Wednesday 27 February 2013

Burung Chat Batu Siberia~Saxicola maura

GEMBIRA SEORANG PEMBURUNG~ Burung Chat Batu Siberia~Saxicola maura


Pengalaman pertama dapat memerhati Burung Chat Batu Siberia ~Saxicola maura.
Lokasi  :  Batang Tiga , Melaka.
Tarikh dan Masa: 24 Jan 2013 jam : 5:30 petang.
Habitat dan hal keadaan ketika dijumpai:  Dijumpai di kawasan sawah padi yang baru dituai selepas hujan lebat.

Maklumat Ringkas/ Tabiat dan kelakuan ketika dijumpai.

Buat pertama kali melihat Burung Chat Batu Siberia~Saxicola maura ini, saya tidak dapat mengecam spesies burung ini, tetapi mengenal akan spesies keluarganya. Guru saya Saudara Mike Chong memberitahu saya, dahulu burung ini dikenali sebagai Chat Batu Biasa~ Saxicola torquatus.  Tetapi setelah penemuan DNA baharu, maka ia telah dipisahkan menjadi 2 spesies yang berlainan. Chat Batu Siberia dan Chat Batu Biasa.


Ia dijumpai selepas hujan lebat pada sebelah petang sesi memburung saya di Batang Tiga , Melaka. Ia dilihat bersendirian sedang bertenggek pada tahap yang paling tinggi pada kawasan ia berada iaitu pada  hujung batang padi yang baru dituai, berkeadaan diam untuk tempoh yang agak lama, sambil menoleh pada arah kiri , hadapan dan kanan. Dipercayai untuk mengeringkan buluhiasnya yang kuyup basah akibat hujan lebat dan memerhatikan ulat serta serangga kecil untuk dimakan setelah berhujan untuk satu tempoh yang agak lama.


Ketika tempoh pemerhatian saya berpeluang melihat kelakuan burung ini mencari makanan dan tabiat ketika burung makan. Burung ini akan terbang kearah serangga yang dipercayai dari jenis rama-rama bersaiz kecil yang kebetulan berada ditanah. Ia terus mengibas-gibas rama-rama tersebut bertujuan menghilangkan debu-debu pada sayap rama-rama dan terus menelannya ditempat ia menyambar rama-rama tersebut. 

Jarak dijumpai ialah lebih kurang 25 meter pada tempat saya berada. Seperti biasa tabiat saya akan cuba menghampiri burung bagi mendapatkan rakaman imej yang lebih baik dan mengetahui jarak sebenar persempadanan antara manusia dan burung. Ketika membuat langkah kehadapan burung terbang 1 meter daripada tempat ia bertenggek. Usaha mendekati burung diteruskan, maka ia membuat penerbangan gaya terus pada ketinggian yang agak rendah pada jarak lebih kurang 50 ke 60 meter daripada tempat lokasi yang baru. Apabila ia masih diekor , burung akan datang semula ketempat mula-mula ia dijumpai.

Perangai dan kelakuan burung Chat Batu Siberia ~ Saxicola maura ini hampir menyerupai dengan perangai burung Main ~ Cisticola juncidis Malaya. Bezanya Burung Main ~Cisticola juncidis Malaya akan terbang pada ketinggian lebih kurang 10 meter dari paras tanah dan akan mengeluarkan bunyi kicauan. Mungkin ia mengeluarkan bunyi kicauan pada nada yang sangat perlahan. Mungkin ia tidak membuat penerbangan tinggi disebabkan buluhiasnya berat akibat basah.


Saya hanya berjaya menghampiri burung ini sekitar jarak 25 hingga 30 meter sahaja. Harap dilain masa, Allah mengizinkan saya bertemu lagi burung Chat Batu Siberia ~Saxicola maura. Inshaaalah. Wasallam .Amin.

Tuesday 19 February 2013

Bangau Upeh Paruh-renggang~Anastomus oscitans


GEMBIRA SEORANG PEMBURUNG~Bangau Upeh Paruh-renggang

Musim penghijrahan 2013 kali ini telah mengejutkan ramai pemerhati burung tanahair kerana telah menerima kunjungan secara besar-besaran oleh spesis Burung Bangau Upeh Paruh-renggang~Anastomus oscitans. Pada tahun-tahun sebelumnya burung ini ada membuat kunjungan di sekitar kawasan sawah padi di utara tanahair kita, Perlis , Kedah dan Pulau Pinang.

Saya beberapa musim telah berusaha ingin melihatnya tetapi hampa, tetapi untuk musim ini saya telah diizinkan Allah untuk melihatnya tanpa bersusah payah mengeluarkan modal yang banyak untuk pergi ke utara tanahair, kerana telah bertemu spesies burung ini di Kundang Selangor.
Buat kali pertama melihat Bangau Upeh Paruh-renggang pada 12 Jan 2013

Ketika perjalanan saya untuk memburung ke Bagan Sungai Buloh, Kuala Selangor antara jam 3:00 petang saya terlihat burung-burung spesies Bangau didalam kolam memancing ikan milik Risda ditepi lebuhraya LEKAS. Sangkaan saya, burung Bangau Upeh-botak~Mycteria leucocephala.  Setelah memberhentikan motosikal dan melihat dengan teropong; hati saya berdebar dan gembira,  kerana tidak menyangka akan dapat melihat dan memerhati burung Bangau Upeh Paruh renggang ini, yang sangat jarang sampai sejauh ini.

Burung membuat pusingan mengelilingi ruang udara beberapa kali pusingan bagi tujuan memastikan semua kumpulannya tidak ketinggalan untuk kesuatu destinasi lain.

Ketika membuat pemerhatian burung-burung sedang leka mencari makanannya didalam kolam yang cetek. Ada juga burung sedang berehat, membersih, menyisir dan mengeringkan buluhiasnya. Dianggarkan jumlah burung tidak kurang daripada 250 ekor burung.

Kali kedua melihat terbang agak rendah disekitar Batang Tiga Melaka pada 20 Jan 2013
 
Kebiasaan nafsu saya ialah untuk merakam imej burung dari jarak sedekat mungkin, bagi mendapatkan imej rakaman yang jelas dan terang. Sambil itu juga saya dapat  mengetahui jarak sempadan antara manusia dan spesies burung ini. Burung akan mula rasa kurang selesa ketika jarak saya dengannya menghampiri 50 meter dari tempat ia berada. Burung akan mula terbang secara berperingkat peringkat setelah saya melepasi jarak sempadannya. Mereka akan membuat pusingan diangkasa beberapa kali, mungkin bertujuan memastikan semua kumpulannya turut menyertai ketika membuat penerbangan ke lokasi lain yang dianggap selamat.

Antara jam 6.30 petang burung pulang untuk berehat dan tidur di kawasan sawah padi Batang Tiga Melaka. 26 Jan 2013
Burung ini berkebolehan membuat penerbangan pada tahap yang sangat tinggi diudara, seperti burung-burung dari spesies Helang.

MEWARTAKAN BURUNG INI DIDALAM KATOGARI BURUNG YANG DILINDUNGI SEPENUHNYA.

Saya dapati ini perlu dilakukan oleh badan berwajib ( PERHILITAN ) bagi mewartakan burung ini sebagai Burung yang dilindungi sepenuhnya, sepertimana burung-burung lain yang mendapat hak yang sama. Pihak berwajib harus juga sentiasa mengambil tahu akan status burung-burung baharu yang telah disahkan dilihat dinegara kita. Ia perlu dilakukan dengan seberapa segera kerana pihak berkuasa dapat melunaskan tanggung jawab mereka dimuka pengadilan nanti ketika proses mahkamah.

Burung baru selesai mendarat untuk berehat tidur di Batang Tiga Melaka pada 26 Jan 2013. Suasana hening senja ditengah sawah bendang membuka ruang selesa dan menandakan bahawa burung ini sangat mudah dijadikan lauk pauk eksotik.

Mengapa ini harus disegerakan kerana, ketika saya memburung di Batang Tiga, Melaka saya telah dilaporkan secara lisan oleh penduduk disitu , ada orang tempatan yang mempunyai senjata api telah menyalahgunakan senjata api mereka untuk memburu burung ini untuk dijadikan makanan eksotik mereka. Laporan lisan yang dilaporkan kepada saya , setakat ini sudah 4 ekor burung Bangau Upeh Paruh-renggang telah ditembak untuk dijadikan makanannya.  Perbuatan mereka ini telah merugikan kepada penduduk setempat dari sudut perlancongan Pemerhatian Burung. Kita tidak tahu atas alasan apa burung ini telah memilih kawasan sawah padi di Batang Tiga Melaka sebagai tempat mereka berehat dan tidur untuk musim ini. Sekiranya perbuatan ini berterusan, tidak tahu apa yang boleh kita katakan lagi. Ketika ini burung tersebut tidak dilindungi oleh undang-undang dinegara kita, maka sewajarnya bersegeralah mewartakannya sebelum terlambat.


Burung Bangau Upeh paruh renggang sedang mencari siput kegemaran mereka di kawasan sawah padi Kampong Gajah Perak pada 12 Feb 2013.


Menunggu diri untuk ditembak. Batang Tiga , Melaka. 26 Jan 2013

Antara burung yang terselamat menyelamatkan diri terbang secara tergesa-gesa pada tahap ketinggian yang sangat rendah dari paras tanah. Kemudian mereka akan membuat pusingan beramai-ramai diudara, dan setelah dirasakan selamat burung akan datang kembali ketempat mula-mula burung berehat.

Ketika saya sedang membuat pemerhatian burung Bangau Upeh Paruh renggang pada Januari  , saya telah mendengar tembakan senjata api kearah burung yang sedang berehat. Peristiwa itu juga dilihat oleh 4 orang pemerhati burung yang berada disitu. Dengan sertamerta kerana ketakutan dan terkejut semua burung-burung terbang secara berperingkat-peringkat menuju ke satu arah dan membuat pusingan secara berlegar -legar diangkasa untuk seketika . Sejurus itu burung-burung itu kembali semula ditempat bunyi tembakan, dimana mereka berehat dan tidur.

Leka dan bebas termenung tanpa gangguan di Kampong Gajah , Perak. 6 Feb 2013




Leka mencari makanan beramai-ramai.

Keadaan ini akan terus berlaku kerana tiada siapa yang akan menjaga dan memerhatikan perbuatan mereka ini ditengah-tengah sawah pada waktu senja pada setiap hari. Harap hanya pada Allah sahaja memberi mereka hidayah, supaya menghormati hak untuk hidup makhluk-makhluk di alam ini.

Pada 8hb March pula, burung ini saya lihat berada diruang angkasa Sawah Sempadan, Tanjung Karang dalam jumlah yang sangat banyak. Dianggarkan melebihi 2,000 ekor membuat pusingan dikawasan sawah padi pada tahap sangat tinggi. Saya berpendapat burung tidak singgah dikawasan ini kerana keseluruhan bendang dipenuhi dengan tanaman padi masih hijau. Ada kemungkinan peluang mereka untuk mencari siput adalah tipis. 



Sunday 17 February 2013



SELINGAN DAN RAMPAISARI KETIKA MEMBURUNG

Mukadimah

Sejak tahun 2006 ketika memberi tumpuan sepenuhnya membuat kajian burung dan mencari bahan-bahan kajian saya telah menjelajahi hampir kesemerata tempat di Semenanjung Malaysia. Maka banyak pengalaman kehidupan yang berguna saya tempohi, untuk dijadikan pengajaran dan iktibar oleh saya serta anak isteri, adik beradik dan rakan taulan. 

Ceruk mana kita pergi di Semenanjung Malaysia, dengan izin Allah tidak perlu risau selagi niat kita baik , jujur ikhlas, hormat dan cuba sedaya upaya tidak menyusahkan orang lain, nescaya  kita akan beroleh kemudahan. Kerana penduduk Malaysia adalah dikalangan orang yang cintakan keamanan dan mempunyai tahap kemanusian yang tinggi tidak kira Melayu, Cina , India ,Sikh, Serani, Orang Asli dan taraf Penduduk tetap mereka semuanya baik , ramah tamah dan sedia membantu. Dalam kata lain peratusan orang baik-baik lebih ramai daripada orang yang tidak baik.

Kisah-kisah yang diceritakan disini adalah sebagai tanda ingatan terima kasih dan kenangan yang akan terpahat dalam hati saya. Tidak kira jenis apa bantuan yang telah diberikan kepada saya. Harapnya pada Allah sajalah yang dapat membalas jasa budi baik mereka itu. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih sahaja, tanpa balasan wang ringgit. 

Samping itu saya ingin memohon maaf , kalau-kalau kesusahan saya ketika dibantu telah merugikan , menyusahkan orang-orang yang telah membantu dan menolong saya.

Wassalam.
 


Wednesday 6 February 2013

Laporan Senarai Burung Yang Ditemui Bulan Januari 2013 Rabiul Awal 1434

Persiapan dan perancangan berjadual telah dimulakan 6 bulan sebelum tarikh 1 Januari 2013. Lokasi yang dipilih yang dirasakan, berdasarkan pengalaman memerhati burung disamping kos membuatkan saya memilih Bukit Cincin, di Ulu Kali Selangor sebagai lokasi saya memulakan Temasya Tahunan Mengecam Burung Malaysia 2013~Big Bird Year Malaysia 2013. Memandangkan bulan ini merupakan musim burung hijrah maka harapan untuk menemui burung-burung hijrah adalah besar. Bukit Cincin adalah merupakan salah satu laluan wajib bagi kebanyakkan burung-burung hijrah pada tiap-tiap tahun.

Peralatan bantuan untuk mengecam burung, Buku Rujukan Pengecaman Burung dan buku nota adalah benda wajib yang harus ada apabila pergi memburung.
1.Kamera.
2.Teropong.
3.Buku Rujukan Pengecaman Burung.
4.Buku Nota.
5.Pen/Pensil.

Ketika membuat Temasya ini, adab-adab mencari, memerhati dan merakam image burung harus sentiasa diikuti. Tahap kejujuran seseorang itu adalah wajib, sebarang peralatan bantuan mengumpan atau memanggil burung adalah diharamkan sama sekali.

SENARAI BURUNG UNTUK BULAN JANUARI 2013.

Selasa Tarikh: 1 Jan 2013 Masa: 6.30 pagi hingga 3.00 petang.
Cuaca : Sangat sejuk dan berkabus pada awal pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Selepas itu suasana nyaman dan terang.
Lokasi: Bukit Cincin.
Fulveta Sayap-perang~ Alcippe castaneceps
Magpai Hijau ~ Cissa chinensis

1. Sambar Mugimaki ~ Ficedula mugimaki
2. Sambar Besar Niltava ~ Niltava grandis
3. Cekup Daun Gunung ~ Phylloscopus trivirgatus
4. Cencilai Riang kupiah badam ~ Garrulax mitratus
5. Cencilai Riang Melayu ~ Trochalopteron peninsulae
6. Kekicau Wren corek ~ Napothera brevicaudata
7. Minla ekor badam ~ Minla strigula
8. Magpai Hijau ~ Cissa chinensis
9. Tarum Siberia ~ Zoothera sibirica
10.Fulveta sayap perang ~ Alcippe castaneceps
11.Merbah Gunung ~ Hypsipetes mcclellandii
12.Pipit hijau zaitun ~ Anthus hodgsoni
13. Khukhu Tirjup Jawa ~ Coracina javensis
14. Sambar kening-salju ~ Ficedula hyperythra
15. Helang Ular berjambul ~ Spilornis cheela
16. Kelicap Madu corek ~ Arachnothera magna
17.Jerijit Suria Leher hitam ~ Aethopyga saturata
18.Sualo Jelapang ~ Hirundo rustica
19.Murai Kampung ~ Copsychus saularis
20.Ekor Jarum belakang-perak ~ Hirundapus cochinchinensis

Kelicap Madu corek ~ Arachnothera magna

Minla ekor badam ~ Minla strigula
Lokasi: Padang Letak Kereta Genting Highland.
Masa : 3:15 petang - 3:20 petang
Cuaca: Berangin dan cerah

Sualo Pasifik ~ Hirundo tahitica

21.Sualo Pasifik ~ Hirundo tahitica
22.Perit Kelabu ~ Motacilla cinerea

Lokasi: Awana Genting Highland
Masa : 4:30 petang - 5 :00 petang
Cuaca : Cerah ,Panas dan berangin.

23. Burung Daun perut-oren ~ Chloropsis hardwickii
24. Merbah Leher-lorek ~ Pycnonotus finlaysoni
25. Tirjup Rimau ~ Lanius tigrinus
26. Tiong Jawa ~ Acridotheres javanicus
27. Lelayang Sarang hitam ~ Collocalia maxima

Lokasi : Jalan Lama Gombak - Bentong
Masa: 5:15 petang- 6:00 petang
Cuaca : Sederhana cerah 

Merbah Jambul-hitam~Pyenonotus melanicterus
Sambar Verditer ~ Eumyias thalasina
Kelicap Madu Kecil ~ Arachnothera longirostra
Kelopak Dahi-baldu ~ Sitta frontalis

28.Merbah Jambul-hitam ~ Pyenonotus melanicterus
29.Merbah Celak-kuning ~ Pyenonotus erythropthalmos
30.Merbah Mata-merah ~ Pyenonotus brunneus
31.Sambar-Tirjup sayap berpalang ~ Hemipus picatus
32.Cecawi Besar-ekor bercabang ~ Dicrurus paradiseus
33.Sambar Verditer ~ Eumyias thalasina
34.Tengkek Biru Asia ~ Irina puella
35. Burung Daun Hijau kecil ~ Chloropsis cyanopogon
36. Lelayang Dahan bermisai ~ Hemiprocne comate
37. Serindit Mahkota-biru ~ Loriculus galgulus
38. Sepah Bunga perut-oren ~ Decaeum trigonostigma
39. Kelicap Madu Kecil ~ Arachnothera longirostra
40. Kelicap Madu dada-kelabu ~ Arachnothera affinis
41. Kelopak Dahi-baldu ~ Sitta frontalis
42. Takur Coklat ~ Calorhamphus fuliginosus
43. Walit Rumah ~ Apus affinis

Sambar Verditer ~ Eumyias thalasina

Sepah Bunga perut-oren ~ Decaeum trigonostigma

Lokasi: Sekitar Taman Melawati
Masa: 6:20 petang - 7:00 malam
Cuaca : Sederhana cerah
Belekok kecil~Egretta garzetta

Pucung Ungu~Ardea purpurea
44. Pucung Ungu ~ Ardea purpurea
45. Belekok kecil ~ Egretta garzetta
46. Tampung Cina ~ Ardeola bacchus
47. Gagak rumah ~ Corvus splendens
48. Perling berkilat Asia ~ Aplonis panayensis
49. Pucung Kecil ~ Butorides striatus
50. Sambar Coklat Asia ~ Muscicapa dauurica
51. Merpati Batu ~ Colombia livia
52. Bangau Upeh Botak ~ Mycteria leucocephala
53. Merbah punggung kuning ~ Pycnonotus goiavier
54. Jerijit Suria belakang hijau zaitun ~ Nectarinia jugularis
55. Ciak Dahan ~ Passer montanus
56. Tiong Coklat ~ Acridotheres tristis

Rabu Tarikh: 2 Jan 2013
Lokasi: Taman Melawati dan Bandar Sri Permaisuri ,Cheras
Cuaca: Terang dan panas
Masa: 8.00 pagi- 10.00 pagi

57. Tirjup Coklat ~ Lanius cristatus
58. Tuwu ~ Eudynamys scolopacea
59. Perling tengkuk ungu ~ Sturnus sturninus
60. Cencala hitam putih ~ Rhipidura javanica
61. Punai leher merah jambu ~ Treron vernans
62. Tekukur leher bintik ~ Striptopelia chinensis 

Khamis Tarikh : 3 Jan 2013
Masa: 10:15 pagi -11: 45 pagi
Lokasi: Hutan Simpan Kemensah dan sekitarnya.
Cuaca : Cerah dan terang


Iora Hijau ~ Aegithina viridisima
Malkoha perut berangan ~ Phaenicophaeus sumatranus

63. Beberek ekor biru ~ Merop philippinus
64. Minivet Abu ~ Pericrocotus divaricatus
65. Sepah Bunga Dada-calit merah ~ Prionochilus percussus
66. Takur Jambang Emas ~ Megalaima chrysopogon
67. Iora Hijau ~ Aegithina viridisima
68. Tiak tongkeng putih ~ Lonchura striata
69. Malkoha perut berangan ~ Phaenicophaeus sumatranus
70. Sambar Tirjup Sayap-hitam ~ Hemipus hirundinaceus
71. Mata Putih Timur ~ Zosterops palpebrosus
72. Merbah kepala hitam ~ Pycnonotus atriceps
73. Belatuk berbelang ~ Cairina scutulata
74. Sambar Cenderawasih Asia ~ Terpsiphone paradise
75. Cericap Tembakau Jawa ~ Prinia rufescens
76. Merbah mata putih ~ Pycnonotus simplex

Lokasi : Sekitar Taman Melawati
Masa: 12:00 tengahari -1:00 tengahari
Cuaca : Cerah dan terang

77. Iora biasa ~ Aegithina tiphia
78. Perapat perut-kuning ~ Gerygone sulphurea

Lokasi : Hutan Simpan Kemensah
Masa : 2:30 petang - 4:30 petang
Cuaca: Panas dan terang

Merbuk aman ~ Geopelia striata

79. Pekaka leher putih ~ Helcyon smyrnensis
80. Magpai Hitam ~ Platymurus leucopterus
81. Takau hitam merah ~ Cymbirhynchus macrorhynchos
82. Cekup perut kuning ~ Abroscopus superciliaris
83. Merbuk aman ~ Geopelia striata
84. Tiak dada sisik ~ Lonchura punctulata

Lokasi : Jalan N Taman Melawati
Masa : 5:00 petang - 5:30 petang
Cuaca : Panas dan terang
 
85. Perit Kuning ~ Motacilla flava
86. Pekaka Tinting telinga biru ~ Alcedo meninting
87. Tiak kepala putih ~ Lonchura maja
88. Tiak kepala hitam ~ Lonchura malacca

Jumaat Tarikh : 4 Jan 2013
Lokasi: Taman Melawati  Masa: 7.30 pagi
Cuaca: Sejuk dan berkabus

89. Parot Kelabu Afrika ~ Psittacus erithacus erithacus

Lokasi:  Bandar Sri Permaisuri  Masa : 8.30 pagi

90. Tiong punggung-putih ~ Acridotheres grandis

Lokasi : Hutan Simpan Perdik  Masa: 9.00 pagi - 11.30 pagi
Cuaca: Mendung sesekali kemudian cerah dan terik

Perincit leher gelap ~ Ortholomus atrogularis
Perincit leher gelap ~ Ortholomus atrogularis
Perincit leher gelap ~ Ortholomus atrogularis

91. Perincit leher gelap ~ Ortholomus atrogularis
92. Sambar coklat perang~ Muscicapa ferruginea

Perincit ekor perang ~ Ortholomus sericeus

93. Perincit ekor perang ~ Ortholomus sericeus
94. Jerijit Suria Temminck's ~ Aethopyga temminckii
95. Belatuk cunut kuning langsat ~ Meiglyptes tristis

Merbuk Zamrud ~ Chalcophals indica

96. Merbuk Zamrud ~ Chalcophals indica
97. Sambar belakang hijau ~ Ficedula elisae
98. Sambar Kenari kepala kelabu~ Culicicapa ceylonensis
99. Tirjup Rimba besar ~ Tephrodornis gularis
100.Cecawi Paruh Gagak ~ Dicrurus annectans
101. Ekor Jarum tongkeng perak ~ Rhaphidura leucopygialis
102. Burung Daun Hijau besar ~ Choloropsis sonnerati

Sabtu 5 Jan 2013
Masa: 7:00 pagi - 8:00 Malam
Lokasi : Bukit Cincin Ulu Kali ,Selangor
Cuaca : Berkabus, angin bertiup kencang dan hujan renyai-renyai

Hanya burung-burung yang biasa ditemui disekitar kawasan ini.

Ahad 6 Jan 2013
Lokasi Paya Jaras
Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi 
Cuaca: Cerah dan panas 

103. Rolla paruh merah~ Eurytomus orientalis
104. Pipit Padi ~ Anthus rufulus
105. Lang bahu hitam ~ Elanus caeruleus
106. Lang Kawi ~ Haliastur indus
Lang Kawi ~ Haliastur indus
Lang Kawi ~ Haliastur indus

Lokasi : Sawah Sempadan Tanjung Karang Kuala Selangor
Masa : 11.30 pagi - 1.30 tengah hari
Cuaca: Cerah dan panas terik

107.  Itik Belibis Siul kecil ~ Dendrocygna javanica
108.  Rapang Kepala-kelabu ~ Vanellus cinereus
109.  Tempua ~ Ploceus philippinus
110.  Tiong rimba ~ Acridotheres fuscus
111.  Belekok Cina ~ Egretta eulophotes
112.  Bangau Balau ~ Bubulcus ibis
 
Lokasi : Bagan Sungai Buloh , Kuala Selangor.
Masa: 2.30 petang - 6.30 petang 
Cuaca: Cerah dan panas
Pucung Malam mahkota-hitam~ Nycticorax nycticorax
Keriut Pasir-kecil~Charadrius mongolus
Belatuk Katik sunda ~ Dendrocopus moluccensis
Belatuk Katik sunda ~ Dendrocopus moluccensis
Gosewah berjambul ~ Accipiter trivirgatus

113. Tern bermisai ~ Chlidonias hybridus
114. Pucung Malam mahkota hitam ~ Nycticorax nycticorax
115. Belatuk Katik sunda ~ Dendrocopus moluccensis
116. Lang Hitam ~ Milvus migrans
117. Kedidi betis merah ~ Triniga tetanus
118. Bangau Tengah ~ Mesophoyx intermedia
119. Pekaka Raya ~ Alcedo atthis
120. Perincit Abu ~ Ortholomus ruficeps
121. Gosewah berjambul ~ Accipiter trivirgatus
122. Cericap perut kuning ~ Prinia flaviventris
123. Pekaka cekak putih ~ Todiramphus chloris
124. Kedidi biasa ~ Actitis hypoleucos
125. Helang Laut perut putih ~ Haliaetus leucogaster
126. Keriut Pasir kecil ~ Charadrius mongolus
127. Bangau besar ~ Casmerodius albus
128. Lelayang Sarang Edible ~ Collocalia fuciphaga

Lang Hitam~Milvus migran
Pekaka Raya~Alcedo atthis
 
Isnin 7 Jan 2013
Lokasi : Bagan Sungai Buloh, Kuala Selangor.
Masa: 10.00 pagi - 11.30 pagi
Cuaca: Cerah selepas hujan 

Bangau Botak kecil~Leptoptilus javanicus

129. Bangau Botak kecil ~ Leptoptilus javanicus
130. Baza Hitam ~ Aviceda leuphotes
131. Jerijit Suria leher tembaga ~ Nectarinia calcostetha

Jerijit Suria leher tembaga~Nectariana calcostetha

Selasa 8 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Perdik
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Cuaca: Mendung kerana lepas hujan

Tiada burung baharu yang dilihat, semuanya sudah ada dalam senarai.

Rabu 9 Jan 2012
Lokasi : Hutan Simpan Bukit Lagong.
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi. 
Cuaca: Mendung

Tiada burung baharu yang dilihat, semuanya sudah ada dalam senarai.

Khamis 10 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Kemensah
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi.
Cuaca : Agak mendung tetapi tidak hujan 

Kekicau Tit Coret ~ Macronous gularis

 Kekicau Tit Coret ~ Macronous gularis
Kelicap Madu telinga kuning ~ Arachnothera chyrsogenys

132. Kekicau Tit Coret ~ Macronous gularis
133. Kelicap Madu telinga kuning ~ Arachnothera chyrsogenys
134. Helang Ikan Kepala kelabu ~ Ichthyophaga ichtyaetus
135. Ruak-ruak dada-putih ~ Amaurornis pheonicurus

Jumaat 11 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Perdik
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Cuaca: Panas dan cerah.

136. Malkoha dada berangan ~ Phaenicophaeus curvirostris
137. Yuhina perut putih ~ Yuhina zantholeuca
138. Sepah Bunga dada kuning ~ Prionochilus maculatus
139. Belatuk merah manggis ~ Blythipicus pyrrhotis
140. Cekup mahkota Timur ~ Phylloscopus coronatus
141. Sambar Sisi gelap ~ Muscicapa sibirica
142. Ayam Hutan ~ Gallus gallus

Sambar Sisi gelap~ Muscicapa sibirica
Belatuk Merah manggis~Blythipicus pyrrhotis

Sabtu 12 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Kemensah
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Cuaca: Panas dan cerah.

143. Belatuk belakang oren ~ Reinwardtipicus validus
144. Belatuk perut putih ~ Dryocopus javensis
145. Khukhu Cecawi ~ Surniculus lugubris

Lokasi : Kolam Ikan Risda Kundang
Cuaca : Panas Terik
Masa : 4.00 petang


146. Bangau Upeh paruh renggang ~ Anastomus oscitans

Ahad 13 Jan 2013
Lokasi : Bagan Sungai Buloh Kuala Selangor
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Cuaca : Sederhana sejuk kerana selepas hujan awal pagi
But-but Besar/Terakup~Centropus sinensis

147. But-but Besar/Terakup ~ Centropus sinensis
148. Helang Hitam ~ Istinaetus malayensis
149. Burung Main ~ Cisticola juncidis malaya
150. Belatuk Pinang tua kecil ~ Dinopium javanesis
151. Merbah sayap hijau zaitun ~ Pycnonotus plumosus
152. Mandang Kayu manis ~ Ixobrychus cinnamomeus
153. Pucung Kelabu ~ Ardea cinerea
154. Tern Kecil ~ Sterna albifrons

Belatuk Pinang tua kecil~ Dinopium javanesis

Merbah sayap hijau zaitun~Pycnonotus plumosus

Lokasi : Tepi Pantai Jeram , Kuala Selangor
Masa: 4.30 petang -6.00 petang 
Cuaca: Cerah dan panas 

155. Kendi ~ Numenius phaeopus
156. Cerimit kecil ~ Calidris minuta
157. Keriut Pasir Besar ~ Charadrius leschenaultia
158. Cecewe Dunlin ~ Calidris alpine

Lokasi : Ditepi jalan besar kelang - Kuala Selangor
Masa: 7.00 malam

159. Bazad biasa ~ Buteo buteo

Isnin 14 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Perdik
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Cuaca: Cerah tetapi menjadi mendung kemudian hujan renyai-renyai.

160. Falkon Katik peha hitam ~ Microhierax fringillarius
161. Malkoha Raffles ~ Phaenicophaeus chlorophaeus
162. Sepah Bunga Belakang coklat ~ Dacaeum everetti
163. Lelayang Dahan tongkeng kelabu ~ Hemiprocne longipennis
164. Minivet merah saga ~ Pericrocotus flammeus

Minivet Merah saga~Pericrocotus flammeus

Selasa 15 Jan 2013
Lokasi : Taman Rimba Ampang
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Cuaca : Terang dan cerah.

165. Kasumba Diard ~ Harpectes diardii
166. Enggang Badak ~ Buceros rhinoceros
167. Cekup Radde's ~Phylloscopus schwarzi
168. Cekup Senja ~ Phylloscopus fuscatus

Rabu 16 Jan 2013
Lokasi : Sawah Bendang, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Cuaca : Terang dan sangat panas terik.

169. Ceketing sayap hitam ~ Himantopus ostralegus

Khamis 17 Jan 2013
Lokasi : Frim , Kepong
Masa : 2.00 petang
Cuaca : Terang dan cerah.

Tiada burung baharu yang dilihat.

Jumaat 18 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Gombak
Masa : 9.00 pagi - 11.40 pagi
Cuaca : Terang dan cerah
Minivet menyala~Pericrocotus igneus
Khukhu Tirjup kecil ~ Coracina fimbriata

170. Minivet menyala ~ Pericrocotus igneus
171. Khukhu Tirjup kecil ~ Coracina fimbriata
172. Helang Sewah Wallace ~ Spizaetus nanus
173. Cekup sayap dua calit ~ Phylloscopus plumbeitarsus

Sabtu 19 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Kemensah
Masa : 10.00 pagi - 7.00 malam
Khukhu Sayu ~ Cacomantis merulinus

174. Sualo Selat ~ Cecropsis striolata
175. Khukhu Sayu ~ Cacomantis merulinus
176. Berlau sayap biru ~  Pitta moluccensis

Ahad 20 Jan 2013
Lokasi : Batang Tiga , Melaka
Masa : 2.00 petang -7.00 malam
Cuaca: Cerah dan sangat panas.

Helang Bintik besar~Aquila clanga
Helang Steepe~Aquila nilpalensis



Bazad Madu timur~ Pernis ptilorhyncus
Helang Kangar Agong~Aquila beliaca
Heyria Paya Timur~ Circus spilonotus

177. Bazad Madu Timur ~ Pernis ptilorhyncus
178. Helang Steppe ~ Aquila nilpalensis
179. Helang Bintik besar ~ Aquila clanga
180. Helang Kangar Agong ~ Aquila beliaca
181. Heyria Paya Timur ~ Circus spilonotus
182. Heyria hitam putih ~ Circus melanoleucos
183. Cecawi Abu ~ Dicrurus leucophaeus
184. Sualo cenut oren ~ Cecropsis daurica

Sualo Cenut oren~Cecropisi daurica

Isnin 21 Jan 2013
Lokasi : Jalan Lama Gombak -Bentung
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Cuaca : Medung tetapi tidak hujan.

Tiada burung baharu ditemui.

Selasa 22 Jan 2013
Lokasi : Sekitar Taman Melawati.
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi .
Cuaca: Terang dan panas.

185. Selancang hitam putih ~ Lalage nigra

Rabu 23 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Kemensah
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Cuaca: Cerah dan terang.

Tiada burung baharu ditemui.

Khamis 24 Jan 2013
Lokasi : Batang Tiga , Melaka
Masa : 12.00 tengah hari - 7.00 malam
Cuaca: Sangat Panas dan petang hujan sangat lebat.

Pipit Leher-merah~ Anthus cervinus

186. Kedidi Rimba ~ Tringa glareola
187. Kedidi paya ~ Tringa stagnatilis
188. Falkon Peregrine ~ Falco peregrines
189. Chat Batu Siberia ~ Saxicola maura
190. Morhen ~ Gallinula chloropus
191. Pipit leher merah ~ Anthus cervinus
192. Berkik ekor jarum ~ Gallinago sternura 

Chat Batu Siberia~Saxiola maura
Falkon Peregrine ~ Falco peregrines

Jumaat 25 Jan 2013.
Lokasi : Sekitar Taman Melawati.
Cuaca : Mendung.

Tiada burung baharu ditemui.

Sabtu 26 Jan 2013.
Lokasi : Hutan Simpan Kemensah.
Cuaca : Terang dan panas.

Tiada burung baharu ditemui.

Ahad 27 Jan 2013.
Lokasi : Bukit Broga, Semenyeh Selangor.
Cuaca : Cerah dan angin bertiup kencang.

Tiada burung baharu ditemui.

Isnin 28 Jan 2013.
Lokasi : Sawah Bendang Permatang Pauh,
Masa: 10.30 pagi - 12.00 tengahari
Cuaca : Cerah dan sangat panas.

Tiada burung baharu ditemui.

Lokasi : Pulau Burung, Nibong Tebal
Masa : 3.30 petang - 6.00 Petang.
Cuaca: Cerah dan sangat panas.
Rapang Celak-merah~Vanellus indicus

193. Keriut Kalong biasa ~ Charadrius hiaticula
194. Sintar kening-putih ~ Porzana cineria
195. Rapang celak merah ~ Vanellus indicus
196. Tern Roseate ~ Sterna daugallii
197. Grebbi ~ Tachybaptus ruficollis
198. Helang Sewah Hendik ~ Spizaetus cirrhatus

Helang Sewah Hendik~ Spizaetus cirrhatus

Selasa 29 Jan 2013
Lokasi : Hutan Simpan Perdik, Selangor
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Cuaca: Mendung tetapi tidak hujan. 

Beberek leher biru~ Merop viridis

199. Merbah kening tebal ~ Iole olivacea
200. Belatuk kelabu dan kuning langsat ~ Hemicircus concretus
201. Beberek leher-biru ~ Merops viridis

Sambaraja Nila ~ Hypothymis azurea

202. Sambaraja Nila ~ Hypothymis azurea
203. Cemcili tengkuk badam ~ Enicurus ruficapillus
204. Khukhu Ungu ~ Chryscococcyx xanthorhynchus