Saturday 15 March 2014

PERIT KELABU~MOTACILLA CINEREA


Perit Kelabu~Motacilla cinerea Jantan

Perit Kelabu~Motacilla cinerea~ Jantan  Penampilan Persediaan Untuk Mengawan

Ini adalah pengalaman pertama kali melihat burung spesis ini mempunyai penampilan buluhias dalam proses mengawan dan membiak. Sepertimana maklum burung ini merupakan spesis burung hijrah, jarang sekali diri saya berpeluang melihat penampilan untuk mengawan. Pada kebiasaannya buluhias dibawah paruh burung adalah berwarna putih.

Perit Kelabu~Motacilla cinerea Jantan
Seperti biasa kelakuan spesis burung Perit Kelabu~Motacilla cenerea yang gemar berjalan kaki digigi -gigi air  atau diatas jalanraya yang berhampiran dalam hutan untuk mencari makanan. Ia sukar untuk dihampirinya, akan terbang jauh ataupun terus sertamerta terbang hinggap diatas pokok untuk merasakan diri lebih selamat.

Burung merasa kurang selesa dengan kehadiran manusia, terbang hinggap diatas pokok.
Daripada rekod peribadi tentang spesis burung ini, ia sentiasa datang lebih awal daripada spesis burung hijrah yang lain. Pernah membuat pemerhatian di Ulu Kali pada waktu petang, terdapat hampir 50 ekor spesis ini bergerak secara berkumpulan.
 

Perit Kelabu~Motacilla cinerea

Perit Kelabu~Motacilla cinerea



Perit Kelabu~Motacilla cinerea


Perit Kelabu~Motacilla cinerea


Perit Kelabu~Motacilla cinerea


Perit Kelabu~Motacilla cinerea
Tidak dapat dipastikan samada mereka berkumpul hanya ketika pada waktu petang menjelang malam untuk berehat tidur dalam satu kumpulan, kemudian berpecah semula pada waktu siangnya.


Perit Kelabu~Motacilla cinerea


Perit Kelabu~Motacilla cinerea



KHUKHU TIRJUP KECIL~CORACINA FIMBRIATA


Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata


Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Jantan

Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Jantan



Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Betina



Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Betina




Pada mula-mula melibatkan diri dalam bidang memburung sehinggalah sekarang, spesis burung ini sentiasa memberi hati saya teruja apabila terjumpa spesis burung ini. Burung ini biasanya saya terjumpa bersama-sama spesis burung-burung lain didalam ombak burung. Kebiasaan datang berpasangan mencari makanan dari jenis serangga dan buah-buahan hutan.

Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Betina




Datang terbang dan meniti diatas batang pokok atau ranting menjenguk dicelah daun serta batang pokok bagi mencari serangga. Pengalaman membuat pemerhatian kelakuan spesis burung ini tidak menghiraukan sangat kehadiran manusia yang berada hampir padanya. Ia lebih tertumpu dengan kegiatan mencari makanan.

Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Jantan


Penampilan burung jantan dan betina adalah berbeza, dimana burung jantan mempunyai buluhias yang berwarna kelabu cerah dan kelabu gelap dan pada pelepah bahagian bawah ekor burung terdapat  bentuk setengah bulat yang tersusun berwarna putih. Manakala burung betina pula, buluhias pada bahagian leher, dada dan perut adalah berbelang dari susunan warna putih dan kelabu. 

Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Jantan


Penampilan burung betina kadang-kadang boleh membuat pemburung terkeliru dengan sepupu spesis burung ini iaitu Khukhu Tirjup perut berpalang~Coracina striata jantan yang hampir menyerupai. Walaubagaimanapun perbezaannya dapat dilihat pada gelung mata burung yang berwarna kuning, itupun sekiranya bernasib baik dapat melihat anak matanya.


Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Jantan


Khukhu Tirjup Kecil~Coracina fimbriata Jantan



Tuesday 11 March 2014

SIRI PRIMATES DI SEMENANJUNG MALAYSIA


Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis

Subjek Primates bukanlah bidang saya tetapi mempunyai minat terhadap hidupan liar didalam rimba tanahair. Sementara merayau-rayau mencari burung-burung yang sukar ditemui sekarang entah sebab apa, saya ditemukan dengan spesis Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis Hutan Simpan Sungai Sedim. Siamang ini sedang berehat mungkin kerana cuaca ketika itu terlalu panas.


Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis ( Jantan )

Dari apa yang dimaklumkan oleh Cikgu saya Saudara Mike Chong, Siamang ini hanya boleh ditemui dikawasan rimba bahagian utara Semenanjung Malaysia. Penampilannya agak berbeza sedikit dengan sepupunya yang berada disekitar rimba Barat Semenanjung.

Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis


Kebiasaan yang saya temui bulu diwajahnya hanya berwarna hitam tanpa sebarang warna putih dibahagian mukanya, dan Siamang yang warna bulunya berwarna kuning langsat. 

Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis



Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis


Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis


Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis


Siamang Kening Putih ~Agile Gibbon~Hylobates agilis ~Betina



Thursday 6 March 2014

PERLING BELAKANG UNGU~STURNUS STURNINUS



Diet Tambahan Burung Perling belakang ungu~Sturnus sturninus

Burung hijrah ini jarang sekali ditemui secara bersendirian, spesis ini akan datang mencari makanan dalam kumpulan yang ramai. Ia akan datang secara menderu ke pokok-pokok berbuah terutama sekali pokok Ara. Ia akan memakan dan terbang meninggalkan pokok kemudian akan mengulang-ulanginya.  Buah Ara adalah diet kegemaran spesis burung-burung Perling.


Sebelum ini saya sangkakan burung hijrah ini hanya makan buah-buahan sahaja tetapi andaian saya tidak tepat. Rupa-rupanya burung ini menjadikan serangga sebagai diet tambahan mereka.


Burung betina ini sedang mengumpul semut hitam sebelum memakannya.







Berselang seli dengan buah Ara.

Jumlah semut yang dimakan dilihat agak banyak.


Kemahiran menyusun semut pada paruh sebelum dimakan sekali gus.

Wednesday 5 March 2014

DAKWAH & KEMPEN MELIHAT BURUNG MAKAN SECARA SEMULAJADI

Pulanglah Kepangkal Jalan Wahai Jurugambar Burung.


Burung Sambar Sisi gelap~Muscicapa sibirica sedang mengetip lalat untuk dijadikan sarapan pagi.

Sambar Coklat perang~Musicapa ferruginea menjadikan spesis kumbang sebagai makan tengah harinya.

Ketagihan merakam gambar burung dikalangan peminat-peminat burung sudah mula bertambah dari masa kesemasa. Saban hari masing-masing bergembira mempamerkan kecekapan dan kemahiran merakam imej burung dari berbagai-bagai spesis burung. Memang tidak dinafikan hasil rakaman peminat-peminat burung begitu sempurna. Apatah lagi dengan peralatan rakaman yang berkualiti serta mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi. Suasana ini baik kerana ia adalah satu terapi kepada kesihatan kepada mereka yang mempunyai masalah stress. 

Sambar ekor putih ~Cyornis concretus jantan menjadikan  ulat bulu yang disambar pada batang pokok, sebagai sarapan paginya.

Sambar ekor putih ~Cyornis concretus betina


Tetapi pada hemat saya, keadaan sekarang ini seperti sudah mulai kearah tidak terkawal, kerana kesukaran untuk menemui spesis burung. Ini disebabkan oleh:-

a.  Kawasan tempat burung berlindung sudah mulai mengecil dan habitat burung telah rosak.
b. Keadaan bertambah buruk apabila  kumpulan jurugambar burung yang baru menceburi  telah melakukan cara rakaman secara tidak beretika, hasil yang ditunjukkan oleh jurugambar terdahulu dengan cara memburung yang mudah tetapi mengganggu kehidupan spesis burung.

Kelayang-dada putih~Artamus leucorynchus menyambar serangga  di udara .

Sambar ekor putih ~Cyornis concretus jantan turun ketanah untuk mengutip cacing

Burung Sambar Sisi gelap~Muscicapa sibirica menangkap serangga pepatung, yang bersaiz besar daripada saiz mulut burung.


Takau belang~Eurylaimus javanicus menangkap serangga Reriang sebagai sarapan paginya.

1. Membuat panggilan palsu secara berulang-ulang untuk tempoh yang panjang tanpa henti. 

Keadaan ini mengakibatkan burung menjadi tertekan atau stress. Mungkin pemburung tidak menyelami maksud perasaan stress. Saya cuba memberi contoh bagaimana perasaan stress itu memberi kacau ganggu kepada spesis burung.

Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae membawa ulat kelokasi sarang untuk diberi makan kepada anaknya.

Perumpamaan yang hampir, yang boleh saya ungkapkan untuk memberi kefahaman ialah, katakan kita berhutang  dengan Along atau pun Bank, apabila kakitangan pemberi hutang membuat panggilan dan bertanyakan bila hutang boleh dilangsaikan secara kerap, walaupun tanpa ugutan. Perasaan kita pasti akan tertekan dengan situasi begini. Malah apabila melihat nombor telefon yang masuk kedalam talipon pasti kita sudah merasa tertekan. Perumpaman ini adalah sama juga dengan perasaan stresss yang berlaku terhadap burung.

Sambar Biru Tickell~Cyornis tickelliae

Burung merasa tertekan apabila mendapati suara burung saingannya memasuki persempadanannya. Lebih-lebih lagi pada musim mengawan, bersarang , mengeram, dan tempoh menjaga anak. Cuba bayangkan berapa ramai jurugambar datang menggunakan kaedah panggilan palsu silih berganti, setiap hari atau pun setiap minggu. Kalau pekara begini terjadi kepada kita, sudah pasti kita juga akan meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat yang tiada gangguan.

Labah-labah juga dijadikan diet burung Sambar Tickell~Cyornis tickelliae.

2. Memberi dan menyediakan makanan seperti ulat, ikan dan dedak  kepada burung.

Kaedah begini bertujuan merasuah burung untuk datang kelokasi untuk jangka waktu lebih lama daripada biasa untuk suatu tempoh yang berulang-ulang. Tambahan pula lokasi pilihan telah pun diperkemaskan dengan prop, cahaya matahari, dan latarbelakang yang sempurna. Sudah tentu keadah ini ternyata berjaya mendapat rakaman yang paling sempurna dan terpuji. Tetapi kesannya pada burung ialah burung liar akan menjadi begitu jinak dan tidak takut kepada manusia. Keadaan ini terdedah untuk burung ditangkap bagi tujuan jualan malah kesan sampingan kepada kesihatan burung hasil daripada  ulat-ulat ternak yang dimakan.

Khukhu Cecawi~Surniculus lugubris


3. Menjolok lobang sarang burung Spesis Pekaka dengan ranting kayu.

Saya tidak tahu siapa yang memulakan kaedah begini kerana saya hanya mengetahuinya daripada rakan yang telah pulang ke pangkal jalan, hanya baru-baru ini. Tujuan jurugambar berbuat demikian adalah, tidak membenarkan burung terus masuk kedalam lobang sarang tetapi terpaksa bertenggek diatas ranting yang dijolok itu untuk suatu tempoh yang lama.  Kaedah terbaru ini sangat berkesan untuk mendapatkan rakaman yang sangat berkualiti, kerana burung dewasa yang pulang membawa makanan yang dicari untuk anaknya terpaksa bertenggek diluar lobang sarang untuk tempoh yang lama, bagi memudahkan rakaman imej.

Kelicap Madu Telinga kuning~Arachnothera chrysogenys menjadikan cecair pada jantung pisang sebahagian daripada dietnya selain buah-buah makarangga.

 Adalah sangat sukar untuk membendung gejala begini kerana;

Sambar Tirjup sayap hitam~ Hemipus hirundinaceus sedang memakan spesis kumbang


1. Jurugambar kebiasaannya adalah dari golongan yang berpelajaran tinggi, berjawatan tinggi, mempunyai sumber kewangan yang banyak. Mereka mampu memiliki lensa dan kamera yang mencecah puluhan ribu Ringgit. Pastinya apabila memilik peralatan terbaik sudah semestinya rakaman imej harus terbaik juga. Jikalau gagal secara tidak langsung akan di ajuk dan tertawakan oleh rakan-rakan. Aib yang bakal dihadapi ini jarang sekali boleh diterima. Kebarangkalian mereka ini untuk mendengar nasihat adalah sangat tipis. 

Cericap Tembakau jawa~Prinia rufescens sedang menangkap belalang untuk dimakan.


2. Set Peralatan rakaman adalah terlalu berat untuk dibawa bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, disebabkan faktor umur dan kesihatan tulang pinggang. Keadaan ini membuatkan mereka mengambil jalan senang, untuk menjemput burung datang kepada mereka.

Tirjup Rimba besar~Tephrodornis gularis sedang berusaha meradak reriang masuk kedalam tekaknya

3. Mempunyai sikap talam 2 muka, iaitu berkata kepada khalayak bahawa mereka tidak mengamalkan cara yang dinyatakan , tetapi setelah berada jauh  didalam hutan dan burung tidak hadir dihadapannya mereka mudah  teruja dan menggunakan kaedah yang tidak beretika. 

Cara rakaman yang dinyatakan itu pada saya tidak mendatangkan perasaan kemuncak orgsam merakam imej burung. Hanya sekadar memiliki imej burung sangat cantik yang sedang termenung dan terpinga-pinga mencari sesuatu atau mendengar sesuatu. Ia langsung tiada sebarang cabaran perasaan atas kegagalan dan kejayaan, ia seolah-olah seperti merakam burung didalam akuarium. Bukan kita mencari burung tetapi burung datang menyerah kepada kita, Apalah susahnya... Wasalam.

Berlau Sayap-biru~Pitta moluccensis sedang melibas-libas dan memusing-musingkan ulat bulu sebelum ia memakannya.