Kinabalu sedikit demi sedikit.






































Sinaran cahaya berwarna  cerah, jingga dan merah manggis dari timur menghasilkan warna-warna lebih menarik setelah cahaya tersimbah pada permukaan batuan banjaran, permukaan tumbuhan hijau hutan yang terhampar, dan permukaan tanah pertanian. Dihias pula dengan gumpulan kabus berarak perlahan-lahan melintas dinding banjaran Kinabalu. Keadaan begitu akan sentiasa berubah-ubah dan tidak akan sama setiap hari. Bagi penduduk tempatan yang melihat keadaan menarik begini sudah menjadi biasa dan tidak dihiraukan langsung.

Memang tidak banyak  kedai makan yang menyediakan makanan sarapan pagi di Kampung Lohan, sepertimana di Semenanjung. Hanya yang ada beberapa buah gerai orang menjual kuih-muih tempatan. Setelah selesai bersarapan bersiap sedia pulang, untuk ke Air Terjun Langanan, letaknya didalam kawasan hutan Poring Hot Spring. 

Tupai Hitam Privost~Callosciurus prevostii pluto

Tupai Hitam Privost~Callosciurus prevostii pluto

Tupai Hitam Privost~Callosciurus prevostii pluto

Mula berjalan merentasi kenopi hutan pada jam 8:00 pagi. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah untuk sampai di Air Terjun Langanan  dengan keadaan bentuk mukabumi yang berbukit bukau. Tumbuhan hutan dikawasan ini masih belum terjejas oleh sebarang aktiviti pertanian atau pembalakan. Air Terjun Langanan jarang dikunjungi oleh orang ramai kerana jaraknya jauh dan harus melakukan pendakian yang panjang.


Tupai Muncong -besar~Tupaia glis ( Juvana )




Terpegun melihat air terjun

Perlu membawa bekalan makanan secukupnya sebagai persediaan mengumpul kembali tenaga  untuk perjalanan pulang. Menikmati keindahan alam semulajadi secara maksima tanpa kebisingan dari  pengunjung lain sambil menikmati Nasi Briyani bersulamkan air Nescafe panas.  Air  jernih lagi sejuk mencurah-curah terjun dari paras yang sangat tinggi menghasilkan tempias dan bunyian-bunyian bising semulajadi. Tumbuhan semulajadi yang tumbuh subur pada dinding batu menghias permandangan Air Terjun Langanan .



Sambar Ekor-putih/Sambar Biru-pekat~Cyornis concretus











Cemcili Borneo~Enicurus borneensis

Cemcili Borneo~Enicurus borneensis



















Memikirkan perjalanan pulang mengambil masa yang panjang , pada jam 1.00 tengahari telah memulakan langkah pulang dengan santai. Masih sempat singgah berehat di Air Terjun Kipungit sambil menghilangkan dahaga. Tidak berada lama disitu, kerana ada sekumpulan remaja yang sedang bermandi-manda dan bersuka ria melaku riadah rehat mereka. Meneruskan lagi perjalanan pulang dan sampai dipekarangan Poring Hot Spring lebih kurang jam 3:30 petang.





Mamandangkan cahaya  langit masih cerah, dalam keadaan penat, mencuba pula laluan Jambatan Gantung di Atas Pokok . Tumbuhan hutan dari pelbagai jenis hidup subur menghijau yang dapat dipandang daripada atas pelantar yang disediakan. Walaupun hutan kelihatan subur menghijau, malangnya tidak kelihatan ada banyak hidupan liar yang mendiami disitu. Sesekali  ternampak kelibat tupai , namun untuk mendengar kicauan dan melihat burung-burung berterbangan agak sukar.






Pulang ke tempat kediaman untuk melakukan kerja-kerja hakiki pengembara, untuk persiapan menyambung perjalanan pengembaraan berikutnya ke Telupid. Menjangkakan esok awal pagi Puan Christine dan suaminya akan keluar awal pagi untuk bertugas  ,  maka pada sebelah malamnya mencari masa untuk berbual-bual panjang dengan beliau. Dalam kesempatan itu mengucapkan terima kasih keatas perkhidmatan yang mendatangkan keselesaan dan juga sikap berlebih kurang keluarga beliau.



Hari Ke 7 Rabu 7 Dis 2016






Sehingga  pengembaraan dihari ke 7, jauh jarak perjalanan yang telah dilakukan, dianggarkan  menghampiri 1000 kilometer. Namun motosikal jenis Honda Future 125 cc 4 lejang tidak menunjukkan tanda-tanda prastasinya mendatangkan kebimbangkan.  Memastikan tangki minyak sentiasa penuh dan mempunyai bekalan 2 botol simpanan minyak. Anggaran perjalanan dari Kampong Poring, Ranau ke Bandar kecil Telupid sejauh 100 kilometer.











Memulakan perjalanan waktu pagi bersama warga kerja dalam suasana cuaca yang cerah, langit membiru, awan berkepul-kepul. Merasa hembusan segar angin dari kawasan tinggi bercampur baur dengan angin kelajuan motosikal. Singgah berehat dan makan tengahari  di Ladang Sabah Teh. Pemandangan menghijau ladang teh sama seperti pemandangan di Cameron Highland , tetapi Ladang Sabah Teh disini telah dikepong oleh tanaman kelapa sawit.












































Tiak Coklat gelap~Lonchura fuscans


Tiak Kepala-hitam~Lonchura malacca

Tiak Dada-sisik~Lonchura punctulata


Perjalanan menuju ke Telupit menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo yang berbukit bukau dan berkelok-kelok. Sentiasa berwaspada ketika merentas Lebuhraya ini kerana lalu lintas agak sibuk dengan kenderaan berat. Sebahagian dinding cerun simen lebuhraya itu dipenuhi dengan lukisan dan contengan yang membuktikan kumpulan pengembara motosikal telah berjaya melaluinya. Kawasan sebelah sini cuacanya panas terik berbanding cuaca di sebelah Ranau.Tiba di pekan Telupit pada jam 5.00 petang. Berehat dan makan tengahari disebuah Restauran Mamak di pekan Telupit. Mencari tempat bermalam , seorang  pekerja disitu menasihati supaya pergi ke Tawai Forest Camp yang kedudukannya tidak jauh dari pekan Telupit.





Sampai dihadapan Tawai Forest Camp jam 6.30 petang,  mendapati pintu pagar telah pun berkunci. Mujur ada beberapa budak kampong yang masih sedang bermain air sungai pada waktu senja disitu. Hasil bantuan maklumat dari kanak-kanak itu, dapat berhubung dengan pegawai  Tawai Forest Camp Encik Awie .Menunggu diluar pagar dalam gelap dan hujan sehingga Encik Awie tiba.Keadaan seperti ini sudah dijangka, kerana tidak membuat tempahan awal penginapan terlebih dahulu . Jam 7:30 malam Encik Awie tiba dan memohon maaf kerana membiarkan tetamu menunggu.














Bilik yang disediakan di Tawai Forest Camp cukup luas dan selesa, walaupun tidak mempunyai katil. Sekadar menyediakan tilam dan bantal sahaja berserta kipas. Keadaan bilik dan sekitar bangunan penginapan kemas dan bersih. Bilik air dan tandas dijagai dengan bersih dan bersedia digunakan. Apa yang lebih mendamaikan adalah bangunan kediaman yang tersergam besar tidak dihuni oleh pengunjung lain. Kadar sewa bilik yang ditawarkan adalah sangat murah RM 55.00.

































Bangunan Rumah rehat Tawai Forest Camp adalah bekas pejabat dan kuarters syarikat pembalakan yang sudah menghentikan kegiatannya. Diperbaiki dan diubah suai dengan cantik menjadi rumah rehat untuk disewakan kepada pelancong.  Ditadbir urus dengan baik oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.



Hari Ke 8 Khamis 8 Dis 2016







Awal subuh telah siap bersedia untuk mencari lokasi sesuai melihat keindahan waktu pagi disekitar kawasan pedalaman Telupid. Hujan renyai-renyai, cuaca mendung, matahari diselubungi oleh kabus. Jalanraya lapang tidak banyak kenderaan melalui jalanraya disini, hanya sekali sekala sahaja.

















Kelihatan dari jauh kabus tebal menyelubungi sebahagian besar  hutan dikawasan tanah tinggi itu. Waktu pagi sebegini memang sesuai untuk memburung . Berhenti dekat sebatang pokok ceri yang sedang berbuah lebat ditepi jalan berhampiran dengan sebatang sungai. Burung dari jenis Sepah Bunga , Punai, Perling dan Merbah silih berganti datang memakan buah-buah.



Bersarapan di pekan Telupid dan melihat suasana harian warga tempatan melakukan aktiviti hidup. Pulang ke Tawai Forest Camp dengan niat untuk mengikut pekerja Jabatan Perhutanan membersihkan trek menuju ke Air Terjun Tawai. Tetapi hampa kerana pekerja telah bertolak awal pagi kerana tidak membuat janji dengan mereka.













Berkeliaran mencari burung dan hidupan liar dikawasan hutan sekitar berakhir dengan kekecewaan. Kawasan  hutan yang luas tumbuh subur tetapi seperti tidak ada penghuni didalamnya. Ada sebatang sungai yang sejuk dan jernih airnya mengalir didalam dikawasan Hutan Tawai Forest Camp. Berehat sambil bermandi manda sebelum, berkemas dan meneruskan perjalanan pengembaraan seterusnya.












Setelah siap berkemas meminta izin mengundur diri sambil mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesantunan dan layanan baik yang telah diberikan.   En.Awie, menunggu dihadapan Tawai Forest Camp dan mengucapkan selamat jalan sambil melambaikan tangannya sebagai tanda Selamat Jalan.  Menoleh dan membalas lambaian dengan niat Terima Kasih. Hal perbuatan yang dilakukannya itu menyentuh hati kerana jarang ada seorang Pengurus yang berbuat demikian. Diharap beliau maju jaya dengan cemerlang dimasa mendatang.











Pengembaraan diteruskan menuju ke Hutan Simpan Sepilok  di Sandakan dianggarkan jaraknya sejauh 150 kilometer. Keadaan cuaca panas terik, pemandangan kiri kanan jalan, disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit sahaja. Suasana pemandangan dan keadaan panas sebegitu menjemput mata menjadi tersangat mengantuk. Walaupun dilawankan dengan minum air, menghisap rokok dan menjerit namun mata seperti dijahit untuk dibuka. Buat seketika bermain dengan nasib dan menggunakan kemahiran menunggang motosikal dalam keadaan tidur-tidur ayam. Mujur tidak bertembung dengan objek besar yang keras ketika sedang tidur-tidur ayam. Mungkin kenderaan kurang  menggunakan laluan jalanraya disini.















Berhenti di pekan kecil Berkat Sepakat Batu 46 untuk berehat dan makan tengahari pada jam 3 petang. Rupanya ada hikmah disebalik mata mengantuk dan dipaksa berhenti berehat di sini. Menu hidangan yang disediakan sungguh lazat sehingga menempah sebungkus lagi untuk dijadikan lauk makan malam apabila sampai didistinasi berikutnya.Dapatlah merasa masakan daging Payau  lazat dalam jumlah yang banyak pada harga yang sangat murah. Setelah keadaan badan pulih dan penyakit tidur-tidur ayam telah sembuh perjalanan diteruskan sehingga sampai di Hutun Simpan Sepilok, Sandakan pada jam 4.00 petang.





Memilih Sepilok B & B Rest House sebagai tempat penginapan kerana kadar sewaannya paling murah jika dibuat bandingan dengan penginapan lain. Bilik luas , Katil saiz " King ", Kipas, Almari, Tandas Bersih dan Sistem Mandian Air Panas bercadang menginap untuk selama 2 hari.










Banyak masa akan dilakukan dalam tempoh itu untuk melakukan aktiviti pencarian burung dan hidupan liar. Hari sudah petang, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan pada waktu itu, lagi pun hari hujan. Waktu malam selepas makan melakukan kerja-kerja membersih, menyusun pakaian dan melihat imej rakaman yang telah dilakukan sepanjang perjalanan.


Hari Ke 9 Jumaat 9 Dis 2016

Selepas bersarapan pada jam 8 pagi melakukan aktiviti memburung dan mencari hidupan liar . Puas merata mencari spesies burung yang diidamkan dalam kawasan RDC tetapi hampa. Tidak banyak spesies burung ditemui kawasan ini. Jikalau ada pun semua spesies itu telah ada didalam senarai simpanan. Walaubagaimana pun merasa puas hati kerana berjaya menjumpai spesies Tupai Kerawak Borneo~ Ratufa affinis sandakanensis yang hanya boleh dijumpai di Pulau Borneo.


Tupai Kerawak Borneo~ Ratufa affinis sandakanensis


Tupai Kerawak Borneo~ Ratufa affinis sandakanensis



Tupai Kerawak Borneo~ Ratufa affinis sandakanensis



Tupai Kerawak Borneo~ Ratufa affinis sandakanensis


Shama Mahkota-putih~Copsychus stricklandi


Shama Mahkota-putih~Copsychus stricklandi



Kekicau Tit-gebu~Macronous ptilosus


Kekicau Tit-gebu~Macronous ptilosus



Enggang Mahkota-putih~Aceros comatus

Dalam tempoh 9 hari mengembara di Negeri Sabah tidak menjumpai seekor pun Orang Utan~Pungo pygmaeus didalam kehidupan sebenarnya. Maka alternatif terbaik adalah membuat lawatan ke Pusat Konservasi Orang Utan Sepilok.  Yuran masuk dan yuran kamera  dikenakan kepada setiap pengunjung. Tetapi cuma ada 4 ekor sahaja kesemuanya. Orang Utan~Pungo pygmaeus itu diumpan oleh pekerja dengan makanan yang diletakkan diatas pelantar mengikut jadual pada sesi pagi dan sesi petang.



Orang Utan~Pungo pygmaeus



Orang Utan~Pungo pygmaeus


Dengan kehadiran jumlah pelancong yang ramai pada setiap hari, dapat dijangkakan bahawa  pentadbir Pusat Konservasi Orang Utan tentu mengaut keuntungan yang besar. Yuran masuk seorang warganegara dewasa  dikenakan RM 5.00 dan RM 10.00 kepada setiap kamera. RM 30.00 bukan warganegara. Itu tidak di kira diatas keuntungan yang diperolehi daripada penjualan Cenderamata , Baju T Shirt yang berkonsepkan Orang Utan. Bas-bas pelancong yang memenuhi diruang letak kenderaan boleh  memberi timbang tara kepada banyak atau sedikit kutipan mereka.



Orang Utan~Pungo pygmaeus



Orang Utan~Pungo pygmaeus



Orang Utan~Pungo pygmaeus

Bermakna dengan kata-kata lain; seolah-olah kehadiran 4 ekor Orang Utan~Pungo pygmaeus yang dipamerkan ditempat itu bertujuan menjadi batu loncatan kepada manusia  mengaut wang ringgit untuk menyara kehidupan manusia yang berkerja disitu. Walaubagaimana pun, keadaan Orang Utan~Pungo pygmaeus disini jauh lebih baik daripada Orang Utan~Pungo pygmaeus yang ditempatkan di Matang Wildlife Reserve, di Kuching Sarawak.



Sesi petang meneruskan pencarian hidupan liar, bertekad ditemukan dengan spesies burung Bornean Bristlehead~Pityriasis gymnocephala atau Red Giant Flying Squirrel~Petaurista petaurista. Tetapi semua usaha itu hanya mendapat penat sahaja. Jambatan besi pokok ke pokok yang disediakan tidak menjamin akan melihat hidupan liar walaupun tumbuhan hutannya subur. Apakah faktor yang memungkinkan hidupan liar susah untuk diketemui disini. Apakah membuat kunjungan ketika bukan musim pokok hutan berbuah atau memang disitu sudah berkurangan hidupan liar.

Disini tidak ada Restauran, maka untuk makan malam harus pergi ke pekan berhampiran di Sabuka Jaya. Dari Sepilok ke sana jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bersiar-siar mengelilingi sekitar kawasan untuk melihat tempat. Bandar Baharu yang kecil ini sibuk dengan aktiviti ekonomi walaupun pada waktu malam.

Hari Ke 10 Sabtu 10 Dis 2016





Beruang Matahari~Helarctos malayanus


Beruang Matahari~Helarctos malayanus

Melawat Pusat Konservasi Beruang Matahari, yang bersebelahan dengan Pusat Konservasi Orang Utan yang menempatkan lebih kurang 30 ke 40 ekor. Kesemua Beruang Matahari yang ditempatkan disini adalah hasil daripada rampasan dan proses menyelamat. Pusat Konservasi akan melepaskan Beruang itu setelah menjalani pembelajaran hidup semulajadinya dan berupaya mencari makanannya sendiri. Penyelidik atau pelajar harus menfaatkan pusat ini sebagai tempat membuat kajian, dan hasil kajian itu nanti dimanfaatkan pula kepada kelangsungan hidup spesies Beruang Matahari~Helarctos malayanus


Cik Cyro



Beruang Matahari~Helarctos malayanus

Tekukur Tengkok-bintik~Streptopelia chinensis

Tiong Emas~Gracula religiosa dan Punai Leher Merah-jambu~Treron vernans



Encik Rayqi

Kelicap Madu-kecil~Arachnothera longirostra



Jerijit Suria Leher-tembaga~Nectarinia calcostetha

Jerijit Suria Merah-saga~Aethopyga siparaja

Seharusnya mana-mana Pusat Konservsi lain  harus memiliki kakitangan berilmu seperti Encik Rayqi dan Cik Cyro  yang bertugas di Pusat Konservasi Beruang Matahari. Ilmu pengetahuan serta pangalaman yang dimiliki mereka membanggakan dan harus mendapat pujian. Mereka berupaya menjawab dengan penerangkan yang jelas dan terperinci tentang habitat perangai  hal berkenaan Beruang Matahari.  Petugas-petugas di Pusat Konservasi Orang Utan harus mencontohi dan belajar daripada sikap Encik Rayqi dan Cik Cyro kesungguhan memperkayakan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Sekalung tahniah dan pujian kepada Encik Rayqi dan Cik Cyro semoga maju jaya.

Beruang Matahari~Helarctos malayanus


Jam 11:00 pagi bersiap sedia untuk  keluar dari Sepilok B&B Rest House .Perjalanan akan diteruskan lagi menuju ke Kinabatangan, kononnya ingin melihat Beruk Belanda~Nasalis larvatus dan Bornean Ground Cuckoo~Carpococcyx radiatus di sepanjang Sungai Kinabatangan. Perjalanan sejauh 150 kilometer, dijangkakan mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 jam.





Kenderaan berat banyak menggunakan laluan jalanraya menuju ke Kinabatangan. Jadi terpaksa meningkatkan tahap berwaspada sepanjang perjalanan. Berselisih dengan satu deretan kenderaan tentera yang membawa bala tentera seperti baru pulang dari berperang.






Berhenti makan tengahari di sebuah Restauran berhampiran pekan Kinabatangan. Kebetulan rokok Surya hanya tinggal sebatang, melihatkan kepada seorang lelaki disebelah meja yang juga sedang menghisap rokok Surya, maka bertanyakan kepada beliau, dimana  boleh diperolehi di Pekan Kinabatangan. Pertanyaan itu seperti sebagai syarat pembuka jalan untuk bersilaturahim dengan penduduk tempatan. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, maka topik perbualan terbawa-bawa kepada berkongsi pengalaman hidupnya.


En.Rosli

Sebelum beliau beredar untuk meneruskan pekerjaannya dibayarkan sekali makanan tengahari, walaupun beberapa kali telah menolak pelawaannya itu. Katanya beliau merasa senang hati untuk meraikan kedatangan pengembara dari Semenanjung. Terima kasih En. Rosli.





Maklumat lokasi dan perjalanan yang diberikan oleh Encik Rosli memudahkan perjalanan ke Sungai Kinabatangan. Tiba disana pada pukul 3.30 petang dan terus menuju ditepi sungai dibawah jambatan Kinabatangan untuk mencari orang yang boleh membawa melihat Beruk Belanda~Nasalis larvatus dan Bornean Ground Cuckoo~Carpococcyx radiatus.









Dalam keadaan cuaca terik, kelihatan seorang lelaki tua sedang berehat di balkoni rumah papan. Memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kedatangan ke situ. Setelah berbincang akhirnya beliau bersetuju untuk membawa ke tempat kebiasaan  Beruk Belanda~Nasalis larvatus boleh dijumpai dengan kadar upah sejumlah RM100.00.






Beruk Belanda~Nasalis larvatus

Beruk Belanda~Nasalis larvatus ( Betina )














Jam 4.00 bot sudah menaiki bot mudik ke hulu untuk mencari Beruk Belanda~Nasalis larvatus, memasuki kawasan hutan berpaya. Menyusur laluan sempit dicelah-celah ranting pokok, sambil memandang di atas . Agak lebih kurang 30 minit mencari barulah berjumpa Beruk Belanda~Nasalis larvatus betina yang berada tinggi diatas pokok. Melihatkan manusia kumpulan Beruk Belanda~Nasalis larvatus liar melompat bergayut menghilang diri menyorok dicelah-celah pokok. Menjadi satu kepuasan kegembiraan apabila, buat pertama kali dapat melihat spesies beruk ini dalam habitat semulajadi.







Ketupa Ikan Kuning-langsat~Ketupa ketupu





Kumpulan ini seperti mempunyai pengalaman buruk bertemu manusia, kerana dengan pantas menghilangkan diri apabila ternampak manusia. Nalurinya masih merasakan manusia itu menjadi ancaman kepada mereka.Pencarian diteruskan memasuki sungai Kinabatangan dengan bergerak dengan perlahan-lahan mencarinya di kiri kanan tebing sungai. Akhirnya terlihat sekumpulan Beruk Belanda~Nasalis larvatus diatas pokok Ara sedang memakan buah-buah yang masak. Kedudukkan bot dengan tebing sungai agak jauh, menyebabkan kumpulan Beruk Belanda~Nasalis larvatus tidak merasa terancam dan meneruskan aktiviti dengan aman.


Beruk Belanda~Nasalis larvatus ( Jantan )






Berpatah balik kerana waktu telah mulai senja dan diberi rezeki untuk melihat pelangi. Bot dikendalikan dengan berhati-hati khuatir akan terlanggar batang balak hanyut. Peluang itu memberi kesempatan melihat suasana senja Sungai Kinabatangan lebih lama.Bot perlahan-lahan menuju ke jeti dan sampai pada jam 7:00 malam.











Berehat sebentar di rumah Pak Cik Tongoh dan beliau mempelawa menginap dirumahnya pada malam itu, tetapi menolak pelawaannya dengan baik kerana tidak mahu mengganggu Pakcik itu berehat. Sebelum berpisah Pakcik Tongoh berpesan supaya menghubungi beliau apabila selamat sampai di Semenanjung nanti. ( Telah berbuat demikian sepertimana yang dipesan oleh Pakcik Tongoh, pada ketika itu beliau sedang membeli keperluan harian dipasar  )








Oleh kerana tidak ada  penginapan lain selain  Mariani Homestay yang berdekatan ditepi jalan, maka terpaksa bermalam di Mariani Homestay. Biliknya kecil dilengkapi dengan katil, tilam, bantal , selimut, kelambu , plug elektrik dan kipas dengan yuran RM 80.00 . Malangnya pada malam itu tidak dapat berehat dan  tidur dengan nyanyak kerana bau menusuk najis kencing haiwan peliharaan yang busuk datang dari tilam, bantal, cadar dan selimut. Terpaksa baju hujan dijadikan lapik alas pada tilam dan menjadikan lengan sebagai bantal. Jam 4:30 subuh diganggu pula dengan bunyi TV yang dikuatkan suaranya oleh  salah seorang ahli keluarganya. 


Hari Ke 11 Ahad 11 Dis 2016




Jam 5.00 pagi sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Mariani Homestay, membuat semua bayaran dan meneruskan perjalanan ke distinasi berikutnya ke Tawau. Mengikut peta jarak perjalanan dari Sungai Kinabatangan ke Tawau dianggarkan sejauh 220 Kilometer. Perjalanan akan melintas pekan Lahad Datu , pekan Kunak dan barulah sampai ke Bandar Tawau.




Pergam Agong-hijau~Ducula aenea

Pergam Agong-hijau~Ducula aenea




Jam 7.45 pagi sampai di pekan Lahad Datu, bersarapan di sebuah kedai Mamak yang pernah berniaga di Kem Batu Kontiment Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bandar Lahad Datu sebuah bandar yang membangun. Pelbagai aktiviti ekonomi boleh dilihat dan banyak kenderaan memasuki bandar Lahad Datu menyebabkan kesesakan lalu lintas. Bangunan tinggi serta hotel  sebagai tanda kerancakan perkembangan ekonomi di Bandar Lahad Datu.








Sepanjang perjalanan seperti biasa kiri kanan pemandangan adalah ladang kelapa sawit sahaja, hanya sedikit pemandangan hutan semulajadi dan pantai. Jam 2:00 petang sampai ditempat yang hendak di tuju Tawau Hill Park. Pada ketika itu, ramai pengunjung berada disini, hinggakan kawasan letak kereta penuh dengan kereta dan bas persiaran. Memilih untuk menginap di Hostel sahaja kerana murah  , kebetulan Hostel itu pula tidak ada penghuni lain.



Pedendang Kosa~Anhinga melanogaster



Enggang Hitam~Anthracoceros malayanus





`









Bercadang melihat pokok yang paling besar yang masih kekal tumbuh di sekitar kawasan Tawau Hill Park. Memulakan merentas hutan setelah siap berkemas, ia mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai disana. Dalam perjalanan berjumpa dengan sekumpulan Lotong Perang~Presbytis rubicunda yang sedang leka memakan daun pucuk pokok. Niat untuk berjumpa dengan spesies ini akhirnya tercapai juga, kerana memang memang diketahui akan kesukaran untuk berjumpa dengan Lotong ini. Spesies ini hanya boleh dijumpai di Pulau Borneo sahaja, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia.


Lotong Perang~Presbytis rubicunda

Lotong Perang~Presbytis rubicunda

Lotong Perang~Presbytis rubicunda


Dalam perjalanan pergi dan balik menuju ke pokok besar itu hujan turun dengan lebat, trek basah dan licin. Tanpa disedari beberapa ekor pacat menyelinap masuk kedalam seluar dan mengisap darah. Spesies pacat disini berlainan dengan pacat di Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai jalur-jalur warna hijau dan gigitannya akan mengakibatkan sedikit kegatalan kepada permukaan kulit.









Kesemua pacat itu tidak berkesempatan memuaskan nafsu menyedut darah mangsanya kerana telah dicabut. Setelah dicabut kesemua pacat-pacat telah diberi amaran dan peringatan supaya tidak menyedut darah manusia lagi. Peringatan beramaran  dengan kaedah membakar hanya separuh bahagian anggota badannya sahaja. Kemudian ia akan dilepaskan didalam habitatnya untuk ia terus hidup.







Pada waktu senja, sudah berada didalam hostel untuk membersihkan diri dan melakukan kerja-kerja hakiki pengembara. Bekalan makanan mentah yang masih banyak dimasak dan dijadikan makan malam. Keenakan makan makanan panas menghilangkan rasa lapar dan menambah tenaga yang telah berkurangan.







Hari Ke 12 Isnin 12 Dis 2016

Selepas bersarapan pagi didalam hostel , seawal jam 7.30 telah bersiap-siap untuk pergi ke Sungai Sulfer yang berada hampir 4 kilometer dari Hostel. Memandangkan cuti umum Maulidul Rasul jatuh pada hari itu, Tawau Hill Park pasti akan sibuk dengan ramai pengunjung. Kawasan hutan di Tawau Hill Park mempunyai keaslian semulajadi yang langsung tidak terjejas dengan gangguan pembalakan dan pembangunan ekonomi.





Palintoma Sayap-perang ~Philentoma pyrhopterum (Penampilan Biru kelabu jantan )



Merbah Corek~Ixos malaccensis



Kekicau Kupiah-jelaga~Malacopteron affine



Kuang Raya~Argusianus argus ( Jantan )

Pokok-pokok hutannya besar tinggi dan rapat-rapat, hinggakan cahaya matahari sukar untuk menembusi daun-daun merimbun. Air sungai jernih sejuk mengalir deras, batu-batu besar timbul dan berlumut. Tebing sungai ditumbuhi dengan tumbuhan lumut hijau seperti permaidani. Cendawan liar bertitih-titih tumbuh pada lantai tanah dan tunggul kayu. Tumbuhan jenis anggerik liar juga banyak tersangkut pada dahan-dahan pokok yang bunganya berjurai berwarna warni.Permandangannya memang cantik dan sejuk mata memandangnya itu pun jika mata cekap membuat pemerhatian.





Kesumba Diard~Harpectes diardii (jantan)














Namun begitu berjalan kaki dalam keredupan hutan tetap harus peka terhadap serangan pacat dengan kesan gigitan yang agak berbisa yang kerap terlekat pada kulit atau pakaian. Bunyi kicauan burung berselang-seli berkicau datang dari pelbagai jenis spesies burung. Kerap terserempak dengan ombak burung , yang tengah kesibukan berlumba-lumba mencari makanan. Hinggakan tidak tentu arah  dan keliru spesies mana yang hendak dilihat terlebih dahulu. Sahutan nyanyian nyaring spesies Ungka Borneo~ Hylobates muelleri  sahut menyahut tidak putus keterdengaran dari jauh.












Bernasib baik pada kali ini telah terserempak dengan burung Kuang Raya Borneo~Argusianus argus yang sedang melintas trek. Mungkin terperanjat, ia berjalan laju dicelah-celah pokok renik terus hilang untuk menyelamatkan diri. Tiba dilokasi yang hendak dituju pada jam 9:30 pagi, tiada seorang pun  berada disitu. Keistimewaan ini tidak boleh dilepaskan dengan sia-sia dan harus menikmatinya tanpa gangguan . Suasana begini umpama seluruh kawasan indah ini telah ditempah khas atas undangan untuk tetamu istimewa.


Bersebelahan Ulu Sungai Tawau  terbentuk secara semulajadi sebuah kawasan batuan mineral Belerang ( Sulfer ) yang mempunyai mata air membentuk sebatang lagi anak sungai mengalirkan air panas-panas suam yang sangat jernih berkaca. Anak sungai belerang  itu pula bercantum dengan Ulu Sungai Tawau, dimana disatu kawasan dalam sungai  berlaku pertembungan antara air gunung yang sejuk dengan air belerang yang panas-panas suam.





Mandi berendam di tempat yang tepat ditengah-tengah, antara  sempadan pertembungan air sejuk dan air panas suam-suam , suatu perkara yang seronok.Juga membuat rendaman berselang seli antara air sejuk dan diikuti pula dengan air panas suam-suam juga satu pengalaman yang baharu. Keadaan seperti itu jarang sangat dialami dan tidak ada ditempat lain.













Jam 11:30 pagi matahari mulai naik meninggi memancar tepat memanaskan sekitar dikawasan itu, telah menjadi sebab untuk bersiap dan  beredar. Sepanjang perjalanan pulang memerhatikan juga kalau-kalau ternampak burung yang belum pernah dilihat. Kesemua burung yang dijumpai ketika perjalanan pulang semuanya telah ada dalam senarai simpanan. Seperti Kesumba Diard's~Harpectes diardii (Diard' Trogon), Kesumba Tengkuk-merah~Harpectes kasumba (Red Naped Trogon), Sambaraja Nila~Hypothymis azurea (Black Naped Mornarch), Palintoma Dada Merah-manggis~Philentoma velatum (Meron breasted Philentoma), Enggang Jambul-kelabu~Annorrhinus galeritus ( Bushy creasted Hornbill ), Merbah Kepala-hitam~Pycnonotus atriceps (Black headed Bulbul), Merbah Dada-sisik~Pycnonotus squamatus (Scaly breasted Bulbul), Kekicau Horsfield~Malacocincla sepiarium (Horsfield Babbler), dan Kekicau Abbot~Malacocincla abbotti (Abbot's Babbler).





Mengapa Burung idaman seperti Jay Berjambul~Platylophus galericulatus (Crested Jay), Penjejak Madu-Malaysia~Indicator archipelagicus (Malaysian Honey Guide), Merbah Hitam-putih~Pycnonotus melanoleucos (Black and White Bulbul), Khukhu Tirjup Perut-berpalang~Coracina striata ( Bar bellied Cuckoo-shrike ) Cencala Dada-bintik~Rhipidura perlata (Spoted Wagtail), Sambar Rimba Dada-coklat~Rhinomyias brunneata ( Brown chested Jungle Flycatcher ) masih tidak mahu menonjolkan dirinya.





Tiba di Hostel jam 1:15 tengahari, bersihkan diri berkemas dan meneruskan pengembaraan menghala ke Keningau. Perjalanan hari ini mesti sampai ke Keningau walau macamana sekalipun. Tidak mengambil  berat langsung tentang jarak jauh ke Keningau atau membuat jangkaan jam berapa akan sampai ke Keningau. Cuaca panas langit biru awan berkepul-kepul mengiring  perjalanan lurus, kenderaan tidak banyak. Berhenti berehat di  pekan kecil Merotai untuk makan tengahari.













Permandangan kiri dan kanan dari pekan Merotai sampai ke  Kalabakan menyaksikan   tumbuhan subur menhijau dengan pokok Kelapa Sawit. Keluasan tanah ladang sepanjang lebih kurang 90 kilometer perjalanan dari Tawau hingga ke Kalabakan yang mengambil masa 2 jam. Bayangkan berapa luas kawasan hutan telah ditebang untuk digantikan dengan tanaman kelapa sawit. Pemilik tanah ini berupaya menubuhkan negerinya sendiri yang berdaulat sekiranya ia dibenarkan. Musnah lenyap hilang terus segala khazanah hidupan semulajadi kawasan ini. Tindakan dan keputusan yang tidak berpada-pada ini adalah isyarat kepada ketamakan membabi buta  dan lambang kepada kebodohan yang tulen.





Membuat keputusan yang tidak tepat di Bulatan Kalabakan, kerana malas memberhentikan kenderaan untuk mengisi minyak disebuah kedai yang ada menjual minyak. Fikiran pada ketika itu, tanda pada meter menunjukkan jarum turun hanya setakuk sahaja, dan masih mempunyai 2 botol bekalan minyak. Berkeyakinan bekalan itu semua berupaya sampai ke Keningau.



Cuaca di kawasan Kalabakan sangat panas terik, kelihatan dari jauh permukaan jalanraya berair-air fatamorgana. Muka seperti berdekatan dengan unggun api, terpaksa muka ditutup dengan kain dan menurunkan wizer topi keledar kerana kepanasan.



Selepas lebih kurang 7 kilometer perjalanan dari bulatan Kalabakan,  langit mulai mendung semendungnya , isyarat hujan akan turun sedikit masa lagi. Ketika sedang memakai baju hujan dan membalut bag, hujan turun dengan lebat. Meneruskan perjalanan dalam hujan lebat dengan penuh waspada kerana jalanraya disini bukan semua permukaanya diturap dengan batu tar , kerana ada juga sebahagian jalannya hanya diletak batu kerikil sahaja dan berlopak.



Disatu tempat ketika melintas satu kawasan lembah di Hutan Simpan Sepulut permandangan mendatangkan kedamaian. Cuaca tidak panas dan tidak juga terlalu sejuk, sedang-sedang sahaja. Matahari diselaputi oleh awan dan kabus berbaris  panjang membidai tumbuhan-tumbuhan hutan rimba. Suasana aman bebas begini membuatkan kepala menjadi rimas  terbelenggu oleh berat topi keledar. Menunggang motosikal dengan tanpa memakai topi keledar menambah perasaan aman damai. Sudah tentu penguatkuasa jalanraya tidak ada ditengah-tengah hutan belentara pada waktu ini.







Setelah menunggang terlalu lama ,maka  simtom merasakan perjalanan seperti tidak sampai-sampai , punggung kebas seperti ada litar letrik, jari tangan kebas, pundi kencing penuh menjadi alasan untuk berhenti. . Jalanraya lenggang duduk berehat ditengah jalanraya sambil makan dan menikmati permandangan alam sekeliling kawasan hutan diwaktu senja. Berehat  membuat renggangan , makan untuk alas perut dan mengosongkan kantung pundi.







Jam menunjukkan pukul 6:30 petang, mengisi  sebotol minyak sahaja kedalam tangki. Jarum meter minyak menunjukkan setengah tangki dan meneruskan perjalanan dengan hanya berbekalkan 1 botol minyak sahaja . Melihatkan keadaan sekeliling yang dikelilingi Hutan Rimba, tidak mungkin ada Stesen Minyak dihadapan.





Berhenti lagi berehat di Gerai Makan  ditepi jalan yang masih dibuka pada waktu senja . Disitu tempat pemandu-pemandu Lori  merehatkan diri mereka. Berbual sambil menanyakan tempat membeli minyak, salah seorang pemandu memberitahu lebih kurang 1 jam perjalanan ada sebuah pondok pengawal keselamatan di ladang pembalakan ada menjual petrol. Maklumat ini memberi sedikit kelegaan, sekurang-kurangnya mendapat sedikit harapan.





Hari mulai senja dan tidak ada langsung kenderaan melalui laluan ini pada waktu begini, cuma sesekali lori mengangkut balak, minyak kelapa sawit dan kontena sahaja memintas . Hening sepi, jalanraya tidak berturap, berlekuk-lekuk, berlopak dan jalanraya  gelap tidak berlampu.




Sepertimana yang dimaklumkan oleh pemandu lori tadi, memang di Pondok Pengawal Keselamatan ada menjual petrol. Mengisi tangki sehingga penuh dan menambah 1 botol minyak lagi menjadikan  3 botol sebagai bekalan untuk sampai ke Keningau. Pada ketika itu harga minyak bukan menjadi halangan. Kadar harga minyak yang ditawarkan oleh Pemuda Sabah itu tidak memadai dengan keadaan genting yang sedang dialami.






Beliau memberitahu, memang selalu petrol yang dijualnya itu telah menyelamatkan ramai pengguna jalanraya yang melalui laluan jauh ini. Beliau mendapat satu kepuasan bila dapat menghulurkan bantuan seperti itu. Sebelum beredar Pemuda Sabah menasihatikan supaya lebih berhati-hati kerana jalanraya banyak yang rosak, pendakian yang tinggi dan menurun yang curam. Usaha dan khidmat beliau sangat-sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.





Ada satu ketika, sebuah lori balak telah mengekori dari belakang hingga ke simpang pekan Nabawan. Walaupun beberapa kali memacu motosikal ke sebelah kiri jalan dengan niat memberi ruang memintas, namun lori balak tetap tidak mahu memotong motosikal yang ditunggang. Setelah beberapa kali berbuat begitu pemandu lori itu masih juga tidak mahu memintas. Maka barulah mengetahui akan niat mulia yang tidak diucap dengan lisan sipemandu lori balak itu. Niat baik beliau ingin menemani penunggang motosikal sepanjang laluan gelap, sepi dan berbukit bukau itu. Lampu lori balak sedikit sebanyak telah menambah cahaya  ketika menunggang hanya dengan menggunakan lampu motosikal sahaja.

Sampai disatu persimpangan dari cermin sisi kelihatan lampu isyarat lori ingin membuat belok kearah lain, sempat menoleh dan membunyikan isyarat hon sebagai tanda terima kasih. Serentak dibalas pula dengan isyarat kerlipan lampu oleh sipemandu lori balak.  Hubungan ikhlas mulia dari orang yang tidak dikenali, yang tidak perlu disuruh, yang tidak memerlukan lisan dan  juga tidak meminta balasan. Masih wujud lagi hubungan silaturahim ikhlas mulia antara sesama manusia.

Perut sudah mula memberontak , jam menunjukan sudah  10:00 malam, masih belum lagi makan . Oleh kerana itu sahaja kedai makan yang ada ditepi jalan  maka berhenti disitu. Tentunya kedai makan ini ada menghidangkan masakan istimewa, kerana  waktu jam 10:00 masih ramai lagi yang berkunjung di E - Maju Restauran ditengah-tengah kawasan pedalaman.


Pemilik E Maju Restauran Puan Sarimah yang juga tukang masak, mencadangkan supaya merasa  menu masakan Sambal Daging Payau. Disebabkan lapar menambah 2 menu  Daging Payau masak Sambal dan Sup Daging Payau.  Memang betul Daging Payau Masak sambal yang dihidangkan itu cukup lazat. Menyuruh Puan Sarimah memasak lagi menu yang sama untuk bekalan makan tengahari esok hari.




Nasi 2 pinggan + nasi tambah , Daging Payau Masak Sambal 1 hidangan, + 1 dibungkus, Sup  Daging Payau 1 Hidangan, Telor Bungkus 1 , Kailan Ikan masin 1, Milo Ais 1 dan Kopi Tenom 1 semuanya berjumlah RM 20.00. ?  Apakah Puan Sarimah tidak pandai ilmu kira-kira atau memang sengaja beliau hendak meraikan tetamu jauh.




Hendaknya esok lusa dan hari mendatang pada setiap hari akan ada 2 Bas Persiaran yang penuh dengan penumpang berhenti makan di Restauran E- Maju. Biar Puan Sarimah tidak menang tangan menyediakan masakan lazat sambal daging payau. Semoga maju jaya E-Maju Restauran.





Perjalanan asyik dalam hujan renyai-renyai melalui laluan berbukit bukau. Adakalanya untuk mendaki, terpaksa mengunakan gear 1 untuk naik keatas dan menurun bukit  terpaksa menggunakan gear 2 atau 1 sahaja kerana curam, licin dan gelap. Dalam hujan renyai-renyai beberapa kali menempuh jalanraya yang penuh dengan gumpulan kabus.




Berlaku juga kejadian cemas apabila  hilang sedikit kawalan ketika melintas jambatan selepas menurun bukit curam.  Permukaan jalanraya dan permukaan jambatan tidak sama paras ketinggiannya mengakibatkan hentakan pada tayar hadapan membuatkan motosikal hilang sedikit kawalan. Mujur dihadapan tidak mempunyai kenderaan ketika proses mencuba membetulkan kawalan motosikal.







Mengikut peta jarak jauh dari Tawau ke Keningau, jaraknya sangat jauh lebih kurang 420 kilometer apatah lagi jika menunggang motosikal kapcai Honda Future 125 cc 4 lejang. Akhirnya perjalanan yang tidak sampai-sampai itu sampai juga pada jam 12.45 malam. Dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan mencari tempat  menginap di Hotel Tai Wah, Keningau.


Hari Ke 13 Selasa 13 Dis 2016





Bersarapan didalam bilik Hotel sambil berkemas dan mengeringkan pakaian yang basah. Bersiar-siar di Bandar Keningau, membeli Kopi Tenum untuk dijadikan buah tangan. Setelah selesai urusan hakiki pengembara, meneruskan perjalanan ke Tambunan yang tidak berapa jauh lebih kurang 60 kilometer sahaja.











Jam 11:00 pagi keluar dari Hotel Tai Wah menunggang sambil melihat aktiviti harian penduduk tempatan. Disepanjang perjalananan ke Tambunan sawah padi terbentang luas menghijau dan ada yang menguning.Berhenti di sebuah Kampong, untuk melihat aktiviti pertanian yang sedang mereka  kerjakan.




Ditengah bendang dalam cuaca panas tetapi dingin kelihatan beberapa orang petani   sedang terbongkok-bongkok sebelah tangan mencekak batang padi dan sebelah lagi memegang sabit untuk kerja-kerja tuaian. Setelah dituai,  genggaman batang padi itu  diisi ke dalam bakul yang dikendung dibelakangnya. Selepas penuh bakul dengan tuaian padi petani berjalan meniti diatas batas membawa ke  tempat pengumpulan padi sebelum dilonggokannya.  Tidak diketahui akan hasil padi ini untuk kegunaan sendiri atau untuk tujuan jualan.

























Petani di Negeri Sabah masih lagi menggunakan kaedah tradisional dalam menjalankan aktiviti penghasilan tanaman padi.  Menjadi tanda tanya mengapa di negeri Sabah tidak ada jentera menuai padi. Sehingga semua petani terpaksa bekerja keras ditengah bendang untuk menuai padi. Apakah disebabkan petani sendiri beranggapan penggunaan Jentera Menuai padi akan merosakkan tanah dan menjejaskan hasil tanaman mereka.  Atau ada sekatan-sekatan tradisional yang menyebabkan penggunaan jentera menuai tidak dibenarkan disini. Sedangkan Kerajaan negeri boleh membawa masuk jentera-jentera bantuan pembalakan  dalam jumlah yang terlalu banyak malah mudah dapati di Negeri Sabah.








Jam 2:30 petang tiba di  kawasan tanah tinggi Tambunan di Taman Banjaran Crocker dan menyewa Hostel disitu. Cuaca dikawasan hutan disini cerah panas tetapi sejuk berangin dan nyaman. Pengunjung gemar berkunjung kesini kerana terdapat air terjun Mahua dan hidupan semulajadi yang masih banyak jumlahnya. Berhasrat untuk mencari spesies tupai Tufted Ground Squirrel dan beberapa jenis burung seperti Whitehead Spiderhunter , Hose Broadbill, dan Whitehead Trogon.







Puaslah mencari spesies yang dinyatakan itu, tetapi masih juga tidak bernasib baik untuk diketemukan. Berkenalan dengan seorang pengunjung Saudara Elvis, beliau mencadangkan supaya mencuba nasib ke Gunung Alab yang tidak jauh dari sini cuma mengambil masa 45 minit perjalanan. Memandangkan hari telah lewat petang, cadangan ke Gunung Alab akan dikungungi esok pagi.      

Hari Ke 14 Rabu 14 Dis 2016






Seawal 6 pagi telah memulakan perjalanan ke Gunung Alab, menunggang motosikal pada waktu subuh dikawasan tanah tinggi membuat tubuh badan menggeletar kesejukan.  Laluan untuk ke kemuncak Gunung Alab adalah berlingkang-lengkuk. Pendakian yang cukup tinggi terpaksa menggunakan gear 1 dan 2 untuk sampai kekemuncak.






Menunggang ke sini perlu berhati-hati kerana permukaan jalan raya lembab dan dipenuhi dengan tumbuhan lumut yang licin. Angin sejuk bertiup kencang dan kabus menyelubungi sekitar hutan, hinggakan matahari  kelihatan seperti bulan. Kiri kanan jalanraya  tumbuh subur tumbuhan  hutan jenis tanah tinggi. Bermacam-macam jenis tumbuhan lumut yang beranika warna dan bentuk.


















Setelah lebih sejam mencari hidupan liar, mulai hilang daya upaya untuk menjejak hidupan liar disini, apakah waktunya tidak sesuai atau hidupan liar duduk bermain lebih jauh di dalam hutan. Jikalau ada rezeki dan masa akan kembali lagi ke sini dan menginap di Hostel yang disediakan disitu. Berdasarkan habitat tumbuhan yang subur dan tiada kacau ganggu dari aktiviti pemusnah, mustahil hidupan liar tidak ada disini. 



















Berpatah balik ke Taman Banjaran Crocker untuk menghabiskan masa di Air Terjun Mahua. Pada waktu pagi masih tidak ramai pengunjung di Air Terjun Mahua, maka sesi fotografi dapat dilakukan tanpa gangguan. Hari ini adalah hari terakhir pengembaraan mengililingi Negeri Sabah dan perjanjian penyewaan   untuk memulangkan motosikal  adalah sebelum jam 5:00 petang.  










Jam 12:30 bersiap dan berangkat menuju ke Kota Kinabalu dianggarkan lebih kurang 70 kilometer. Akan mengikut laluan Banjaran Crocker kemudian menempuh Pekan Penampang seterusnya ke Bandar Kota Kinabalu. Sepanjang laluan tanah tinggi ini mempunyai permandangan cantik , tetapi malangnya sikap pengguna jalanraya disini mempunyai sikap yang sangat buruk, sama seperti pengguna jalanraya di Semenanjung. Mereka tidak merasa malu membuang segala macam sampah ditepi jalanraya. Maka permandangan indah disini  dicacatkan dengan sampah sarap ditepi jalan dan dibawah gaung. Sampah sarap adalah bukti kepada pengguna jalanraya disini mempunyai daya fikir yang lemah dan sikap gemar kepada kebusukan. Walau 1000 tahun sekali pun berkempen, namun tidak akan berjaya menjadi masyarakat pembersih kecuali negara kita ini dijajah semula oleh Negara Jepun.










Pada jam 3:30 petang tiba di Bandar Kota Kinabalu , dan pada ketika itu seperti ada satu kuasa halimunan didalam hati memberi isyarat akan apa itu makna kepuasan. Walaupun pengembaraan ini hanyalah pengembaraan mini sahaja, jika hendak dibandingkan dengan pengembaraan benua ke benua yang dilakukan oleh pengembara lain, namun perasaan puas itu mungkin lebih kurang serupa.






Jadual penerbangan pulang masih panjang lagi, maka baki masa yang ada dihabiskan dengan bersiar-siar di Bandar Kota Kinabalu. Saki-baki wang yang masih tertinggal dihabiskan dengan membeli cenderahati untuk adik beradik dan kenalan rapat. Jam 4:35 petang memulangkan motosikal dan mengambil kembali wang deposit daripada Go Go Sabah. Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengurus syarikat Go Go Sabah Puan Clio Siew kerana telah menyediakan kenderaan yang tidak mendatangkan masalah kepada pengguna.







Tiba di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum masuk waktu magrib, kelihatan dari arah barat, matahari  sedang dalam proses berendam dalam laut. Cahaya merah jingga  mengiringi  matahari mencelupkan dirinya sedikit demi sedikit hinggalah tenggelam. Walaupun matahari telah menenggelamkan dirinya namun cahaya yang mengiringi masih tertinggal dibelakang dengan warna cahaya menarik. Pemerhatian ini adalah sebagai hadiah penghabisan pengembaraan di Negeri Sabah.








Rumusan.

Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sebagai setiap rakyat Malaysia dari Semenanjung haruslah datang melawat ke Negeri Sabah untuk mendapat pengalaman melihat sendiri dengan mata kepala keindahan alam semulajadi sebahagian tanahair sendiri. Sebagai seorang jiwa pengembara, adalah tidak memenuhi syarat sebagai Pengembara Sejati jikalau tidak membuat pengembaraan di Negeri Sabah. Peruntukanlah masa dan sedikit wang menjenguk masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat budaya. Merasai sendiri ramah tamah, hormat menghormati dan budi baik rakyat tempatan di Pulau Borneo samada dibandar atau yang berada jauh dipedalaman. 


Jarak jauh pengembaraan mengelilingi Negeri Sabah  dianggarkan lebih kurang 1,758 kilometer. Jarak ini tidak mengambil kira perjalanan memasuki trek kawasan pedalaman , hutan dan proses mencari hala tuju perjalanan. Motosikal jenis Honda Future 125 cc 4 lejang sangat sesuai dan terbaik untuk pengembaraan di Negeri Sabah. Yang mempunyai pembinaan jalanraya diatas permukaan bentuk mukabumi yang berbukit-bukau. Kekuatan enjin untuk mendaki  laluan pendakian yang panjang dengan beban yang berat. Mempunyai ruang simpanan yang besar dibawah tempat duduk dan didalam bakul hadapan. Sistem penghidup enjin letrik banyak memberi kemudahan  kepada penunggang untuk berhenti atau bergerak dengan cepat. Untuk jarak 1,758 kilometer itu kos petrol hanya sebanyak RM 78.00 sahaja.

Dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mana-mana masyarakat negeri Sabah yang telah memberi bantuan , meringinkan beban , memberi kelapangan, menunjuk jalan, berlapang dada, bertolak ansur, memberi maaf atas kekurangan sepanjang pengembaraan.

Terbukti ! Melalui pengalaman ini, sesungguhnya penerimaan masyarakat tempatan Negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari Semenanjung.  Wasalam. Saa Daa Qallah Hul 'Aziim !