Tuesday, 29 April 2014

Memburung Kaedah Terjumpa dan Terserempak


Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan


Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella

Tidak ramai yang gemar memburung dengan kaedah " Terserempak" dan "Terjumpa " kerana cara begini sangat susah dan hanya mengundang kehampaan. Terdapat 2 sebab utama mengapa dikalangan peminat burung kurang bersedia untuk menggunakan kaedah ini.

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Betina menjadikan lobong pokok sebagai sarangnya, tidak seperti keluarga pekaka yang lain iaitu lubang sarang didalam tebing tanah.

 Peralatan yang sangat berat.

Ramai dikalangan pemburung mempunyai set peralatan merakam imej burung yang mahal dan berat. Kamera, Lensa,Tripot, Kemah Samaran, Kerusi, Alat Peti Suara, dan Beg bekalan. Beban yang perlu dipikul untuk beralih-alih lokasi dan mencari-cari burung didalam hutan atau tempat lapangan memburung membataskan pegerakan Pemburung. Pemburung harus memikul peralatan berat menaiki  dan menuruni bukit yang tidak rata dan kadang-kadang licin. Keadaan ini telah membataskan mereka menjejak dan mengejar burung.

Panggilan sahutan bunyi Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan sangat mudah dikenal, yang biasanya menyahut dari pohon pokok yang tinggi didalam rimba.

Faktor Usia dan Kesihatan.

Rata-rata Pemburung adalah dari kalangan yang berusia 40 tahun keatas, dimana mereka sudah tidak terdaya lagi untuk memikul set peralatan yang berat untuk jangka waktu yang lama. Namun begitu ada juga Pemburung yang cekal hatinya  memaksa dirinya memikul set peralatan dan mendapat padah mengalami sakit tulang belakang atau Slip Disc. Sakit ini sangat merbahaya dan ditakuti oleh setiap orang. Rawatan kepada sakit ini juga sangat mahal.

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan

 Saya ingin berkongsi kaedah memburung yang memang menjadi amalan sejak mula memburung dahulu. Pada  saya dengan kaedah begini kita dapat menikmati kesedapan orgasm memburung yang tidak dapat digambarkan dengan bahasa dan tulisan.

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Jantan


Tabiat Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella  suka termenung sambil menegak-negakkan bulu hias diatas kepalanya.

 Berdoa Dengan Kaedah Berangan.

Setiap kali keluar rumah untuk memburung pastinya saya akan berdoa dengan kaedah berangan-angan dengan yakin supaya dapat berjumpa dengan burung idaman . Berjumpa dalam suasana tiada sebarangan lindungan daun atau ranting, burung tidak menbelakangkan matahari, dalam suasana cahaya yang cukup, dalam jarak yang dekat dan tidak terbang dengan cepat. Segala puji-pujian kepada Allah, apabila kita bersungguh-sungguh mencari , berdoa dan bertawakal kebiasaannya berjaya. Ketika itu saya menikmati kesedapan orgasm memburung. Perasaan yang sungguh hebat. 

Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella~Betina


Buluhias Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella betina menyerupai warna belang harimau.




Saiz dan bentuk Burung Pekaka Rimba gempal~Lacedo pulcella agak gempal dan kecil


Selamat Tinggal dan Salam Sejahtera.

 Selamat mencuba. Wasalam.



  

Saturday, 26 April 2014

PEMERHATIAN BURUNG PEKAKA DI MUSIM MENGAWAN

Burung Jantan

Burung Pekaka cekak perang~Actenoides concretus

Burung Betina


Burung Pekaka cekak perang~Actenoides concretus merupakan Pekaka Rimba yang diburu oleh peminat burung samada untuk melihat atau pun merakam gambarnya. Burung ini antara burung tercantik di Malaysia. Amat payah kita untuk menjejak burung ini, sehinggakan Lagenda Burung Tanahair Saudara Dennis Yong mengelarkan burung ini " The Ghost of the Forest ".





Pelajari habitat kawasan kegemaran burung ini dan hafalkan bunyi panggilan burung ini supaya boleh membantu menjejaki burung ini. Burung Pekaka ini boleh dijumpai dikawasan  hutan tanah rendah. Burung gemar hinggap pada akar pokok  dan ranting kayu pada paras yang rendah dibawah knopi hutan yang bercahaya suram dan gelap. Suaranya bersiul-siul mendayu-dayu untuk satu tempoh yang agak panjang dan mudah sangat dicamkan.



Musim ini saya berkesempatan menemuinya setelah sepanjang 8 tahun memburung, itupun secara tidak sengaja. Ketika musim mengawan burung jantan akan bersiul-siul berulang-ulang tanpa henti untuk satu tempoh 10 minit hingga 15 minit. Kepada yang tidak bernasib baik hanya berpeluang mendengar suara panggilannya sahaja. Oleh kerana saya memang beringinan untuk memerhatikannya maka saya mencarinya didalam hutan berpandukan arah suara panggilannya.

Friday, 25 April 2014

Pemerhatian Burung Di Musim Bersarang


Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis

Secara tidak sengaja saya telah diamanahkan oleh Allah untuk menyimpan rahsia lokasi burung
Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis membina sarangnya bagi meneruskan zuriat spesis burung ini. Sebelum mengetahui lokasi sarang, ketika itu diwaktu pagi kelihatan burung ini dilihat terbang mundar mandir secara bergilir-gilir bersama pasangannya kearah dua tempat. Setelah membuat siasatan saya dapati burung sedang dalam proses memilih dan mengambil bahan binaan sarang.


Daun lumut kering yang diambil sebagai bahan binaan sarang.
Burung juga memilih batang tumbuhan kering dari jenis tumbuhan yang melilit.
Ketika proses pembinaan, burung bergilir-gilir datang kelokasi sarang dalam tempoh antara 10 minit hingga ke 15 minit, secara berulang-ulang. Ia memilih lokasi pembinaan sarang diatas sebatang pokok pada ketinggian lebih kurang 3 meter dari aras tanah. Setiap spesis keluarga burung mempunyai kaedah dan bentuk sarangnya yang tersendiri, tidak kira dimana ia berada, samada di Kelantan mahupun di Johor. Bentuknya pasti akan sama asalkan mereka dari spesis keluarga  burung yang sama.


Burung berada hampir dilokasi  sarang untuk tujuan pemantauan

Pengalaman pemerhatian ini adalah kali pertama saya berpeluang melihat burung memilih dan membuat sarang. Pada tahun 2009 saya hanya berpeluang memerhatikan anaknya yang telah keluar dari sarang dan masih belum boleh terbang tinggi dan pantas. Ketika itu burung ini berjaya menetaskan 2 ekor anak burung , berdasarkan pengalaman yang lepas burung ini akan bertelor sekurang-kurangnya 2 biji telor, dan selebihnya adalah 3 biji telor. Perlu diketahui, tidak semua telor akan berjaya ditetaskan.



Pemerhatian saya melihat burung ini memilih dan membina sarang membuktikan bahawa makhluk ciptaan Allah berupaya membuat pilihan untuk menentukan senang susah  membuat sarang. Berdasarkan pilihan lokasi sarang dan melihat sendiri proses pembinaan sarang saya rumuskan bahawa burung ini mempunyai sifat yang unik. Ini berdasarkan reka bentuk sarangnya yang dapat dilihat.

Kocek sarang yang mengelirukan pemandang.
Burung akan mencari batang pokok yang ditumbuhi dengan tumbuhan menumpang dari jenis pakis berlumut yang melekat dan merayap pada batang pokok. Pasangan burung akan bekerja sama untuk membentuk tumbuhan sedia ada dijadikan lubang berbentuk cawan. Pasangan itu mencabut dan mengorek tumbuhan melekat itu sehingga terbentuk lubang cawan. Sambil itu burung akan menyulam pula dengan bahan-bahan binaan yang lain. Bentuk sarang Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensis Seolah-olah seperti kocek berbentuk lubang cawan yang melekat pada batang pokok. Dari sudut keselamatan, ia terlindung oleh mata kasar yang bakal tidak akan perasan bahawa itu adalah sarang burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi.

Burung sedang mencabut tumbuhan untuk menjadikan lubang cawan sarang.




Bahan-bahan binaan lain ada juga dibawa masuk kedalam lobang untuk dianyam ataupun sebagai kusyen untuk eraman telor.

Hari berikutnya ketika membuat pemerhatian burung masih berulang alik kelokasi sarang dari arah kawasan rimbunan hutan untuk mengambil bahan binaan. Ketika ini burung akan sentiasa menjaga kesejahteraan perasaannya daripada sebarang ancaman oleh burung lain. Pernah berlaku spesis burung Sepah Bunga dada kuning ~Prionochilus maculatus datang hinggap pada ranting pokok lokasi sarang, ia telah dihambat oleh pasangan  Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi.



Sedang membuat pengawasan disekitar kawasan sarang.
Selang 4 hari kemudian saya datang kembali untuk mengetahui status perkembangan dan mendapati kocek mangkuk telah tiada dilokasi asal, tetapi berada pada dahan ranting dibawah lokasi asal. Pasangan burung masih berada disekitar sarangnya seperti biasa. Pada mulanya saya tidak mensyaki apa-apa telah berlaku, kerana keadaan sarang seperti dibalut pada dahan, dan beranggapan ia adalah sebahagian proses bersarang burung ini. Tetapi setelah melaporkan keadaan yang luar biasa kepada Cikgu saya, dan beliau menegaskan bahawa sarang burung telah dirosakkan oleh haiwan pemangsa.

  
Keadaan sarang yang tersangkut pada dahan berhampiran dengan lokasi asal sarang.

Kenyataan Guru membuatkan saya merasa kecewa atas apa yang telah berlaku. Keesokan harinya saya kembali untuk menyiasat dan melihat dari dekat kedudukkan sarang tersebut, adakah ia benar-benar dirosakkan atau pun salah satu peringkat membina sarang. Ketika saya sedang menuju ke kawasan lokasi sarang, dari jauh saya ternampak burung pemangsa dari spesis Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis betina sedang bertenggeng disebelah pokok dimana lokasi sarang itu berada.

Pemandangan dari sudut lain


Seperti biasa proses menghendap serta memerhati kelakuan burung ini bermula sambil timbul tanda tanya, adakah burung ini yang memusnahkan sarang burung . Hal keadaan burung  Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis berada disekitar sarang burung lain dilihat tercari-cari sesuatu. Ia mengelilingi pokok itu sambil bertenggek  pada bahagian atas dan bahagian bawah dalam tempoh jangka masa yang agak panjang. Apakah yang sedang terjadi menyebabkan burung Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis dilihat seperti berkeadaan cemas?



Adakah kemungkinan Khukhu dada karat~Cacomantis sepulcralis secara sembunyi telah menumpangkan telornya didalam sarang burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi. Apabila keadaan malang ini terjadi , maka dua keluarga spesisi burung menerima nasib malang secara serentak. seperti yang terjadi maka  telor yang ditumpang didalam sarang burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi, juga turut menerima nasib malang.




Berdasarkan keadaan sarang burung yang musnah itu, saya mengandaikan perbuatan tersebut dilakukan oleh primates yang banyak dikawasan ini. Hal keadaan sarang yang seperti disiat menggunakan kuasa tangan dan disangkutkan pula pada ranting dahan pokok. Saya boleh faham sekiranya telor ayam maka cecair telor boleh mendatangkan kenyang dan menimbulkan rasa sedap. Tetapi telor burung ini bersaiz sangat kecil tidak mendatangkan sebarang menafaat pun.



Daripada sifat begini, memanglah sifat semulajadi haiwan pemangsa yang tidak dapat boleh dipengapa-apakan. Sekiranya perlu dikawalkan pembiakannya yang semakin hari bertambah banyak jumlahnya, sehingga menjadi haiwan perosak. Kajian sehingga kini masih belum menumukan kepentingan haiwan ini.
   





Menjeguk pada bahagian rimbunan tumbuhan.

Berpaut pada lokasi tempat sarang yang telah tercabut.


Sedang mencari mengelilingi kawasan pokok dari atas hingga ke bawah. 

Burung betina masih mencari-cari sarang yang telah hilang.

Hal keadaan sarang burung yang terjatuh terapung dalam air sungai berdekatan.

Keadaan setelah kocek sarang di siat cabut oleh haiwan pemangsa.

Peninjauan dan pemerhatian yang dilakukan setelah kejadian kemusnahan sarang, mendapati burung Sambar Kenari Kepala-kelabu~Culicicapa ceylonensi, telah membuat sarangnya dilokasi lain yang tidak jauh daripada lokasi sebelum. Harapnya burung ini berjaya membiakkan zuriatnya, untuk kelangsungan spesisnya. Wasalam.

Saturday, 5 April 2014

Punai Leher merah jambu~Treron vernans


Salah Satu Diet Burung Punai Leher merah jambu~Treron vernans

Punai Leher merah jambu~Treron vernans

Keluarga Spesis Burung Punai diketahui umum diet makanannya adalah dari jenis buah-buahan samada dari jenis buah jambu, ara dan makarangga. Saya hanya mengetahui Punai Leher merah jambu~Treron vernans juga memakan najis lembu sebagai diet tambahan yang saya sendiri tidak pasti dari mana zat tersebut diperolehi dari najis lembu. 

Punai Leher merah jambu~Treron vernans


Dan dari mana datangnya kesedapan najis lembu tersebut sehingga sekumpulan burung-burung Punai Leher merah jambu~Treron vernans mengerumuni najis sambil memakannya.



Punai Leher merah jambu~Treron vernans

Adakah najis lembu, itu kaya dengan sumber protin cacing, ulat dan kumbang hinggakan burung-burung dari spesis lain juga datang untuk memakannya. Ketika pemerhatian dilakukan najis-najis lembu ini berlonggok dalam jumlah yang banyak di dalam kandang lembu. Kumpulan burung Punai Leher merah jambu~Treron vernans yang tidak kurang daripada 20 ekor berkumpul diatas tanah sambil mematuk-matuk najis lembu.

 


Burung-burung lain juga silih berganti datang untuk memakan najis lembu ini. Antara spesis burung-burung yang datang memakan najis lembu ialah burung Perling berkilat Asia~Aplonis panayensis, Cencala hitam putih~ Rhipidura javanica, Keriut kalong biasa~Charadrius hiaticula, Kedidi Rimba~Tringa glareola, Berkik biasa~Gallinago gallinago ,Tekukur tengkuk bintik~Streptopelia chinensis, Merbuk Aman~Geopelia striata, Ciak dahan~Passer montanus, dan Tiong Coklat~Acridotheres tristis. Wasalam.